Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

Titipan penghargaan terhadap Allah, tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang
dikehendakinya kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertamanya, saya ucapkan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan
kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu saya menyiapkan
tugasan ini walau banyak cabaran.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu dan bapa saya kerana sentiasa menitipkan doa-
doa untuk keberkatan saya di sini. Beliau juga banyak menyokong saya dari segenap segi
rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.

Tidak lupa juga kepada guru Seni Visual saya iaitu Encik Razikhan bin Minhad kerana
dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya walhal mengganggu masa rehatnya. Beliau
juga sering mengingatkan saya sekiranya saya lalai serta menegur saya dengan amat
berhemah. Mohon jasa baiknya dingajari dengan kurniaan kepada Allah yang tidak ternilai
harganya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan saya yang
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan
khususnya dalam menghasilkan projek kajian ini. Ketahuilah segala bantuan yang anda
salurkan amat saya hargai.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak. Kesudian
anda amat saya hargai.
1.0 PERNYATAAN MASALAH
1.1 DEFINISI SAYANGILAH HIDUPAN LIAR
Menurut kamus dewan dan pustaka sayang bermaksud menaruh rasa kasih dan cinta terhadap
yang bernyawa atau tidak bernyawa. Selain itu, sayang juga merujuk ketulusan hati kerana
memang tepat terhadap seseorang dan ia sering wujud pada lumrah seseorang manusia dan
akan diluahkan melalui kata-kata atau perbuatan.
Justeru, hidupan liar boleh dedifinasikan spesies binatang Mamalia. Menurut
Wikipedia adalah ianya haiwan spesies liar atau burung liar sama ada dilindungi ataupun
tidak seperti vertebrata atau invertebrate yang dimaksudkan binatang itu hidup atau mati dan
matang atau tidak matang.

1.2 HURAIAN SAYANG DAN HIDUPAN LIAR

Sayangi hidupan liar merujuk kepada manusia yang mempunyai perasaan sangat sayang
dan cinta akan seluruh alam semula jadi yang ada di muka bumi ini. Kehidupan ini juga turut
dirangkumi dengan pelbagai makhluk dan ianya terdiri daripada tiga aspek iaitu manusia,
tumbuhan dan juga haiwan. Antara alam semulajadi yang hidup bersama-sama kita ialah
haiwan yang terdiri daripada dua kategori iaitu haiwan liar dan haiwan bukan liar. Haiwan
liar ini adalah haiwan yang tidak dipelihara oleh manusia iaitu seperti serigala, harimau, tapir,
ular dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kewujudan haiwan liar ini adalah sangat agresif
dari segi sifat mereka, tetapi kita seharuslah mempunyai akal fikiran yang positif untuk
menyayangi haiwan-haiwan tersebut serta tidak membuat ancaman terhadap mereka, tidak
kira haiwan liar.
Selain itu, untuk menunjukkan sifat kasih sayang terhadap haiwan liar ialah sekiranya
untuk memelihara haiwan liar tersebut mereka seharuslah menyediakan kawasan habitat
mereka, justeru setiap yang ingin memelihara haiwan perlulah memastikan kebajikan haiwan
tersebut dijaga dengan baik dan sempurna. Mereka perlu menyediakan tempat tinggal yang
selesa dan kondusif untuk memberi tempat tinggal terhadap haiwan liar untuk berehat.
Akhir sekali, konsep yang saya gunakan ialah cetakan lino dan terdapat beberapa teknik
Cetakkan timbulan seperti teknik print atau cetak yang memiliki acuan permukaan timbul
yang meninggi dan berfungsi sebagai penghantar tinta bagi bahagian dasar atau permukaan
yang tidak timbul dan ia juga merupakan bahagian yang tidak akan kena tinta atau disebut
bahagian negatif manakala bahagian yang kena tinta pula disebut positif . Oleh itu, Teknik
yang digunakan ialah Teknik woodcut yang mempunyai bahan yang digunakan ialah pisau
cungkil, rol,calour lino dan kertas lino.
1.3 Menyenaraikan jenis-jenis hidupan liar.
i)Hidupan di hutan

( KOALA ) ( KUDA BELANG )

( TARATULA ) ( HARIMAU BELANG )

( SINGA ) ( TAPIR )
ii)Hidupan di laut
( IKAN LUMBA-LUMBA ) ( IKAN JERUNG )

( PENYU ) ( ANJING LAUT )

iii)Hidupan di udara

( BURUNG HELANG ) ( ENGGANG BADAK )


( BURUNG PUCHONG KUAK )
( KELAWAR )

1.4 PUNCA PEMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini pengkaji menjumpai beberapa punca permasalahan terhadap kehidupan
haiwan liar ialah pencemaran alam, kepupusan, kehilangan habitat dan pembakaran secara
terbuka. Punca- punca ini dijumpai apabila pengkaji menjalankan kajian. Selain itu, punca ini
berlaku kerana tidak ada kesedaran dan rasa sayang pada haiwan hidupan liar.
Antara punca permasalahan kajian ialah kepupusan, Aktiviti memburu
merupakan sebab kepupusan hidupan liar. pemburu haram ini bukan sahaja
mengekploitasikan binatang tersebut, malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui
kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
binatang ini menjadi punca utama kegiatan tersebut berleluasa. Contohnya Harimau Malaya
(harimau belang) merupakan salah satu spesies yang semakin terancam kerana pemburuan
terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan China
menyebabkan harimau malaya kini hanya tinggal dengan jumlah yang sedikit. Namun,
kehidupan liar juga diburu disebabkan ancaman terhadap kehidupan manusia.

Selain itu, punca permasalahan kajian kedua iaitu pencemaran alam. Keadaan
pencemaran Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan. Punca
ini menyebabkan banyak kehidupan akuatik semakin pupus. Hidupan seperti ikan lumba-
lumba semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan
minyak di laut dan kegiatan manusia mengotorkan laut. Justeru, Beruang panda yang
merupakan habitat istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus akibat
pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan
hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makan utama habitat ini.

Seterusnya, punca permasalahan ketiga adalah kehilangan habitat. Sikap manusia yang
rakus dan tidak bertimbang rasa menjadi salah satu punca berlakunya
kehilangan hidupan liar. Punca ini berlaku daripada pembalakan tanah secara
besar-besaran untuk tujuan pertanian, perdagangan dan pembangunan industri.
Malahan, banyak kawasan hutan di negara kita telah berkurangan disebabkan
pembalakan tersebut. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah berusaha
membuat Akta Pemuliharaan Hidupan Liar,2010 namun isu ini seolah-olah tidak
dipedulikan oleh pihak berkuasa.

1.5 CARA MENGATASI

Dalam kajian ini pengkaji dapat mengenalpasti cara untuk mengatasi hidupan liar daripada
pupus di dunia ini. Antaranya ialah pemeliharaan dan pemuliharaan melalui pendidikan,
mengawal pemburuan hidupan liar dalam menguatkuasakan undang-undang dan mengadakan
kempen. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi oleh manusia agar tidak ada kepupusan
atau ancaman terhadap hidupan liar.
Antara cara mengatasi yang pertama ialah memberi kesedaran melalui pendidikan.
Pendidikan terhadap alam sekitar patut dipelajari lagi secara formal pada peringkat sekolah
rendah. Seterusnya, pada peringkat menengah dan terakhir peringkat pengajian tinggi.
Contoh mata pelajaran yang boleh dipelajari untuk sayangi kehidupan liar ialah mata
pelajaran sains. Walaubagaimanapun sains mempunyai banyak bahagian, namun boleh
dipecahkan kepada pelbagai bentuk. Oleh itu, jika pendidikan ini terdedah kepada
masyarakat dengan lebih awal maka mereka akan sedar kepentingan alam sekitar terhadap
hidupn liar. Kepentingan alam boleh disampaikan melalui pelbagai cara seperti melalui
pembelajaran di sekolah atau melalui media massa.
Cara mengatasi yang kedua ialah menguatkan kuasa undang-undang. Pihak kerajaan
telah membuat satu akta iaitu Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010. Ini kerana, pihak
keraajan ingin menjaga sumber-sumber alam semulajadi supaya tidak ada pemburuan haram
haiwan hidupan liar dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, mereka yang memburu
hidupan liar secara haram akan dikenakan hukuman atau denda. Justeru kita perlulah
mengetahui tentang definisi pemeliharaan dan pemuliharaan untuk tujuan mengetahui
kepentingan definisi tersebut. Definisi pemeliharaan yang saya dapati ialah mengekalkan
kedaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah. Seterusnya, maksud pemuliharaan pula
ialah mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada asal supaya dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.
Cara yang terakhir untuk mengatasi punca tersebut ialah mempergiatkan kempen tentang
kesedaran sayangi hidupan liar. Contohnya pihak kerajaan seharuslah memainkan peranan
terutama kerajaan dibawah jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara
(PERHILITAN). Ia merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga,
mengurus dan memlihara hidupan liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Pihak
tersebut boleh mengadakan kempen yang dipenuhi dengan haiwan seperti di zoo. Dengan
cara ini, masyarakat dapat mengenalpasti pelbagai jenis haiwan. Oleh itu, masyarakat akan
lebih sayang terhadap hiwan hidupan liar dan kehidupan hidupan liar akan terjamin.

2.0 PENENTUAN TEMA, KONSEP , SUBJEK DAN KANDUNGAN

2.1 KONSEP

Konsep yang pengkaji gunakan ialah cetkan timbulan. Cetakan timbulan ialah kaedah
pencetakan di mana blok cetakan, plat atau matriks yang telah menggunakan dakwat pada
permukaannya timbul, dibawa bersentuhan dengan kertas. Permukaan timbul (atasan)akan
meninggalkan dakwat di atas kertas, manakala kawasan permukaan bawahan tidak. Penekan
cetak mungkin tidak diperlukan, kerana bahagian belakang kertas boleh digosok atau ditekan
dengan tangan dengan alat mudah seperti brayer atau penggelek. Justeru, cetakan timbulan
ialah satu kelompok teknik cetakan tradisional, bersama-sama dengan keluarga intaglio dan
planografi, walaupun perkembangan moden telah mencipta jenis-jenis lain.
Dalam cetakan terdapat pelbagai jenis cetakan, pengkaji telah memilih cetakan lino sebagai
satu penghasilan karya. Definisi cetakan lino ialah proses terapan blok atau plat ke atas
sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Seni percetakan melibatkan kerja-kerja
melukis, mengukir dan mencetak. Dengan menggunakan blok, pemidang dan plat logam,
imej dapat dicetak dengan banyak dan disebut sebagai edisi. Semua karya yang dihasilkan
dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Cetakan merupakan kesan daripada gubahan
yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Permukaan blok diukir atau
diguris sehingga imej yang terbentuk pada imej atau blok tersebut dapat dipindahkan keatas
kertas, kain atau bahan lain.
Dalam hasil karya pengkaji, pengkaji lebih berminat menghasilkan karya dengan
menggunakan media cetakan. Kerana keistimewaan cetakan ini ialah blok yang sama dapat
menghasilkan bebrapa keeping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut
sebagai edisi. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya
asli.
Seterusnya, kebanyakan pelukis atau pengkaryanya suka menghasilkan karya cetakan
sendiri dengan cara untuk memikir atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok
kayu mereka sendiri. Hal ini kerana mereka boleh mendapat kefahaman secara mendalam dan
ingin mengalami keseronokan serta kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni
cetakannya. Pengalaman yang semakin banyak bukan sahaja dapat keseronokkan da
pengalaman, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran yang tinggi serta dapat mencipta
karya dengan penggunaan pelbagai alat, media dan teknik. Rentetan itu, para pelukis dapat
menggunakan sepenuhnya seseuatu media dalam mencipta karya-karya yang bermutu tinggi
dan nilai estetik sesuatu karya juga dapat meningkat.

2.2 SUBJEK
Pengkaji memilih tapir sebagai subjek utama. Tapir adalah spesies daripada haiwan
mamalia, ia tergolong dalam haiwan lain seperti tenuk, cipan, badak tamping, badak babi dan
kuda air. Tapir juga mempunyai nama yang saintifik seperti tapirus. Manakanla subjek
sokongan adalah habitat ini yang sering berada dikelilingi kawasan hutan. Tapir juga hidup di
kawasan-kawasan hutan seperti Amerika Selatan, Amerika Tengah, dan Asia Tenggara.
Gambaran pengkaji akan dilihat tapir di tengah-tengah hutan yang berlatarkan pokok-pokok.

CONTOH JENIS TAPIR

Tapirus bairdii Tapirus terrestris


Tapirus pinchaque Tapirus indicus

Kawasan hutan hujan sebagai subjek sokongan

2.3 KANDUNGAN
Isi tersurat dalam karya saya ialah gambaran yang melihatkan seekor tapir berdiri
berpandangan hadapan dan berlatarkan kawasan hutan hujan yang berwarna hijau dari
habitatnya. Tapir adalah spesies paling besar dan memiliki purata bert badan antara 300
hingga mencecah 540 kilogram serta satu-satunya versi yang memiliki warna berblang
apabila dewasa. Karya saya ini akan menunjukkan garisan beralun dan menegak bagi
menampakkan seekor tapir dan berlatarkan hutan untuk memperlihatkan subjek utama
pengkaji.
Seterusnya, bagi isi tersirat dari karya iniadalah seekor tapir boleh mengeluarkan biji benih
buah-buahan bermusim yang dimakan (dalam najisnya) dan ia berfungsi secara tidak
langsung menyemai serta menyebarkan biji benih itu kembali ke fauna, sekaligus membantu
menjadikan alam sekitar lebih mampan secara semula jadi. Justeru bagi membantu
memulihara tapir ini daripada pupus, pihak canon bekerjasama dengan Persatuan Pencita
Alam Malaysia (MNS) untuk menanam pokok di habitat semulajadinya menerusi, One Canon
Tree.et.

3.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

3.1 PENDEKATAN ASPEK FORMAL

Aspek formal ialah penggunaan asas seni reka dalam sesuatu hasil seni. Justeru, is
meliputi unsur seni dan prinsip rekaan. Selain itu, pemahaman serta pengaplikasian aspek
formal merupakan perkara yang terpenting dalam proses penghasilan hasil seni visual yang
berkualiti. Merujuk dari sesuatu imej karya seni visual dalam bentuk-bentuk elemen yang
perlu ada.

3.1.1 UNSUR SENI


Unsur seni merupakan aspek penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupu dari
segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Unsur seni meliputi aspek garisan, rupa, bentuk,
jalinan, dan warna manakala prinsip rekaan terdiri daripada keseimbangan kadar banding,
penegasan pergerakan dan ekonomi yang membentuk harmoni dan kepelbagaian. Seterusnya,
aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan bertujuan untuk menghasilkan kesatuan dalam karya
serta mempunyai hubungan dengan gambaran ruang. Namun begitu, setiap sesebuah karya
seni sekurang-kurangnya mempunyai satu unsur seni yang diguna pakai.
Antara unsur seni yang pengkaji akan gunakan untuk menghasilkan karya cetakan adalah
garisan. Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai
jarak tertentu. Garisan juga memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa,
bentuk jalinan, pergerakan, ton dan corak. Ia juga penting dalam menunjukkan seseorang
perasaan dalam sesebuah karya. Di samping itu, garisan ini terdiri daripada garisan lingkaran,
bergeriji, selari, beralur dan sebagainya. Pada bahagian bulu tapir pengkaji menggunakan
garisan halus. Selain itu, pada latar belakang iaitu pokok, pengkaji menggunakan garisan
beralur dan garisan bergeriji untuk menampakkan itu sebuah hutan yang dipenuhi pokok.
Penggunaan pelbagai garisan adalah untuk menunjukkan lagi sifat hasil karya pengkaji.
Seterusnya unsur seni yang pengkaji akan gunakan adalah unsur seni warna. Warna
adalah untuk menghasilkan karya cetakan. Warna memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan suasana yang tidak bosan dan dapat menunjukkan perasaan seseorang pelukis
semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Pengkaji akan
menggunakan 4 warna iaitu hitam, putih, hijau dan coklat. Pengkai menggunakan warna hijau
untuk menampakkan suasana di hutan. Pada bahagian tapir pengkaji menggunakan warna
hitam dan putih kerana itu adalah habitat semulajadinya.
Selain itu, unsur seni yang pengkaji akan gunakan adalah rupa. Rupa merupakan
sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa juga tiada jisim dan hanya
mempunyai satu permukaan sahaja. Dalam penghasilan karya pengkaji menggunakan rupa
organic kerana ia rupa yang bebas dan tidak bersudut seperti pokok, batu, buah dan
sebagainya. Pengkaji akan lebih memfokuskan rupa organik kerana dapat lebih memudahkan
pengkaji dalan penghasilan tersebut.
Akhir sekali, pengkaji akan menggunakan unsur seni jalinan. Jalinan merupakan kesan
yang terdapat pada permukaan sesuatu benda seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit
rambutan, belang pada harimau dan sebagainya. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai
fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri. Dalam karya ini, pengkaji akan menggunakan jalinan
tampak. Jalinan tampak merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat
dirasa melalui sentuhan seperti bulu tapir, jalinan pada pokok dan sebagainya.
3.1.2 PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur seni untuk
menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni viual. Terdapat tujuh prinsip rekaaan.
Antaranya harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan dan
kepelbagaian.
Prinsip rekaan yang pengkaji akan gunakan ialah kepelbagaian. Kepelbagaian merupakan
hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, perlanjutan dan
kontra. Pengkaji akan menjadikan seekor tapir adalah subjek utama dan kepelbagaian dari
habitatnya iaitu kawasan hutan.
Prinsip rekaan kedua ialah penegasan. Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni
Visual adalah merupakan sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhati tampak.
Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan sepenuhnya
sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian sesorang. Dimana penegasan terhadap latar
belakang yang menunjukkan seekor tapir di tengah hutan.
Prinsip rekaan yang terakhir pengkaji gunakan ialah harmoni. Istilah harmoni
merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri-ciri yang bercanggah. Ini
kerana pengkaji tidak menggunakan banyak warna. Harmoni dalam karya pengkaji adalah
dari segi bentuk dan dari segi garisan.

