Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 5)
 
KEUPAYAAN KEWANGAN
(KWKK3013)
 
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MUHAMMAD BIN ZOLKIPELI

ANGKA GILIRAN 2018192340097

NOMBOR KAD PENGENALAN 990516-03-6203

KUMPULAN PISMP D5

KOD / NAMA KURSUS KEUPAYAAN KEWANGAN (KWKK3013)

NAMA PENSYARAH PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMANI

TARIKH HANTAR 14/12/2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS DARIPADA PENSYARAH
Portfolio Kewangan

1. Pengenalan

Kebebasan dari segi kewangan merupakan satu perkara yang ingin dicapai oleh
manusia sejak dahulu kala. Demi mencapai kebebasan dari segi kewangan ini, manusia
telah cuba pelbagai cara seperti berkerja, berniaga, melabur dan sebagainya. Portfolio
ini akan memberikan tumpuan kepada aspek pelaburan. Menurut kamus dewan
pelaburan bermaksud ‘wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan’,( Kamus
Dewan, 2005).

Antara kepentingan membuat pelaburan pada masa kini adalah untuk


meningkatkan kebolehan kewangan sedia ada, melawan kesan inflasi, dan persiapan
untuk masa depan. Pelaburan akan dapat membolehkan kita untuk mengunakan duit
untuk membuat duit sekiranya kita melabur dengan bijak. Dengan kata lain, kita boleh
menjana pendapatan sampingan tanpa menganggu pendapatan utama kita. Selain itu,
pelaburan juga adalah penting bagi kita untuk melawan kesan inflasi. ‘Inflasi adalah
fenomena di mana duit kita meningkat tetapi kuasa membeli kita menurun’,(Henrry,
2002).
Apabila kita membuat pelaburan, kita akan lebih selamat daripada
sebarang inflasi yang datang secara mengejut. Akhir sekali adalah persiapan untuk
masa depan iaitu di mana kita membuat pelaburan bagi mencapai satu matlamat jangka
panjang pada masa hadapan. Portfolio ini akan membincangkan beberapa elemen
penting dalam pelaburan seorang iaitu objektif, jenis pelaburan, keputusan pelaburan,
tahap toleransi peribadi dan kesimpulan. Portfolio ini juga akan membincangkan cara
terbaik dan berkesan untuk diri saya membuat pelaburan dengan modal RM100,000.
2. Objektif pelaburan

Objektif utama pelaburan saya adalah untuk mencapai keuntungan sebanyak Rm300,000
dalam masa 10 tahun. Ini merupakan sejenis pendapatan sampingan pasif bagi diri saya.
Keuntungan ini akan digunakan untuk :

- Simpanan masa hadapan


- Pelaburan masa hadapan.
3. Jenis-jenis pelaburan

No Jenis Pelaburan Maklumat


1 Pelaburan di bank - Risiko rendah
- Tahap kecairan tinggi
- Terbuka kepada semua

2 - Risiko sederhana
Pelaburan di koperasi - Tahap kecairan rendah
- Hanya boleh disertai oleh
penjawat tertentu sahaja
mengikut jenis koperasi
3 Pelaburan dengan produk- - Risiko rendah
produk PNB seperti ASB, - Tahap kecairan sederhana
ASN2, ASD dan sebagainya - Terbuka kepada semua
4 Pelaburan Saham Amanah - Risikonya mengikut jenis
(Unit Trust) adalah yang dana yang dipilih. Terdapat
ditawarkan oleh institusi yang risiko rendah,
kewangan selain daripada sederhana dan tinggi.
PNB Semakin tinggi risikonya
semakin banyak juga
keuntungannya
- Tahap kecairan sederhana
- Terbuka kepada semua
5 Pelaburan di Tabung Haji - Risiko rendah
6 Saham di Bursa Malaysia - Risiko tinggi
7 - Risiko bergantung kepada
Pelaburan Hartanah (Property lokasi hartanah dan ekonomi
Investment) semasa
- Modal besar
- Tahap kecairan rendah

8 - Risiko rendah
Pelaburan dalam Takaful - Secara amnya,
Insuran/Takaful adalah
lebih
kepada perlindungan
9 Forex Trading - Risiko tinggi
- Tidak mendapat kelulusan
Bank Negara Malaysia serta
tidak patuh syariah

10 - Risiko tinggi
Lain –lain seperti pelaburan
emas & perak

Berdasarkan kelayakan yang saya ada, saya telah mendapati bahawa saya boleh membuat
3 jenis pelaburan iaitu pelaburan di bank, pelaburan saham amanah dan pelaburan Saham
Bursa Malaysia. Oleh itu saya telah membuat kajian yang lebih teliti mengenai 3 jenis
pelaburan ini. Hasil kajian saya mengenai maklumat lebih terperinci 3 pelaburan ini adalah
seperti berikut :

a) Pelaburan bank

Nama Bank : Arab Malaysian Bank (Ambank)

Nama Pelaburan : Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Risiko Pelaburan : Tiada risiko kerana duit premium adalah terjamin.

