Anda di halaman 1dari 3

Pelaburan Unit Trust

Berkenaan Pelaburan Unit Trust


OLEH : AZHA SYAZRI HJ AZIZAN

Dalam membuat pelaburan amanah saham, pelabur perlu berhati hati dan menyelidik terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur. Konsep risk dan return perlu difahami
terlebih dahulu dan se-eloknya cuba fahami perkembangan market unit trust sebelum mula
melabur.
Ini kerana, kebanyakan orang biasanya terpengaruh dengan cara marketing "menjual
pulangan tinggi atau award tahunan" yang dilakukan oleh sesetengah ejen unit trust. Pada
saya, bila dijanjikan pulangan 30% - 40% setahun, memang semua orang nak masuk. Tak
hairanlah ramai orang terjebak dalam pelaburan internet dulu, kerana dipengaruhi dengan
marketing yang menjanjikan pulangan tinggi. Ejen unit trust banyak terikut ikut cara
marketing yang serupa, menjanjikan pulangan tinggi berdasarkan rekod lepas, sedangkan
dalam prospektus sudah menjelaskan, prestasi lepas bukan penentu atau jaminan prestasi /
keuntungan masa depan.
Sebenarnya TIDAK ADA SATU SYARIKAT AMANAH SAHAM pun yang boleh jamin beri
pulangan 10% - 15% setahun, Apatah lagi nak janjikan 30% - 40% setahun. Syarikat unit
trust TIDAK BOLEH BERI PULANGAN KONSISTEN 15%-20%-30%-40%. Return 20%
setahun mungkin boleh diperolehi setelah melabur 3-5 tahun. Itupun hanya tahun tertentu
yang grow banyak macam tahun 2007, menyebabkan average return menjadi 20% setahun.
Mereka yang dapat keuntungan 30%-40% sekarang, pernahkah anda kaji bagaimana cara
pelaburan mereka? Untuk pengetahuan anda, memang market unit trust sudah grow lebih
40% sejak Jan 2007 lepas. Bagi mereka yang baru melabur penghujung tahun lepas (baru
genap 1 tahun melabur) memanglah kagum melihat return 30%-40% setahun. WOW
MACAM TAK PERCAYA. Tapi bagi mereka yang melabur sejak tahun 2005, modal
pelaburan mereka juga grow by 40%, sama seperti pelabur tahun 2006. Cuma kerana mereka
dah labur sejak 2005 semasa market down, purata pulangan mereka menjadi 40% bahagi 2
tahun = 20% setahun. Secara keseluruhan fund NAV grow by 40%, tapi pelabur menerima
purata pulangan yang berbeza, mengikut tempoh pelaburan.
Kalau dikaji perkembangan market unit trust 2005, 2006 dan 2007, anda akan mendapati,
kenaikan harga unit trust hanya bermula dari pertengahan Jan 2007 hinggalah Oktober 2007
sekarang. Sepanjang tahun 2005 dan 2006, pergerakan nilai NAV unit trust fund, tak banyak
berubah. Tahukah anda, average pulangan industri unit trust pada tahun 2005 adalah negatif
6%? Maknanya modal asal pelaburan sudah susut 6% secara keseluruhan.
Begitu juga pada bulan Ogos 2006, dimana sebuah kesatuan sekerja melaporkan dalam
akhbar Utusan Malaysia, lebih 80% pencarum KWSP mengalami kerugian apabila mereka
menebus unit trust mereka semula. Jumlah caruman pelaburan RM 9.76 billion susut kepada
9.15 billion pada Disember 2005, satu kerugian lebih rm600 juta dilaporkan berlaku.
Dalam pengalaman saya, ramai juga orang yang saya jumpa reject tak mahu melabur dalam
unit trust kerana mengalami pengalaman buruk, kerugian dalam pelaburan lepas. Baik Public
Mutual ke, CIMB ke, MAAKL Mutual, mereka menyatakan semuanya sama sahaja, janji
pulangan tinggi, tapi mereka mengalami kerugian. Dan saya tak blame mereka kerana
memiliki cara pemikiran sedemikian rupa kerana saya faham mereka mungkin mengalami
kerugian ketika market unit trust jatuh sedikit pada tahun 2005.

BAGAIMANA NAK BUAT UNTUNG DALAM UNIT TRUST?

Perkara ini terpulang kepada diri anda, startegi bagaimana yang ingin anda amalkan. Ini saya
kongsikan strategi saya dalam pelaburan unit trust. INI BUKAN NASIHAT PELABURAN,
HANYA SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN. Kalau anda ikut cara saya, tanpa
pengawasan oleh saya sendiri, anda perlulah tanggung risiko pelaburan sendiri.
First sekali anda perlu FAHAM HUKUM ASAS DUNIA PELABURAN. SEMAKIN
TINGGI PULANGAN YANG DIJANJIKAN, SEMAKIN TINGGI RISIKO KERUGIAN
YANG AKAN DITEMPUHI. Kerugian bermaksud kita mungkin kehilangan sebahagian atau
keseluruhan modal asal pelaburan. Kalau anda target nak pulangan tinggi, perlu SANGGUP
TERIMA RISIKO KERUGIAN jika modal asal pelaburan merosot. Kalau tak sanggup terima
risiko kerugian modal, JANGAN LABUR DALAM PELABURAN BERISIKO TINGGI.

Kedua, FAHAMI PROFAIL DANA PELABURAN YANG INGIN ANDA LABUR.


Kebanyakan dana yang menjanjikan pulangan tinggi, adalah dana berasaskan pasaran ekuiti
(pasaran saham). Majoriti dana jenis ini, meletakkan target pertumbuhan modal asal dalam
tempoh 5-10 tahun. Maknanya, kalau anda tebus pelaburan kurang dari time frame dana
tersebut, mungkin anda boleh mengalami kerugian, terutamanya bila nilai NAV fund merosot
atau ekonomi jatuh. Kalau untung awal, bagus, itu rezeki dan nasib anda baik kerana
kebetulan timing pun cantik

Anda juga perlu tahun accounting period untuk dana pelaburan anda. Time frame ini penting
untuk menentukan bila dividen / bonus unit biasanya diagihkan. Harga unit saham selepas
agihan biasanya jauh lebih murah berbanding sebelumnya.
Ketiga, susun strategi pelaburan anda. Kalau nak buat untung, anda perlulah ada strategi
pelaburan. Jangan melabur pakai hentam sahaja, tak tahu hujung pangkal, main percaya
semua yang ejen unit trust cakap. Bukan semua orang berlaku jujur dan menyampaikan
maklumat dengan telus.
Strategi yang biasa saya lakukan adalah BELI SEMASA HARGA UNIT SAHAM RENDAH
(SEMASA MURAH DAPAT LEBIH UNIT SAHAM) DAN JUAL SEMASA UNIT SAHAM
SUDAH NAIK (SEMASA HARGA DAH MAHAL, UNTUK HASILKAN
KEUNTUNGAN).
Macam mana nak tahu bila low price? Sebagai panduan ringkas, biasanya unit trust lebih
murah apabila :-
1 - Bila baru launching - biasanya dijual pada harga asal unit saham (harga permulaan) dan
diikuti dengan diskaun yuran service sebanyak 1% - 2%.
2 - Selepas declaration agihan dividen / tambahan bonus unit - harga unit saham akan jatuh
sedikit selepas pertambahan bilangan unit saham.
3 - Bila ekonomi menurun seperti pada tahun 2005 dan 2006. Bila market down lah anda
patut beli atau tambah unit trust anda, kerana anda dapat memiliki lebih banyak unit saham
pada harga yang lebih rendah. Market down bermakna mega-sales untuk industri unit trust.
Banyak orang ada persepsi salah, market down dia takut nak melabur. Bila market up (harga
dah mahal) baru nak melabur. Melepas lah beli unit trust semasa murah!

Keempat, MONITOR perkembangan market unit trust. Ini bukan sesesuatu yang mudah
untuk dilakukan, namun ia bukan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan juga. Anda
boleh monitor perkembangan unit trust anda dari masa ke semasa, contoh 2-3 hari sekali, atau
seminggu sekali.
Sekarang ni banyak sykt unit trust yang sediakan khidmat online untuk pelabur di mana
pelabur boleh pantau sendiri dana pelaburan mereka secara online. Gunakan khidmat
percuma ini sebaik baiknya untuk pantau dana pelaburan anda. Jangan bergantung 100%
kepada ejen unit trust anda.

----------------------------

KESIMPULAN
Anda mungkin tak puas hati dengan pandangan saya dan berkeras jugak nak labur dalam fund
yang sudah buat return 30%-40% setahun.
Kalau unit saham itu harganya RM1.00 sesaham pada Oktober 2006. Sekarang November
2007, harga saham dah naik kepada RM1.36 sesaham. Memang anda sudah profit 30%
setahun setelah tolak caj servis 6%. Tapi persoalan saya, ADAKAH ANDA MAHU BELI
UNIT SAHAM YANG SAMA PADA HARGA RM1.36 SESAHAM? BERAPA JAUH LAGI
SAHAM ITU BOLEH PERGI? BERAPA TINGGI LAGI IA BOLEH NAIK?
Tak lama lagi, selepas mereka issue bonus unit sebagai dividen (biasanya issue pada
penghujung accounting period kalau ada kenaikan NAV yang memberansangkan), harga unit
trust akan jatuh semula seperti asal RM1.00. Back to square one. Itulah yang dilakukan oleh
kebanyakan sykt unit trust, untuk menarik perhatian pelabur baru datang melabur. Pemberian
bonus unit tambahan akan merendahkan semula harga unit trust mereka untuk pelabur baru
masuk.
Sebagai alternatif, anda boleh pertimbangkan FUND BARU YANG OFFER HARGA ASAL
RM1.00 SESAHAM. Dengan duit tabungan baru ini, sykt unit trust berupaya untuk create
pegangan saham baru. Fund baru biasanya cukup bersemangat nak tunjuk prestasi yang bagus
dalam 1-2 tahun pertama.
Itulah serba sedikit pengetahuan yang boleh saya kongsikan berkenaan unit trust investment.
Diharap ianya dapat membantu anda semua.

"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"

Anda mungkin juga menyukai