Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN AMALAN MENABUNG

Amalan menabung merupakan aktiviti menyimpan wang ke dalam tabung. Menabung


kini boleh dilakukana secara fizikal atau perbankan Internet bergantung pada kemudahan dan
kesesuaian individu. Selain itu, bagi mewujudkan masyarakat yang bijak dalam hal kewangan
serta pandai berjimat, tabiat menabung adalah satu amalan penting yang mesti dipraktikkan
dalam kehidupan. Persoalannya, apakah manfaat-manfaat amalan menabung dalam
kalangan masyarakat?

Antara manfaat amalan menabung dalam kalangan masyarakat ialah simpanan untuk
dana kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak dapat menjangka pada
bila masa mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos perbelanjaan
sesuatu perkara yang boleh hadir tanpa diduga seperti peribahasa “malang tidak berbau”
Sebagai contoh, wang tabungan tersebut boleh digunakan sekiranya berlakunya kes-kes
kecemasan seperti membaiki kereta, berlakunya bencana alam dan kematian ahli keluarga
secara mengejut. Persis peribahasa Melayu sediakan paying sebelum hujan. Jelaslah
bahawa amalan menabung dapat menjadi simpanan untuk dana kecemasan.

Selain itu, manfaat amalan menabung dalam kalangan masyarakat ialah menabung
dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Saya berpendapat demikian kerana setiap
individu perlulah bersedia dari segi kewangan untuk menyambung pelajaran hingga ke
menara gading. Tamsilnya, sekiranya individu khususnya generasi muda dapat
menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, dengan adanya duit tabungan tersebut tidak
akan membebankan ibu bapa. Sesuai dengan slogan tabungan pendidikan, tabungan masa
depan. Tuntasnya, dengan adanya tabungan ini secara tidak langsung akan memudahkan
seseorang itu memperoleh manfaat daripadanya.

Konklusinya, amalan menabung ini mempunyai pelbagai manfaat kepada diri


masyarakat. Oleh itu, amalan ini haruslah diterapkan kepada anak-anak sedari kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru itu, sebagai masyarakat yang cakna
akan amalan ini hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak kerana
ukur baju di badan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai