Anda di halaman 1dari 5

BAB 4

SALING BERGANTUNG ANTARA HIDUPAN DAN PERSEKITARAN (INDEPENDENCE


AMONG LIVING ORGANISMS AND THE ENVIRONMENT)
Spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem
Ekologi (ecology) ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-benda hidup (living things)
serta hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran (environment).
Spesies (species) adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama, serta
boleh membiak di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.
Populasi / kependudukan (population) adalah kumpulan organisma daripada spesies yang
sama yang hidup di dalam habitat yang sama. Salah satu contoh populasi adalah populasi
belalang di sebuah padang.
Komuniti / masyarakat (community) terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada
organisma, yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. Sebagai contoh, komuniti
sesebuah kolam (pond) adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan
haiwan yang hidup di dalam kolam tersebut.
Habitat adalah tempat tinggal semulajadi sesuatu organisma.
Organisma mendapatkan makanan serta perlindungan dari segala apa yang ada dan terdapat
di dalam habitat mereka.
Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi(interact) bagi mengekalkan
keseimbangan (maintain balance) di dalam habitat tersebut.
Ekosistem (ecosystem) terdiri daripada satu organisma yang berinteraksi dengan satu sama
lain juga dengan benda yang bukan hidup yang berada di sekitar mereka.

Keseimbangan persekitaran
Persekitaran organisma adalah termasuk semua faktor-faktor yang hidup dan bukan hidup yang
mempengaruhi kehidupannya.
Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling bergantung antara hidupan adalah
seperti berikut:
1. Bekalan gas.
- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan
hijau yang menjalankan fotosintesis.
- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan
haiwan apabila mereka bernafas.
2. Sumber makanan.
- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi haiwan dan manusia.
- Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.
3. Perlindungan.
- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling bergantung untuk mendapat perlindungan
(pokok).
- Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk
menjadi tuan rumah.
Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan hidup, adalah:
1. Tumbuhan

memerlukan cahaya

matahari (sunlight)

dan karbon

dioksida untuk

menjalankan fotosintesis (photosynthesis).


2. Bumi (tanah), air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk tumbesaran tanaman.
3. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.

Satu ekosistem dikatakan seimbang jika ianya terdapat benda-benda hidup dan benda bukan
hidup, yang sentiasa berkekalan.
Benda hidup dan benda bukan hidup berinteraksi antara satu sama lain bagi mengekalkan
ekosistem yang seimbang.
Suatu ekosistem

yang

seimbang (balanced

ecosystem)

adalah

juga

bermakna

suatu persekitaran yang seimbang (balanced environment).

Saling Bersandaran Antara Hidupan Mewujudkan Satu Ekosistem Yang Seimbang


Pelbagai organisma hidup bersama dan saling bergantung antara satu sama lain untuk
kemandirian (survival) hidup. Mereka berinteraksi (interact) antara satu sama lain dan dengan
persekitaran untuk mewujudkan satu ekosistem yang seimbang.
Ekosistem yang seimbang (balanced ecosystem) merupakan ekosistem yang tidak banyak
berubah dalam satu jangka masa. Saiz setiap populasi dikekalkan melalui sokongan daripada
keperluan asas seperti oksigen, makanan, tempat tinggal dan pasangan.

Ekosistem yang seimbang membantu mengitarkan gas, air dan mineral. Ekosistem juga
mengawal iklim.
Apabila populasi bertambah, organisma daripada spesis yang sama akan bersaing untuk
keperluan asas. Organisma yang lebih lemah tidak dapat hidup lalu menyebabkan populasi
berkurang.
Jika dirujuk kepada ekosistem sebuah tasik, didapati:

Tumbuhan

akuatik

memperoleh

makanan

daripada cahaya

matahari semasa

fotosintesis (photosynthesis).

Tumbuhan memperoleh karbon dioksida daripada pernafasan haiwan akuatik.

Haiwan memperoleh oksigen daripada tumbuhan yang membebaskan oksigen semasa


fotosintesis.

Tumbuhan akuatik juga memperoleh mineral daripada tanah di dasar tasik.

Haiwan tidak dapat membuat makanan, tetapi bergantung kepada organisma lain
sebagai makanannya. Haiwan memakan tumbuhan atau haiwan lain yang terdapat pada
persekitarannya.

Sesetengah haiwan dalam tasik berpaut pada tumbuhan akuatik untuk tempat
tinggal dan perlindungan. Haiwan tersebut berpaut pada bahagian tumbuhan seperti
daun. Haiwan tersebut menyamarkan diri untuk menyesuaikan diri kepada wara
bahagian tumbuhan tersebut.

Tumbuhan akuatik bergantung kepada benda bukan hidup dan organisma lain
untuk pembiakan. Tumbuhan tersebut bergantung pada air, angin, serangga dan
burung untuk pendebungaan dan pencaran.

Keadaan iklim dan kandungan air yang sesuai membantu sesetengah haiwan untuk
mencari pasangan untuk membiak. Ketiadaan haiwan pemangsa dalam tasik
meningkatkan peluang haiwan akuatik untuk hidup. Tumbuhan membekalkan peluang
kepada haiwan untuk menempatkan anak dan telurnya.

Mikroorganisma seperti bakteria dalam tanah membantu menguraikan organisma yang mati
dan membebaskan mineral ke dalam tanah. Mineral tersebut membekalkan nutrien kepada
tumbuhan. Mikroorganisma tersebut merupakan pengurai.
Pengurai memainkan peranan penting dalam ekosistem dengan menguraikan organisma yang
mati untuk mengembalikan gas dan mineral kepada persekitaran. Pengurai membantu
membersihkan persekitaran.
Pergantungan antara organisma hidup dengan pesekitaran menghasilkan ekosistem yang
seimbang. Kuantiti makanan, tempat tinggal, pasangan dan ruang membolehkan populasi
berada dalam keadaan yang stabil. Oleh itu, bilangan pengurai mestilah mencukupi untuk
membolehkan gas dan mineral kembali kepada persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai