Anda di halaman 1dari 5

HARIMAU

1. LOKASI
 Hutan semenanjung Malaysia.

2. SEBAB KEPUPUSAN
 Sikap manusia yang rakus dan tidak bertimbang rasa menjadi salah
satu punca utama berlakunya kepupusan hidupan liar. Antaranya
ialah pembukaan tanah secara besar-besaran untuk tujuan pertanian,
perdagangan dan pembangunan industri.
 Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan turut
menjadi faktor berlakukanya kepupusan harimau.

3. USAHA-USAHA YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN


NGO UNTUK MENGELAKKAN KEPUPUSAN
 Memulihkan kembali bilangan harimau dan menyelamatkan harimau
daripada pemburuan haram.
 Hukuman keras kepada pemburu haram.
PENYU

1. LOKASI
 Pantai dan lautan

2. SEBAB KEPUPUSAN
 Antara ancaman yang dihadapi oleh penyu adalah pemburuan
daging dan telurnya secara haram.
 Serpihan-serpihan yang bersepah di laut menjadi ancaman paling
besar terhadap penyu, terutamanya plastik dan pukat-pukat jaring
ikan.Serpihan yang dimakan ini akan tersangkut di perut apabila
dimakan yang akan menyebabkan kematian haiwan ini.

3. USAHA-USAHA YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN


NGO UNTUK MENGELAKKAN KEPUPUSAN
 Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksana, menyelia dan
mengurus pelbagai program pemuliharaan di Malaysia sejak tahun
1990 hingga kini.
 Kerajaan juga telah mewartakan sebuah taman marin, iaitu Taman
Laut Pulau Penyu (TPPP)
ORANG UTAN

1. LOKASI
 Hutan hujan Borneo dan Sumatera.

2. SEBAB KEPUPUSAN
 Orang utan terus menjadi mangsa pemburuan dan dihalau dari
habitatnya.
 Orang utan lambat membiak.
 Orang utan dibunuh setiap tahun oleh pemburu.
 Aktiviti manusia seperti pembalakan haram, penerokaan kawasan
hutan dan pemburuan haram adalah antara punca kepupusan orang
utan.

3. USAHA-USAHA YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN


NGO UNTUK MENGELAKKAN KEPUPUSAN
 Hentikan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram terhadap
haiwan.
 Tidak memakan, mengedar dan menjual mana-mana anggota haiwan
yang terancam & dilindungi.
BADAK SUMBU

1. LOKASI
 Terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga
ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

2. SEBAB KEPUPUSAN
 Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu.
 Badak sumbu juga menjadi mangsa pemburu haram yang
membunuh untuk mendapatkan sumbunya.

3. USAHA-USAHA YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN


NGO UNTUK MENGELAKKAN KEPUPUSAN
 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
Malaysia telah membuka sebuah pusat pemeliharaan badak sumbu
di Hulu Selangor, Selangor sejak tahun 1984. Di sini, haiwan ini
dipelihara di dalam kandang yang menyerupai habitat asalnya. Ada
juga yang dilepaskan dalam kawasan seluas 10 hektar untuk
tujuan pembiakan.
GAJAH

1. LOKASI
 Hutan hijau abadi di Semenanjung Malaysia.

2. SEBAB KEPUPUSAN
 Perburuan untuk mengambil gading, daging, dan kulit merupakan
salah satu ancaman terbesar kepupusan gajah.
 Ancaman perdagangan hidupan liar secara haram yang memburu
gajah untuk mendapatkan gadingnya.
 Pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan yang
menyebabkan hutan sedia ada dipisahkan mengakibatkan hidupan
liar seperti gajah terbunuh akibat kemalangan.
 Kesan pembukaan ladang untuk pertanian itu menyebabkan habitat
gajah terganggu kerana sebahagian kawasan tempat tinggal gajah
yang dilitupi hutan dijadikan sebagai lokasi penanaman.

3. USAHA-USAHA YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN DAN


NGO UNTUK MENGELAKKAN KEPUPUSAN
 Meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan ancaman kepupusan
gajah.

Anda mungkin juga menyukai