Anda di halaman 1dari 12

APAKAH TABUNG UNIT AMANAH

Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus. Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan asetaset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah. Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang diperbaharui dari semasa ke semasa, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

FAEDAH MELABUR DALAM UNIT AMANAH Kepelbagaian Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan. Pengurus yang profesional Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung. Pentadbiran yang mudah Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur. Kecairan Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan. Berkemampuan untuk melabur Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.

RISIKO YANG BERKAITAN UNIT AMANAH RISIKO AM

Risiko Pengurusan Tabung


Pemilihan saham-saham yang akan membentuk aset bagi tabung unit amanah merupakan satu proses yang subjektif. Jenis saham yang dipilih oleh seorang pengurus portfolio mempunyai risiko turun naik yang berbeza berbanding portfolio yang dipilih oleh pengurus portfolio lain.

Risiko Pematuhan
Ketidak patuhan ke atas peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dan lain-lain peraturan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Unit Amanah dan Surat Ikatan, mungkin akan memberi kesan ke atas wang pelabur.

Risiko Kecairan
Pelaburan yang mudah dikeluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Tabung unit amanah yang melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah disebabkan oleh pasaran bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak mudah untuk menjual dan membeli bon pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan memberi kesan kepada kemampuan tabung untuk membayar balik pelabur apabila tabung unit amanah itu dibubarkan.

Risiko Inflasi / Risiko Penurunan Kuasa Membeli


Inflasi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang di mana ia boleh mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan. Dalam suasana inflasi, sekiranya pulangan pelaburan lebih rendah daripada kadar inflasi, ianya akan menurunkan nilai sebenar pelaburan/kuasa membeli.

Risiko Pembiayaan Pinjaman


Melabur di dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding apabila menggunakan wang sendiri. Tabung unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran saham dan instrumen pasaran modal yang lain dan ini menyebabkan nilai unit-unit akan turun naik mengikut portfolionya. Apabila pasaran saham mencatat penurunan, pelabur terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk menampung margin pinjaman mereka. Begitu juga apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan menanggung kos pinjaman yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami kerugian modal pelaburan mereka. RISIKO PELABURAN

Risiko Pasaran Modal


Pelabur perlu memahami bahawa tabung unit amanah adalah terdedah kepada turun-naik pasaran modal yang terdiri daripada pasaran saham dan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran modal dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi, pergerakan kadar faedah, prestasi pasaran modal antarabangsa dan polisi fiskal sesebuah negara. Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam pasaran ekuiti, prestasinya akan dipengaruhi oleh prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham antarabangsa dan polisi fiskal negara tersebut. Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, prestasinya akan dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan polisi fiskal.

Risiko Khusus / Risiko Saham


Risiko khusus atau risiko saham merupakan risiko yang berkaitan dengan syarikat yang menerbitkan saham tersebut. Risiko ini berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat yang tidak cekap, perubahan kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan, tindakan perundangan dan suasanan industri yang kompetitif.

SIAPA YANG SELALU MELABUR DALAM UNIT AMANAH Unit amanah adalah satu mekanisma tidak langsung untuk menyertai dalam instrumen pasaran modal Umumnya ia adalah pelaburan berisiko rendah. Oleh itu ia amat bersesuaian bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam jangkamasa yang panjang tetapi kesuntukan masa dan kemahiran untuk mengawasi sendiri prestasi pelbagai instrumen pasaran modal.

YURAN DAN CAJ Dalam pelaburan unit amanah terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj jualan/ perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian dan jualan unit dilakukan, yuran jualan balik dan caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP. Dalam menguruskan tabung unit amanah, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah. Anda dinasihatkan agar mempertimbangkan semua yuran dan caj yang dikenakan sebelum membuat pelaburan.

RANGKA KERJA BADAN KAWAL SELIA UNIT AMANAH DI MALAYSIA Penubuhan dan operasi tabung unit amanah adalah tertakluk di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan garis panduan yang dipantau dari semasa ke semasa dan diuruskan oleh Suruhanjaya Sekuriti, sebuah badan kawal selia untuk tabung unit amanah di Malaysia. Mengikut undang-undang, surat ikatan perlu didaftarkan pada Suruhanjaya Sekuriti dan perlantikan pengurus, pemegang amanah, pengurus pelaburan, lembaga pengarah, pegawai ketua eksekutif, ahli jawatankuasa pelaburan dan ahli jawatankuasa syariah perlu diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

BAGAIMANA MENGUKUR PRESTASI UNIT AMANAH Bagi mengukur prestasi tabung unit amanah, pelabur perlu memahami definasi asas pulangan pelaburan.

Jumlah Pulangan
Perubahan di dalam Nilai Aset Bersih (NAB), dengan andaian pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dan tiada transaksi jualan balik dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Purata Pulangan Tahunan


Jumlah pulangan untuk tempoh tersebut di bahagikan dengan bilangan tahun dalam tinjauan.

Pulangan Pengagihan Pendapatan (bagi tabung unit amanah berharga tetap)


Pengagihan pendapatan dibahagikan dengan harga tabung, yang ditetapkan pada RM1.00 se unit.

Penanda Aras
Walaupun prestasi masa lalu tabung unit amanah tidak dapat menunjukkan prestasinya untuk masa hadapan, prestasi masa lalu sebuah tabung unit amanah boleh digunakan sebagai perbandingan dengan penanda aras dan tabung unit amanah lain yang mempunyai objektif pelaburan yang sama. Penggunaan penanda aras yang sesuai dengan objektif tabung atau kelas aset banyak memberi faedah kerana kelas aset yang berbeza mempunyai prestasi yang berlainan mengikut keadaan pasaran. Sebagai contoh, kebanyakkan tabung ekuiti melabur dalam ekuiti Malaysia menggunakan penanda aras Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) atau mana-mana indeks Bursa Malaysia. Bagi tabung imbang pula, ia akan menggunakan penanda aras yang mempunyai kombinasi kelas aset. Contohnya, 50:50 iaitu kombinasi KLCI dan 3-bulan KLIBOR. Apabila memilih tabung unit amanah, pelabur harus memilih tabung yang secara konsisten mencatat prestasi melebihi penanda aras atau pesaingnya.

PERBANDINGAN UNIT AMANAH DAN INSTRUMEN PELABURAN LAIN Semua instrumen pelaburan mempunyai tahap risiko dan pulangan berbeza. Secara amnya, perbandingan risiko dan pulangan bagi pelbagai pelaburan boleh diringkaskan seperti berikut:Jenis Pelaburan 1 2 3 4 Produk Derivatif Kewangan Pelaburan dalam saham Hartanah Unit amanah Tahap Risiko Tinggi Tahap Jangkaan Pulangan Tinggi

5 Deposit tetap 6 Tunai Rendah Rendah

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah ASN, ASN 2, ASN 3, ASG-Pendidikan, ASG- Kesihatan, ASG-Persaraan, ASB, ASW 2020, ASM dan ASD. ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. Selama lebih 25 tahun bertapak dalam industri ini, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengurusan unit amanah utama di negara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran.

Kami adalah organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia.

STRUKTUR KORPORAT AHLI LEMBAGA PENGARAH

TUN AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID Pengerusi

TAN SRI DATO SRI HAMAD KAMA PIAH BIN CHE OTHMAN Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan

TAN SRI DATO MOHD DESA BIN PACHI

TAN SRI DATO DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN

DATO' SERI AINUM BINTI MOHAMED SAAID

DATO' IDRIS BIN KECHOT

................................................................................................................................................... KUMPULAN PENGURUSAN TAN SRI DATO' SRI HAMAD KAMA PIAH BIN CHE OTHMAN Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan DATO' IDRIS BIN KECHOT Pengarah Eksekutif ENCIK KAMARUL BAHARIN BIN MOHD DAUD Naib Presiden Kanan II, Jabatan Operasi Unit Amanah ENCIK MOHAMMAD BIN HUSSIN Naib Presiden I, Jabatan Pemasaran dan Operasi Cawangan PUAN NOR AINAH BINTI MD SOM Penolong Naib Presiden, Jabatan Organisasi dan Kaedah PUAN SITI NORILAH BINTI SHAMSUL BAHRI Penolong Naib Presiden, Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen ENCIK KAMALDEEN BIN NM ABDUL KADER Penolong Naib Presiden, Jabatan Akaun ASNB ENCIK MOHD AZUDDIN SHAM BIN ABDULLAH Penolong Naib Presiden, Jabatan Pengurusan Rekod ASNB CIK FAIRUZ SUZANA BINTI KAMARUDDIN Penolong Naib Presiden, Jabatan Pembangunan Produk

................................................................................................................................................... PEGAWAI KANAN PEMATUHAN ENCIK PAISOL BIN AHMAD

Anda mungkin juga menyukai