Anda di halaman 1dari 24

Hidupan Liar

Di Malaysia

Zulhazlia bt Zulkifli
SMK Jenagor
Hulu Terengganu, Terengganu
Tahukah anda?
• Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau
akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif
pemuliharaan dilakukan dengan segera!

• Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali,


Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3200 ekor
harimau daripada enam subspesies lain.
http://www.cikguhailmi.com/2013/05/pemuliharaan-dan-pemuliharaan-hidupan.html
Harimau Malaya.. Kebanggaan kita
• Nama saintifik Harimau Malaya adalah Panthera Tigris Malayensis dan
spesies ini hanya terdapat di Malaysia
• Diiktiraf sebagai spesies yang berbeza pada tahun 2004
• Harimau Malaya adalah lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu dalam
Jata Negara Malaysia
• Sering menjadi lambang keberanian dan kekuatan.
• Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai haiwan
yang terancam ekoran banyak pihak yang
memburunya bagi mendapatkan kulit, gigi
dan dagingnya buat pelbagai tujuan.
Video

Ngauman
Harimau
Namun kini…
• Dana Perlindungan Haiwan (WWF-Malaysia) mendedahkan, kajian
yang dijalankan di tiga kawasan teras harimau di Semenanjung
Malaysia hanya tinggal antara 250 hingga 340 ekor Harimau Malaya.
• Jika kita mengambil sikap tidak peduli, spesies ini akan pupus dalam
beberapa tahun lagi..
• Wajarkah kita membiarkan khazanah
negara ini terus pupus?
Nyatakan pendapat anda.
Jenis-jenis hidupan liar di Malaysia
• Malaysia antara negara yang mempunyai
pelbagai spesies hidupan liar.
• Ada antara spesies ini jarang ditemui dan hanya
terdapat di hutan negara ini.
• Setiap spesies haiwan liar boleh didapati di kawasan
habitatnya yang tersendiri
• Habitat ini penting untuk haiwan liar mencari
makanan, berlindung dan membiak
Habitat Hidupan Liar
di Malaysia Kepelbagaian spesies mengikut
lapisan hutan
Hutan Hujan Tropika • Emergen/ Renjong
• Kanopi
• Tengah
• Lantai hutan

Habitat Hutan Paya Air Tawar Di kawasan berhampiran sungai,


tasik atau paya
Hidupan
Di kawasan pantai berlumpur
Liar di Hutan Paya Air Masin
atau muara sungai

Malaysia Hutan Pantai Di kawasan berhampiran pantai

Hutan Gunung Di kawasan yang mempunyai


ketinggian lebih dari 1200 m
Contoh hidupan liar di hutan hujan tropika
Contoh hidupan liar di hutan paya air masin dan
paya air tawar
Contoh hidupan liar di hutan pantai
Contoh hidupan liar di hutan gunung
Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia

Mengekalkan
ekosistem hutan
Membantu
Menyebarkan
aktiviti
bijih benih
ekopelancongan

Kepentingan
hidupan liar di
Malaysia
Sumber Mengekalkan
biodiversiti siratan
makanan
Aset dan khazanah
kepada negara dan
generasi akan datang
Kepentingan hidupan liar di Malaysia
 Hidupan liar memainkan peranan untuk mengekalkan keseimbangan
ekosistem di dalam hutan. Apakah yang akan terjadi jika harimau pupus
di hutan kita?

 Hutan simpan Sepilok telah diwartakan sebagai kawasan pemeliharaan


hidupan liar orang utan. Tahukah anda, ramai pelancong luar negara
datang ke sini untuk melihat haiwan unik ini?

 Sesetengah haiwan liar berpotensi untuk dijadikan sumber ubatan.


Kebanyakan hidupan liar sekarang diancam kepupusan kerana pengamal
perubatan tradisional.

 Haiwan seperti monyet, burung dan lebah sangat penting untuk


penyebaran biji benih. Tanpa mereka, usaha anak-anak pokok yang
baru akan lebih sukar untuk hidup.
Kegiatan Manusia Yang Mengancam Hidupan Liar

• Aktiviti pembalakan telah menyebabkan habitat hidupan


liar musnah
• Haiwan ini terpaksa berpindah ke kawasan baru

• Kawasan hutan juga telah diteroka untuk aktiviti


pertanian
• Tumbuhan asal hutan diganti dengan tanaman pertanian

• Pembinaan jalan raya menyebabkan hidupan liar


terpaksa menyeberangi jalan raya untuk mencari
makanan
• Ada diantaranya mati kerana dilanggar oleh kenderaan
• Pembinaan empangan telah menenggelamkan banyak
kawasan hutan
• Hidupan liar ini kehilangan habitat dan sumber makanan
mereka

• Ada sesetengah haiwan mempunyai nilai yang tinggi


dalam bidang perubatan
• Haiwan ini diburu di dalam hutan untuk dijual

• Pembangunan yang pesat telah menyebabkan kawasan-


kawasan hutan ditebang untuk pelbagai tujuan
• Namun, pembukaan kawasan ini juga secara tidak
langsung telah memberi kesan kepada hidupan liar
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Hidupan Liar
Mewartakan hutan Menguatkuasakan Pendidikan Geografi
simpan/ taman negara undang-undang Di Sekolah

•Beberapa kawasan hutan • Melalui aspek perundangan, •Melalui pendidikan geografi


terpilih telah diwartakan beberapa akta telah di sekolah, murid-murid
sebagai hutan simpan kekal diwujudkan untuk diberikan pendedahan
oleh pihak kerajaan memelihara kawasan hutan tentang kepentingan hutan
•Hutan simpan kekal • Antara akta yang sering kepada kelangsungan
bermaksud sebarang aktiviti digunapakai ialah spesies hidupan liar
menebang pokok adalah - Akta Kualiti Alam sekitar •Diharap pendidikan ini juga
dilarang sama sekali - Akta Perhutanan Negara mampu menyemai rasa
•Melalui usaha ini, habitat - Akta Pemuliharaan Hidupan prihatin warga Malaysia
fauna akan terpelihara Liar kepada isu-isu alam sekitar
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Hidupan Liar
Kempen Cintai Penyelidikan dan Peranan Badan Bukan
Hidupan Liar pembangunan Kerajaan

•Melalui penglibatan agensi •Penyelidikan dan •Terdapat juga penglibatan


kerajaan dan bukan pembangunan (R&D) aktif daripada agensi bukan
kerajaan, beberapa kempen mengenai hidupan liar turut kerajaan yang memberikan
kesedaran telah dijalankan dijalankan oleh beberapa kerjasama untuk
•Antara kempen-kempen agensi meningkatkan kesedaran
yang telah dilakukan ialah •Antaranya ialah Kajian mengenai hidupan liar di
- Kempen Save The Day Habitat Harimau Malaya oleh Malaysia
- Kempen We Hug Tapir PERHILITAN •Antaranya ialah WWF
- Kempen kurangi •Terdapat juga kolaberasi R&D Malaysia, SAHABAT dan
penggunaan plastik antara universiti tempatan Kelab Pencinta Alam
Pusat Konservasi Hidupan Liar

Haiwan yang Kawasan perlindungan


dilindungi

Orang utan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sabah

Tuntung Pusat Konservasi Tuntung Bukit Pinang, Kedah

Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang

Penyu Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu

Seladang Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang

Tapir Pusat Konservasi Hidupan Liar Kuala Dusun, Selangor


Uji minda :
Namakan semula pusat-pusat konservasi
hidupan liar di bawah
Kawasan Taman Negara Di Malaysia
Tahukah anda?
Sebagai usaha mengurangkan bilangan haiwan yang

mati kerana dilanggar kenderaan, jambatan eko


telah dibina khusus untuk haiwan liar menyeberangi
jalan raya yang sibuk. Kajian mendapati, jambatan ini
mampu mengurangkan bilangan haiwan yang dilanggar
kenderaan. Pernahkah anda melihat jambatan ini?
Video
jambatan eko
di seluruh
dunia
Apakah yang
dapat kita
simpulkan
apabila kita
melihat lukisan
ini?

Anda mungkin juga menyukai