Pulangan : Pulangan adalah stabil dengan kadar faedah seperti dalam jadual di
bawah.

Maklumat : Pelaburan ini adalah di mana saya akan melaburkan sejumlah duit ke
dalam simpanan tetap yang saya tidak boleh sentuh untuk tempoh yang telah dipersetujui
dengan pihak bank. Pihak bank akan memberikan saya faedah kompound tahunan yang
telah dipersetujui sepanjang tempoh yang telah diperuntukkan

Bulan Faedah Kompound Tahunan


1 3.15%
2 3.15%
3 3.20%
4 3.25%
5 3.25%
6 3.30%
7 3.30%
8 3.30%
9 3.30%
10 3.30%
11 3.30%
12 3.35%
15 3.25%
18 3.25%
21 3.25%
24 3.30%
36 3.35%
48 3.40%
60 3.40%

b) Pelaburan Saham Amanah

Jenis amanah saham di pasaran

- Amanah saham kerajaan


- Dana Equiti/saham
- Dana sekuriti pendapatan tetap
- Dana seimbang
- Dana Modal terjamin

Risiko Pelaburan : Risiko pelaburan adalah bergantung kepada jenis amanah saham yang
telah dipilih. Secara am, risiko yang rendah akan membawa kepada pulangan yang rendah
manakala risiko yang tinggi akan membawa kepada pulangan yang tinggi.

Pulangan: Pulangan adalah adalah bergantung kepada jenis amanah saham yang telah
dipilih. Secara am, risiko yang rendah akan membawa kepada pulangan yang rendah
manakala risiko yang tinggi akan membawa kepada pulangan yang tinggi.

Maklumat: Amanah saham juga dikenali sebagai unit amanah ataupun unit trust. Ianya
merupakan sebuah tabung dana yang mengumpulkan kesemua wang individu ataupun
syarikat kemudian wang terkumpul tersebut dilaburkan ke pasaran saham untuk
mendapat keuntungan. Keuntungan yang diperolehi kemudiannya dibahagikan kepada
pelabur-pelabur mengikut jumlah yang dilaburkan. Wang saya akan diuruskan oleh
pengurus dana professional contohnya seperti bank-bank pelaburan. Namun, wang saya
tidak akan disimpan oleh pengurus dana, yang bertanggunjawab menyimpan wang saya
adalah pemegang amanah yang dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
c) Pelaburan Saham Bursa

Jenis Bursa Saham :

- Saham mewah
- Saham pertumbuhan
- Saham bertahan
- Saham berkitar
- Saham spekulatif

Risiko Pelaburan : Risiko pelaburan adalah agak tinggi kerana pasaran saham sangat sukar
dibaca dan sangat terpengaruh oleh pelbagai faktor daripada dalam serta luar negara.
Tetapi oleh kerana pasaran saham sentiasa berubah dengan mendadak maka kemungkinan
untuk memperolehi keuntungan yang tinggi juga datang daripada melabur dalam bursa
saham.

Pulangan : Pelaburan dalam bursa saham adalah berisiko tinggi namun kemungkinan untuk
memperolehi keuntungan adalah amat tinggi sekiranya pelabur tau bagaimana melabur
dengan cara yang betul.
4.Keputusan pelaburan

Dua jenis pelaburan yang telah saya pilih berdasarkan kajian saya terhadap pilihan
yang saya ada adalah pelaburan bank dan pelaburan amanah saham. Saya telah
memilih dua jenis pelaburan ini kerana kajian saya telah membuktikan bahawa dua
jenis pelaburan ini adalah yang paling sesuai untuk saya dari segi kewangan dan dari
segi keinginan saya untuk mengambil risiko.

Saya akan melaburkan Rm100000 dengan pembahagian 80:20 iaitu di mana 80%
akan dilaburkan dalam simpanan tetap di bank dan 20% akan dilaburkan di Unit Amanah
Saham Amincome Plus. Ini adalah kerana dengan pembahagian ini 80% daripada
pelaburan saya adalah terjamin dalam apa jua situasi yang mungkin berlaku. Saya juga
akan berpeluang mendapat sedikit keuntungan dengan 20% yang saya laburkan dalam
unit amanah saham. Perancangan ini akan memastikan saya mendapat keuntungan yang
maksimum dengan risiko yang minimum.

Pilihan 1 : Pelaburan Bank

Rasional pemilihan

Saya telah memilih pelaburan ini kerana ialah memberikan pulangan sebanyak
3.15% hingga 3.40% setahun ke atas wang yang telah saya laburkan. Pendapatan ini
adalah dalam bentuk pasif iaitu di mana saya hanya perlu meletakkan wang ke dalam bank
dan seterusnya tidak perlu mengambil apa-apa tindakan lain. Ini adalah sesuai dengan
keperluan saya kerana saya ingin mengunakan masa saya untuk kerjaya saya sebagai guru
dan untuk keluarga. Saya juga telah memilih pelaburan ini kerana wang simpanan saya
adalah terjamin dan tidak akan hilang dalam apa jua situasi sekalipun.

Jumlah pulangan

Bank yang telah saya pilih adalah Public Bank. Public Bank menawarkan kadar
pulangan sebanyak 3.30% bagi tempoh 10 tahun. Pengiraan keuntungan untuk pelaburan
ini selepas 10 tahun adalah seperti yang berikut.

Dana : Rm80000

Tempoh Pelaburan : 10 Tahun

Kadar pulangan : Kadar pulangan adalah 3.30% untuk simpanan selama 10 tahun

Tahun Kadar Pulangan Setahun(%) Jumlah Duit (RM)


0 3.30% 80000
1 3.30% 82640
2 3.30% 85367
3 3.30% 88184
4 3.30% 91094
5 3.30% 94100
6 3.30% 97205
7 3.30% 100413
8 3.30% 103726
9 3.30% 107150
10 3.30% 110686
Berdasarkan kiraan di atas, saya mendapati bahawa saya akan mendapat keuntungan
sebanyak Rm38360 setelah melaburkan duit saya untuk 10 tahun dalam pelaburan tetap.
Keuntungan ini adalah amat bersesuaian dengan objektif saya iaitu untuk mendapatkan
sejumlah wang kecil yang boleh digunakan untuk apa-apa kecemasan yang tidak dijangka
seperti kemalangan dan bencana alam.

Risiko

Risiko bagi pelaburan simpanan tetap di dalam bank adalah risiko inflasi melebihi
faedah dan risiko kecairan dana yang rendah. Risiko inflasi melebihi faedah adalah di mana
kadar inflasi melebihi pulangan faedah yang diterima. Dengan kata lain, walaupun dana
pelaburan RM100000 telah meningkat menjadi Rm138360 selepas 10 tahun namun kuasa
membeli sebenarnya telah menurun menjadi kurang daripada Rm100000.

Risiko yang kedua pula adalah risiko kecairan dana yang rendah. Dalam pelaburan
simpanan tetap, sekiranya pelabur mengambil tindakan mengeluarkan dana sebelum tarikh
matang yang telah dipersetujui maka pelabur akan kehilangan semua pulangan daripada
faedah. Dalam konteks pelaburan saya, ini bermaksud bahawa sekiranya saya
mengeluarkan dana saya sebelum 10 tahun telah berlalu maka saya hanya akan dapat
Rm100000 iaitu jumlah dana asal saya dan saya tidak akan mendapat apa-apa keuntungan.

Pengetahuan pelaburan

Pelaburan jenis ini adalah yang paling sesuai dengan saya atas beberapa faktor
seperti masa, komitment, risiko, pulangan dan perancangan. Pelaburan jenis tidak
memberikan kadar keuntungan yang paling tinggi tetapi ialah sesuai untuk situasi dan
keadaan saya.

Faktor pertama adalah dari segi masa, pelaburan simpanan tetap di dalam bank
hampir tidak memerlukan saya untuk mengunakan masa saya bagi menguruskan pelaburan
ini. Saya hanya perlu mengunakan sedikit masa untuk pergi ke bank dan membuka akaun
simpanan tetap dan memasukkan dana saya ke dalam akaun tersebut. Oleh itu saya akan
mempunyai banyak masa untuk digunakan bagi perkara lain.

Faktor kedua adalah segi komitment, pelaburan ini hanya memerlukan sejumlah
dana asal dan tidak memerlukan apa-apa lagi selain daripada itu. Saya tidak perlu
menguruskan dana tersebut dan tidak perlu memikirkan pasal dana tersebut sehingga dana
tersebut telah mencapai tarikh kematangan. Ini bermaksud bahawa tenaga saya dapat
digunakan untuk perkara lain dalam hidup saya.

Faktor ketiga adalah dari segi risiko. Dalam pelaburan ini, dana asal saya adalah
terjamin kerana ialah bank merupakan satu institusi yang sangat stabil dan juga kerana
simpanan saya dilindungi oleh PIDM sekiranya bank menjadi muflis. Berbanding dengan
pelaburan lain, pelaburan simpanan tetap di bank hampir tidak mempunyai apa-apa risiko.
Ini sesuai dengan diri saya yang tidak suka mengambil risiko.

Faktor keempat adalah dari pulangan. Pulangan yang diberikan oleh simpanan tetap
di dalam bank mungkin tidak tinggi seperti pelaburan jenis lain namun ialah terjamin. Saya
boleh berasa selamat kerana setiap bulan, pulangan yang telah dipersetujui dengan pihak
bank pasti akan masuk ke dalam akaun simpanan tetap saya.

Faktor kelima dan terakhir adalah dari segi perancangan. Keuntungan pelaburan
simpanan tetap di dalam bank boleh dikira dan diketahui dengan sangat tepat serta
terperinci. Ini berbeza dengan pelaburan lain di mana kita hanya boleh membuat anggaran
sahaja dan jumlah keuntungan atau kerugian yang tepat tidak boleh diketahui dengan
ketepatan 100%. Oleh kerana pelaburan simpanan tetap di dalam bank boleh dihitung
dengan tepat maka saya boleh membuat perancangan kewangan dengan baik.

Pilihan 2 : Pelaburan Amanah Saham

Rasional Pemilihan

Saya telah memilih pelaburan ini kerana dalam pelaburan amanah saham, terdapat
banyak pilihan yang menawarkan risiko dan pulangan yang berbeza. Secara am, amanah
saham risiko tinggi akan mempunyai pulangan yang tinggi dan amanah saham risiko
rendah akan mempunyai pulangan yang rendah. Pilihan amanah saham yang begitu banyak
ini akan membolehkan saya untuk memilih amanah saham yang paling sesuai dengan diri
saya. Selain itu, amanah saham boleh diuruskan oleh manager amanah saham yang
profesional. Ini bermaksud bahawa kos dari segi masa dan komitment dari diri saya adalah
minimum. Ini memenuhi kehendak saya iaitu pelaburan yang memerlukan kos dan
komitment yang minimum tetapi mempunyai pulangan yang stabil serta selamat. Pilihan
amanah saham saya adalah Amincome plus.

Jumlah Pulangan

Nama Amanah Saham : AmIncome Plus

Maklumat Saham :
Kadar pertumbuhan untuk 5 tahun ke belakang bagi amanah saham Amincome Plus ini
adalah seperti yang berikut :

Berdasarkan sejarah pertumbuhan amanah saham Amincome Plus ini kita boleh
mengatakan bahawa pertumbuhan purata tahunan ia adalah sebanyak 3.08% setiap tahun.

Jumlah Dana : Rm20000

Tempoh pelaburan : 10 Tahun

Anggaran keuntungan adalah seperti yang berikut :

Tahun Kadar Pulangan Setahun(%) Jumlah Duit (RM)


0 3.08% 20000
1 3.08% 20616
2 3.08% 21250
3 3.08% 21906
4 3.08% 22580
5 3.08% 23276
6 3.08% 23992
7 3.08% 24732
8 3.08% 25494
9 3.08% 26278
10 3.08% 27088

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa anggaran jumlah keuntungan selepas 10 tahun
adalah lebih kurang Rm7088 sekiranya tidak terdapat perubahan yang drastik di pasaran.

Risiko

Risiko bagi amanah saham Amincome plus adalah pada kadar yang minimum
kerana amanah saham ini merupakan amanah saham yang berisiko rendah. Laporan
tahunan bagi amanah saham Amincome plus telah menunjukkan bahawa saham ini tidak
pernah mengalami kerugian yang teruk untuk 5 tahun yang lalu. Walaubagaimana pun,
terdapat kemungkinan yang kecil bahawa perubahan pasaran yang drastik akan
menyebabkan saham ini turun dan seterusnya menyebabkan kerugian kepada diri saya.

