Anda di halaman 1dari 8

Kesan Rumah Hijau

1.
Fenomena kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh peningkatan gas
karbon dioksida dalam atmosfera.
2.
Peningkatan kuantiti gas karbon dioksida adalah disebabkan oleh
pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida lebih daripada
pengambilan gas karbon dioksida semasa tumbuhan berfotosintesis.
3.
Peratusan gas karbon dioksida dalam atmosfera boleh meningkat
disebabkan pemusnahan tumbuhan hijau semasa aktiviti penebangan hutan yang
tidak terkawal serta pembukaan tanah.
4.
Gas karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera akan meningkatkan
suhu bumi.
5.
Gas karbon dioksida dalam atmosfera menghalang pancaran cahaya
inframerah daripada dipantulkan semula ke angkasa lepas.
6.
Kesan rumah hijau menyebabkan :
(a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
(b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.
(c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana
tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Kesan Rumah Hijau


Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi kesan
daripada peningkatan suhu bumi yang tidak terkbihi tahap normal . Rumah hijau bolehlah didefinasikan
sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastic yang membolehkan penanaman yang terlindung dan
terkawal . Haba dari cahaya matahari menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh
tumbuhan dan tanah di dalamnya .Fenomena rumah hijau ini bukan sahaja mengancam kehidupan
manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh tumbuhan di muka bumi ini .
Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas gas seperti karbon
dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Apabila suhu gas gas
ini meningkat , molekul molekul yang mempunyai gas gas haba akan memerangkap haba lalu
melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas metana adalah seperti karbon dioksida
apabila terperangkapdi dalam haba di lapisan atmosfera. Disamping itu , penebangan hutan secara tidak
terkawal juga mampu memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini . statistic menunjukkan pembersihan
hutan telah menyebabkan pembebasan kira kira 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi
pembakaran dan penebangan pokok yang medi mana ia boleh membabitkan 34 juta hektar hutan setiap
tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida
ke atmosfera setiap tahun. Hutan di kawasan yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di
mana ia boleh menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya ,
kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar hutan setahun akibat daripada aktiviti
pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak dirancang turut menyumbang
kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini.
Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan ais di masa

berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua ini mengandungi lautan
artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian Utara Eropah, Russia, Alaska, dan
Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah.
Pada musim panas pula, kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu
menyebabkan keadaan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan
bongkah ais yang hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan. Kesan yang kedua adalah
berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud degradasi di tanah yang usang. Penggurunan
berlaku apabila terjadinya pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuh tumbuhan dan
penternakan haiwan . selain itu, penyalahgunaan tanah pada musim kemarau yang berterusan akan
memburukkan lagi keadaan ini.
Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan. Antara
langkah yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah dengan
melaksanakan pertanian lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan gas rumah hijau.
Pertanian lestari ini banyak bergantung kepada bahan semulajadi menggunakan flora dan fauna yang
terdapat dalam tanah. Pada tahun 1997, protocol Kyoto telah dirundingkan bertujuan untuk mendesak
negara industri untuk mengambil langkah yang perlu bagi menguragkan pencemaran udara yang akan
memburukkan lagi kesan rumah hijau ini. Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk
mengehadkan penggunaan bahan CFC atau Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam
peralatan seperti peti sejuk dan bahan bahan pelarut. Penggunaan CFC secara tidak langsung
meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya menyebabkan suhu bumi meningkat.
Secara kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras isu global yang kian
meruncing ini bagi menghalang lebih ramai lagi nyawa manusia menjadi korban. Kita sudan tentulanh
merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap dan berdebu. Konsep ini
seharusnya diperkembangkan dengan menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Diharapkan agar pihak
pihak berwajib mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi bumi ini dari terus menjadi
mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggunjawab.

Tajuk Pembentangan: Kesan Rumah Hijau


Pengertian
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di
dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan
ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.
Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global.
Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro
akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata
lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia
termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.
Pencemaran akibat terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama
berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi
haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon
dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.
Punca kesan rumah hijau
1. Punca semulajadi- kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang
membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga
memberi kesan juga.
2. Secara buatan manusia-.
Contoh:
1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang dan kereta.(pencemaran udara)
2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin.
3.Penggunaan racun serangga [seperti penyembur aerosol] serta baja kimia
4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang
pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.
Kesan
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida,
karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya
meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba
lalu melambatkan proses pembebasan haba.
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang
atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau.
- Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami
pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi.
- Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi
akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
- Hal ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar [mampu
menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia]
Kaedah mengurangkan Kesan Rumah Hijau
1. Penjimatan tenaga- Jika manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan
banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

MEMAHAMI KESAN RUMAH HIJAU

Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga
didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat
sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc
seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan
daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama
penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan
FAKTOR DAN KESANYA
1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah
Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung
kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke
angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.
2. Kehadiran gas rumah hijau (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan
cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah
hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau
ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.
Komponen gas -gas rumah hijau
1. Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil
(HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif
(i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu
komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.
Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu,
gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan
perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.
Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti
pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.
Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan
merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas
5

berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC,
HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun
kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential
gases (High GWP gases).
Impak Rumah Hijau
Kenaikan suhu bumi
Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)
Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global
Kemarau
Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera
Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun
Penipisan lapisan ozon
Kedahsyatan Kesan Rumah Hijau
15 June 2004
Kepintaran manusia membayangkan perakhiran dunia memang menakjubkan apatah ia dengan
penuh keyakinan dipaparkan di hadapan mata masyarakat betapa tenatnya dunia sekarang di
tangan manusia.
The Day After Tomorrow( TDAT), adalah sebuah filem garapan Roland Emmerich adalah visi
manusia yang agak tegas memikirkan apa akan terus berlaku jika masyarakat terus alpa
dengan kesalahan mereka hingga keberhasilannya begitu ngeri malah tidak seorang pun
mampu menghalangnya walaupun dengan berbekalkan kemajuan sains dan teknologi yang
terlampau hebat di dunia.
Filem ini yang pada mulanya membawa audien melihat bagaimana sikap manusia yang dengan
acuh dan tidak menganggap permasalahan pemanasan global ini adalah perkara yang kecil
kerana pengurusan masalah yang wujud melibatkan penggunaan wang yang banyak.
Akibatnya, persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pengkaji yang prihatin ini dibiarkan
sehingga kesan yang dijangka hanya hadir pada 1000 tahun lagi telah mula melanda.
Lebih ironis manusia masih tidak mengambil kisah dengan permasalahan yang telah timbul
malah menganggap ia hanya kesan sementara sehinggalah kejadian itu menimpa ke batang
hidung sendiri.
Memang menakjubkan apabila Hollywood berjaya menampilkan ketakutan dan kengerian,
bagaimana sebuah bandaraya yang moden di dunia menjadi padang ais yang gersang, malah
dalam pada itu ia mampu menimbulkan kesedaran kepada kita bertapa pentingnya manusia
menjaga alam daripada terus tercemar.
Apa yang digambarkan dalam filem TDAT adalah fenomena kesan rumah hijau yang telah
mengakibat, penurunan suhu yang hebat hingga mencatatkan -150 F, malah di kawasan yang
tidak pernah ditimpa salji telah terjadi perkara sebegitu, hujan ais batu yang sebesar kelapa di
Jepun, malah di hemisfera utara dunia telah sekali lagi dilanda zaman ais, seperti apa yang
6

telah berlaku pada dunia 50 juta tahun yang lampau. Menakjubkan!


Malangnya isu kesan rumah hijau yang pernah hebat diperbincangkan serata dunia kerana
kesan daripada kemajuan industri di seluruh dunia, sejak akhir-akhir ini isu itu seperti telah
pupus dari pemikiran masyarakat seluruh dunia.
Berkemungkinan mereka berpendapat kesannya hanya akan melanda baratus-ratus tahun lagi
dan berkemungkinan ada daripada anggota masyarakat ini berfikir ia adalah takdir dan terus
membiarkannya ia berlaku tanpa rasa tanggungjawab.
Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara berlaku
kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau
yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.
Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah
manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas menyebabkan kandungan karbon
dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba
masuk kemudian akan memerangkap haba ini dan haba yang terperangkap inilah yang akan
meningkatkan suhu pada permukaan bumi.
Menurut fakta, beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau telah
dicatatkan seperti berikut:
a. Kenaikan Paras Laut
Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulanketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kawasan pesisiran pantai seperti yang berlaku di
bandar-bandar persisiran Bangladesh. Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan
meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.
b. Perubahan Iklim
Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian
iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di
Afrika. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian selain itu, perubahan taburan hujan
dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar telah membawa masalah kepada
pertanian dan penghutanan.
c. Kesihatan Manusia Terganggu
Perubahan suhu boleh menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan penduduk kawasan
terutamanya penduduk tua boleh mengalami heatstroke. Kekurangan air tawar dan kejadian
banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan
penyakit seperti cirit-birit.
d. Kegiatan Harian Manusia dan Penempatan Manusia Terganggu
Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan
7

kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau
juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.
Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di
kawasan lain kerana banjir.
Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini.
Walaupun begitu, perkara penerokaan ini sememangnya amat penting buat kita dalam
memajukan kehidupan tetapi pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi ini amat
bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.
Fakta di atas tadi adalah kesan yang benar-benar telah terjadi akibat kesan rumah hijau dan
telah menimbulkan banyak masalah kepada manusia di seluruh dunia setakat ini.
Mungkin pada masa hadapan kesan yang lebih hebat akan diterima oleh manusia dan jangan
hairan jika suatu hari nanti kedahsyatan yang dipaparkan oleh TDAT akan menjadi realiti terus
berada di hadapan anda. Pada masa itu, di manakah anda berada?

Anda mungkin juga menyukai