Anda di halaman 1dari 45

KURSUS :

METODOLOGI TEKS FIQH (PPPK 5313)

TAJUK:
PERBEZAAN FASAKH & KHULUK

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. AMIR FAZLIM BIN JUSOH @ YUSOF
DISEDIAKAN OLEH:
NUR FARHANA BINTI ZOLKEFLI (P88681)
NURAIN AKMAL KHAIRUNNISA BINTI AMIR HAMZAH (P88684)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SENARAI KANDUNGAN

HALAMA
N

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

7.0
8.0
9.0
10.0
11.0
12.0
13.0
14.0
15.0
16.0

PENDAHULUAN
KONSEP FASAKH
DALIL PENGHARUSAN FASAKH
HIKMAH DIHARUSKAN FASAKH
PEMBAHAGIAN FASAKH
KEADAAN YANG MENGHARUSKAN FASAKH
6.1 Tidak Mendapat Nafkah
6.2 Wujudnya Kecacatan atau Aib
6.3 Wujudnya Penyakit
6.4 Ketiadaan Suami
6.5 Suami Berada di Penjara
6.6 Suami Melakukan Kezaliman Terhadap Isteri
6.7 Perkahwinan Semasa Kecil
IMPLIKASI FASAKH
PENGERTIAN KHULUK
DALIL KHULUK
HUKUM KHULUK
RUKUN KHULUK
KEDUDUKAN KHULUK DAN KETENTUAN KHULUK
HIKMAH KHULUK
PERBEZAAN DI ANTARA FASAKH DAN KHULUK
KESIMPULAN
RUJUKAN

3
4
5-9
10 - 11
11
12
12 - 14
14 - 15
16 - 17
17 - 18
18 20
20 - 21
21 - 22
22 - 23
23 24
24 - 25
25 - 26
27 - 28
29 - 31
31 - 32
32 - 36
36 - 37
37 - 38

1.0

PENDAHULUAN

Pembubaran perkahwinan merupakan satu fenomena yang normal


yang sering berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri pada masa
kini. Apabila berlakunya pembubaran perkahwinan, maka terpisahlah
sepasang suami isteri tersebut. Pembubaran perkahwinan ini boleh
berlaku dengan pelbagai cara, antaranya fasakh dan khuluk.
Fasakh

secara

pembatalan

akad

perkahwinan

antara

umumnya
atau

dapat

perbuatan

pasangan

suami

difahami

yang
dan

sebagai

melepaskan
isteri.

satu
ikatan

Punca-punca

berlakunya fasakh adalah kemungkinan adanya sebab-sebab tertentu


atau keadaan-keadaan tertentu, atau mungkin wujudnya kecacatan
dalam akad perkahwinan, manakala khuluk atau lebih dikenali sebagai
tebus talak dapat difahami secara umumnya dengan tindakan isteri
yang meminta cerai terhadap suami dengan memberi sesuatu imbalan
atau tebusan sebagai ganti.
Hukum bagi fasakh dan khuluk ini adalah harus yang mana
meskipun perceraian itu merupakan sesuatu perkara yang dibenci oleh
Allah, namun, Allah S.W.T. yang maha bijaksana telah menjadikan
fasakh dan khuluk sebagai salah satu cara dalam menyelesaikan
permasalahan rumah tangga yang dialami oleh pasangan suami isteri
yang sudah tidak menemui jalan perdamaian selain perceraian sebagai
langkah penyelesaian yang terakhir. Namun demikian, fasakh dan
khuluk yang dibenarkan adalah dengan menepati keharusan dan
syarat serta keadaan-keadaan yang telah diharuskan serta boleh
diterima

dalam

agama

Islam

dan

tidak

boleh

membatalkan

perkahwinan sewenang-wenangnya secara membuta tuli dan sesuka


hati.
Di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan tentang skop fasakh
dan khuluk secara lebih terperinci dan di bahagian akhirnya akan
dikupas perbezaan yang dapat dilihat antara fasakh dan khuluk.
2.0

KONSEP FASAKH

Secara asasnya, seseorang suami diberikan hak ekslusif untuk


menceraikan isteri melalui talak namun, agama Islam yang mulia yang
sering

mementingkan

menyediakan

jalan

kebajikan

terbaik

buat

umat
para

Islam
isteri

telah
atau

sedia

suami

ada
untuk

membubarkan perkahwinan sekiranya mengalami masalah dalam


perkahwinan mereka.
Salah satu cara yang boleh membubarkan perkahwinan yang
boleh dilakukan oleh isteri atau suami adalah dengan memohon fasakh
daripada pihak mahkamah. Meskipun suami boleh memohon fasakh,
namun suami mempunyai hak khusus iaitu boleh menceraikan isteri
dengan

melafazkan

talaq.

Oleh

yang

demikian,

jarang

sekali

permohonan fasakh dilakukan oleh suami dan kebiasaannya fasakh


akan dipohon oleh isteri.
Fasakh dari segi bahasa didefinisikan sebagai batal (naqada)
atau bubar (faraqqa) (Ibn Manzur 1994:45). Apabila perkataan fasakh
ini dinisbahkan kepada satu-satu ikatan pernikahan, ianya juga dikenali
sebagai

fasakh

al-nikah

yang

bererti

membatalkan

atau

membubarkan ikatan perkahwinan yang sedia ada antara suami


dengan isteri akibat daripada sebab-sebab atau keadaan-keadaan

tertentu yang menyebabkan sesuatu ikatan perkahwinan itu tidak


dapat dikekalkan (Sayyid Sabiq 1988:268).
Pengertian lain yang dapat diberikan berkenaan dengan fasakh
adalah, fasakh merupakan tindakan merombak atau memutuskan
ikatan pernikahan antara suami isteri yang dilakukan oleh kadi atau
hakim disebabkan keadaan-keadaan tertentu tanpa melalui ucapan
talak. Fasakh juga ditakrifkan sebagai membatalkan akad pernikahan
atau menyekat kelangsungan sesuatu akad perkahwinan daripada
terus kekal selama-lamanya (Mat Saad Abdul Rahman 2006:229).
3.0

DALIL PENGHARUSAN FASAKH

Mengenai pengharusan fasakh dalam perkahwinan, tidak ada ayat-ayat


Al-Quran yang menerangkan secara terperinci dan jelas berkenaan
dengan fasakh. Namun, secara teorinya, dapat difahami perintah
fasakh yang diturunkan melalui dalil-dalil dari ayat Al-Quran, surah alBaqarah, ayat 231 dan surah an-Nisa ayat 34 dan 35.













.....



Maksudnya: Dan apabila kamu menceraikan wanita-wanita (isteri-isteri
lalu mereka sampai masa iddah mereka, maka tahanlah mereka
dengan cara yang baik, atau ceraikan mereka dengan cara yang baik.
Dan janganlah kamu menahan mereka untuk menyakiti mereka kerana

kamu melanggar batas. Dan barang siapa yang berbuat demikian,


maka sungguh dia menzalimi diri sendiri (al-Baqarah 2:231).
Ayat di atas adalah berkaitan dengan keadaan suami gagal untuk
memberikan nafkah kepada isteri. Atas dasar tersebut, dengan
berpandukan kepada ayat ini, para jumhur ulama telah berpendapat
bahawa dalam keadaan ini, fasakh adalah diharuskan. Ayat ini juga
ingin menyampaikan bahawa dengan menahan kebebasan seseorang
wanita iaitu isteri, tanpa memberikannya nafkah merupakan sesuatu
perbuatan yang zalim yang boleh mendatangkan mudarat kepada isteri
tersebut dan sememangnya perkara seperti ini adalah dilarang oleh
agama. Oleh yang demikian, fasakh diharuskan untuk keadaan seperti
ini (Mat Saad Abdul Rahman 2006:232).

Seterusnya, ayat ini turut mempunyai kaitan dengan ayat 34 dan


35 surah an-Nisa iaitu;

()
Maksudnya: Lelaki (suami) itu adalah pelindung kepada perempuan
(isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke
atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki)
telah memberikan nafkah daripada hartanya. Maka perempuanperempuan yang solehah, adalah mereka yang taat kepada Allah dan
menjaga diri ketika suaminya tiada, kerana Allah telah menjaga
mereka. Perempuan-perempuan yang kamu bimbang akan nusyuz
hendaklah kamu berikan nasihat kepada mereka, tinggalkanlah
mereka di tempat tidur (pisah tempat tidur), dan jika perlu, pukullah
mereka. Tetapi, jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu
mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya, Allah
Maha Tinggi lagi Maha Besar (an-Nisa 4:34).
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah S.W.T telah memberi jalan
kepada para suami untuk bertindak untuk membaiki keadaan rumah
tangga sekiranya isteri telah melakukan sesuatu yang dilarang oleh
hukum syarak.
Menurut Ibn Kathir, ayat di atas menyatakan bahawa apabila
berlaku masalah dalam sesuatu hubungan di antara suami isteri, maka

tindakan

untuk

mengembalikan

perdamaian

dalam

hubungan

perkahwinan tersebut hendaklah diambil dengan segera. Jika masalah


yang wujud, berpunca daripada isteri yang melakukan nusyuz, maka
suami boleh mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya, iaitu
dengan menasihati isteri tersebut, kemudian meninggalkan tempat
tidur dan memukul dengan pukulan yang seadanya yang tidak
mendatangkan mudarat kepada isteri tersebut (Ibn Kathir T.th:386).
Ibn Kathir turut menyatakan bahawa ayat di atas adalah berkait
rapat dengan ayat 35, surah yang sama, yang mana, iaitu;







)












Maksudnya: Dan jika kamu bimbang terjadinya salah faham antara
kedua-duanya, maka kirimlah seorang orang tengah daripada keluarga
lelaki (suami) dan seorang orang tengah daripada keluarga perempuan
(isteri).

Jika

kedua-duanya

(orang

tengah)

bermaksud

untuk

mendamaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu.


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti (an-Nisa 4:35).
Ayat di atas menjelaskan bahawa sekiranya perselisihan berlaku
di antara kedua-dua belah pihak, iaitu suami dan isteri dan tidak boleh
menemukan jalan penyelesaian, maka perlulah kepada pelantikan
hakam yang bertujuan untuk mendamaikan pasangan suami isteri
tersebut (Ibn Kathir T.th:387).
Pendapat Ibn Kathir adalah sejajar dengan mazhab Maliki yang
mana, hakam adalah dilantik berdasarkan kuasa pemerintah atau

hakim. Dalam memutuskan sesuatu kes, hakim tidak perlu meminta


persetujuan daripada suami dan isteri yang bertikai. Oleh itu, sekiranya
sudah dilantik hakam, dan pada akhirnya gagal juga untuk menemukan
perdamaian dan penyelesaian, maka hakam berhak membuat perintah
untuk bercerai untuk pasangan suami isteri tersebut, meskipun tidak
mendapat persetujuan daripada pasangan suami isteri tersebut (AlDusuqi T.th:510).
Perkara ini turut disokong oleh Professor Hamka yang turut
menyatakan dalam bukunya yang berjudul Tafsir al-Azhar, yang mana
pelantikam

hakam

memberikan

kuasa

penuh

ke

atas

sesuatu

hubungan pasangan berkahwin yang mengalami masalah. Dengan kata


lain, sekiranya perceraian adalah jalan yang terbaik, maka perceraian
itu akan diterima juga sebagai salah satu jalan penyelesaian. Justeru,
dapat dikatakan di sini bahawa meskipun ayat-ayat di atas tidak
menyebut secara langsung berkaitan fasakh, namun ia boleh dijadikan
hujah bahawa ayat tersebut telah menyentuh secara tidak langsung
tentang keharusan pelaksanaan fasakh dalam urusan hal ehwal
perkahwinan umat Islam (HAMKA 1990:1204).
Walaubagaimanapun,

meskipun

ayat-ayat

Al-Quran

tidak

menerangkan secara jelas berkaitan dengan fasakh, namun, fasakh


jelas diterima sebagai salah satu cara untuk membubarkan sesuatu
ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri dan hukumnya sah di sisi
Islam. Hal ini juga adalah terpakai dengan bersandarkan kepada hadis
Rasulullah S.A.W yang berbunyi,


(Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan)

10

Menurut al-Suyuti dan Ibn Nujaym, hadis Rasulullah S.A.W di atas


menjelaskan

tentang larangan membawa mudarat atau melakukan

kemudaratan ke atas orang lain serta melarang daripada membiarkan


kemudaratan itu berlaku secara berterusan (Ibn Nujaym 1968:85-86).
Berdasarkan hadis di atas, Al-Suyuti telah menyatakan bahawa
satu kaedah fiqah dapat dihasilkan iaitu, kemudaratan hendaklah
dihilangkan.

Kaedah

pelaksanaan

fasakh

fiqah
dalam

ini

turut

urusan

memberi

perkahwinan

ruang

kepada

keluarga

Islam

sekiranya terdapat unsur-unsur yang mengandungi kemudaratan,


terhadap salah satu pihak, sama ada isteri atau suami. Oleh itu, demi
menyelamatkan diri dari terus diancam kemudaratan, maka fasakh
diharuskan (Al-Suyuti 1938:84-85).
Hal ini kerana, sekiranya terjadi sesuatu keadaan yang membawa
kemudaratan

atau

kesusahan

kepada

seseorang,

maka

perkara

tersebut hendaklah dibawa kepada hakim untuk diselesaikan. Dengan


kata lain, pihak yang menerima kesusahan dalam sesuatu ikatan
perkahwinan, boleh membuat aduan kepada pihak mahkamah, dan
hakim

akan

memutuskan

untuk

dipisahkan

antara

keduanya

(Nurhidayah Muhd Hashim 2006:12).


Menurut Syeikh Ali Hasb Allah, apabila seseorang isteri membuat
aduan

kepada

pihak

hakim

berkenaan

tindakan

suami

yang

mendatangkan kemudaratan kepada dirinya, maka dalam situasi ini,


Allah

S.W.T

telah

memberi

perintah

kepada

hakim

untuk

menyelesaikan masalah tersebut atas dasar kuasa wilayah am yang


dimiliki oleh seseorang hakim. Hal ini bermaksud, hakim berhak untuk
mengangkat darar yang dialami oleh isteri di dalam hubungan
perkahwinannya (Ali Hasb Allah 1968:119).

11

Dari segi amalan Rasulullah S.A.W berkaitan fasakh pula,


Rasulullah

S.A.W

pernah

memfasakhkan

seorang

wanita

yang

dikahwininya atas alasan wanita tersebut mempunyai aib, dan aib


tersebut

telah

dimaklumkan

wujud
kepada

sebelum
baginda

akad

dan

sebelum

aib

tersebut

perkahwinan

tidak

tersebut

(Nurhidayah Muhd Hashim 2006:12).


Berdasarkan dalil dan pendapat ulama-ulama di atas, jelas
menunjukkan bahawa meskipun fasakh tidak diperuntukkan secara
jelas di dalam Al-Quran, namun ia harus untuk diamalkan demi
kebaikan pihak-pihak yang memerlukan kepadanya.

12

4.0

HIKMAH DIHARUSKAN FASAKH

Di satu sisi yang lain, fasakh boleh mengecewakan hati salah seorang
di antara pasangan suami dan isteri, namun jika dilihat dari satu sisi
yang lain, fasakh dapat memberi kebaikan secara mutlak buat
pasangan suami isteri yang memilih fasakh sebagai jalan penyelesaian
terakhir dalam hubungan perkahwinan mereka. Hal ini kerana, untuk
memperolehi kejayaan dalam permohonan fasakh, adalah

tidak

semudah yang disangka. Permohonan fasakh serta prosedurnya


memerlukan masa yang agak lama sebelum mendapat keputusan
positif daripada hakim atau kadi.
Antara hikmah diperintahkan fasakh adalah untuk memelihara
jiwa salah seorang dari pasangan suami isteri, baik suami mahupun
isteri yang mungkin sudah terlalu lama menahan perasaan dan
mengalami tekanan dalam bergelar suami isteri sekali gus menghalang
daripada menikmati kebahagiaan hidup berumah tangga yang patut
dinikmati selayaknya (Mat Saad Abd Rahman 2006:230).
Selain itu, fasakh merupakan salah satu jalan keluar yang
diarahkan oleh Allah S.W.T yang menjadi alternatif kepada pihak suami
atau isteri dalam membuat pembubaran perkahwinan jika dirasakan
perlu terutamanya kepada pihak isteri apabila talak dan khuluk tidak
boleh dijadikan pilihan untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan
perkahwinan.
Di samping itu, fasakh turut dianggap sebagai imbangan
terhadap kuasa talak yang dimiliki oleh suami kerana dengan adanya
pilihan untuk memohon fasakh yang dilakukan oleh isteri, sedikit

13

sebanyak menampakkan imej Islam itu mementingkan keadilan buat


umatnya. Dengan kata lain, meskipun suami mendapat hak dan kuasa
ekslusif untuk melafazkan talak, isteri juga turut diberi pilihan
sekiranya ingin membubarkan perkahwinan sekiranya merasakan tidak
bahagia

atau

merasakan

ikatan

perkahwinan

yang

sedia

ada

memudaratkan kepada diri isteri tersebut iaitu dengan melakukan


fasakh atau khuluk (Mat Saad Abd Rahman 2006:230).

5.0

PEMBAHAGIAN FASAKH

Secara konsepnya, fasakh terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian


pertama, fasakh yang berlaku adalah dilakukan secara serta-merta
iaitu tanpa memerlukan kepada campur tangan hakim atau kadi.
Dalam bahagian pertama ini, fasakh yang berlaku adalah secara
automatik dan situasi ini kebiasaannya berlaku dalam keadaan seperti
pernikahan yang berlaku antara saudara susuan, perkahwinan dalam
kalangan adik-beradik, atau pernikahan yang berlaku yang mana
kedua-dua pihak suami isteri itu pada saat dinikahkan, dan kemudian
salah seorang daripada pihak-pihak tersebut murtad, maka ikatan
perkahwinan itu akan terbubar secara langsung (Nurhidayah Muhd
Hashim 2006:13).
Bahagian kedua ialah, fasakh yang berlaku secara tidak langsung
dan memerlukan kepada pengadilan dan keputusan daripada para
hakim atau kadi. Kebiasaannya, fasakh seperti ini berlaku dalam keskes

yang

tidak

begitu

jelas

yang

wujudnya

pertikaian

yang

14

memerlukan kepada pengetahuan hakim dan penyelesaian daripada


pihak Mahkamah (Nurhidayah Muhd Hashim 2006:14).
Tamsilannya, seorang isteri mendakwa bahawa suaminya telah
mendera dan menzalimi dirinya, maka untuk itu, si isteri perlu
membuktikan kepada pihak Mahkamah dan hakim atau kadi, bahawa
dakwaan isteri itu benar dengan mengemukakan bukti-bukti yang
boleh menyokong dakwaannya. Sekiranya benar, maka hakim akan
membuat

keputusan

untuk

memfasakhkan

ikatan

perkahwinan

tersebut.
6.0

KEADAAN YANG MENGHARUSKAN FASAKH

Terdapat beberapa sebab dan keadaan yang boleh diharuskan kepada


seseorang isteri atau suami untuk memfasakhkan ikatan perkahwinan.
Di bawah, akan dijelaskan sebab-sebab tersebut secara terperinci
bersama perbahasan mazhab.
6.1

Tidak Mendapat Nafkah

Kalimah nafkah merupakan kalimah yang

berasal daripada Bahasa

Arab dan dipakai dalam Bahasa Melayu. Nafkah didefinisikan sebagai


sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang dan seumpamanya
bagi melengkapkan kehidupan seharian (Muhammad Rawas Qalaah &
Hamid Sadiq Qanayli 1985:485).
Menurut jumhur fuqaha, tanggungjawab untuk memberi nafkah
adalah di bawah tanggungjawab suami. Hal ini kerana, suami
merupakan ketua keluarga dan perlu menjaga kebajikan isteri dan
anak-anaknya meskipun isterinya berasal daripada golongan kaya dan

15

mampu untuk menanggung diri sendiri (al-Dusuqi T.th:509). Mereka


berpegang kepada dalil di bawah,







Maksudnya : Dan bapa bertanggungjawab memberi nafkah dengan
cara yang baik
(al-Baqarah 2:233).
Menurut mazhab Syafie, sekiranya suami tidak memberi nafkah
kerana fakir, tetapi isteri masih bersabar dan tetap tinggal bersama
suami, maka semua jumlah nafkah yang tidak dijelaskan akan dikira
hutang yang mesti dilangsaikan oleh suami pada waktu lain di saat
suami telah berkemampuan. Namun demikian, sekiranya isteri sudah
tidak boleh bersabar dengan keadaan tersebut, maka isteri diberi
pilihan untuk memohon fasakh (al-Syirbini T.th: 442).
Dalam

situasi

lain,

sekiranya,

suami

berkemampuan

dan

mempunyai harta, tetapi enggan untuk memberi nafkah kepada isteri,


maka tuntutan isteri untuk memohon fasakh tidak akan diluluskan. Hal
ini kerana, jika jarak suami dan hartanya berdekatan dengan isteri,
maka hakim akan memerintahkan suami untuk memberi nafkah yang
sewajarnya. Namun, sekiranya harta suami berada dalam jarak yang
jauh, iaitu melebih 2 marhalah dengan jarak isteri, dan menyusahkan
isteri untuk mendapatkannya, maka isteri dibolehkan untuk memohon
fasakh (al-Syirbini T.th: 444).
Menurut mazhab Hanbali, jika seorang suami gagal memberi
nafkah kerana kemiskinannya, maka isteri diberi pilihan sama ada
untuk bersama-sama bersabar dengan suaminya dalam melalui
keadaan

tersebut

atau

menuntut

untuk

memfasakhkan

16

perkahwinannya. Walaubagaimanapun, sekiranya suami tidak memberi


nafkah tetapi suaminya itu seorang yang berkemampuan, maka isteri
dibenarkan untuk mengambil sedikit harta daripada harta suaminya
meskipun tanpa keizinan dari suami, dan sekiranya dengan cara ini,
isteri boleh menanggung kehidupannya, maka perkahwinan itu tidak
boleh difasakhkan (Nurhidayah Muhd Hashim 2006:29).
Bagi mazhab Maliki, walaupun isteri dibolehkan untuk menuntut
fasakh, namun kebenaran yang diberi adalah disertakan dengan syarat
yang ketat. Sekiranya isteri memberi alasan suami gagal untuk
memberi nafkah dan menjadikkannya sebab untuknya menuntut
fasakh, maka perkara lain yang akan dilihat sebelum meluluskan
alasan tersebut adalah dari segi pengetahuan isteri tentang kefakiran
suaminya sebelum berkahwin. Sekiranya, isteri sememangnya sudah
mengetahui suami fakir, maka alasan tersebut tidak akan diterima dan
hak

untuk

isteri

menuntut

fasakh

adalah

dianggap

terbatal

(Nurhidayah Muhd Hashim 2006:30).


Menurut mazhab Hanafi, fasakh tidak diharuskan atas sebab
ketidakmampuan suami untuk memberi nafkah tanpa mengira status
suami seorang yang miskin, fakir atau kaya. Hal ini kerana, pendekatan
yang diambil adalah, sekiranya, status suami adalah kaya, maka suami
akan diperintahkan untuk menjualkan hartanya untuk diberikan kepada
isteri, tetapi sekiranya suami berstatus miskin atau fakir, turut tidak
dibenarkan fasakh kerana secara rasionalnya sekiranya diluluskan
fasakh, maka akan menzalimi suami tersebut (Wahbah Zuhailiy
1989:512).
Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
(2003 pula, peruntukan yang dinyatakan dalam seksyen 53 adalah

17

tidak sama dengan apa yang dinyatakan oleh fuqaha, yang mana
seseorang isteri dibenarkan untuk menuntut fasakh sekiranya suami
tidak memberi nafkah zahir selama tiga bulan berturut-turut, manakala
bagi nafkah batin, suami atau isteri boleh menuntut fasakh sekiranya
salah seorang daripada pasangannya tidak melunaskan tanggungjawab
memberi nafkah batin selama setahun.
6.2

Wujudnya Kecacatan Atau Aib

Menurut Ibn Manzur, kalimah aib dari segi bahasa bermaksud sesuatu
tanda yang dimiliki yang boleh memalukan (Ibn Manzur 1994:123-125).
Aib juga dapat didefinisikan sebagai satu perkara yang menjijikkan
pada diri seseorang yang boleh menimbulkan rasa malu sekiranya
diketahui oleh orang ramai. (Kamus Dewan 2013:17).
Dari

aspek

ikatan

perkahwinan,

kebiasaan

aib

yang

dimaksudkan adalah aib yang melibatkan alat kelamin suami atau


isteri yang boleh menjadi asbab kepada kegagalan dalam mencapai
matlamat persetubuhan dalam perkahwinan.
Misalnya, bagi suami, alat kelamin yang dikategorikan sebagai
cacat adalah apabila zakar tidak dapat berfungsi sepenuhnya ketika
melakukan persetubuhan bersama isteri seperti situasi terjadinya zakar
terputus (al-jubb), zakar yang lemah untuk melakukan persetubuhan
kerana kecil (al-unnah), keadaan kedua-dua buah zakar dikasi (alkhisa), zakar sakit ketika bersetubuh, lemah disebabkan sudah tua
atau suami merupakan khunsa yang sempurna (Mat Saad Abd Rahman
2006:233).

18

Bagi pihak isteri pula, kecacatan alat kelaminnya ditafsirkan


dengan keadaan apabila faraj tersumbat sejak azali (al-ratq), wujud
sekatan seperti adanya ketumbuhan tulang atau daging (al-qaran),
wujud lendir yang boleh menyekat kenikmatan persetubuhan bersama
suami (al-afal) wujud bau busuk ketika berjimak (bakhr al-faraj),
bercantum qubul dan dubur atau bercantum laluan kencing dan mani
(alifda) (Mat Saad Abd Rahman 2006:233).
Dalam perbahasan mazhab, secara umumnya, keempat-empat
mazhab Sunni hanya menerima dua alasan sahaja yang boleh
dikategorikan dalam aspek kecacatan iaitu zakar yang terputus atau
zakar yang lemah. Bagi mazhab Syafie pula, terdapat tujuh jenis alasan
yang boleh diterima sebagai keadaan kecacatan yang dimaksudkan,
iaitu keadaan zakar terputus, keadaan zakar lemah, gila, kusta dan
balar, keadaan faraj tersumbat dan keadaan faraj yang mengalami
ketumbuhan (Mat Saad Abd Rahman 2006:235).
Namun, perbezaan dapat dilihat menurut peruntukan yang
diperuntukkan dalam seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam Selangor (2003), yang mana hanya mati pucuk sahaja yang
dianggap sebagai contoh kecacatan kelamin yang mengharuskan
seseorang isteri untuk memohon fasakh tetapi dengan syarat isteri
masih lagi tidak mengetahui keadaan mati pucuk yang dialami oleh
suami selepas berkahwin. Jika isteri sudah mengetahuinya sebelum
perkahwinan dilangsungkan, maka hak untuk menuntut fasakh yang
dimiliki oleh isteri digugurkan.

19

6.3

Wujudnya Penyakit

Para fuqaha telah menggariskan beberapa jenis penyakit yang


membolehkan seseorang isteri atau suami menuntut fasakh. Penyakitpenyakit yang dibolehkan untuk seseorang isteri atau suami menuntut
fasakh adalah mesti dari jenis penyakit yang boleh berjangkit atau
yang boleh menjatuhkan maruah seseorang seperti sopak dan kusta,
buasir, dubur bernanah, hilang daya kawalan untuk membuang air kecil
dan besar dan gila. Bagi penyakit gila, gila yang dimaksudkan adalah
semua jenis gila, sama ada gila selamanya atau gila secara berkala
(Mat Saad Abd Rahman 2006:234).
Menurut Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia, penyakit AIDS
dan HIV telah difatwakan sebagai salah satu jenis penyakit yang boleh
berjangkit yang turut boleh membuatkan seseorang pihak isteri atau
suami untuk memohon fasakh sekiranya salah seorang daripada
pasangan disahkan menghidap penyakit tersebut (Muzakarah Fatwa
Kebangsaan 23 Mac 1995).
Melalui perspektif yang dikemukakan oleh Dr. Wahbah Zuhailiy,
fasakh diharuskan bagi mana-mana pasangan sekiranya salah seorang
daripada pasangan mereka mengalamii penyakit-penyakit tersebut,
kerana tujuan diharuskan fasakh adalah untuk menjaga maruah di
samping
dijangkiti

memelihara
penyakit

kesihatan
berbahaya

dan
sekali

keselamatan
gus

diri

mencapai

daripada
matlamat

perkahwinan (Al- Zuhailiy 1989:514).


Menurut seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Selangor (2003), hanya tiga jenis penyakit sahaja yang dinyatakan
yang mengharuskan seseorang suami atau isteri untuk memohon

20

fasakh, iaitu gila selama tempoh dua tahun, menghidap penyakit kusta,
vitiligo atau mengalami penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
Terdapat dua pandangan dari kalangan para fuqaha tentang
keharusan untuk memohon fasakh akibat adanya penyakit ini. Bagi
mazhab Hanafi, keharusan untuk memohon fasakh hanya dimiliki oleh
isteri, tetapi tidak bagi suami kerana suami mempunyai kuasa talak
(Mat Saad Abd Rahman 2006:235).
Berlainan pula dengan mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali yang
menyatakan bahawa hak untuk menuntut fasakh adalah diharuskan
bagi kedua-dua pihak sama ada suami atau isteri (Mat Saad Abd
Rahman 2006:235).
6.4

Ketiadaan Suami

Ketiadaan suami akibat suami ghaib atau suami menghilangkan diri


mendatangkan beberapa pandangan daripada fuqaha mazhab kepada
isteri sama ada boleh diharuskan untuk memohon fasakh atau
sebaliknya.
Ghaib dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak boleh
dilihat oleh mata dan hati. Ghaib juga bermaksud sesuatu perkara yang
tidak diketahui di mana keberadaannya (Ibn Manzur 1993:147).
Menurut
keberadaannya

mazhab
selama

Hanbali,
enam

jika

bulan

dan

suami
lebih,

tidak
dan

diketahui
situasi

ini

menyebabkan kemudaratan kepada isteri atau dikhuatiri isteri oleh


melakukan zina, maka diharuskan kepada pihak isteri untuk memohon

21

fasakh meskipun sekiranya dalam tempoh ketiadaan suami itu, isteri


masih lagi mendapat nafkah (Mat Saad Abd Rahman 2006:236).
Bagi mazhab Maliki, isteri diharuskan untuk memohon fasakh
sekiranya suami hilang atau ghaib. Namun pada asasnya, permohonan
fasakh tidak akan diluluskan kecuali selepas berlalunya satu tempoh
menunggu kepulangan suami tersebut. Selepas isteri membuat aduan
tentang kehilangan suaminya, maka hakim perlu membuat siasatan
untuk mencari keberadaan suami. Jika selepas siasatan dilakukan, dan
keberadaan

suami

masih

gagal

dikesan,

maka

hakim

akan

mengarahkan isteri agar menunggu kepulangan suami selama empat


tahun lagi. Setelah berlalunya tempoh empat tahun tersebut, barulah
sesuatu permohonan fasakh akan diluluskan, dan isteri hendaklah
menjalani tempoh iddah selama empat bulan sepuluh hari, iaitu sama
seperti tempoh iddah isteri yang kematian suami (Imam Malik
1993:507).
Bagi mazhab Syafie dan Hanafi, kedua-duanya berpendapat
bahawa alasan ini tidak boleh meluluskan sesuatu permohonan fasakh.
Hal

ini

kerana,

perkahwinan

tidak

mereka
boleh

berpendapat
dibubarkan

bahawa
hanya

sesuatu

kerana

ikatan

disebabkan

ketiadaan suami sama ada tempoh masa nya pendek atau panjang
kerana

berkaitan

dengan

hak

persetubuhan,

yang

mana

hak

persetubuhan merupakan hak secara berterusan yang dimiliki oleh


suami, manakala bagi isteri, hak persetubuhannya hanyalah sekali
sahaja (Mat Saad Abd Rahman 2006:236).
Dalam peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Selangor
(2003), seksyen 53 menyatakan bahawa suami atau isteri layak untuk

22

memohon fasakh sekiranya salah seorang dari mereka telah ghaib


dalam tempoh yang melebihi satu tahun.
6.5

Suami Berada di Penjara

Seseorang boleh dipenjara atas beberapa sebab seperti ditahan


semasa peperangan berlaku, dipaksa menjadi tahanan perang atau
dipenjara kerana melakukan sesuatu kesalahan. Sekiranya situasi ini
berlaku, emosi isteri dan anak-anak mungkin akan terganggu dan
kemungkinan pengabaian akan berlaku terhadap kebajikan mereka
sekeluarga.
Oleh yang demikian, dalam situasi ini, para fuqaha telah
mengemukakan dua pendapat sama ada isteri boleh memohon fasakh
atau tidak. Bagi mazhab Maliki, isteri yang ditinggalkan akibat suami
yang dipenjarakan mempunyai hak untuk menuntut fasakh daripada
mahkamah. Dalam hal ini, kedudukan isteri disamakan dengan
keadaan apabila suami hilang atau ghaib yang mana isteri turut
dibenarkan untuk memohon fasakh kerana dikhuatiri dengan keadaan
tersebut, isteri tidak mendapat nafkah atau khuatir isteri akan
melakukan zina (Mat Saad Abd Rahman 2006: 237).
Bagi mazhab Hanbali, isteri dibenarkan untuk memohon fasakh,
namun

sewajarnya

sehinggalah

isteri

suaminya

hendaklah

habis

menunggu

menjalani

hukuman

dengan
penjara,

sabar
dan

sekiranya ada nafkah yang tertinggal untuknya, misalnya, suami


mempunyai tanah, maka boleh dijualkan tanah tersebut dan duit jualan
tanah boleh digunakan sebagai nafkah untuk menyara kehidupan isteri
sepanjang suami dipenjarakan (Ibn Qudamah 1989:363-364).

23

Hal ini agak kontra dengan pendapat yang dikemukakan oleh


mazhab Syafie dan Hanafi, yang mana kedua-dua mazhab ini tidak
membenarkan isteri untuk memohon fasakh apabila suami berada di
penjara. Situasi ini disamakan dengan suami hilang yang mana isteri
tidak berhak untuk menuntut fasakh dengan menggunakan alasan
tersebut. Rasionalnya, kedua-dua mazhab ini berpendapat sedemikian
kerana menyatakan bahawa hak persetubuhan adalah milik suami dan
bukan milik isteri, malah hak isteri untuk bersetubuh adalah sekali
dalam perkahwinan dan dianggap telah memadai sekiranya telah
disetubuhi selepas berlangsungnya akad perkahwinan (Mat Saad Abd
Rahman 2006:237).
Oleh itu, menurut kedua-dua mazhab tersebut, isteri perlu
menunggu dengan sabar sehingga suami selesai menjalani hukuman
penjara dan menanti sehingga suami pulang ke pangkuan isteri
semula.
Menurut

peruntukan

Enakmen

Undang-Undang

Keluarga

Selangor (2003), seksyen 53 menyatakan bahawa suami atau isteri


layak untuk memohon fasakh sekiranya salah seorang dari mereka
telah disahkan oleh hakim untuk menjalani hukuman selama tiga tahun
atau lebih. Hal ini adalah untuk memelihara diri pasangan supaya tidak
ditimpa darurat dan sekali gus memastikan kebajikan hidup terjamin
terutamanya buat isteri dan anak-anak.
6.6
Lazimnya,

Suami Melakukan Kezaliman Terhadap Isteri


apabila

berlaku

situasi

pergaduhan

yang

serius,

kebarangkalian suami untuk melakukan penganiayaan kepada isteri


adalah amat besar. Kadangkala tindakan penganiayaan suami tersebut

24

mendatangkan kemudaratan kepada isteri sama ada melalui kata-kata


atau perbuatan.
Misalnya, suami mendera isteri dengan menuturkan kata-kata
yang boleh memberi kesan kepada emosi isteri atau melakukan
perbuatan seperti memukul sehingga boleh mencederakan isteri,
memaksa isteri untuk melakuka perbuatan yang haram di sisi syarak
dan enggan menyetubuhi isteri tanpa sebab yang mengharuskannya.
Menurut

pandangan

daripada

mazhab

Hanafi,

Syafie

dan

Hanbali, isteri tidak boleh menuntut fasakh dengan alasan yang


berkaitan seperti situasi di atas kerana dinyatakan bahawa sekiranya
berlaku keadaan seperti situasi di atas, isteri boleh mengambil inisiatif
untuk membuat aduan kepada kadi atau hakim dan hakim boleh
memutuskan untuk menjatuhkan hukuman terhadap suami atas
tindakannya terhadap isteri (Mat Saad Abd Rahman 2006:239).
Namun demikian, fuqaha daripada mazhab Maliki berpendapat
yang sebaliknya yang mana isteri dibenarkan untuk menuntut fasakh.
Sekiranya apa yang diadukan itu benar dan hakikatnya mendatangkan
kemudaratan terhadap dirinya, maka permohonan fasakh isteri akan
diluluskan (Wahbah Zuhailiy 1989:529).
Hal ini adalah sama seperti yang telah diperuntukkan oleh
seksyen 53 dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Selangor (2003) yang mana, seksyen tersebut menyatakan bahawa
isteri berhak untuk menuntut fasakh sekiranya suami lazim menyakiti
isteri sehingga menyebabkan isteri menderita disebabkan tingkah laku
dan perbuatan yang dilakukan oleh suami, suami berkawan dengan
perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut

25

penilaian dari sudut hukum syarak, suami memaksa isteri untuk hidup
secara lucah, suami menghilangkan hak atau melarang isteri daripada
menggunakan harta yang dimiliki di sisi undang-undang dan suami
tidak melayan isteri dengan adil dan saksama sekiranya suami
berpoligami. Seksyen ini juga turut menyatakan bahawa penganiayaan
terhadap isteri turut berlaku sekiranya suami enggan menyetubuhi
isteri selama lebih empat bulan tanpa sebab yang sewajarnya suami
bertindak sedemikian.
Menurut enakmen ini juga, suami dibenarkan untuk membuat
permohonan fasakh sekiranya isteri lazim menyakiti suami sehingga
menyebabkan suami menderita atas tingkah laku dan perbuatannya,
isteri berkawan dengan lelaki jahat dan hidup berperangai keji
mengikut penilaian dari sudut hukum syarak dan melupuskan hak
suami atau melarang suami daripada menggunakan harta yang dimiliki
di sisi undang-undang.
6.7

Perkahwinan Semasa Kecil

Fuqaha dari keempat-empat mazhab Sunni telah mengharuskan


perkahwinan bagi kanak-kanak iaitu semasa kecil dan belum mencapai
tahap baligh menerusi izin wali kanak-kanak tersebut tanpa meminta
persetujuan kanak-kanak perempuan yang akan dikahwinkan tersebut
(Mat Saad Abd Rahman 2006: 238).
Atas sebab demikian, kanak-kanak perempuan yang telah
dikahwinkan oleh walinya semasa kecil iaitu sebelum mencapai
peringkat baligh diberi pilihan untuk mengekalkan ikatan perkahwinan
tersebut atau memfasakhkan perkahwinan tersebut setelah mencapai
usia baligh.

26

Dalam situasi ini, kanak-kanak perempuan yang telah mencapai


usia baligh tersebut yang ingin memfasakhkan perkahwinannya boleh
membuat permohonan kepada hakim dan menyatakan bahawa dia
telah

berkahwin

dengan

lelaki

yang

tidak

disukainya

melalui

pengurusan wali dan semasa usia masih kecil. Sekiranya, perempuan


tersebut masih mendiamkan diri terhadap ikatan perkahwinannya,
meskipun telah mencapai usia baligh, maka ikatan perkahwinan itu
tidak boleh dibubarkan kerana dianggap hak khiyar sudah tamat dan
seolah-olah perempuan itu redha dengan perkahwinan tersebut (Mat
Saad Abd Rahman 200:238).
Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor
(2003), seksyen 53 memperuntukkan meskipun mendapat keizinan
isteri diperolehi untuk berkahwin, namun hak isteri untuk memohon
fasakh tetap ada sekiranya, sewaktu diberi keizinan itu, isteri berada
dalam keadaan yang terpaksa, khilaf, ketidaksempurnaan akal, belum
baligh dan apa-apa keadaan yang difikirkan logik menurut hukum
syarak.

7.0

IMPLIKASI FASAKH

Setelah sesebuah perkahwinan terbubar, maka bekas isteri hendaklah


menjalani

iddah seperti

iddah perempuan-perempuan lain yang

diceraikan kecuali jika fasakh perkahwinan itu berlaku sebelum bekas


isteri tersebut disetubuhi, maka bekas isteri tersebut tidak akan
beriddah.

27

Bekas isteri juga layak mendapat hak tempat tingal tanpa nafkah
yang lain semasa menjalani iddah seperti perempuan-perempuan lain
yang diceraikan secara talak bain. Suami juga tidak mempunyai hak
untuk merujuk bekas isteri dalam tempoh iddah yang dijalani oleh
isteri. Sekiranya, suami ingin kembali bersama bekas isteri, maka
suami perlu berakad nikah sekali lagi disertakan mas kahwin yang baru
(Mat Saad Abd Rahman 2006:240).

8.0

PENGERTIAN KHULUK

Asal perkataan Khuluk adalah dari kata

khuluk al-stawb

yang

membawa maksud melepaskan atau menggantikan pakaian dari badan


yang dipakai (A. Rahman 1 Doi, 2002 : 251).
Tambahan, suami isteri diibaratkan sebagai pakaian. Si isteri
merupakan pakaian bagi si suami, manakala suami ibarat pakaian
kepada si isteri. Khuluk juga dinamakan sebagai tebusan kerana si
isteri akan menebuskan dirinya dengan mengambalikan apa yang
diterima

oleh si isteri

(mahar) (Kamal

Mutchar,

1974 :

181).

Disebabkan itu, kalimah khuluk digunakan bagi menunjukkan si isteri


yang telah meminta kepada suaminya untuk melepaskan dirinya
dengan memisahkan ikatan pernikahan.
Menurut pengertian syara, ulama fikah telah mendefinisikannya
sebagai perpisahan atau penceraian di antara suami dan isteri dengan
keredhaan

dari

kedua-duanya

dan

terdapat

pembayaran

yang

diserahkan oleh isteri kepada suami (Soetojo Prawirohamidjojo dan


Marthalena Pohan, 1996 : 33-34).

28

Selain itu, khuluk juga membawa maksud penyerahan harta yang


dilakukan oleh si isteri kepada suami bagi menbus semula dirinya dari
ikatan suaminya (Muhamad Jawad Mughniyah, 1423H : 456). Dari sudut
lain, khuluk juga boleh dikatakan sebagai talak tebus kerana ia berlaku
di atas persetujuan si isteri dan suami dengan wujudnya penebusan
harta atau wang yang perlu diberikan kepada si suami (Soemiyati,
1986 : 110-111).
Khuluk terjadi apabila si isteri telah memohon kepada suami
untuk menceraikannya. Walaupun si isteri telah memulakan perpisahan
terlebih dahulu, akan tetapi kuasa penceraian atau talak tetap
dipegang oleh si suami.

9.0

DALIL KHULUK

Permasalahan yang terdapat dalam mana-mana bidang dalam Islam


pasti akan ada dalilnya sama ada dari al-Quran, hadis mahupun ijmak.
Begitu juga dengan penceraian jenis khuluk ini. Terdapat dalil yang
khusus menunjukkan perbuatan khuluk ini dibenarkan di dalam
munakahat Islam. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 229:

















Maksudnya: Talaq (yang boleh diruju kembali) hanya dua kali.
Sesudah itu peganglah (ruju) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang
baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah

29

kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika
keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum
Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa
tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk
menebus dirinya.
Melalui dalil tersebut, jelas bahawa khuluk itu merupakan salah
satu daripada hukum Islam. Ayat tersebut juga menjelaskan cara untuk
melakukan khuluk. Jika wujud rasa takut untuk menjatuhkan talak di
antara pasangan suami isteri, Allah telah membenarkan penebusan
talak yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk menebus dirinya. Melalui
ayat tersebut juga, dapat difahami bahawa khuluk ini juga sebahagian
daripada penceraian dan merupakan jalan bagi seorang isteri untuk
melepaskan diri dari suaminya..

10.0 HUKUM KHULUK


Ulama fekah telah menyusunkan mengenai hukum khuluk. Terdapat
beberapa pendapat yang berbeza dalam menentukan hukum khuluk
ini. Kesemuanya mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara
pendapat mereka adalah:
1.

Mubah (dibolehkan)
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, khuluk dibolehkan jika si isteri telah
membenci suaminya dan takut tidak dapat menunaikan hak ke atas
suaminya. Perkara ini dibolehkan jika kedua-dua pasangan bersetuju
untuk berpisah atau salah satu dari keduanya atas alasan tidak mampu
menunaikan hak-hak suami isteri yang telah digariskan oleh Allah SWT.

30

Perkara ini berlaku apabila wujudnya ketidakselesaan dalam rumah


tangga seperti si isteri membenci perilaku suami dari sudut akhlaknya
dan fizikalnya. Menurut beliau lagi, khuluk dibolehkan bagi mengelak
berlakunya bainunah al-Kubra (talak tiga) (Al-Asqalani, 1997: 318).
Antara ulama lain yang berpegang pada hukum mubah ini adalah
Sheikh al-Bassam. Menurut beliau, khuluk dibolehkan bagi wanita
apabila timbulnya sifat benci dalam jiwa si isteri terhadap suaminya
dan

beliau

khuatir

akan

melakukan

dosa

apabila

tidak

dapat

menunaikan hak terhadap suaminya. Akan tetapi, jika si suami masih


mencintai isterinya, maka si isteri disarankan agar dapat bersabar dan
tidak memilih untuk bercerai (Al-Bassam, 1423H: 469).

2.

Haram

Terdapat ulama yang meletakkan khuluk sebagai perkara yang haram.


Menurut Sayyid Sabiq, beliau telah membahagikan haramnya khuluk
kepada dua keadaan iaitu:
a. Keadaan suami
Apabila suami telah memberi kemudharatan kepada isterinya seperti
tidak berkomunikasi dengan isterinya atau tidak mahu memberi hak
kepada isterinya dengan sengaja supaya isterinya bertindak untuk
memohon khuluk dan si suami berniat untuk menebus wang dari
isterinya, maka khuluk adalah diharamkan dan si suami tiada hak
untuk meminta wang tebusan tersebut. Kecuali jika si isteri telah
berzina dengan lelaki lain, maka suami berhak bertindak sedemikian
(Sayyid Sabiq 1997: 343).

31

b. Keadaan isteri
Isteri yang memohon khuluk juga haram apabila isteri tersebut
memohon dalam keadaan rumah tangganya tidak berlaku pergolakan
atau dalam keadaan baik. Berdasarkan sabda Baginda SAW yang
mafhumnya, Semua wanita yang meminta cerai (khuluk) kepada
suami tanpa ada alasan maka haram baginya bau syurga. (Abu Daud:
342).
3.

Sunat

Khuluk boleh menjadi sunat apabila si suami tidak melaksanakan hakhak Allah. Sebagai contoh si suami tidak melakukan solat fardhu, puasa
Ramadhan atau sebagainya. Khuluk disunatkan lagi apabila si suami
telah melakukan dosa besar seperti berzina dan sebagainya. Hukum
sunat ini merupakan pegangan dari fahaman mazhab Hanbali.

4.

Wajib

Khuluk juga boleh berubah kepada wajib pada sesetengah keadaan.


Antara keadaan yang menjadikan khuluk ini jatuh kepada hukum wajib
apabila si suami bertindak untuk mengajak isterinya keluar dari Islam.
Dalam keadaan ini si isteri wajib meminta khuluk dari suaminya
walaupun terpaksa menyerahkan harta. Hal ini kerana, seseorang
wanita yang beragama Islam tidak sepatutnya menjadi isteri kepada
suami yang melakukan perbuatan kufur (Ibn Kathir, 1997: 346).

32

11.0 RUKUN KHULUK


Terdapat beberapa syarat dan rukun untuk berlakunya khuluk ini.
Antaranya adalah:
1.

Al-Mukhala (Suami)
Para ulama sepakat bahawa orang yang menjatuhkan khuluk adalah si
suami. Hanya suami sahaja yang mempunyai hak untuk menjatuhkan
talak. Syarat bagi suami untuk melakukan khuluk adalah suami
tersebut mesti seorang yang baligh, berakal, dan mampu membuat
pilihan atau tidak dipaksa. Maka tidak sah khuluk dan talak yang
dilafazkan oleh seorang kanak-kanak, orang gila, dan orang yang
dipaksa. Bagi suami yang tidak dapat menguruskan hartanya dengan
baik, khuluk tetap sah.

2.

Al-Mukthaliah (Isteri)
Bagi seorang isteri yang memohon untuk khuluk, terdapat beberapa
syarat yang membuatkan khuluk dikira sah. Antaranya adalah isteri
tersebut mestilah seorang isteri yang sah secara syarak. Hal ini kerana
khuluk bertujuan untuk memisahkan pernikahan. Jika pernikahan yang
tidak sah, maka si isteri tiada hak untuk memohon khuluk. Isteri
tersebut mesti seorang yang baligh, berakal dan boleh dipercayai.
3.

Iwadh (Wang)

Iwadh bermaksud sejumlah wang perlu diberikan oleh isteri kepada


suami sebagai ganti bagi mahar yang pernah diberikan oleh suami

33

kepada isteri sewaktu pernikahan dahulu. Terdapat beberapa pendapat


yang berbeza dalam menentukan iwadh. Terdapat pendapat yang
mengatakan khuluk akan sah jika tiada iwadh. Ini adalah merupakan
pegangan bagi mazhab Hanafi dan Maliki. Mereka beralasan bahawa,
khuluk tetap akan sah dan berlaku walaupun tanpa iwadh seperti talak
yang tidak memerlukan iwadh untuk sah.
Bagi pendapat yang mewajibkan iwadh adalah mazhab Syafie.
Mereka berpegang kepada wajib membayar wang kepada suami
kerana Rasulullah SAW pernah melakukanya ketika mengadili kes yang
berlaku ke atas Thabit bin Qais. Yang mana pada waktu itu, isterinya
meminta Thabit bin Qais untuk menceraikannya, Rasulullah telah
mengarahkan isteri Thabit bin Qais mengembalikan semula kebun
kepada Thabit bin Qais. Pendapat ini juga menyatakan bahawa iwadh
mestilah sebanding dengan mahar atau lebih dari itu (Abdul Rahman,
2008: 274-275).
4.

Sighah (Ucapan)

Sighah khuluk membawa maksud kata-kata yang diucapkan sehingga


terjadi akad khuluk. Sighah ini merangkumi dua perkara iaitu ijab dan
qabul. Seluruh mazhab sepakat bahawa pengucapan khuluk adalah
salah satu dari rukun khuluk. Antara syarat bagi sighah khuluk adalah
lafaz tersebut mestilah jelas, bersangkutan dengan talak, khuluk atau
sah juga jika dilafazkan secara kinayah. Selain itu, sighah juga sah jika
di dalam bahasa isyarat bagi pasangan yang bisu asalkan ia mudah
difahami (Muhammad Jawad Mugniyah: 462-463).

34

12.0 KEDUDUKAN KHULUK DAN KETENTUAN KHULUK


12.1 Kedudukan Khuluk
Islam telah menetapkan bahawa khuluk ini adalah merupakan jalan
terakhir

yang

seumpama

dengan

talak

jika

tidak

ada

jalan

penyelesaian yang lain bagi membaik pulih hubungan di antara suami


dan isteri. Wujud persoalan mengenai status khuluk sama ada ianya
talak atau fasakh. Dalam menentukan masalah ini, terdapat beberapa
pendapat ulama dalam menjawab persoalan tersebut. Antaranya
(Kamal Mucthar, 2006:176):
1.

Pendapat pertama

Pendapat pertama ini adalah merupakan pendapat bagi jumhur ulama.


Ulama sepakat meletakkan khuluk di bawah talak bain. Hal ini kerana
jika suami dapat merujuk semula isterinya yang masih berada dalam
iddah, maka penebusan itu sudah tidak sah lagi.
2.

Pendapat kedua

Imam Abu Hanifah telah menyamakan khuluk ini dengan talak dan
fasakh sehingga menjadi talak raji.
3.

Pendapat ketiga

Pendapat ini merupakan pendapat bagi iman Syafie yang beliau telah
meletakkan khuluk adalah di bawah fasakh. Pendapat ini juga dipegang
oleh imam Ahmad dan Abu Daud.

35

Selain itu, khuluk yang tidak menggunakan kata-kata talak maka


si suami tidak dapat kembali semula kepada isterinya, jika khuluk
tersebut menggunakan lafaz talak, maka si suami masih boleh merujuk
isterinya. Alasan yang membuat Fuqaha tidak menganggap khuluk
sebagai fasakh adalah kerana fasakh adalah kerana fasakh menjadikan
suami pihak yang kuat untuk memutuskan ikatan pernikahan yang
adakalanya tanpa kehendak suami untuk melakukan fasakh. Manakala
khuluk pula berasal dari kehendak si suami untuk melakukannya (Ibn
Kathir: 458).
Selain

itu,

bagi

ulama

fuqaha

yang

menganggap

khuluk

bukannya talak adalah kerana Firman Allah dalam surah al-Baqarah


ayat 290 yang bermaksud, Jika kamu khuatir bahawa keduanya
(suami dan isteri) tidak dapat menjalankan hukum Allah, maka tidak
ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan isteri untuk
menebus dirinya. Menurut ayat tersebut, jelas bahawa khuluk
bukanlah talak kerana jika si isteri yang menebus dirinya dan
diceraikan oleh suaminya, maka beliau berkuasa penuh ke atas dirinya
dan suaminya tidak mempunyai hak untuk merujuknya kecuali jika si
isteri yang sanggup berbuat demikian. Tambahan lagi, mereka
mengatakan khuluk tidak menambah jumlah talak, akan tetapi akad
nikah dan mahar yang baru hendaklah diberikan semula kepada si
isteri.
12.2 Ketentuan khuluk
Berdasarkan

kitab

karangan

Muhammad

Baqir,

beliau

telah

mengemukakan beberapa ketentuan khusus yang berkaitan dengan


khuluk (Muhammad Baqir, 2008:219-220).

36

Khuluk selalunya terjadi apabila seorang isteri telah memohon


untuk berpisah dengan suaminya kerana jiwa si isteri tersebut telah
tidak lagi dimiliki oleh si suami. Si isteri boleh mengajukan tuntutan
cerainya di hadapan hakim tanpa perlu membayar wang tebusan
sepanjang pengadilan yang dilakukan oleh hakim tersebut.
Pada dasarnya, khuluk ini terjadi apabila kedua-dua pasangan
bersetuju

untuk

berpisah

dengan

membuat

perjanjian

dengan

penyerahan tertentu seperti wang. Akan tetapi, jika si suami enggan


untuk menerima wang dan tidak mahu untuk melepaskan isterinya,
maka hakim akan cuba mengadilinya dan jika terpaksa bercerai, maka
si suami disarankan untuk menerima wang yang merupakan tebusan
tersebut untuk menceraikan isterinya.
Khuluk dapat dilakukan sama ada ketika isteri dalam keadaan
haid atau suci. Hal ini demikian kerana perkara ini langsung tidak
digariskan di dalam al-Quran dan juga hadis. Selain itu, khuluk ini
merupakan tuntutan atau permohonan cerai oleh si isteri daripada
suaminya. Disebabkan itu, khuluk boleh dilakukan sama ada ketika
haid atau tidak.
Majoriti ulama bersepakat bahawa apabila si isteri dan si suami
telah bersetuju dengan khuluk tersebut, maka si isteri akan terlepas
dari ikatan suaminya dan si isteri bebas sepenuhnya dari bekas
suaminya. Dalam erti kata lain, si suami tiada lagi hak ke atas isterinya
tersebut. Jika mereka ingin kembali, maka perlu melakukan akad nikah
yang baru walaupun iddah si isteri belum lagi tamat.

13.0 HIKMAH KHULUK

37

Antara

hikmah

atau

kesan

khuluk

adalah

bertujuan

untuk

menghindarkan si isteri dari kemudaratan yang dirasainya yang


berlaku di dalam rumah tangganya. Jika si isteri telah merasakan tidak
mampu lagi untuk bersama suaminya dan khuatir tidak mampu
menunaikan

hak

ke

atas

suaminya

dan

jika

diteruskan

juga

berkemungkinan akan berlakunya kemudaratan ke atas si isteri, maka


khuluk adalah merupakan jalannya yang terakhir jika si suami tidak
berkeinginan untuk melepaskan si isteri tanpa mendapat apa-apa
tebusan.
Menurut al-Jarjawi, penceraian adalah perkara yang dibenci oleh
Allah. Begitu juga dengan khuluk yang mana ia juga membawa kepada
penceraian. Ianya dibenarkan jika rumah tangga itu menjadi bahaya
jika diteruskan. Dan dikhuatiri pasangan tidak dapat menunaikan hak
masing-masing (al-Jarjawi, 2006: 378-379, Abdul Rahman Ghazali,
2008:227).
Selain itu, khuluk ini membawa keadilan kepada pasangan. Hal
ini dapat dilihat jika suami yang enggan melepaskan isterinya
walaupun isterinya telah merayu kepadanya, maka khuluk adalah
penyelesaiannya dengan si suami mendapat wang tebusan bagi
menggantikan mahar yang pernah diberikannya dulu sewaktu awal
perkahwinan.
Tersebut merupakan berapa hikmah yang dapat dipetik dari
perbuatan khuluk ini. Walaupun khuluk ini dibenarkan dan merupakan
penyelesaian, akan tetapi ianya tetap dibenci oleh Allah kerana ia
membawa kepada perpisahan sesebuah rumah tangga.