Pengetahuan pelaburan

Pelaburan jenis ini adalah yang paling sesuai dengan saya atas beberapa faktor
seperti masa, komitment, risiko, pulangan dan kestabilan. Pelaburan jenis tidak memberikan
kadar keuntungan yang paling tinggi tetapi ialah sesuai untuk situasi dan keadaan saya.

Faktor pertama adalah dari segi masa, pelaburan amanah saham hampir tidak
memerlukan saya untuk mengunakan masa saya bagi menguruskan pelaburan ini. Saya
hanya perlu mengikut prosedur bagi membuat pelaburan ini dan kemudian pelaburan saya
akan diurus oleh ‘Fund Manager’ yang profesional. Pelaburan ini boleh dikatakan sebagai
pelaburan pasif di mana saya hanya perlu memberikan komitment dari segi dana sahaja dan
seterusnya tidak perlu membuat apa-apa komitment lain dari segi masa atau tenaga.

Faktor kedua adalah segi komitment, pelaburan ini hanya memerlukan sejumlah
dana asal dan tidak memerlukan apa-apa lagi selain daripada itu. Saya tidak perlu
menguruskan dana tersebut kerana ialah akan diuruskan oleh ‘Fund manager’ dan tidak
perlu memikirkan pasal dana tersebut sehingga dana tersebut telah mencapai jumlah yang
saya hendaki. Ini bermaksud bahawa tenaga saya dapat digunakan untuk perkara lain
dalam hidup saya.

Faktor ketiga adalah dari segi risiko. Dalam pelaburan ini, risiko untuk saya
kehilangan dana asal saya adalah amat rendah kerana amanah saham yang saya pilih iaitu
Amincome plus adalah amanah saham yang berisiko rendah. Sejarah amanah saham
tersebut telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang baik untuk 5 tahun yang lalu.

Faktor keempat adalah dari pulangan. Pulangan yang diberikan oleh amanah saham
yang telah saya pilih adalah amat rendah berbanding amanah saham lain tetapi ialah tidak
mengalami kerugian untuk 10 tahun yang lalu. Saya tidak ingin mendapatkan jumlah
keuntungan yang sangat tinggi jadi pulangan yang tinggi bukanlah objektif saya. Oleh itu
saya berpuas hati dengan pulangan yang diberikan oleh pelaburan ini.

Faktor kelima dan terakhir adalah dari segi kestabilan. Keuntungan pelaburan amanah
saham ini adalah amat stabil dan berisiko rendah. Oleh itu, keuntungan sebenar akan
hampir sama dengan keuntungan yang dianggarkan. Ini adalah amat penting untuk diri saya
membuat perancangan kewangan untuk masa depan saya.

4. Tahap toleransi peribadi

Faktor psikologi

Saya merupakan seorang yang tidak suka pelaburan berisiko tinggi kerana saya
tidak inginkan dana asal saya untuk mengalami kerugian. Pekerjaan saya sebagai guru
telah menjamin makan dan minum saya untuk setiap hari jadi pelaburan ini hanyalah
sebagai pendapatan sampingan. Oleh itu saya inginkan pelaburan yang memerlukan
komitment dari segi tenaga dan masa yang minimum kerana saya akan berpuas hati dengan
apa-apa sahaja keuntungan walaupun keuntungan tersebut amat kecil.

Fizikal

Dari segi fizikal dan situasi kewangan saya, saya hanya menganggap pelaburan ini
sebagai satu bentuk pendapatan sampingan pasif yang akan menyokong pendapatan
utama saya sebagai seorang guru. Saya tidak ingin tenaga dan masa saya dihabiskan
terlampau banyak dengan pelaburan kerana saya ingin mengunakan tenaga dan masa
tersebut untuk perkara lain. Oleh itu, keuntungan yang banyak tidak merupakan sebahagian
daripada objektif saya.
5. Kesimpulan

Hasil daripada kajian saya terhadap dunia pelaburan, saya telah mendapati terdapat
banyak jenis pelaburan yang berbeza. Semua jenis pelaburan ini berbeza dari pelbagai segi
dan ialah sesuai untuk orang yang berbeza. Secara amnya, saya mendapati bahawa
pelaburan yang mempunyai potensi keuntungan yang paling banyak adalah pelaburan yang
mempunyai potensi kerugian yang paling banyak juga. Dengan kata lain, ganjaran tinggi
untuk risiko yang tinggi. Kita sebagai bakal pelabur perlu membuat keputusan yang bijak
untuk memilih pelaburan yang paling sesuai untuk diri kita kerana keputusan yang salah
akan memberikan kesan negatif kepada kita pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai