Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2017

Program: PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar:


MUDA PERGURUAN

Kod: FKIK3013 Semester / Tahun: SEMESTER 1, TAHUN 3


Ambilan: JUN 2015
Nama Kursus:
Kumpulan: A1,2,3,4
FIQH KEKELUARGAAN ISLAM

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1.PENULISAN LAPORAN
10/7/2017 11/8/2017
2.PEMBENTANGAN
9/10/2017 13/10/2017
3.KUIZ
12/10/2017 12/10/2017

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan konsep asas pembinaan insan menurut Islam (C2, LO1).


2. Membincangkan konsep perkahwinan dalam Islam secara pembentangan (C2, LO3,LO4,
CTPS1, CS3).
3. Menjelaskan proses pelaksanaan dan pembubaran perkahwinan menurut syariat
Islam secara pembentangan berkumpulan.(C2, L04,LO5, LO6, CS1, TS1, LL1)
4. Menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan (C4, A3, LO6, LL3).
5. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia (C2, A4, LO1).

# Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep asas pembinaan insan menurut Islam


2. Menghuraikan konsep perkahwinan dalam Islam dari aspek persediaan, rukun, tanggungjawab
dan poligami
3. Membincangkan proses pelaksanaan dan pembubaran perkahwinan menurut syariat
Islam
4. Menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan
5. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN LAPORAN- (INDIVIDU)-(50%)

Anda telah terpilih untuk menghadiri kursusBaitul Muslim yang akan diadakan pada 8 Julai 2017 di
IPGKBM. Kursus ini mengandungi dua slot ceramah yang mana pengisiannya akan disampaikan oleh
penceramah yang berkredibiliti dari pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Anda
sebagai peserta diminta untuk:

1. Membuat laporan berkaitan prosedur perkahwinan dan prosedur perceraian yang terdapat dalam
undang-undang keluarga islam seperti yang dijelaskan penceramah jemputan.

2. Menganalisis bentuk-bentuk kesalahan di bawah enakmen undang-undang kekeluargaan negeri


bersertakan dengan contoh fakta-fakta kes yang berlaku di Mahkamah Syariah pada masa kini.

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN (KUMPULAN) - (25%)

2.1 Secara berkumpulan anda dikehendaki membentangkan proses pelaksanaan dan


pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam yang melibatkan :
1 .Talak 4. Fasakh, 7. Khulu`,
2. Lian 5. Nusyuz, 8. Sulh,
3. Iddah 6 .Rujuk, 9. Hadanah .

2.2 Pembentangan ini diadakan pada

a. Tarikh : 9 hingga 13 Oktober 2017


b. Hari : Isnin hingga Jumaat
c. Masa : 2.00 4.00 petang
d. Tempat : Bilik Tilawah
e. Masa yang diperuntukkan :30 minit untuk setiap kumpulan

TUGASAN 3: KUIZ-(INDIVIDU)-(25%)

3.1 Menjawab 5 soalan berbentuk struktur dalam tugasan Kuiz


3.2 Kuiz akan dijalankan pada
a. Tarikh : 12 Oktober 2017
b. Hari : Khamis
c. Masa : 8.00 10.00pagi
d. Tempat : Bilik Tilawah
e. Masa yang diperuntukkan : 30 minit

ARAHAN PELAKSANAAN
1. Tugasan 1, dan 3 merupakan tugasan secara individu, manakala tugas 2 merupakan
tugasan secara berkumpulan (2/3 orang)
2. Bagi tugasan 1, panjang penulisan laporan ialah 1500 patah iaitu antara 8 hingga 9 muka
surat (tidak termasuk lampiran).
3. Penulisan laporan perlu bertaip dengan font Arial 11 dan langkau 1.5 baris.
4. Sumber daripada pihak dan individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan isu yang
dibincangkan hendaklah mempunyai autoriti dan pakar dalam bidang tersebut.
5. Rujukan bahan bacaan adalah sekurang-kurangnya daripada 5 bahan sumber
(buku,majalah,akhbar, laporan rasmi dan jurnal)
6. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Assosiation).
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
8. Bahagian kulit luar hendaklah seragam dari segi jenis tulisan,font, size,perenggan dan
warna. Warna kulit luar yang ditentukan adalah warna biru serta dilengkapkan dengan
maklumat berikut:

a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. No K.P
d. Kumpulan/unit
e. Kod & mata pelajaran :
f. Nama pensyarah :

9. Borang maklum balas kerja kursus perlu dikepilkan pada muka hadapan tugasan.

Tugasan Laporan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan untuk laporan anda haruslah meliputi perkara berikut:


- Pengenalan dengan menghuraikan secara ringkas tentang sistem
kekeluaragaan yang ada agama Islam
- Prosedur perkahwinan dan prosedur perceraian yang terdapat dalam
undang-undang keluarga Islam seperti yang dijelaskan penceramah
jemputan.
- Menganalis bentuk-bentuk kesalahan dibawah enakmen undang-undang
kekeluargaan negeri berserta dengan fakta-fakta kes yang berlaku di
Mahkamah Syariah pada masa kini.
- Merumuskan laporan ini dengan ringkas dan padat

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda


hendaklah dikemukakan terutamanya pandangan tokoh-tokoh berkaitan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan
sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,
laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah
buku, 3 Internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

Tugasan 2: Pembentangan
1.Tugasan ini ialah tugasan kumpulan .

2. Perbentangan anda hendaklah berdurasi 30 minit.

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

4. Pembentangan hendaklah menggunakan powerpoint/prezi .

Tugasan Pembentangan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:

1. Persediaan isi kandungan tersusun dan menyeluruh.


2. Tugasan untuk pembentangan anda haruslah meliputi perkara berikut:
- Pengenalan dengan menghuraikan secara ringkas tentang sistem pembubaran
perkahwinan yang ada dalam agama Islam
- Menghuraikan dalam bentuk carta alir tentang Talak, Fasakh, Khulu`, Lian,
Nusyuz, Sulh, Iddah, Rujuk, Hadanah ( setiap kumpulan akan memilih
dua tajuk .).
- Membuat rumusan dan kesimpulan yang baik tentang tajuk yang dipilih.

3. Penggunaan powerpoint atau prezi yang ringkas dan menarik amat digalakkan untuk
membantu anda dalam membentangkan isi dan huraian dengan berkesan.

4. Kerjasama antara ahli dalam pencarian maklumat dan semasa pembentangan akan
diambil kira dalam pemarkahan.

5. Keseluruhan perancangan dan pengelolaan perlu menunjukkan ketulenan dengan


sokongan ilmiah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

________________________________ __________________________________
(Nama: ZAITON BT.MAT DERIS) (Nama: MOHD LUTFI B.AHMAD)
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus/
Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

________________________
(Nama: MOHD LUTFI B.AHMAD )
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Anda mungkin juga menyukai