Anda di halaman 1dari 8

MANUAL PENGGUNAAN INOVASI DIGITAL (JAM AJAIB)

Disediakan oleh: Mohammad Aliff bin Norrizam

1. Slaid inovasi digital ini dimulakan dengan paparan slaid muka hadapan yang
menunjukkan maklumat-maklumat berkaitan dengan saya seperti nama saya, nama dan
kod kursus, angka giliran serta nama pensyarah. Latar belakang yang digunakan
bertemakan sebuah jam dimana bertujuan untuk memberi gambaran kepada anda
berkaitan dengan topik yang akan ditekankan dalam inovasi ini.

2. Tekan pada slaid pertama untuk ke slaid kedua. Paparan slaid ini mempunyai
audio dan video yang akan dimainkan secara automatik sebaik sahaja slaid
dimulakan dan sekaligus menunjukkan tajuk yang akan dipelajari dalam inovasi ini.
3. Tekan pada tajuk (Perkaitan Dalam Masa) untuk ke slaid yang seterusnya. Slaid
ketiga memaparkan ‘MENU’ bagi inovasi digital ini. Di sini terdapat empat bahagian
iaitu ‘Set Induksi’, ‘Mari Belajar’, ‘Inovasi’ dan ‘Latihan’. Pada slaid ini saya
menggunakan transisi ‘On and Off’ dimana apabila saya tekan pada kotak biru pada
bahagian ‘set induksi, kotak biru itu akan hilang dan menunjukkan gambar pada
bahagian set induksi tersebut (On). Apabila saya tekan pada gambar itu pula, kotak
biru akan muncul semula (Off).

(ON)
TEKAN SINI

TEKAN SINI
(OFF)

4. Tekan pada kotak ‘SET INDUKSI’ tersebut untuk ke slaid Set Induksi. Begitu juga
dengan bahagian yang lain. Jika ingin pergi ke ‘Mari Belajar’ perlu ‘off’ dahulu kotak
biru dan tekan pada kotak ‘MARI BELAJAR’ pula. Ulang langkah yang sama jika
ingin pergi ke bahagian ‘Inovasi’ dan ‘Latihan’.

TEKAN SINI
5. Di bahagian Set Induksi, saya akan menekankan dengan konsep asas dalam tajuk
masa dan waktu iaitu membaca jam. Pada slaid ini saya akan mengajar kepada
anda mengenai cara-cara membaca jam dengan betul. Saya akan menerangkan
terlebih dahulu mengenai jenis-jenis jarum dalam sesebuah jam. Terdapat tiga jarum
di dalam sebuah jam iaitu jarum saat, jarum pendek dan jarum panjang.

6. Pada bahagian bawah kanan slaid ini terdapat dua bulatan bewarna hijau dan juga
merah. Tekan bulatan bewarna hijau bagi ‘zoom’ senggatan yang terdapat pada jam
tersebut. Tekan bulatan bewarna merah bagi menghilangkan bulatan ‘zoom’ itu.
Seterusnya, tekan kotak yang tertera nombor ‘2’ dan ‘3’ bagi memaparkan slaid
dengan bacaan jam yang berbeza. Slaid tersebut bertujuan bagi menguji
penguasaan penonton dalam membaca jam. Tekan kotak yang tertera nombor ‘1’
bagi pergi semula ke bahagian slaid set induksi yang asal. Tekan kotak ‘MENU’
untuk pergi ke bahagian MENU.
7. Pergi ke bahagian MENU dan seterusnya tekan kotak ‘MARI BELAJAR’ untuk pergi
ke bahagian Mari Belajar. Di bahagian ‘Mari Belajar’ ini, saya akan menerangkan
perkaitan antara masa dan waktu iaitu Minit dengan Saat, Jam dengan Minit, Hari
dengan Jam, Minggu dengan Hari dan Tahun dengan Bulan.

8. Pertama sekali, saya akan mengajar perkaitan antara Minit dengan Saat. Tekan
bulatan ‘MULA’ untuk menggerakkan jarum yang terdapat pada jam itu. Di sini, anda
akan melihat dan menilai satu pusingan jarum saat bersamaan dengan beberapa
senggatan bagi jarum minit. Tekan kotak ‘SETERUSNYA’ untuk pergi ke perkaitan
yang kedua.

9. Slaid seterusnya akan belajar mengenai perkaitan antara ‘Jam dengan Minit’. Tekan
bulatan ‘MULA’ untuk menggerakkan jarum yang terdapat pada jam itu. Di sini, anda
akan melihat dan menilai satu pusingan jarum minit bersamaan dengan beberapa
bagi jarum jam. Tekan kotak ‘SETERUSNYA’ untuk pergi ke perkaitan yang ketiga,
manakala kotak ‘KEMBALI’ untuk kembali ke perkaitan pertama.
10. Slaid ketiga akan belajar mengenai perkaitan antara ‘Hari dengan Jam’. Tekan
bulatan ‘MULA’ untuk menggerakkan jarum yang terdapat pada jam itu. Jam
bermula pada pukul 7 pagi (7 am) sehingga 7 malam (7pm). Di sini anda akan
melihat dan menilai satu pusingan jarum jam bersamaan dengan beberapa hari.
Tekan kotak ‘SETERUSNYA’ untuk pergi ke perkaitan yang keempat, manakala
kotak ‘KEMBALI’ untuk kembali ke perkaitan kedua.

11. Slaid keempat pula akan belajar mengenai perkaitan antara ‘Minggu dengan Hari’
dengan menggunakan kalendar. Saya telah menggunakan transisi ‘On and Off’
yang diletakkan di atas kalendar tersebut. Dengan ini anda boleh membilang hari
dengan menekan pada kalendar tersebut dan kotak biru akan muncul (On). Apabila
tekan kotak biru ditekan, kotak biru akan hilang (Off). Tekan kotak ‘SETERUSNYA’
untuk pergi ke perkaitan yang kelima, manakala kotak ‘KEMBALI’ untuk kembali ke
perkaitan ketiga.
12. Slaid terakhir dalam bahagian ‘Mari Belajar’ akan belajar mengenai perkaitan
antara ‘Tahun dengan Bulan’ dengan menggunakan kalendar. Tekan kalendar
tersebut untuk pergi ke bulan yang seterusnya. Anda perlu membilang dan menilai
bilangan bulan menggunakan kalendar tersebut. Tekan bulatan merah untuk
menetapkan semula kalendar ke bulan Januari. Tekan kotak ‘KEMBALI’ untuk
kembali ke perkaitan keempat manakala kotak ‘MENU’ untuk pergi ke bahagian
MENU.

13. Pergi ke bahagian MENU dan seterusnya tekan kotak ‘JAM AJAIB’ untuk pergi ke
bahagian Jam Ajaib. Di paparan slaid ini terdapat sebuah jam inovasi yang
dinamakan sebagai ‘Jam Ajaib’. Gambar di bawah menunjukkan perkaitan antara
Jam dengan Minit. Sebelah kiri menandakan bilangan satu manakala bilangan
sebelah kanan ditentukan pada bulatan bewarna putih itu. Anda diminta untuk
memilih jawapan yang tepat bagi perkaitan yang diminta dan jawapan yang tepat
akan keluar pada bulatan bewarna putih.
14. Tekan untuk pergi ke perkaitan yang seterusnya. Ulang langkah 13 sehingga
selesai menyiapkan kelima-lima perkaitan yang diminta.

15. Setelah selesai mengisi kelima-lima perkaitan yang diminta, pergi ke bahagian
MENU dan seterusnya tekan kotak ‘LATIHAN’ bagi menguji tahap penguasaan
anda. Terdapat empat pilihan jawapan A,B,C dan D. Anda diminta untuk membuat
perkaitan dengan tepat. Tekan bagi pergi ke soalan yang seterusnya.

16. Jika anda mengalami kesukaran, tekan kotak ‘JAM AJAIB’ bagi mencari perkaitan
bagi soalan yang diminta. Tekan bagi menggerakkan Jam Ajaib itu mengikut
arah jam manakala tekan bagi menggerakkan Jam Ajaib itu mengikut arah
lawan jam. Tekan nombor kotak latihan untuk pergi ke paparan slaid latihan
semula.
17. Terdapat lima soalan latihan yang disediakan. Selesaikan kesemua latihan.

18. Tekan kotak ‘TAMAT’ bagi pergi ke paparan slaid yang terakhir. Paparan slaid ini
mempunyai animasi yang akan dimainkan secara automatik sebaik sahaja slaid
dimulakan.

19. Selamat mencuba dan sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai