Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Agama Islam melihat perkahwinan sebagai suatu Sunnah yang sangat


dituntut kepada umatnya. Perkahwinan atau pernikahan merupakan suatu jalan suci
yang mengikat pasangan manusia yang bergelar Adam dan Hawa dalam
mengharungi kehidupan sebagai suami dan isteri. Ia merupakan satu nikmat yang
Allah SWT berikan kepada setiap manusia yang ingin menikmati kehidupan bersama
dalam alam berumah tangga. Kenikmatan ini hanya dapat dirasai oleh pasangan
yang benar-benar memahami konsep perkahwinan dalam ajaran Islam itu sendiri.
Menurut Abd Kadir (2002), menjelaskan bahawa antara hikmah dituntut supaya
manusia berkahwin adalah supaya manusia yang dijadikan berpasang-pasangan
dapat hidup bahagia, melahirkan zuriat, menghalalkan hubungan kelamin dan
mengharamkan zina. Sekiranya perjalanan perkahwinan itu mengikuti landasan al-
Quran dan Sunnah Baginda SAW, nescaya perkahwinan tersebut akan diberkati oleh
Allah SWT. Namun jika sebaliknya berlaku, perkahwinan yang mereka nikmati akan
bertukar kepada kedukaan dan kesedihan akibat ketidaksefahaman dalam berumah
tangga. Kesannya, suami isteri akan menyalahkan antara satu sama lain dan cuba
melepaskan tanggungjawab masing-masing. Oleh hal yang demikian, jika masalah
ini tidak dapat ditangani dengan bijak dan matang, maka dibimbangkan akan
berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan yang boleh membawa kepada
perceraian. Setiap perceraian yang berlaku pasti terdapat puncanya seperti bak kata
pepatah Melayu, “Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Pada penulisan ini, penulis akan menjelaskan prosedur-prosedur yang perlu


diikuti bagi pasangan yang ingin berkahwin di Malaysia serta menjelaskan
tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam membina keluarga bahagia.
Data mengenai statistik penceraian dalam kalangan umat Islam di Malaysia juga
akan disertakan bersama dengan faktor penceraian serta cadangan untuk mengatasi
masalah penceraian ini daripada berlaku.
2.0 PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA

Berdasarkan surah Adz-Dzariyaat ayat 49, “Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan
berpasangan, supaya kamu mengingati (Kekuasanan Kami dan mentauhidkan Kami)
akan kebesaran Allah.” Berdasarkan ayat quran tersebut setiap orang diciptakan
berpasang-pasangan. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk mendirikan
rumah tangga kerana Allah telah menciptakan manusia itu berpasangan iaitu
perempuan dan lelaki. Oleh itu, bagi mendirikan rumah tangga di Malaysia, terdapat
prosedur-prosedur yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin berkahwin
sebelum mereka digelar suami isteri.

Setiap pasangan yang ingin berkahwin buat kali pertama perlu mengikuti
kursus Pra-perkahwinan sebelum memohon kebenaran berkahwin. Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ hendaklah memastikan pasangan bagi
warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk
mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri kursus dan memiliki Sijil
Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
(MBKPPI). Setiap pasangan boleh menghadiri kursus pra perkahwinan ini di mana-
mana sahaja negeri di Malaysia, asalkan kursus ini diiktiraf oleh Jabatan Agama
Islam. Selepas itu, setiap pasangan akan menerima Sijil Kursus Pra Perkahwinan
MBKPPI. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Seterusnya, pasangan perkahwinan perlu menjalani ujian saringan HIV di


klinik kesihatan kerajaan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui status HIV masing-
masing, sebagai usaha mengurangkan kadar HIV seluruh negara. Sekiranya
keputusan ujian adalah negatif, proses permohonan kebenaran berkahwin akan
diteruskan. Manakala jika keputusan HIV adalah positif, pasangan lelaki atau
perempuan perlu memohon kebenaran berkahwin dengan memenuhi syarat-syarat
tertentu. Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama dan
mereka akan diberikan pendedahan tentang implikasi HIV. Pemohon perlu
memaklumkan keputusan kepada bakal pasangan. Sekiranya pemohon dan
pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan
kebenaran berkahwin akan diproses. Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada
Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan
seterusnya. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Kemudian pasangan perkahwinan perlu melakukan permohonan untuk
kebenaran berkahwin. Penolong Pendaftar akan memastikan pemohon yang
membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di
kawasan kariahnya. Antara perkara yang perlu dilampirkan bersama dengan borang
permohonan kebenaran berkahwin ialah salinan sijil kelahiran, salinan kad
pengenalan, sijil kursus Pra Perkahwinan MBKPPI dan keputusan saringan HIV
kedua-dua bakal pengantin. Surat perakuan cerai juga perlu dilampirkan sekiranya
pemohon bercerai hidup dan surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
Sekiranya pemohon adalah seorang mualaf maka surat akaun memeluk Islam perlu
dilampirkan. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Kemudian pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan


oleh penolong pendaftar. Pendaftar juga perlu memastikan borang perkahwinan
diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
Setelah berpuashati, pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin
melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri.
Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan
melalui surat kebenaran. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Pendaftar perlu merujuk kepada mahkamah jika mempunyai masalah seperti


perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan, pasangan atau salah
seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur, perkahwinan itu secara
poligami dan perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami. (jika
perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa). Setelah berpuas hati
terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan,
pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah
melalui pemohon. Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah
mendapat kebenaran daripada Mahkamah. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Tempoh sah kebenaran berkahwin adalah selama 90 hari dari tarikh


dikeluarkan. Sekiranya tempoh tersebut tamat maka pendaftar perlu memastikan
bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas hari dari
tarikh tamat berkahwin kali pertama. Pendaftar hanya boleh menerima permohonan
kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran
berkahwin. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Semasa akad nikah dijalankan pendaftar mestilah memastikan akad nikah
dilansungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.
Pendaftar juga mestilah memastikan akad nikah dilansungkan oleh wali dihadapan
pendaftar atau wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar. Sekiranya
pihak perempuan tiada wali nasab atau wali enggan maka pendaftar sebagai wali
Raja (hakim). (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Akhir sekali, selepas perkahwinan pendaftar hendaklah mendaftarkan


perkahwinan tersebut dengan segera sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-
undang. Pendaftar hendaklan mengeluarkan Surat Akaun Nikah dalam tempoh tiga
puluh hari dari tarikh pendaftaran perkahwinan. (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

3.0 TANGGUNGJAWAB PASANGAN SUAMI DAN ISTERI

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang sangat


besar yang harus dipikul bersama-sama oleh pasangan suami dan isteri. Secara
umumnya, tanggungjawab suami lebih berat berbanding tanggungjawab seorang
isteri kerana suami merupakan seorang ketua dalam istitusi kekeluargaan. Hal ini
berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi
SAW bersabda maksudnya: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah
pemimpin, dan kamu akan ditanya berkaitan orang dibawahnya. Seorang Imam
(ketua atau pemimpin) ke atas manusia adalah pemimpin dan dia akan ditanya
mengenai kepimpinannya. Dan seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya
dan dia akan ditanya berkaitan perihal mereka (ahli keluarganya).” [Riwayat Muslim
(1829)]. Hadis ini menerangkan mengenai seorang lelaki ataupun suami adalah
pemimpin dan akan ditanya dan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku
ke atas isteri dan keluarganya. Dalam setiap institusi rumah tangga, setiap pasangan
suami isteri perlu menyedari akan peranan dan tanggungjawab masing-masing
dalam memastikan keharmonian rumah tangga berkekalan.
3.1 TANGGUNGJAWAB SUAMI

Suami sebagai ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar


di atas keluarganya. Antara tanggungjawab suami kepada isteri ialah suami
mestilah memberikan nafkah zahir dan juga nafkah batin. Nafkah zahir yang
perlu diberikan oleh seorang suami kepada isteri ialah perbelanjaan harian
iaitu wang bagi kegunaan isteri untuk makan, minum, pakaian dan tempat
tinggal. Nafkah zahir ini juga haruslah sesuai dengan kemampuannya. Hal ini
selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-Talaq ayat 7 yang
mafhumnya “hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi
nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan
beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan
kepadanya”. Hal ini bermaksud seorang suami bertanggungjawab memberi
makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada isterinya sesuai dengan
kemampuannya. Oleh itu, sebagai seorang isteri juga perlulah faham bahawa
mereka seharusnya tidaklah meminta sesuatu di luar kemampuan suaminya.

Selain itu, suami juga haruslah memberikan nafkah batin kepada


isteri. Nafkah batin ialah suami haruslah mempergauli isteri dengan cara yang
baik. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 223 yang
mafhumnya “isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan
sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertaqwalah kepada
Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari
akhirat kelak) dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman”. Ayat ini jelas menerangkan bahawa seorang suami perlu
memberikan nafkah batin kepada isterinya dan bebas menggunakan apa
cara sekalipun. Namun, seorang suami perlu faham bahawa mereka tidak
boleh menggunakan kekerasan ataupun paksaan ke atas isterinya untuk
memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri.
Seterusnya, seorang suami juga perlu membina komunikasi yang baik
bersama isterinya. Komunikasi yang baik adalah suami yang melayani
isterinya dengan lemah lembut serta bertolak ansur sama dalam semua
perkara. Hal ini kerana sifat semula jadi seorang wanita ialah lemah lembut
dan mudah terguris. Oleh itu, seorang suami haruslah menjaga tutur katanya
dan dilarang sama sekali untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat yang
menyakitkan hati, mencari-cari kesilapan isteri dan juga mengkhianati isteri.
Tindakan ini dilarang oleh Rasulullah SAW sabdanya dari Jabir: “Nabi S.A.W
melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang
berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka”. (H.R
Muslim).

Akhir sekali, tanggungjawab seorang suami ialah memberikan


bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri dari sudut agama, pergaulan dengan
jiran tetangga, cara berpakaian dan sebagainya. Oleh itu, seorang suami
perlu memberikan didikan agama kepada isterinya supaya dia tahu mengenai
hukum-hukum Allah. Dengan itu seorang isteri dapat menjauhkan dirinya
daripada perbuatan dosa. Sekiranya seorang isteri melakukan dosa yang
jelas, seorang suami perlu menegur perbuatan dosa isterinya kerana tugas
seorang ketua keluarga ialah mendidik dan menjauhkan keluarganya
daripada perbuatan dosa. Tindakan ini wajib dilaksanakan oleh seorang
suami selari dengan firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim ayat 6
bermaksud “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu
dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas
perintahnya dan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka”.
3.2 TANGGUNGJAWAB ISTERI

Antara tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya ialah


memberikan ketaatan yang sepenuhnya kepada suami selagi mana ia
berlandaskan hukum Islam. Isteri wajib mematuhi segala perintah suaminya
kerana Allah SWT telah menjanjikan balasan syurga bagi seorang isteri yang
taat dan patuh kepada suaminya. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW
“Sekiranya aku ini orang yang yang menyuruh mana-mana orang supaya
sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

Selain itu, seorang isteri juga mestilah memberikan layanan yang baik
kepada suaminya. Layanan yang baik ialah seorang isteri mentadbir urusan
rumah tangga dengan baik seperti menyediakan makanan serta memastikan
kebersihan pakaian dan tempat tinggal. Namun, seorang suami mesti ingat
bahawa urusan mentadbir rumah tangga tidak boleh dilakukan oleh isteri
seorang sahaja tetapi perkara tersebut mestilah dilakukan bersama-sama
supaya beban yang dipikul oleh isteri tidak terlalu berat bak kata pepatah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Seorang isteri juga perlulah menjaga maruah diri, suami dan juga
keluarganya. Seorang isteri apabila ingin keluar dari rumah atas sebab-sebab
tertentu seperti bekerja, melawat sanak-saudara atau keluar membeli belah,
perlulah meminta izin suami terlebih dahulu dan mestilah memakai pakaian
yang menutup aurat dan tidak menjolok mata. Hal ini bagi menjaga
kehormatan diri dan mengelakkan fitnah daripada berlaku.

Akhir sekali, tanggungjawab isteri adalah menjadi pendorong dan


pemberi motivasi kepada suaminya. Isteri yang baik dan solehah akan
sentiasa mengambil berat perihal suaminya dan bantu suaminya ketika dalam
kesusahan. Isteri perlu mendengar luahan hati seorang suami apabila suami
buntu dalam mencari jalan penyelesaian. Hal ini kerana dalam sebuah
institusi keluarga, suami dan isteri mestilah saling memikul tanggungjawab
bersama-sama tidak kira dalam keadaan susah ataupun senang.
4.0 STATISTIK PENCERAIAN

Statistik Penceraian di Negeri Kedah


800
700
600
500
400
300
200
100
0
r u k i
ta a l im in
g s n Si ng ap w ru en
a
Se ud Ku
l Pa Ya da er ka ha
ta M Ba ng n T ng B a
ok
S
al
a
ba Pe an
g
La ar ok
Ko d d P
Ku Ku
Pa n
Ba

2015 2016 2017

Berdasarkan statistik perkahwinan, penceraian dan rujuk negeri Kedah dari


tahun 2015 hingga 2017 (lampiran 1), kita dapat menyimpulkan bahawa bilangan
paling ramai pasangan yang berkahwin di negeri Kedah adalah pada tahun 2015
dengan angka seramai 26 159 pasangan dikuti dengan tahun 2016 seramai 23 046
dan tahun 2017 dengan bilangan 22 440 pasangan. Ini menunjukkan bahawa
bilangan pasangan yang berkahwin di negeri Kedah dari tahun 2015 hingga tahun
2017 adalah semakin berkurang.

Kes penceraian yang berlaku di negeri Kedah dari tahun 2015 hingga 2017
adalah seramai 9 933 pasangan. Bilangan penceraian paling ramai adalah pada
tahun 2016 dengan seramai 3 519 pasangan yang bercerai diikuti dengan tahun
2017 iaitu seramai 3 471 pasangan dan bilangan penceraian paling sedikit adalah
pada tahun 2015 dengan bilangan 2 943 pasangan. Hal ini menunjukkan bahawa
bilangan penceraian yang berlaku di negeri Kedah adalah semakin meningkat dari
tahun 2015 hingga 2016 dan menurun sedikit pada tahun 2017. Akan tetapi kes
penceraian pada tahun 2017 ini adalah lebih ramai berbanding dengan tahun 2015.
Selain itu, daerah yang paling banyak berlaku penceraian di negeri Kedah
dari tahun 2015 hingga 2017 adalah di daerah Kuala Muda dengan jumlah bilangan
2 060 pasangan diikuti dengan daerah Kota Setar dengan jumlah seramai 2 049
pasangan dan akhir sekali daerah Kulim dengan jumlah seramai 1 031 pasangan.
Statistik ini menunjukkan kes penceraian ini semakin membimbangkan dari hari ke
hari.

5.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PENCERAIAN

Menurut Zaleha (1997), faktor-faktor berlakunya penceraian boleh


dibahagikan kepada dua kategori iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara
faktor dalaman yang menyebabkan penceraian adalah kurangnya pendedahan dan
pengetahuan mengenai ilmu perkahwinan dan juga didikan agama. Banyak
pasangan yang berkahwin hanya kerana mereka ingin berkahwin. Mereka tidak
pernah mempelajari ilmu perkahwinan bagi melahirkan perkahwinan yang bahagia.
Hal ini menyebabkan pasangan tersebut tidak mengetahui bagaimana untuk
mengendalikan konflik yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Didikan agama
juga sangat penting kerana menurut Nurhanisah dan Raihanah (2016), didikan
agama merupakan sebahagian elemen dalam penghayatan Islam yang berkait rapat
dengan konflik rumahtangga. Apabila keluarga tidak mempunyai pegangan agama
yang kuat maka musibah yang melanda rumahtangga seperti kecurangan akan
belaku. Menurut Mohd Rosdi (1993) dalam keadaan seperti ini, apabila wujud
permasalahan rumah tangga, masing-masing tidak menemui jalan keluar yang sihat
kecuali penceraian

Selain itu, menurut Ezaddin (1989) faktor penceraian dalam sesebuah


institusi keluargaan ialah tiada kesefahaman dalam sesuatu perkara. Masalah tidak
ada kesefahaman ini berlaku kerana kurangnya komunikasi antara pasangan.
Komunikasi adalah satu kemestian dalam perkahwinan. Komunikasi yang harmoni
menjadikan perkahwinan tersebut lebih bahagia dan saling memahami. Namun
begitu, komunikasi yang lemah boleh membuatkan pasangan tiada kesefahaman
dan salah sangka terhadap sesuatu isu yang menyebabkan perbalahan. Perbalahan
yang berpanjangan dan tidak terkawal akan mencetuskan perceraian

Antara faktor luaran yang menyebabkan berlakunya penceraian adalah


pengurusan dan masalah kewangan. Masalah kewangan selalunya menjadi isu
terbesar di dalam perkahwinan. Menurut Stewart (1997), beliau menyatakan bahawa
status ekonomi sosial yang kukuh dengan status kerjaya yang tinggi mampu
memberi kelegaan kepada pasangan terhadap ketegangan kewangan yang biasanya
berkait rapat dengan perceraian. Namun krisis kewangan yang berlaku terhadap
pasangan yang berkahwin ini menyebabkan pasangan ini hidup tidak selesa kerana
banyak keperluan yang mereka perlu tidak dapat ditunaikan oleh suami. Ia menjadi
lebih rumit apabila pasangan berbelanja melebihi dari pendapatan yang diperoleh.
Situasi ini akan menjadi lebih tidak terkawal apabila pasangan tersebut mempunyai
hutang yang banyak dan tidak dapat menampung hutang tersebut dengan
berhemah. Masalah kewangan yang runcing ini boleh mencetuskan konflik sehingga
mencetuskan perpisahan

Di samping itu, faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian adalah


disebabkan oleh emosi yang tidak dikawal dengan baik. Menurut Wan Anor dan
Risalshah (2014), cemburu yang tinggi juga boleh menyebabkan konflik dalam
rumah tangga. Perasaan cemburu yang berlebihan dalam pasangan menyebabkan
wujudnya konflik yang tidak berkesudahan di dalam rumahtangga. Antara sebab
berlakunya cemburu antara pasangan ialah pihak suami mahupun isteri tidak
menjaga batas pergaulan dengan orang sekeliling terutamanya yang berlainan
jantina. Apabila batas pergaulan tidak dijaga maka akan wujud perasaan cemburu
antara pasangan. Masalah ini akan menyebabkan suami isteri mula mencurigai
antara satu sama lain dan jika perkara ini berterusan maka akan timbul perasaan
keinginan untuk bercerai.
6.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCERAIAN

Perkahwinan ialah suatu perkara terhebat yang berlaku dalam hidup mereka.
Namun kebanyakan daripada mereka sebenarnya tidak faham dan tidak sedar
bahawa perkahwinan ialah suatu perkongsian yang paling sukar untuk dikendalikan.
Jika pasangan tersebut tidak memiliki ilmu pengetahuan yang cukup dan jelas,
mereka pasti akan menghadapi alam perkahwinan dengan begitu sukar. Namun, ada
juga pasangan yang dapat menjalani perkahwinan dengan penuh ketenangan dan
penuh bahagia. Oleh itu, terdapat beberapa langkah bagi mengatasi keretakkan dan
kesuraman dalam perkahwinan.

Antara langkah mengatasi masalah rumahtangga ialah jangan malu untuk


meminta maaf. Berselisih faham atau berbeza pendapat sudah menjadi lumrah
dalam perkahwinan. Setiap pasangan seharusnya memahami perkara ini iaitu tiada
pasangan yang sempurna, yang langsung tiada cacat cela. Cara dan pengurusan
masalah seperti ini yang membezakan setiap pasangan berbanding pasangan yang
lain. Suami ataupun isteri harus belajar cara berkomunikasi dengan berkesan dalam
menyatakan pendapat atau pandangan kepada pasangan. Jangan berebut-rebut
untuk bercakap pada masa yang sama. Biarkan salah seorang bercakap terlebih
dahulu dan berikan masa kepadanya untuk menerangkan kata-katanya. Jika salah
seorang melakukan kesalahan, jangan takut untuk mengaku dan bersikap jujurlah
dengannya serta jangan malu untuk meminta maaf kepadanya. Sepatutnya setiap
pasangan mesti sentiasa saling meminta maaf terutamanya ketika berlaku sebarang
konflik dalam rumah tangga. Belajar juga untuk saling memaafkan dan pupuklah
sikap percaya sepenuhnya kepada pasangan.

Selain itu, luangkanlah masa bersama-sama dengan pasangan. Di awal


perkahwinan pasti semua pasangan berasa bahagia dan gembira. Mereka pasti
meluangkan masa untuk bercuti atau melawat tempat-tempat menarik bersama-
sama. Namun, masa terus berlalu dan masing-masing semakin sibuk dengan urusan
harian selari dengan bertambahnya tanggungjawab untuk dipikul dalam keluarga
menyebabkan mereka mengabaikan pasangan mereka. Oleh itu, ambillah masa
untuk kembali bersama pasangan dan cuba seimbangkan dengan
keperluan pasangan dengan urusan harian. Jika ada masa terluang, ajaklah
pasangan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.

Akhir sekali, langkah untuk mengatasi masalah rumah tangga yang


melibatkan krisis kewangan ialah kongsi dan tangani masalah kewangan secara
bersama. Menurut Roslee (1999) antara mengatasi masalah konflik rumahtangga
ialah sikap kerjasama antara dua pihak yang berkonflik dan mencari alternatif
penyelesaian untuk kepentingan bersama dapat mengatasi masalah rumahtangga
yang dihadapi. Hal ini bermaksud pasangan suami dan isteri perlu bekerjasama dan
toleransi dalam mengatasi krisis kewangan ini. Sememangnya suami adalah
ketua keluarga yang wajib untuk menyara seisi keluarga. Namun, jika suami
mempunyai masalah kewangan, isteri hendaklah bersama membantu untuk
menyelesaikannya. Bantu meringankan beban dengan ikhtiar menjalankan
bisnes kecil-kecilan atau alternatif untuk kembali bekerja jika sudah tidak
bekerja. Tidak salah jika isteri membantu suami, atau sebaliknya. Bukannya
angkat kaki dan tinggalkannya sahaja.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, perceraian bukanlah satu amalan hidup bekeluarga di dalam


Islam malah Islam itu sendiri tidak menggalakkan berlakunya penceraian kerana
perceraian itu semestinya akan mendatangkan implikasi dan permasalahan yang
besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Perceraian juga bukanlah satu
penyelesaian yang betul dan tepat dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga
bahkan perceraian akan mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Setiap pasangan harus sedah bahawa perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang
mudah tetapi perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang besar yang harus
dipikul oleh setiap pasangan. Sesungguhnya Islam itu adalah satu agama yang
indah dan tiada yang indah selainnya. Islam juga menuntut umatnya untuk bersatu
dan bukannya untuk bercerai-berai. Oleh itu, sebagai seorang manusia biasa yang
inginkan sebuah keluarga yang kekal bahagia selamanya, kita
haruslah bersandarkan kepada agama sebagai petunjuk kepada kehidupan kita
supaya sebuah keluarga itu akan kekal dan bukanlah diakhiri dengan perceraian.
 

8.0 RUJUKAN

Abd Kadir, H. A. H., (2002). Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers.

Garis Panduan Bagi Prosedur Pentadbiran Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’.


(2012). Diakses melalui http://www.islam.gov.my/images/garis-
panduan/Garis-PanduanBagi-Prosedur-Pentadbiran-Perkahwinan-
Penceraian-dan-Ruju.pdf pada 24 September 2019.

Mohd Rosdi Yusof. (1993). Perkahwinan dan Kekeluargaan menurut perspektif


Islam. Medan Sumatera Utara: Penerbitan Insan Digjaya.

Stewart, A.J, Copelan, A.P., Chester, N.L., Malley, J.E & Barenbaum, N.B. (1997).
Separating Together: How Divorce Transforms Families. The Guilford Press.
New York London.

Wan Anor W.S & Risalshah L. (2014). Kaunseling Keluarga: Isu dan Cabaran.
Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga, Fakulti Psikologi Pendidikan,
Universiti Malaysia Sabah

Zaleha Kamaruddin. (1997). Isu-isu kekeluargaan dan undang-undang. Kuala


Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia
9.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Statistik nikah, cerai dan rujuk di negeri Kedah bagi Tahun 2015-2017

Anda mungkin juga menyukai