Anda di halaman 1dari 3

Penambahbaikan Laporan

Tema ikut kertas asal

1.0 Pendahuluan
Peristiwa kepupusan adalah penurunan meluas dalam kepelbagaian biologi di Bumi. Malaysia adalah sebuah negara yang
bertuah kerana memiliki pelbagai spesis yang tidak dapat ditemui di negara lain. Kepupusan hidupan liar akan menyebabkan
sesuatu spesis tidak lagi wujud atau ditemui di tempat lain . Selain itu , kepelbagaian haiwan dan tumbuhan adalah
merupakan daya tarikan utama pelancong asing ke negara kita. Ekonomi pelancongan akan menjadi semakin merosot seiring
dengan kepupusan hidupan liar .Tambahan pula,generasi akan datang juga tidak dapat melihat spesis-spesis sekiranya ia
pupus . Mereka hanya dapat melihat di dalam buku sahaja (Balik kertas asal)

3.1 Aktiviti Pembalakan

Banyak kawasan hutan di negara kita telah dibuka untuk tujuan penanaman seperti minyak kelapa sawit yang merupakan
salah satu sumber ekonomi Malaysia yang utama. Aktiviti pembalakan haram seperti menebang pokok yang bernilai tinggi di
pasaran contohnya pokok jati dan pokok cengal di hutan hujan tropika menyebabkan banyak haiwan kehilangan habitat. Apabila
haiwan kehilangan habitat, mereka akan kehilangan sumber makanan dan perlindungan yang menjadi faktor utama kelangsungan
hidup. Keadaan semakin meruncing apabila spesis binatang hutan seakan namanya sudah menjadi asing seperti rusa sambar,
harimau belang, seladang dan beruang matahari lambat membiak dan melahirkan anak dengan jumlah yang terlalu sedikit dalam
masa setahun turut kesan terhadap perkembangan populasi binatang berkenaan sehingga benar-benar sudah mengalami
kepupusan.

3.2 Permintaan yang Tinggi

Kerakusan manusia yang tamak untuk memenuhi keperluan sendiri seperti suka memakan telur penyu, telur penyu sering
dicuri dan dijual dengan harga yang tinggi.Penyu juga sering diburu kerana daging dan cengkerangnya. Selain itu,gading gajah
sering menjadi pilihan kerana strukturnya yang tahan lama, mudah diukir dan tidak mudah patah. Gading gajah banyak
digunakan untuk membuat alatan seperti gigi palsu. Kebanyakan pemburu haram mengambil peluang mengeksplotasi dengan
memburu binatang yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan apabila dijual di pasaran gelap. Banyak binatang telah diburu
dan dibunuh seperti badak Sumatera disebabkan tanduknya. Selain mempunyai nilai estetika, tanduk badak Sumatera dijual
dengan harga tinggi di pasaran dunia kerana mempunyai kelebihan yang pelbagai seperti keupayaan merawat penyakit kanser dan
sebagainya.

3.3 Pencemaran Alam

Keadaan pencemaran yang tidak terkawal menyebabkan kepupusan kehidupan akuatik seperti ikan lumba-lumba semakin pupus
disebabkan oleh pencemaran air seperti tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab
mengotorkan air laut dengan membuang sampah sehingga menyebabkan kematian. Saintis Alam Sekitar daripada Universiti
Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, peningkatan penggunaan plastik oleh rakyat Malaysia
adalah 1.16 kilogram per kapita pada 2018 kepada 16.8 kilogram per kapita pada 2020.Plastik yang dibuang sering memberikan
tanda salah terhadap haiwan seperti penyu dan ikan paus yang mengganggap plastik adalah makanan menjadikan faktor utama
haiwan ini pupus akibat kematian kerana menghadapi kesulitan proses penghadaman apabila memakan hasil buangan sisa
pepejal.

4.1 Kerajaan Malaysia haruslah menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar untuk
mengawal kegiatan pembalakan haram dan mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan.Kerajaan boleh mewartakan
Hutan Simpanan seperti Taman Negara Bako agar memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam.

4.2 *

5.0 Dalam mengejar kemajuan daripada pelbagai aspek, kelestarian hidupan liar tidak boleh dikesampingkan. Hakikatnya,
hidupan liar adalah aset yang penting dalam persekitaran dan ekosistem kita serta perlu dikekalkan kewujudannya. Hidupan liar
yang semakin pupus akan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang. Justeru, hidupan liar juga berhak untuk dilindungi
serta dipantau secara konsisten agar tidak mengalami kepupusan dan dapat dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.Oleh
itu, pemuliharaan hidupan liar adalah sangat penting bagi mengekalkan ekosistem. Kemajuan pembangunan tidak seharusnya
menjadi alasan dan kealpaan kita dalam melindungi dan memelihara hidupan liar. Pihak berkuasa perlu memerangi jenayah ini
sehingga ke akar umbi bagi menangani jenayah hidupan liar di rantau ini melalui perkongsian maklumat serta usahasama
meliputi agensi kerajaan dan institusi serta agensi lain yang berkaitan. Mengukuhkan lagi penguatkuasaan undang-undang
hidupan liar dan memerangi jenayah hidupan liar perlulah diberikan keutamaan di peringkat negara, serantau dan global amat
penting kepada kejayaan terhadap usaha seperti itu.
Syarahan

第一段一样

Hadirin sekalian,

Merujuk laman Wikipedia, Sukan elektronik juga dikenalkan sebagai e-sukan ialah sejenis bentuk pertandingan dengan
permainan video. Acara sering mengambil bentuk yang dianjurkan, pertandingan permainan video multipemain, terutama
antara pemain profesional, atau secara individu sebagai pasukan. Contoh e-sukan yang popular ialah Arena of Valor ,Dota 2,
Dream Three Kingdoms 2,PUBG Mobile dan lain-lain.Penyertaan oleh pemain profesional dalam e-sukan melalui penstriman
langsung melihat lonjakan besar di populariti sehingga sampai akhir tahun 2000. Pada tahun 2010, pertandingan e-sukan adalah
faktor penting dalam industri pembangun permainan e-sukan kerana terdapat banyak permainan pembangun aktif dan
menyediakan dana untuk pertandingan dan lain-lain acara.Memangnya penting untuk kita mengetahui kebaikan-kebaikan e-
sukan yang popular dalam zaman ini.

Kebaikan lain yang mampu diperoleh remaja melalui sukan elektronik adalah membuka peluang dan bidang kerjaya yang
baharu. Selepas ledakan e-sukan di peringkat dunia, Malaysia tidak terlepas daripada menghasilkan pasukan-pasukan e-sukan
yang bertanding di kejohanan peringkat dunia. Sama ada daripada penaja swasta ataupun inisiatif kerajaan, remaja hari ini
berpotensi untuk menjadi seorang atlet e-sukan dalam permainan elektronik pilihan masing-masing. Selain daripada menjadi
atlet e-sukan, remaja juga boleh menjadi “Streamer” iaitu individu yang bermain permainan video dan berkongsi permainan di
alam maya untuk tontonan umum. Di peringkat institusi pengajian tinggi juga telah menawarkan kursus seperti jurutera
permainan video yang mampu menlahirkan graduan dalam bidang pembangunan sukan elektronik. Tuntasnya, permainan e-
sukan bakal menjadi sebuah industri baharu yang bermanfaat untuk golongan remaja hari ini.

Anda mungkin juga menyukai