Anda di halaman 1dari 28

HELMY KASIM DANIEL LIM ALIFF MAZLI

www.bijaklabur.com

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Kata-kata Aluan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tahniah buat anda kerana


mendapatkan ebook Minda Bijak Labur ini. Ia sebagai petanda yang
anda telah sedar tentang kepentingan melabur saham dan bersedia
untuk bertindak sebagai pelabur yang bijak.

Jangan risau, tiada carta saham yang rumit dalam ebook ini.

Ebook ini menerangkan kepentingan melabur bagi seorang Muslim


berdasarkan kajian sarjana Syariah dan pengenalan tentang Value
Investing yang dipopularkan oleh pelabur berjaya masa kini iaitu
Warren Buffett.

Ebook ini bertujuan sebagai pengenalan, cukup untuk mengetahui apa


itu Bijak Labur serta bagaimana dengan menggunakkan Value
Investing, anda boleh melabur saham secara santai tanpa melihat carta
setiap hari.

Selamat membaca!

HELMY KASIM
Ketua Pelaburan Syariah
VI College

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Kenali Pengarang

Ketua Pelaburan Syariah, Jurulatih & Coach VI College

Pelabur yang memiliki 13 tahun pengalaman dalam


pelaburan saham, kewangan dan emas.

Memiliki kelayakan Shariah Registered Financial Planner


(Shariah RFP).

Latar belakang perakaunan. Bekas pengurus beberapa


MNCs dan institusi kewangan patuh Shariah.
HELMY KASIM
Content Producer & Penulis VI Syariah

Jurulatih & Coach, VI College

Pelabur yang memiliki 8 tahun pengalaman dalam


pelaburan saham dan hartanah, yang membantu
meningkatkan kekayaan beliau.

Mempunyai latar belakang guaman & berpengalaman


dalam saham patuh Syariah.

DANIEL LIM Content producer & Penulis untuk komuniti VI App

Jurulatih & Coach, VI College

Pelabur yang berpengalaman dalam bidang saham dan


hartanah untuk menjana pendapatan pasif.

Latar belakang undang-undang korporat

Mempunyai kemahiran dalam pemasaran digital dan


SEO
ALIFF MAZLI

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Kandungan

Pengenalan

Bahagian 1: Memburu Kekayaan Bagi Orang Islam

Memburu Kekayaan – Dari Sudut Konvensional

Enjin Kekayaan Berganda

Memburu Kekayaan – Dari Sudut Islam

Pandangan Holistik Ekonomi Konvensional


Memahami Prinsip Keadilan Dalam Islam

Bahagian 2: Pelaburan Berasaskan Nilai (Value Investing)


dan Analisis Fundamental

Value & Growth Investing

Analisis Fundamental
Penyelidikan “Scutlle-Butt”

Maklumat Orang Dalam


Maklumat Orang Luar

Pengumuman Syarikat

Laman Web Korporat dan Jabatan Hubungan Pelabur


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

Bursa, Syarikat Sekuriti dan Firma Pembrokeran

Rumusan

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Bahagian 1: Memburu Kekayaan Bagi Orang Islam

Sabda Rasulullah S.A.W :


“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun,
dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok
hari” (HR Bukhari dan Muslim).

Sebagai seorang Muslim, penting untuk anda memahami konsep


pengagihan pendapatan dan kekayaan dalam Islam, sebelum
memulakan perjalanan memburu kekayaan.

Dalam bab ini, kita akan membincangkan dahulu dari sudut


konvensional dan konsep pengumpulan kekayaan, sebelum kita melihat
kesan prinsip-prinsip Islam ke atas aktiviti-aktiviti memburu kekayaan.
Supaya penerangan lebih jelas, saya akan membuat rujukan tertentu ke
atas kajian dan hasil kerja yang dilakukan oleh beberapa sarjana
Syariah terkemuka.

Memburu Kekayaan – Dari Sudut Konvensional

Ramai individu dan hartawan berjaya bersetuju bahawa tuah, nasib


baik, dan IQ yang tinggi tidak dapat menandingi kerja kuat dan usaha
berterusan dalam memburu kekayaan – tetapi, seronok juga kan jika
bulan jatuh ke riba?

Walaupun seseorang boleh memperoleh kekayaan melalui harta


pusaka, menang loteri dsb., kekayaan yang diperoleh dengan mudah
mungkin tidak begitu bernilai bagi anda jika tiada pengorbanan dari
segi usaha, masa dan tenaga untuk memperolehnya. Nilainya rendah
seperti mudahnya ia diperoleh. Ringkasnya, anda perlu berusaha
sendiri, barulah nampak nilainya.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Ungkapan Cina ada menyebut, “Kekayaan tidak kekal melebihi
generasi ketiga.” Generasi pertama ialah yang dahulu membina asas
kekayaan untuk keluarga, dan dalam menyaksikan kerja keras generasi
pertama, generasi kedua mengekalkannya, sementara generasi ketiga
yang dilahirkan dengan sudu emas di mulut, mungkin mensia-siakannya.

Jadi, jika anda mahu menjadi kaya, mengikuti kebanyakan guru


kewangan, anda mesti belajar menghormati wang, memperolehnya
dengan betul dan mempunyai rancangan untuk menjana kekayaan.

Enjin Kekayaan Berganda

Enjin Berganda ini merujuk kepada dua cara yang mungkin untuk
mengumpul kekayaan: pertama, melalui perniagaan dan kedua, melalui
pelaburan.

Bayangkan dua cara ini ibarat dua enjin turbo pada sebuah pesawat.
Untuk pesawat ini terbang tinggi di langit, kedua-dua enjinnya perlu
berfungsi. Bagaimana jika salah satu enjinnya rosak, bolehkah pesawat
itu terbang? Jawapannya: ya, ia masih boleh terbang.

Sama juga, jika anda tidak berniaga, bolehkah anda menyara hidup?
Ya, sudah tentu. Anda masih boleh bekerja makan gaji. Tetapi, bolehkah
anda menjadi kaya dengan cara ini?

Ya, sudah tentu. Anda masih mempunyai satu lagi ‘enjin’ atau pilihan,
iaitu melalui cara pelaburan. Jika anda seorang pekerja biasa dan mahu
mempelajari cara membina nilai bersih atau net worth paling tidak
sejuta ringgit sambil bekerja makan gaji, anda tentu berminat untuk
mempelajarinya bukan?

Tidak, kerana anda ada pilihan lain tetapi anda tidak menggunakan-
nya. Mungkin anda ada kemahiran lain yang boleh membantu anda
menjadi kaya. Tetapi, ini di luar perbincangan e-book ini. Lebih-lebih

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
lagi, berapa ramai antara kita yang dilahirkan dengan bakat luar
biasa? Bagaimana jika anda tiada sebarang bakat?

Jangan bimbang. Setiap orang mampu membina dan meneroka


kemahiran baru yang boleh diasah – seperti belajar melabur. Berita
baiknya: anda tidak perlu menjadi genius untuk menjadi pelabur.

Lebih baik lagi, anda tidak perlu bersusah payah menjalankan


perniagaan. Anda sebaliknya boleh belajar melabur dalam perniagaan
yang baik. Inilah cara kedua mengumpul kekayaan – iaitu melalui
pelaburan.

Dalam kecanggihan dunia kewangan hari ini, terdapat pelbagai skim


pelaburan, instrumen dan aset yang boleh memenuhi keperluan
pelaburan anda mengikut profil risiko, umur, matlamat kewangan,
jangkaan pulangan dan sebagainya. Namun, saya amat mencadang-
kan kepada mana-mana bakal pelabur untuk mempelajari paling tidak
asas pelaburan dan memahami jenis pelaburan yang mereka minati,
sebelum terus buta-buta melabur.

Sebagai alternatif, dapatkan nasihat profesional daripada penasihat


kewangan berlesen. Nasihat atau rundingan terbaik adalah daripada
penasihat kewangan bebas yang mana sejumlah kecil yuran per-
khidmatan mungkin perlu.

Terdapat juga penasihat kewangan yang berasaskan komisen, yang


mana yurannya terikat kepada instrumen pelaburan atau dana yang
mereka promosikan, tetapi mereka mungkin tiada memberikan
pendapat yang bersifat objektif seperti mana penasihat kewangan
bebas. Jadi, tidak kiralah mana satu pilihan yang anda ambil, pilih cara
yang paling sesuai untuk anda. Asalkan anda selesa dengan pilihan
tersebut.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Memburu Kekayaan – Dari Sudut Islam

“Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetap


(tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat
padanya, dan Dia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan
keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang
diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu
berlaku) dalam empat masa.” Surah Fussilat. Ayat 10

Kajian awal penasihat Syariah yang juga salah seorang mentor saya,
Dr. Syed Othman Alhabshi – dalam kertas penyelidikannya tentang
peranan etika dalam ekonomi dan perniagaan dari perspektif Islam
memberikan gambaran keseluruhan pendirian Islam mengenai
pengumpulan kekayaan. Ayat Al-Quran yang dipetik di atas secara
ringkas merangkumkan keseluruhan idea.

Dari perspektif Islam, pengumpulan kekayaan adalah berdasarkan


konsep pengagihan yang adil (bukan pengagihan yang sama) yang
mana terdapat perintah Islam yang menyokong dan menentangnya,
dikawal oleh standard etika di bawah Undang-undang Syariah seperti
mana yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ideanya ialah untuk memastikan pembentukan keadilan dalam


masyarakat, dan mencipta persekitaran yang kondusif untuk
pembentukan ini. Apabila keadaan optimum dicapai, ia dianggap
berada dalam “keseimbangan” oleh sistem Islam.

Maksud pengagihan yang adil, seperti yang disimpulkan dalam ayat


Al-Quran di atas, “…sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan
dikehendaki oleh keadaan mereka,” usaha memburu dan mengumpul
kekayaan harus setimpal dengan keperluan serta usaha dan
kemampuan seseorang individu.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Untuk mencapai pengagihan yang adil, pasaran terkawal (contoh:
pasaran saham) perlu memastikan interaksi dalam pasaran (permintaan
dan penawaran) berlaku tanpa penyimpangan dalam sistem ekonomi.
Ia bermaksud, mekanisme tidak boleh diserahkan kepada pasaran
sahaja, sebaliknya perlu diselia oleh institusi yang dipertanggung-
jawabkan.

Islam juga menyedari bahayanya mengumpulkan kekayaan secara


berlebihan dalam sistem ekonomi kerana akibat besar yang boleh
ditimbulkan kepada masyarakat. Menurut Islam, pengumpulan
kekayaan yang berlebihan bukan hanya menyekat pelaburan, ia boleh
menyebabkan kemerosotan ekonomi dan akhirnya kebajikan orang
miskin tidak dipelihara.

Oleh itu, untuk mencapai keadaan ideal, perkara-perkara berikut


dilarang dalam Islam agar keadilan dapat diteruskan:

1) Mengumpulkan kekayaan secara berlebihan, menjadi bakhil


seolah-olah ia boleh memanjangkan kehidupan
2) Menyebar khabar angin, fitnah, atau memburuk-burukkan orang
lain
3) Memanipulasi kebenaran dengan niat jahat
4) Menggunakan kekayaan untuk menunjuk-nunjuk

Sebaliknya, sedekah dan amal jariah amat dipuji dalam Islam: dan
dalam keadaan ideal, harus ada keseimbangan antara menyimpan,
berbelanja dan bersedekah.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Pandangan Holistik Ekonomi Konvensional

Menurut ekonomi konvensional, dengan anggapan bahawa faktor lain


tidak berubah, adalah rasional bagi seseorang individu untuk
memaksimumkan objektifnya (contoh: pulangan, keuntungan dsb)
dalam setiap aktiviti ekonomi atau aktiviti memburu kekayaan dalam
ekonomi yang mana sumbernya adalah sukar didapati. Dalam model
ekonomi sempurna begini, nilai individu tersebut tidak dipertimbangkan,
begitu juga perasaan dan prasangkanya.

Namun, pandangan konvensional ini mempunyai kekurangan. Dalam


cubaan untuk menjadikan model ini sesaintifik dan seobjektif yang
mungkin, ia gagal mengambil kira salah satu aspek terpenting dalam
kegiatan ekonomi yang sebenar: iaitu aspek penilaian nilai dan tingkah
laku.

Di bawah perspektif Islam, manusia secara semula jadinya boleh


mengubah tingkah laku menurut angin (mood), perasaan, prasangka,
keperluan, pemikiran dsb. Walaupun mengejar kekayaan dibolehkan
dalam Islam, dalam kebanyakan keadaan, godaan untuk terjebak
dalam penyelewengan, penggelapan wang dan kegiatan tidak beretika
lain adalah terlalu besar.

Manusia boleh didorong oleh ketamakan, keinginan yang tidak pernah


puas dan kepentingan diri. Atas sebab ini, Islam melihat bahawa aspek
penilaian manusia dalam memburu kekayaan tidak boleh diabaikan
dan mestilah berpandukan ajaran agama untuk mencegah manusia
daripada melakukan perbuatan jahat.

Bagi Muslim, Islam ialah cara hidup yang lengkap kerana Islam
mengatur kehidupan dunia dan akhirat. Kedua-dua komponen tidak
boleh dipisahkan kerana Islam mengiktiraf ‘penyatuan’ atau integrasi
kedua-dua komponen ini. Dalam kata lain, mengejar kekayaan yang
bersifat duniawi, tidak boleh dipisahkan daripada komponen rohani.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Prinsip ‘penyatuan’ ini didasari oleh akidah Islam yang disebut prinsip
Tauhid. Prinsip ini mengatur tindakan dan tingkah laku manusia secara
ramah dan konsisten. Melalui prinsip ini, keadilan dapat dibentuk dan
kesukaran dapat dihapus.

Hujah di atas adalah benar dengan contoh di bawah, dalam urutan


peristiwa yang menjejaskan kita dalam satu cara mahupun cara yang
lain. Kita menyaksikan kelemahan besar dalam sistem kewangan dunia
yang runtuh berikutan krisis kewangan Asia 1997. Kita menyaksikan
kejatuhan Lehman Brothers dan AIG Corporation yang dijamin keluar
oleh kerajaan AS akibat daripada memanfaatkan pasaran kredit yang
berkembang pesat sebelum krisis subprima bermula pada tahun 2006.

Selepas itu, krisis subprima menular ke bahagian dunia yang lain


mengakibatkan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia termasuk
Malaysia. Tidak lama sebelum ia pulih sepenuhnya, krisis hutang lain
bermula di Zon Euro. Berapa banyak lagi pengajaran yang perlu
sebelum kita belajar?

Memahami Prinsip Keadilan Dalam Islam

Dalam sebarang urus niaga kewangan atau perniagaan Islam, prinsip


keadilan sering berlaku dalam dua bahagian: pertama, dengan
menghilangkan kesukaran atau keburukan melalui larangan; dan
kedua, dengan memberikan alternatif dan garis panduan mengenai
cara adil dalam berurusan antara satu sama lain.

Sebagai contoh, dalam urus niaga perniagaan, untuk memastikan


aktiviti perniagaan bebas daripada amalan yang tidak adil, prinsipnya
datang dalam bentuk larangan. Jenis larangan paling biasa dalam
perniagaan ialah riba – kenaikan dan penundaan wang atau komoditi
(melebihi wang pokok yang dikenakan oleh pemberi pinjaman tanpa
memberikan nilai balas atau balasan yang setaraf (‘iwad) sebagai
balasan kepada peminjam). Riba dalam konteks ini, ialah amalan wang

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
faedah, yang mana kita sering lihat dalam sistem kewangan
konvensional; dan ia amat dikutuk oleh Islam.

Justifikasi untuk larangan riba berpunca daripada sifat mengeksploitasi


kepentingan dalam masyarakat. Terdapat dua jenis riba: iaitu, riba al
nasiah, untuk transaksi pinjaman; dan riba al fadl, untuk transaksi
penjualan.

Riba al nasiah misalnya. Dalam sistem perbankan semasa, khususnya,


idea pembahagian risiko dianggap tidak adil, kerana pemilik
perniagaan biasanya perlu menanggung semua risiko sendiri;
sedangkan pemilik modal, iaitu bank, yang memberikan pinjaman
dengan faedah, tidak menanggung risiko, dan 'dijamin' kadar pulangan
positif yang telah ditentukan dalam bentuk bunga.

Dalam larangan riba, perniagaan alternatif dalam bentuk "al-bai", yang


menjalankan mod pembiayaan tanpa faedah, ditawarkan dalam sistem
Islam. Bergantung pada sifat industri dan jenis urus niaga perniagaan
yang dibuat, kaedah tertentu lebih sering digunakan berbanding yang
lain. Dalam sistem kewangan Islam, kaedah ini adalah Mudharabah
(perkongsian keuntungan), Murabahah (kos ditambah jualan),
Musharakah (pembiayaan perkongsian), Ijarah (penyewaan) dan
Istisna' (pembuatan melalui perjanjian yang jelas).

Solusi larangan-dan-alternatif-perniagaan ialah contoh cara Islam untuk


menegakkan keadilan dan kebajikan. Dengan menutup semua jalan
eksploitasi ekonomi dan kemudiannya menyediakan kaedah alternatif
dalam pembiayaan perniagaan, lebih banyak aliran barangan dan
perkhidmatan yang bebas dapat dicapai di pasar melalui urusan
perniagaan yang ramah.

Oleh itu, intipati prinsip inilah yang membentuk asas bagi Syariah, yang
mana harus difahami dan dipatuhi oleh setiap Muslim ketika membuat
keputusan pelaburan. Berdasarkan prinsip ini, topik seterusnya kita
akan membincangkan model pelaburan yang mampu meningkatkan
kewangan dan ekonomi individu, keluarga mahupun ummah.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Bahagian 2: Model Pelaburan Berasaskan Nilai
(Value Investing) dan Analisis Fundamental

Value & Growth Investing

Walaupun sesetengah mungkin melihat Value Investor sebagai pelabur


yang mencari saham yang dijual pada harga di bawah nilai
(undervalued) berbanding nilai intrinsiknya, ada juga pelabur yang
membezakan diri mereka sebagai Growth Investor, yang mencari
peluang melabur dalam syarikat yang bertumbuh tinggi, (iaitu syarikat
dengan pertumbuhan perolehan (earning) antara 8% dan 15% setahun
atau lebih tinggi).

Value Investor yang berjaya seperti Warren Buffett dan Charlie


Munger, yang mengikut metodologi Professor Ben Graham, tidak
membezakan definisi antara Value Investing dan Growth Investing.
Buffett menjelaskan bahawa penilaian saham adalah aliran tunai bersih
pelaburan, didiskaunkan dengan kadar diskaun yang sesuai selama
jangka hayat pelaburan hingga nilai semasa, dan pertumbuhan
hanyalah sebahagian daripada persamaan tersebut. Begitu juga,
Munger yang menegaskan bahawa, "Semua pelaburan pintar adalah
pelaburan berasaskan nilai".

Namun, seorang lagi Value Investor hebat, Bill Miller - pengurus


portfolio Legg Mason Value Trust Fund, yang mana beliau berjaya
mengembangkan dana daripada sekitar USD 700 juta pada tahun
1999 kepada lebih USD 20 bilion pada tahun 2006 - membezakan
definisi cara pelaburannya daripada Value Investor tradisional.

Menurut Miller, terdapat perbezaan antara syarikat yang undervalued


dengan syarikat yang tidak. Justifikasi beliau terletak dalam pemilihan
saham dengan nilai terbaik, "Kadang kala, pertumbuhan itu murah dan
nilainya mahal... Persoalannya bukan pertumbuhan atau nilai, tetapi di

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
mana letaknya nilai terbaik". Beliau percaya bahawa saham di bawah
nilai intrinsik adalah saham yang bernilai (Value Stock) dan itu tidak
menunjukkan bahawa saham yang harganya jatuh dengan rendah
adalah murah atau nampak mahal. Dengan kata lain, perbandingan
antara nilai intrinsik dan harga pasaran yang penting, bukannya
sekadar melihat harga pasaran semata-mata.

Tambahan pula, harga saham boleh ‘salah harga’ dalam jangka masa
pendek atas beberapa sebab. Ia mungkin di bawah harga sebenar
(underpriced), iaitu didagangkan lebih rendah daripada nilainya,
disebabkan aktiviti dagangan yang rendah atau situasi kecairan saham
( di mana jumlah saham yang boleh didagangkan adalah rendah).

