Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Kepentingan Amalan Menabung Dan Menyimpan Wang Dalam kalangan masyarakat

moden, amalan menyimpan wang di bank boleh dikaitkan sebagai sikap suka menabung. Persepsi
masyarakat terhadap wang adalah sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan
seseorang itu. Memanglah duit itu tidak dapat menjanjikan kebahagiaan tetapi dengan duit seseorang itu
dapat membuat diri bahagia dan juga membahagiakan orang lain. Bagi mewujudkan masyarakat yang
bijak dalam hal kewangan serta pandai berjimat, tabiat menabung adalah satu amalan penting yang mesti
dipraktikkan dalam hidup. Apakah kelebihan yang boleh didapati dengan menabung? Berikut adalah
kepentingan amalan menabung dalam sesebuah keluarga :- Dapat dijadikan simpanan untuk masa
hadapan Bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan Mengelak daripada boros dan membazir
Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak Dapat dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta
wang daripada pihak lain Menjalinkan hubungan baik sesama manusia kerana semua menabung 1.
Simpanan untuk masa hadapan Pertama sekali, antara faedah menabung adalah dapat membekalkan
sebuah keluarga atau individu dengan sumber kewangan untuk kegunaan masa depan. Hal ini demikian
kerana wang boleh dianggap segalanya pada zaman kini. Jika seseorang itu gagal untuk menyimpan
wang yang secukupnya untuk masa hadapan, akan menjadi sukar untuk menjamin masa depan yang
cerah baginya. Sebagai contoh, jika sepasang suami isteri yang melahirkan anak dalam usia agak lewat
serta tidak mempraktikkan kegiatan menabung, mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan
apabila tiba waktu persaraan kerana perlu menanggung kos pembelajaran anak mereka yang masih
kecil. Bagi seorang pelajar pula, wang sangat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan
seperti berikut: Alat tulis, Buku-buku rujukan Yuran sekolah Yuran kelas tambahan (tuisyen) Dan apabila
pelajar itu berjaya dalam peperiksaan dan terus mara ke peringkat seterusnya seperti di universiti, dia
akan memerlukan wang yang lebih banyak bagi menampung kos pengajian. Ini kerana perbelanjaan
tambahan adalah seperti kos penginapan di hostel pusat pengajian yang kemungkinan terletak jauh dari
tempat tinggal rumah pelajar. Oleh yang demikian, menabung mesti diamalkan sejak kecil lagi supaya
wang tersebut dapat digunakan pada masa akan datang. 2. Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan
Seterusnya, setiap orang perlu sedar bahawa keperluan duit semasa waktu kecemasan juga
membuatkan amalan menabung itu sangat penting. Hal ini kerana manusia tidak dapat menjangka pada
bila masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan sesuatu
perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti peribahasa “malang tidak berbau”. Misalnya, contoh kes
kecemasan adalah seperti Bencana alam seperti gemba bumi, tanah runtuh dan banjir besar
Kemalangan jalan raya Kematian ahli keluarga secara mengejut Masalah kesihatan Justeru, kita perlu
mengambil langkah bersiap sedia jika hal yang tidak diingini seperti ini menimpa kita atau keluarga kita.
Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan dengan simpanan yang banyak hasil menabung dapat membantu
mengatasi masalah atau situasi ketika kecemasan. 3. Amalan agar tidak menjadi boros dan membazir
Selain itu, menabung dapat menjauhkan diri daripada sikap pembaziran. Hal ini kerana dengan
menyimpan wang, ianya mempunyai kesan termasuk dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat-
cermat dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan kita. Seseorang itu cenderung untuk
boros ketika berbelanja dan berfikiran secara tidak rasional ketika membuat pilihan. Manusia akan mudah
tertarik dengan promosi produk keluaran syarikat yang bijak mempromosikan sesuatu produk dengan
pakej pembungkusan yang cantik dan menarik perhatian. Lalu pembeli akan terus membeli produk
tersebut dengan tidak berfikir panjang walaupun barang itu tidak diperlukan. Sama juga, seorang pekerja
yang bekerja keras untuk memperoleh wang tetapi tidak pandai untuk menabung dan mengawal
perbelanjaannya akhirnya akan dibebani dengan masalah kewangan. Dalam agama Islam terdapat
kenyataan bahawa sikap boros itu adalah amalan syaitan. Secara rumusannya, menabung boleh
menghindarkan diri daripada bersikap boros serta dapat meningkatkan jumlah simpanan seseorang. 4.
Dapat menjadi contoh tauladan kepada anak Tambahan pula, amalan menabung yang disemai oleh ibu
bapa dapat dijadikan contoh teladan kepada anak mereka. Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga
yang mengambil berat tentang amalan menabung akan disambung generasi seterusnya melibatkan anak,
cucu, sehinggakan cicit akan turut serta mencontohi perbuatan moyang mereka. Ini sangat sesuai
dengan pepatah Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Sebagai contoh, anak-anak yang setahun jagung akan
diajar untuk menabung sehingga dewasa, dan seterusnya ideologi ini akan diwariskan. Oleh itu, amalan
menabung dalam keluarga akan berkekalan sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting dalam
memupuk tabiat menabung di kalangan ahli keluarga. 5. Dijadikan bank kecil, tidak mengharapkan orang
lain untuk memberi wang Selain itu, dengan mengamalkan sikap menabung secara konsisten, ianya
dapat menangani segala masalah yang bakal menimpa kita pada masa akan datang. Perkara ini boleh
terjadi apabila sesebuah keluarga memerlukan wang yang berjumlah besar untuk melaksanakan bayaran
terhadap sesuatu. Keluarga tersebut berkemungkinan akan mengharapkan pinjaman daripada pihak
bank. Tetapi masalah sebenar akan timbul apabila pinjaman tersebut akan dikenakan faedah yang boleh
membebankan. Sebagai contoh, jika seseorang yang meminjam sebanyak lima puluh ribu ringgit untuk
membeli sebuah kereta, dia perlu memastikan wang sebanyak enam puluh ribu yang mesti dilangsaikan
kepada pemiutang atas 10 peratus faedah yang dikenakan. Hal ini dapat dielak dengan mudahnya
sekiranya kita memilih untuk menyimpan wang pada masa dahulu yang lebih baik berbanding meminjam
wang. Oleh yang demikian, kita mestilah sentiasa menekankan kepentingan menabung dalam kalangan
keluarga dan orang tersayang agar tidak perlu berada dalam situasi yang tidak diinginkan. 6.
Mengekalkan hubungan baik sesama manusia hasil kegiatan menabung Akhir sekali, melalui tabiat
menabung, ianya dapat mengeratkan hubungan silatuhrahim antara keluarga. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan keluarga tersebut akan menggunakan masa untuk berkongsi jumlah wang yang telah
disimpan sesama mereka dan kegunaannya pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang
daripada keluarga ingin meminjam duit daripada ahli keluarganya oleh kerana duit simpanannya yang
tidak mencukupi. Oleh sebab ahli keluarganya yang lain merupakan golongan yang mementingkan
amalan menabung, maka seseorang dapat berbincang dengan ahli keluarganya yang lain untuk
meminjam duit sementara waktu. Oleh itu, di sini dapatlah dilihat menabung itu dapat merapatkan
keakraban tali persaudaraan dalam keluarga. Secara kesimpulannya, amalan menabung mempunyai
banyak kepentingan untuk seorang individu dan keluarga kerana menabung akan memberi manfaat pada
jangka masa panjang khususnya. Galakkan amalan menabung mesti diwujudkan agar lebih ramai orang
yang menyedari kepentingan amalan ini. Tidak kira usia samada muda mahupun tua, marilah kita mula
menabung dengan cermat kerana “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah
dahulu, bersenang-senang kemudian”. ShareFacebookTwitterLinkedInPinterest INFORMASI
BERKAITAN

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-menabung.html

Anda mungkin juga menyukai