Anda di halaman 1dari 2

Soalan Temu Bual Separa Berstruktur

BMMB 3083
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISE GURU

Panduan:
1. Soalan-soalan temu bual ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan peranan guru
profesional, isu dan cabaran serta perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru.
2. Soalan ini direka bentuk mengikut strategi temu bual berstruktur berdasarkan teoritikal kajian.
Oleh yang demikian, soalan-soalan kajian mungkin berubah atau ditambah bergantung kepada
maklum balas informan yang ditemu bual.
3. Data yang diperoleh daripada informan adalah sulit. Segala kerahsiaan akan dilindungi
sebaiknya.
_______________________________________________________________________________

SOALAN TEMU BUAL (PIHAK PENTADBIR)


Fokus 1: Profesion & Profesionalisme
1. Apakah pandangan anda tentang profesion keguruan ?
2. Apakah ciri-ciri guru yang profesional?
3. Bagaimanakah seorang guru dapat mengekalkan prestasi sebagai guru yang profesional?
4. Adakah semua guru di sekolah ini boleh dikategorikan sebagai guru yang profesional?

Fokus 2: Etika Akauntabiliti dan Integriti Guru


1. Apakah pendapat anda mengenai akauntabiliti seorang guru?
2. Bagaimanakah anda memastikan supaya setiap guru mematuhi kod etika perguruan?
3. Berdasarkan pemerhatian anda, bagaimanakah hubungan guru-guru di sekolah ini dengan
rakan sejawatnya?
4. Mengapakah integriti penting bagi profesion keguruan?

Fokus 3: Peranan Guru Sekolah Rendah


1. Apakah pandangan anda tentang peranan guru sebagai seorang penyelidik?
2. Bagaimanakah guru dapat membentuk tingkah laku murid yang baik?

Fokus 4: Kepemimpinan Guru


1. Bagaimanakah corak kepimpinan yang digunakan oleh anda?
2. Apakah tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru?

SOALAN TEMU BUAL (GURU)


Fokus 1: Profesion & Profesionalisme
1. Mengapakah profesion keguruan menjadi pilihan anda?
2. Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah pandangan orang sekeliling terhadap profesion
keguruan?

Fokus 2: Etika Akauntabiliti dan Integriti Guru


1. Apakah pandangan anda terhadap tanggungjawab guru untuk mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid?
2. Bagaimanakah guru dapat menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan masyarakat
3. Mengapakah integriti penting dalam profesion keguruan?

Fokus 3: Peranan Guru Sekolah Rendah


1. Apakah cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang bergelar seorang guru?
2. Bagaimanakah anda menghadapi dan mengatasi masalah tersebut?
3. Apakah halangan yang dihadapi untuk menjadi seorang penyelidik dalam profesion keguruan?

Fokus 4: Kepemimpinan Guru


1. Pada pendapat cikgu, bagaimanakah corak kepemimpinan pihak pentadbir di sekolah ini?
2. Adakah anda setuju dengan kenyataan kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebolehan
guru besar?
3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam merealisasikan Program Transformasi
Sekolah 2025?
4. Bagaimanakah cikgu menghadapi cabaran tersebut?
5. Apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam mencapai Revolusi Industri 4.0
6. Bagaimanakah cikgu menghadapi cabaran tersebut?

Anda mungkin juga menyukai