Jika keadaan-keadaan ini tidak berlaku, saham undervalued biasanya


saham yang tidak digemari, menunggu untuk diterokai dan masih belum
berada dalam radar pelabur. Saham sebegini berpotensi untuk
mempunyai pertumbuhan yang tinggi jika didapati sangat berbaloi
untuk pelaburan. Dalam keadaan ini, saham ini jatuh dalam kedua-dua
definisi saham value dan growth.

Sebaliknya, saham boleh jadi terlalu mahal (overpriced) dalam jangka


masa pendek atas beberapa sebab: keyakinan yang tinggi dalam
pasaran atau spekulasi pasaran terhadap saham tersebut. Tetapi
kebiasaannya, saham sebegini sudah pun berada dalam radar pelabur.

Terdapat juga contoh saham berkualiti yang dinilai terlalu tinggi, yang
boleh mengalami pemesongan harga (price distortion), kembali ke nilai
sesuainya dalam jangka masa panjang. Tetapi seberapa lama saham
ini kekal dalam posisi sama, tiada sesiapa yang tahu.

Terdapat tiga situasi bagaimana saham dengan nilai berpatutan (fair


value) akan berakhir. Pertama, ia mungkin telah mencapai potensi
penuh, ditunjukkan melalui perolehan (earning) yang semakin perlahan
dan pertumbuhan yang kurang, syarikat sebegini mungkin membayar
dividen dengan kadar yang tinggi kepada pelabur.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Kedua, ia mempunyai perolehan yang terus berkembang dengan
peningkatan nilai intrinsik tahun demi tahun, (contoh: saham Berkshire
Hathaway), hasil strategi korporat yang membolehkan pihak
pengurusan berterusan memperoleh syarikat dengan pertumbuhan
tinggi yang berpotensi.

Ketiga, syarikat bankrap atau pertumbuhan mereka lembap. Sejujurnya


sehingga ke hari ini, saya masih belum menemui senario ketiga,
kebanyakannya jatuh dalam kategori satu atau dua.

Daripada penjelasan di atas, kita tahu bahawa saham undervalued dan


fair value yang berkualiti (saham dengan nilai intrinsik yang meningkat)
menawarkan kedua-dua pelaburan value dan growth lalu seterusnya
peluang yang meningkat bagi pelabur – kita tidak membezakan value
daripada growth kerana kedua-duanya adalah seiring dalam Value
Investing. Apa yang penting bagi kita sekarang ialah mencari saham
dengan nilai dan pertumbuhan yang baik. Mari kita teruskan dengan
topik analisis.

Analisis Fundamental

Dalam usaha mencari syarikat bernilai terbaik untuk dilabur, Value


Investor menggunakan analisis fundamental, yang melibatkan kedua-
dua analisis kualitatif dan kuantitatif. Walaupun Ben Graham
meletakkan asas pelaburan pada bahagian analisis kuantitatif,
pengaruh Charlie Munger mendorong rakan niaganya, Warren Buffett
untuk melihat aspek penyelidikan kualitatif. Di sini, kita akan melihat
kedua-dua analisis kerana kita yakin bahawa gabungan kedua-duanya
akan memberikan gambaran yang lebih baik mengenai saham tertentu.

Dalam menyelidik kriteria kualitatif, kaedah yang digunakan sering


dilihat sebagai seni dalam Value Investing. Mengikut metodologi
Warren Buffett, kualitatif syarikat melibatkan dua bahagian: iaitu, di
bahagian l, kualiti perniagaan; dan bahagian 2, kualiti pengurusan.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Diagram 1

Dengan mengumpulkan maklumat syarikat untuk kedua-dua bahagian


dalam penyelidikan kualitatif, keputusan awal - berdasarkan penilaian
pelabur, dapat dibuat untuk menentukan sama ada syarikat itu sesuai
sebagai pelaburan sebelum analisa kuantitatif lanjut dilakukan.
Penyelidikan kualitatif menjadi asas untuk penyaringan syarikat, yang
mana penilaian ini tidak dapat dibuat dengan hanya melihat angka-
angka dalam laporan kewangan syarikat.

Dalam analisa kuantitatif, kaedah ini melibatkan dua bahagian lagi -


iaitu bahagian 3, penilaian kewangan; dan bahagian 4, nilai pasaran
atau penilaian saham. Ia dipandang sebagai sains dalam Value
Investing kerana melibatkan penyemakan dan imbangan (check and
balance) kepada pelabur. Ini juga berdasarkan fakta kerana pengiraan
nisbah kewangan dan prestasi syarikat dapat dilakukan dengan
merujuk pada angka yang relevan dalam laporan kewangan syarikat.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Dengan cara ini, ia membolehkan penilaian objektif ke atas syarikat
dijalankan berdasarkan prestasi sebenarnya; kerana keputusan
biasanya tidak berbohong, sebaliknya ia melengkapkan dan berfungsi
untuk mengesahkan bahagian kualitatif analisis.

Diagram 2

Kajian asas adalah penting dalam penyaringan awal saham yang


berpotensi memberikan pulangan; dan prosesnya perlu diteruskan
selagi kita memegang pelaburan tersebut dalam portfolio.

Menurut seorang lagi pelabur saham hebat Amerika Syarikat, Phillip


Fisher, membaca laporan kewangan syarikat hanyalah sebahagian
proses kerana kajian lanjut - daripada orang yang biasa dengan

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
syarikat dan mencari sebanyak mungkin petunjuk tentang syarikat
tersebut, sangat penting untuk melabur dengan berhemat (prudent
investing). Beliau percaya bahawa siasatan 'catch-all' ini, yang beliau
sebut sebagai "penyelidikan scuttle-butt", akan memberikan petunjuk
yang besar kepada pelabur. Kadang kala, pengurusan syarikat enggan
memberi banyak maklumat mengenai syarikat mereka; dalam keadaan
begini, sumber maklumat daripada orang luar memainkan peranan
penting dalam “scuttle-butt”.

Untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat, siasatan “scuttle-


butt” melibatkan pemeriksaan teliti semua sumber untuk pertanyaan dan
wawancara mengenai syarikat. Dalam menjalankan siasatan ini, Fisher
berpendapat bahawa adalah mungkin untuk membina rangkaian
scuttle-butt yang terdiri daripada pelanggan dan vendor syarikat hingga
ke pendahulu industri, pesaing, agensi kerajaan berkaitan, penganalisis
pelaburan dan lain-lain, yang tidak kurang mempunyai pendapat yang
serupa dalam industri.

Oleh kerana penyelidikan “scuttle-butt” adalah sukar dan memakan


masa, kebanyakan pelabur “scuttle-butt” tidak bersedia untuk
meluangkan masa dan usaha untuk memahami syarikat. Fisher menemui
strategi mudah yang boleh membantunya mengurangkan beban kerja.
Beliau berpendapat bahawa lebih baik memiliki beberapa syarikat
yang luar biasa dalam lingkaran kecekapannya (syarikat dalam industri
yang beliau mempunyai pengetahuan dan faham dengan baik).

"Memiliki sejumlah kecil syarikat luar biasa adalah lebih baik daripada
memiliki sejumlah besar syarikat yang biasa. Antara kelebihan lainnya,
ia memendekkan masa penyelidikan anda.” - Essential Fisher

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Sumber Maklumat

Maklumat Orang Dalam

Maklumat orang dalam ialah pengetahuan tentang maklumat relevan


yang tidak tersedia secara awam dan bersifat sensitif harga (price-
sensitive) tentang syarikat tersenarai awam.

Biasanya, orang dalam merujuk kepada orang yang cenderung untuk


mengetahui tentang perkembangan penting syarikat, yang belum
diumumkan atau tersedia kepada orang awam, contoh. Pelancaran
baru atau inovasi produk. Mereka biasanya orang yang mempunyai
kaitan dengan pengurusan atau pihak pengurusan sendiri, dan mungkin
juga orang yang mempunyai hubungan dengan orang dalam.

Perbuatan membeli atau menjual saham oleh orang dalam dipanggil


perdagangan orang dalam atau insider trading. Secara amnya,
perdagangan orang dalam adalah menyalahi undang-undang kerana
ia memberikan keuntungan yang tidak adil kepada orang dalam – yang
mempunyai kelebihan mengetahui maklumat dalaman lebih awal, yang
mana, apabila diumumkan kepada awam akan memberi kesan kepada
harga saham syarikat.

Namun, perlakuan itu mempunyai dua aspek: iaitu, sah dan salah di sisi
undang-undang. Aspek salah di sisi undang-undang mempunyai unsur
kerahsiaan, yang dilarang dalam pengaturan oleh syarikat atau
perkongsian; sementara, aspek sah di sisi undang-undang menghendaki
orang dalam korporat melaporkan kegiatan perdagangan mereka,
seperti pendedahan pembelian balik saham oleh pihak pengurusan,
kepada suruhanjaya tukaran sekuriti.

Sebagai contoh, pihak pengurusan atau lembaga pengarah mana-


mana syarikat tersenarai awam harus melaporkan urus niaga sekuriti
peribadi mereka kepada BURSA Malaysia sekiranya syarikat tersebut
disenaraikan di Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Di bawah undang-undang Islam, perdagangan saham berdasarkan
maklumat orang dalam adalah dilarang dan tidak patuh Syariah,
kerana bertentangan dengan tiga prinsip Islam: pertama, keadilan –
faedah tak saksama (unfair advantage) dan layanan tidak sama ke
atas satu pihak berbanding pihak lain (orang awam); kedua,
kebolehpercayaan - pecah amanah oleh orang dalam, yang diberi
kepercayaan dengan maklumat dan dilarang melakukan urus niaga
sekuriti saham syarikat sehingga maklumat tersebut didedahkan kepada
orang awam dan ketiga, hak untuk mendapatkan maklumat yang sama,
tepat dan mencukupi - penyembunyian maklumat penting (ghish) dan
salah penyataan (jahalah) adalah melanggar etika Islam dan institusi
pasaran yang telus.

Selain itu, maklumat orang dalam boleh dijadikan alat memanipulasi


pasaran oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang ingin
mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak mempunyai
maklumat tentangnya. Individu sebegini biasanya mengaku mengetahui
tentang syarikat tersenarai awam yang berpotensi dan menawarkan
“hot tips” atau “stock tips” dengan bayaran. Terdapat juga orang
dalam yang memberi gambaran menarik tentang syarikat yang
bermasalah kepada orang awam dengan niat menjual saham milikan
mereka sebelum nilai saham tersebut jatuh.

Sebagai pelabur bijak, kita seharusnya mengabaikan semua “market


noise” ini. Sekiranya sesuatu nampak terlalu bagus, tindakan terbaik
adalah dengan menjalankan siasatan sendiri dan berfikir secara bebas
sebelum mempercayai sebarang desas-desus dari pasaran.

Maklumat Orang Luar

Maklumat orang luar ialah pengetahuan tentang syarikat tersenarai


awam daripada orang luar – orang yang bekerja di luar organisasi
tersebut.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Orang luar boleh terdiri pelanggan, vendor, pembekal, penganalisis
pelaburan, pesaing atau orang yang pernah melakukan transaksi
perniagaan dengan syarikat tersebut. Selalunya anda mungkin terkejut
dengan penerangan yang tepat oleh kumpulan ini, terutamanya
pesaing, ketika ditanya mengenai kekuatan dan kelemahan syarikat.

Sekiranya kebanyakan orang yang anda temu ramah atau berbual


memberi jawapan yang sama, maka, anda hampir pasti bahawa
jawapan tersebut menggambarkan perwakilan syarikat yang
sebenarnya.

Pengumuman Syarikat

Syarikat tersenarai awam biasanya melaporkan sebarang perubahan


dan pengumuman di laman web korporat syarikat seperti perubahan
ahli lembaga, terbitan saham baru, pembelian balik saham,
pengumuman mesyuarat agung khas atau AGM, dan sebagainya.
Pengumuman syarikat juga didaftarkan dan dikemas kini di laman web
bursa saham, bersama dengan maklumat saham mereka dan laporan
kewangan terkini.

Laman Web Korporat dan Jabatan Hubungan Pelabur

Syarikat tersenarai awam biasanya mempunyai laman web korporat


mereka sendiri di mana pelabur boleh mencari sumber maklumat
korporat. Laman web korporat yang baik dan tipikal akan menyertakan
akaun perniagaan syarikat, profil ahli lembaga pengarah, struktur
pengurusan korporat, rekod prestasi syarikat dan maklumat berkaitan
yang lain serta bahagian hubungan pelabur khusus untuk kemas kini
maklumat saham, sorotan kewangan dan laporan atau penyata
kewangan yang boleh dimuat turun.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Sekiranya tiada, pelabur boleh terus menghubungi pegawai hubungan
pelabur untuk pertanyaan lanjut berkenaan syarikat. Pelabur yang peka
akan menilai keterbukaan dan keramahan pegawai yang bertugas
dalam mendedahkan maklumat syarikat; bahasa gerak-geri biasanya
menggambarkan tentang budaya pengurusan dan korporat.

Sebagai contoh, jika anda menghampiri beberapa syarikat Jepun,


mereka mungkin kelihatan dingin dan tidak mengetahui sebarang
pertanyaan dalam bahasa asing. Sebenarnya, sikap dingin mereka ini
menunjukkan pendekatan mereka yang berhati-hati terhadap pelabur.
Menurut beberapa laporan berita, halangan bahasa mungkin menjadi
sebab pada "kedinginan" mereka kerana banyak syarikat yang
dikendalikan oleh orang Jepun masih sangat tradisional dan
kebanyakannya terdiri daripada generasi tua yang tidak berbahasa
Inggeris.

Jadi, mereka juga mungkin waspada terhadap kepentingan asing


dalam syarikat mereka. Oleh itu, pelabur asing mungkin merasa tidak
diingini dan mungkin terbantut untuk bertanya lanjut tentang syarikat
kerana tidak mahu melabur dalam syarikat yang sangat dikawal rapi
begini.

Mesyuarat Agung Tahunan (Annual Grand Meeting/AGM)

Menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) adalah peluang terbaik


untuk bertemu pengurusan syarikat dan lembaga pengarah. Para
pelabur harus mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan sebarang
soalan berkaitan kepada pihak pengurusan tentang prestasi dan hala
tuju syarikat. Seorang bakal pelabur juga boleh menghadiri mesyuarat
sebagai wakil atau proksi yang ditugaskan oleh pelabur lain syarikat
tersebut.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Bursa, Syarikat Sekuriti dan Firma Pembrokeran

Bursa saham boleh memberikan sumber maklumat yang boleh


dipercayai dan dikemas kini mengenai syarikat tersenarai awam.
Sebagai contoh, untuk saham yang disenaraikan di Malaysia, pelabur
boleh melayari laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com
atau untuk saham yang tersenarai di Singapura, pelabur boleh ke
laman web Bursa Singapura di www.sgx.com.

Jika anda sudah mempunyai akaun dagangan (trading account)


dengan syarikat broker tempatan, anda tentu mempunyai akses ke
platform dagangan, tempat pelabur memeriksa dan memantau saham
yang tersenarai di bursa saham.

Kini dengan bantuan teknologi, banyak firma dan bank sekuriti


menawarkan perkhidmatan aplikasi telefon pintar untuk kemudahan
pelabur. Walaupun alat ini berguna, sambungan Internet yang baik
adalah penting bagi memastikan maklumat yang diterima adalah dalam
masa nyata supaya sebarang kesilapan transaksi dapat dielakkan.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Diagram 3

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Rumusan

Umat Islam dituntut untuk bekerja keras sebagaimana sabda Rasulullah


S.A.W :

“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun,


dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok
hari” (HR Bukhari dan Muslim).

Untuk menjadi kaya, anda mesti belajar menghormati wang,


memperolehnya dengan betul dan mempunyai rancangan untuk
menjana kekayaan. Namun, ia perlulah didasari dengan prinsip-prinsip
Islam kerana Islam memberi panduan lengkap dalam mengatur
kehidupan dunia dan akhirat serta mengiktiraf penyatuan kedua-
duanya. Mengejar kekayaan yang bersifat duniawi, tidak boleh
dipisahkan daripada komponen rohani.

Value Investing adalah konsep melabur saham di bawah nilai atau


undervalued yang harganya berada di bawah nilai intrinsik. Ia bukan
sekadar melihat harga saham sahaja tetapi perlu dibandingkan dengan
nilai perniagaan syarikat tersebut.

Saham undervalued dan fair value yang berkualiti menawarkan kedua-


dua pelaburan value dan growth lalu seterusnya memberi peluang
kepada pelabur – atas sebab ini kita tidak membezakan value daripada
growth kerana kedua-duanya adalah seiring dalam Value Investing.

Value Investor menggunakan analisis fundamental, yang melibatkan


kedua-dua analisis kualitatif dan kuantitatif. Mengikut metodologi
Warren Buffett, penyelidikan kualitatif syarikat terdiri daripada: 1)
kualiti perniagaan dan 2) kualiti pengurusan. Dalam analisis kuantitatif,
terdapat dua bahagian lagi - iaitu 3) penilaian kewangan dan 4) nilai
pasaran atau penilaian saham.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Phillip Fischer memperkenalkan kaedah Penyelidikan “Scutlle-Butt”
untuk pelabur melabur dengan lebih berhemat (prudent investing). Oleh
kerana kaedah ini memakan masa, beliau berpendapat lebih baik
memiliki sejumlah kecil syarikat luar biasa daripada memiliki sejumlah
besar syarikat yang biasa.

Maklumat lanjut tentang syarikat boleh diperoleh melalui maklumat


orang dalam (insider information) dan orang luar. Namun, maklumat
orang dalam boleh dimanipulasi untuk kepentingan individu tertentu
dan pelabur mesti berhati-hati dengan “stock tips” atau “hot tips”.
Sebaiknya, buat kajian sendiri dan mengabaikan sebarang spekulasi
atau “market noise”.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
Bersedia Nak Belajar Lagi?

Misi di VI sering merujuk kepada satu perkara: "Untuk memberi ilmu


pelaburan saham yang benar kepada semua orang untuk membina
kekayaan yang mampan."

Kami sentiasa percaya bahawa setiap orang boleh melabur dengan


syarat mereka mempunyai tekad untuk memulakan, pengetahuan yang
mencukupi untuk melabur dengan betul, alat yang tepat untuk
pelaburan yang lebih bijak, dan sokongan komuniti yang boleh
dipercayai.

Semasa wabak ini, kami melihat lebih ramai orang ingin melabur. Dan
itu petanda yang baik. Ini menunjukkan kepada kita bahawa seseorang
itu telah mengetahui mengapa mereka perlu melabur secepat mungkin.

Kami telah menjalankan program pelaburan sejak tahun 2008, dalam


talian atau luar talian, sebelum dan di sepanjang berlakunya wabak
pandemik itu, dan VI telah menjadi saksi pertumbuhan komuniti
antarabangsa individu yang berfikiran sama mencari secara berterusan
peningkatan ilmu sebagai pelabur Value Investing.

Ini merupakan langkah pertama buat anda untuk mencapai matlamat


kewangan melalui pelaburan saham yang berkualiti dan berprestasi.

Pandemik yang berlaku di sekeliling kita sepatutnya memberi kita


dorongan yang sangat perlu untuk kita fikirkan mengenai masa depan
kewangan kita. Saya harap perkongsian menerusi ebook ini sedikit
sebanyak membuka ruang minda anda dalam persiapan menjadi
seorang pelabur yang bijak.

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan
KELAS SAHAM BIJAK LABUR PERCUMA

Sekiranya anda bersedia membina portfolio saham anda dengan


kemudahan aplikasi pintar seperti mana yang dilakukan oleh pelabur-
pelabur sebelum anda di komuniti kami, hadirkan diri anda ke majlis
ilmu pemilikan saham syarikat yang berkualiti di dalam seminar online
Bijak Labur kami secara percuma di

www.bijaklabur.com

Follow kami di Facebook, YouTube dan TikTok VI Syariah untuk


perkongsian berkaitan pelaburan saham dan mengurus kewangan
setiap minggu.

VI Syariah

VI Syariah

VI Syariah

Hak Cipta Terpelihara oleh 8VI Malaysia Sdn Bhd, Tiada Salinan & Pengeluaran Semula Dibenarkan

Anda mungkin juga menyukai