Anda di halaman 1dari 1

✏️ FAEDAH MENABUNG

Amalan menabung banyak manfaatnya. Persoalannya, apakah faedah


amalan tersebut?

Antara faedahnya ialah memupuk amalan berjimat cermat.


Amalan ini dapat mengelakkan masalah inflasi dan pembaziran
dengan membeli barangan yang tidak perlu.

Selain itu, wang tabungan dapat digunakan sebagai kegunaan


hari tua. Semasa hari tua, kudrat tidak sekuat dulu untuk bekerja.
Jadi, wang ini boleh digunakan untuk menyara hidup.

Malahan, persediaan mengadapi kecemasan juga antara


faedahnya. Dengan wang tabungan, kita boleh membiayai rawatan
sakit dan membayar kerosakan kereta yang tidak pernah terduga
kerana ‘malang tidak berbau’.

Seterusnya, amalan ini juga sebagai persediaan melanjutkan


pelajaran ke menara gading. Kini, Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN) diwujudkan untuk tujuan tersebut.

Sesungguhnya, terdapat seribu satu manfaat menabung.


Peribahasa juga ada mengungkapkan, ‘sediakan payung sebelum
hujan’.

有多少努力,就有多少光芒🌈

Anda mungkin juga menyukai