Anda di halaman 1dari 2

DSKP 3.4.

5 (ms 150-151)
Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.

DOMAIN PENDIDIKAN

Tidak dinafikan bahawa wang merupakan medium yang sangat penting dalam
kehidupan harian kita. Namun demikian, kesilapan ketika mengurus wang akan
mengundang padah kepada diri, terutama remaja. Golongan remaja seharusnya bijak
ketika mengurus kewangan mereka untuk kesenangan pada kemudian hari. Aktiviti
menyimpan wang bukan sahaja dilakukan dalam bentuk simpanan wang ringgit
semata-mata malahan boleh juga dalam bentuk pelaburan jangka panjang seperti
saham amanah dan hartanah.

Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa,


Bil 3/ 2017

SOALAN

Petikan rencana di atas menyatakan bentuk-bentuk simpanan yang boleh dilakukan


bagi menguruskan kewangan dengan baik terutamanya kepada remaja kerana dapat
memberikan kesenangan pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, banyak
langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan remaja menabung. Ulas
pernyataan ini.

Pada era globalisasi ini,menabung telah menjadi masalah bagi banyak


orang. Langkah yang wajar dilakukan dalam masyarakat sebagai langkat
berjimat cermat demi masa depan kita. Hal ini demikian kerana menabung
dapat menjadi sebagai persediaan masa hadapan seperti sediakan payung
sebelum hujan. Setiap individu seharusnya mengamalkan amalan ini sejak kecil
lagi terutamanya remaja. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh
dilakukan untuk menggalakkan remaja untuk mengamalkan amalan
menabung?
   
Langkah yang pertama yang boleh dilakukan ialah ibu bapa harus
memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan jadi
teladan. Hal ini demikian kerana ibu bapa menjadi teladan anaknya boleh
mengajar kanak-kanak . Sebagai contoh ibu bapa membawa anaknya kepada
bank untuk simpanan wang. Dengan ini, mereka akan dapat membiasakan diri
dengan amalan ini.Kesimpulannya, ibu bapa merupakan peranan yang amat
penting di dalam menggalakkan remaja mengamalkan amalan menabung.
  
Seterusnya, pihak sekolah mestilah mewujudkan Kelab Menabung di
sekolah untuk menggalakkan murid-murid menabung. Hal ini kerana kelab ini
dapat memudahkan murid untuk menabung.   Natijahnya,dapat membantu
murid-murid membuka akaun simpanan setiap bulan kepada sesiapa yang ingin
membuat simpanan mereka.  murid-murid akan dapat mengetahui kepentingan
amalan menabung walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi seperti kata
peribahasa“sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.
   
Selain itu ,  mewujudkan pakej simpanan ialah pihak bank harus buat.
Hal ini penyebabnya , pakej-pakej ini dapat membantu remaja untuk
memahami kelebihan menabung.Kesannya, remaja akan lebih berminat untuk
membuat simpanan mengikut pakej yang ditawarkan.pihak bank boleh
memberikan hadiah kepada remaja melalui cabutan-cabutan tertentu kepada
penyimpannya merupakan satu langkah yang patut dipuji. 
     
Kesimpulannya, langkah-langkah boleh dilakukan untuk menggalakkan
remaja mengamalkan amalan menabung.Semua pihak bersikap melepaskan
batuk di tangga sebaliknya harus berganding bahu untuk menjayakan amalan
ini. Dengan kerjasama daripada semua pihak, negara kita akan mempunyai satu
aset simpanan wang yang sukar. Amalan menabung haruslah diamalkan oleh
remaja sejak kecil seperti melentur buluh biar dari rebungnya. Jika amalan ini
diamalkan oleh remaja, amalan ini bukan sahaja membawa keuntungan kepada
penyimpannya, malahan memberikan faedah kepada pembangunan ekonomi
negara.(329)

Anda mungkin juga menyukai