Anda di halaman 1dari 1

PENGEN

ALAN
Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar banyak binatang
di negara kita diancam oleh kepupusan walaupun pelbagai
kempen telah giat dijalankan namun isu ini seolah-olah tidak
pernah berkesudahan.

Antara binatang yang sedang diancam kepupusan tahap


kritikal di Malaysia ada harimau Malaya, badak Sumatera,
tenggiling, penyu, orang utan, gajah borneo, dan tapir.

Sikap manusia yang rakus dan tidak bertimbang rasa


menjadi salah satu punca utama berlakunya kepupusan hidupan
liar. Antaranya ialah pembukaan tanah secara besar-besaran
untuk tujuan pertanian, perdagangan dan pembangunan industri.
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan turut menjadi
faktor berlakukan kemusnahan spesis binatang. Keadaan
pencemaran yang tidak terkawal juga menyebabkan kepupusan
kehidupan akuatik seperti ikan lumba-lumba semakin pupus
disebabkan oleh pencemaran air seperti tumpahan minyak di laut
dan kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab mengotorkan
air laut dengan membuang sampah sehingga menyebabkan
kematian.

Di dalam buku skrap ini saya memilih beberapa haiwan yang


akan dibincangkan. Haiwan-haiwan tersebut ialah penyu, gajah,
harimau, badak sumbu dan orang hutan.

Anda mungkin juga menyukai