3.1.3 MEDIA DAN TEKNIK

Dalam hasil karya pengkaji berminat menghasilkan karya dengan menggunakan media
cetakan. Keistimewaan media ini adalah mampu menghasilkan banyak keping karya yang
serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Selain itu, pengkaji menggunakan
cetakan timbulan merujuk proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang
timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak
Teknik yang pengkaji gunakan adalah cetakan lino. Cetakan lino ialah proses terapan
blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Seni percetakan
ini melibatkan kerja-kerja melukis, mengukir dan mencetak

3.2 GAYA PENGHASILAN

3.2.1 GAYA PENAMPILAN KARYA


Gaya penghasilan atau gaya penampilan merupakan sesebuah karya perekaan atau
pengkaryaan melibatkan keserasian teknik dan bahan yang digunakan melalui 3 kaedah
utama iaitu realistik, separa abstrak dan abstrak.
Gaya penampilan yang pengkaji gunakan ialah separa abstrak. Ia merujuk gambaran imej
sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan atau dipiuhkan. Walau bagaimanapun, imej
masih mempunyai ciri-ciri sebenar imej yang digambarkan. Oleh itu, pengkaji akan
mengubah suai gambar haiwan tapir tetapi masih dapat dikenal pasti oleh audiens.
Justeru, cara pengolahan yang saya kaji ialah karya stailisasi merujuk kepada bahan
dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. Pertimbangan imej dibuat
dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan
dengan keseluruhan reka bentuk. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan.
Contohnya, gambar dalam motif. Oleh itu, pengkaji akan stailisasikan bentuk tapir kepada
rupa yang mudah serta berlatarkan kawasan hutan yang harmoni mengambil bentuk asas.

3.2.2 ALIRAN
Aliran yang saya gunakan adalah aliran realisme. Aliran ini adalah karya seni yang
menampilkan hal yang sesuai dengan yang ada dalam keseharian tanpa melebih-lebihkan atau
memberi interpretasi tambahan. Ia juga menunjukkan kebenaran iaitu kebenaran baik atau
buruk sekalipun. Selain itu, aliran realisme adalah cenderung menyerupai benda aslinya
dibandingkan dengan lukisan yang begaya atau abstrak. Oleh itu, aliran ini mempunyai ciri-
ciri yang perlu mengenalpasti.
Salah satu ciri utama pergerakan ini adalah renungan terhadap reality. Mereka mengetepikan
aspek kecantikan dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada kehidupan seharian. Kedua-
dua aspek indah dan yang tidak begitu indah. Karya-karya ini mempunyai gaya tepat tentang
apa yang ingin mereka sampaikan. Selain itu, mereka cukup terperinci dan juga mereka
mempunyai banyak perincian.
Begitu juga, mereka Berjaya menerangkan dan meluahkan perasaan yang paling intim
melalui karya mereka, untuk menunjukkan reality setiap individu dan karya yang mereka
lakukan. Dalam Karya tersebut, mereka memberikan perhatian yang sama, iaitu berdasarkan
persekitaran sosial seperti dalam watak. Persekitaran ini lebih baik di bandar dan dijelaskan
dengan teliti dalam karya.
3.2.3 BIODATA TOKOH
i) Dalam negara

NAMA SAMSUDIN WAHAB


TANGGAL TAHUN 1984, PERAK, MALAYSIA
LAHIR
PENDIDIKAN  DIPLOMA SENI HALUS, UITM SERI ISKANDAR ( 2005 – 2007 )
 IJAZAH SARJANA MUDA SENI HALUS, UITM, SHAH ALAM, 2007.
PENCAPAIAN  PAMERAN SOLO DI KUALA LUMPUR TAHUN 2008 BERTAJUK
ENOUGH!

 TAHUN 2009 TELAH MENERIMA ANUGERAH RIMBUN DAHAN 15th


AUSTRALIA-MALAYSIA VISUAL ARTS RESIDENCY.

 TAHUN 2009, PEMENANG ANUGERAH MALAYSIA EMERGING


ARTIST (MEA)
CONTOH KARYA

The two patriots Tuhan memberkati kamu Anjing hendak jadi statue of
liber

ii) Luar negara

NAMA THOMAS BEWICK


TANGGAL 12 OGOS 1753, CHERRYBURN, NORTHUMBERLAND, ENGLAND
LAHIR
PENDIDIKAN  DIPLOMA SENI HALUS, UITM SERI ISKANDAR ( 2005 – 2007 )
 IJAZAH SARJANA MUDA SENI HALUS, UITM, SHAH ALAM, 2007.
PENCAPAIAN  MENERBITKAN KAYA SEJARAH QUADRUPEDS PADA TAHUN 1790
 MEGEMBANGKAN TEKNIK CETAKAN DI GREAT BRITAIN PADA
ABAD KE 18
CONTOH KARYA

BURUNG HANTU TATE CHILLINGHAM BULL

4.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK & KEASLIAN

4.1 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan projek yang dihasilkan oleh saya iaitu projek karya pengkaryaan yang
menggunakan media cetakan dengan bertemakan Hari Alam Sekitar Sedunia yang berkait
dengan tema umum iaitu “Sayangilah Hidupan Liar” adalah untuk menyampaikan kesedaran
kepada masyarakat mengenai habitat hidupan liar yang semakin pupus dan terancam pada
masa kini.
Seterusnya, kepentingan projek ini adalah untuk memberi tahu kepada masyarakat
tentang kewujudan hidupan liar adalah penting kerana untuk diperlihatkan pada generasi
yang akan datang.
Kepentingan projek ini juga untuk memberi isi tersirat kepada masyarakat tentang
hidupan tapir yang semakin pupus akibat pemburuan hutandan pembakaran hutan secara
haram.

4.2 KEASLIAN

Keaslian hasil karya saya ialah saya tidak menciplak mana-mana karya yang telah
dihasilkan sebelum ini. Keaslian karya saya dapat dilihat melalui idea- idea asal saya sendiri
dan rujukan karya dalam sesuatu aliran adalah dibenarkan tetapi imej yang ditampilkan ialah
asli, mengikut tema, proses kajian dan kehendak soalan. Selain itu, keaslian karya saya juga
dapat dilihat melalui proses penghasilan iaitu saya menggunakan teknik, usaha dan idea saya
sendiri untuk menyiapkan projek ini dengan melakar, melukis, mengukir dan mewarna karya
saya tanpa menggunakan bantuan serta idea orang lain.
Kesimpulannya, tujuan projek ini ialah untuk memenuhi permintaan penganjur pameran
tentang sayangi hidupan liar. Selain itu, tujuan projek ini juga untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya mereka perlu berkerjasama untuk melindungi hidupan liar
daripada ancaman dan pupus. Oleh itu, dalam kajian ini saya telah menerangkan beberapa
langkah untuk pihak tertentu supaya boleh mengatasi masalah ancaman terhadap hidupan liar.
Akhirnya, saya berharap agar semua pihak yang terlibat dalam menjaga habitat semulajadi
untuk membuat penyelidikan yang mendalam serta mengambil tindakan dan mengenakan
denda terhadap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

5.0 SUMBER DAN RUJUKAN

1. Kamus Dewan, 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka


2. https://kamusbm.com/sayang/
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hidupan_liar_di_Malaysia
4. https://www.britannica.com/biography/Thomas-Bewick
5. http://jiansiong.blogspot.com/2011/11/pengenalan-cetakan_17.html
6. https://hwikims.cyou/wiki/Thomas_Bewick
7. https://g13gallery.com/artists/samsudin-wahab/
8. https://orkidazura.blogspot.com/2015/06/cetakan-lino.html?m=1
9. http://cikgusenismbd.blogspot.com/2014/06/cetakan-lino-langkah-demi-
langkah.html?m=1
10. https://www.scribd.com/doc/269488015/DEFINISI-CETAKAN
11. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/04/217954/legenda-si-hitam-putih
12. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2021/01/666044/kempen-selamatkan-tapir
13. https://www.majalahsains.com/punca-punca-kepupusan-haiwan/
14. https://mediapermata.com.bn/pentingnya-memulihara-hidupan-liar/
15. https://www.slideshare.net/AfifiMalaysia/pemeliharaan-dan-pemuliharaan-59979107

Anda mungkin juga menyukai