38

14.0 PERBEZAAN DI ANTARA FASAKH DAN KHULUK


Bagi menerangkan dengan lebih teliti, penulis telah memasukkan
huraian mengenai talak bagi memberi penerangan yang lebih jelas
megenai perbezaan di antara fasakh dan khuluk di samping menilai
keduanya dengan talak. Berikut telah diperincikan perbezaan ke
semuanya di dalam jadual di bawah:
Perkara

Kuasa

Talak
Bagi talak, kuasa

Fasakh
Manakala

Khuluk
Khuluk pula,

untuk

fasakh pula,

kuasa khuluk

menjatuhkan

kedua-dua

dipegang

talak adalah

pasangan

sepenuhnya oleh

merupakan

berhak ke atas

seorang isteri

kuasa seorang

kuasa fasakh

tanpa dipaksa

suami. Seorang

tersebut.

oleh sesiapa

isteri tidak

Walaupun

walaupun

mempunyai hak

kedua-duanya

suaminya.

untuk

berhak ke atas

Walaupun kuasa

menjatuhkan

fasakh ini,

khuluk dipegang

talak terhadap

tetapi

oleh si isteri,

suaminya kerana

kebanyakan

tetapi si suami

suami memiliki

kes yang wujud

tetap perlu

kuasa mutlak

berkaitan

melafazkannya

untuk

dengan fasakh

dan si isteri perlu

menjatuhkannya.

selalunya

memberi

dituntut oleh

sejumlah wang

seorang isteri

atau harta

terhadap

kepada suaminya

39

suaminya. Hal

yang sebanding

ini mungkin

dengan mas

disebabkan

kahwin yang

suami telah

pernah

diberikan kuasa

diterimanya.

mutlak untuk
menjatuhkan

Rujuk

Berkenaan

talak.
Bagi perceraian

Begitu juga

dengan rujuk,

jenis fasakh

dengan khuluk.

jika seseorang

pula, seorang

Walaupun

suami telah

suami tidak

terdapat

menjatuhkan

dibolehkan

beberapa

talak ke atas

merujuk

pendapat yang

isterinya, beliau

semula

mengatakan

masih dibolehkan isterinya yang

khuluk boleh

untuk merujuk

sedang iddah.

dirujuk, tetapi

semula isterinya

Malah, jika

jumhur sepakat

yang masih di

kedua-dua

mengatakan

dalam iddah.

pasangan

khuluk tidak

Akan tetapi,

tersebut ingin

boleh dirujuk dan

talak yang

menyambung

mesti melafazkan

dibolehkan rujuk

semula ikatan

akad yang baru

dan tanpa

nikah mereka,

jika pasangan

memerlukan

mereka

ingin

akad nikah yang

mestilah

menyambung

baru adalah talak melafazkan

semula ikatan

satu dan talak

akad nikah

nikah mereka

dua.

yang baru.

walaupun si isteri
masih dalam

40

Jika seorang

Berbanding

keadaan iddah.
Penceraian jenis

suami

dengan fasakh,

khuluk pula

menjatuhkan

penceraian

mempunyai

talak ke atas

jenis fasakh

beberapa

isterinya, beliau

yang dipohon

perbezaan iaitu,

diwajibkan

oleh seorang

seorang isteri

memberi mutah

isteri terhadap

wajib memberi

kepada isterinya.

suaminya, si

sejumlah wang

Selain itu, si

isteri tersebut

atau harta

suami

tidak

kepada suaminya

hendakalah

mempunyai

bagi menebus

memberikan

hak untuk

talak dan

keperluan asas

mendapat

menceraikannya.

kepada bekas

nafkah

Manakala

isterinya

daripada

suaminya tidak

sepanjang

suaminya.

perlu memberi

tempoh

Begitu juga

nafkah kepada

iddahnya.

dengan

isterinya

pemberian

tersebut.

Dari segi

mutah.
Penceraian

Begitu juga

tanggungjawab

fasakh yang

dengan khuluk.

pula, jika talak

telah dipohon

Seorang suami

berlaku,

oleh salah

tidak perlu

tanggunjawab

seorang

menjalankan

seorang suami

pasangan

tanggungjawabny

terhadap

suami isteri

a selepas

isterinya masih

telah

bercerai

Tanggungja

wujud selagi

menghapuskan

walaupun

wab

tempoh iddah

tanggungjawab

bekasnya

Pemberian

41

isterinya

yang perlu

isterinya tersebut

berlangsung.

diberikan oleh

masih dalam

Menjadi

suami kepada

keadaan iddah.

kesalahan jika

isterinya yang

Hal ini kerana,

seorang suami

sedang iddah.

jika seorang isteri

yang

telah memohon

menjatuhkan

khuluk daripada

talak ke atas

suaminya, si

isterinya tidak

isteri tersebut

menjalankan

telah bebas

tanggungjawab

sepenuhnya dari

ke atas isterinya.

suaminya.

Bagi si isteri
pula, beliau tidak
dibenarkan
keluar dari
rumah yang
disediakan
tersebut selagi
iddahnya belom
selesai.
Rukun

Rukun talak

Rukun bagi

Rukun bagi

terbahagi kepada fasakh pula,

khuluk pula

3 bahagian iaitu

terdapat 3

terbahagi kepada

suami, isteri dan

rukun iaitu

4 bahagian iaitu

sighah. Kesemua

suami, isteri

suami, isteri,

rukun ini

dan sighah. Di

sighah dan

mestilah lengkap

bawah rukun-

iwadh. iwadh

dan terdapat

rukun tersebut

tersebut adalah

42

Takrif

Perundanga
n

syarat-syarat

mestilah

merupakan wang

tersendiri bagi

memiliki

atau harta

setiap rukun

syarat-syarat

sebagai tebusan

tersebut.

yang tertentu

yang dilakukan

juga bagi

oleh seorang

menjadinya ia

isteri bagi

sebahagian

meminta

daripada rukun-

suaminya

Melepaskan

rukun tersebut.
Membatalkan

menceraikannya.
Menebus talak

ikatan

perkahwinan

dari suami

perkahwinan

dengan cara

dengan dibayar

dengan lafaz

memohon

oleh isteri

talak

kepada

Dalam Enakmen

mahkamah
Dalam

Dalam Enakmen

Undang-Undang

Enakmen

Undang-Undang

Keluarga

Undang-

Keluarga

Selangor ,

Undang

Selangor ,

peruntukan talak

Keluarga

peruntukan talak

adalah dalam

Selangor ,

adalah dalam

seksyen 47.

peruntukan

seksyen 49.

fasakh adalah
dalam seksyen
53.

Melalui jadual di atas, jelas bahawa terdapat perbezaan di antara


fasakh dan khuluk yang mana keduanya mempunyai ciri-ciri dan
konsep yang tersendiri yang menunjukkan wujudnya perbezaan.
Walaubagaimanapun, fasakh dan khuluk kedua-duanya merupakan

43

perkara yang membawa kepada terputusnya ikatan pernikahan dan


ianya tetap dibenci oleh Allah SWT walaupun ianya dibolehkan di
dalam Islam.

15.0 KESIMPULAN
Islam merupakan agama yang lengkap dari pelbagai sudut. Malah
Islam juga merupakan agama yang adil bagi umat tidak kira lelaki
mahupun wanita. Berdasarkan penulisan ini, jika diperhatikan dari
sudut keindahan Islam, Islam telah memberi dan menceritakan
pelbagai perkara agar umatnya tidak terus berada di dalam kekeliruan.
Allah SWT telah memberi jalan usaha sehinngga akhirnya. Dalam
soal munakahat sekalipun, walaupun sesebuah penikahan telah dibina,
dan terdapat pelbagai musibah yang berlaku, Allah SWT telah
memberikan pelbagai cabang jalan agar kita dapat meredakan
musibah tersebut agar rumah tangga mampu berkekalan. Akan tetapi,
terdapat juga rumah tangga yang tidak mampu dibaik pulih semula
walau dengan pelagai usaha. Namun demikian, jalan yang diberikan
oleh Islam tidak sekadar terhenti dengan kemusnahan. Malah Allah
SWT membenarkan penceraian rumah tangga sebagai jalan terakhir.
Antara jalan penceraiannya yang digariskan oleh Islam adalah
Talak, Fasakh dan Khuluk. Jalan ini adalah merupakan jalan terakhir
bagi sesebuah rumah tangga demi untuk mengelakkan daripada terus
berlakunya pergaduhan dan perselisihan di dalam sesebuah rumah
tangga.

44

16.0 RUJUKAN
Al-Quranul Karim.
Abdul Rahman Ghazali, 2008, Fiqh Munakahat, Jakarta: Kencana.
Abu Daud Sulaiman, 1996, Sunan Abu Daud, Beirut: Dar al-Kutub al
Ilmiyah.
Ali Hasb Allah. 1968. Ahkam al- Syariah al Islamiyyah fi al Ahwal al
Syakhsiyyah. Kaherah: Dar al Maarif.
Al-Asqalani, 1997, Fathul Bari, Juz 9, Beirut: Dal Al-Fikri
Al-Dusuqi, Syams al-Din al- Syeikh Muhammad Arif. T.th. Hasyiyah al
Dusuqi Ala al- Syarh al Kabir. Juz. 2. Mesir: Isa al- Babi al
Halabi.
A. Rahman I Doi, 2002, Penjelasan Lengkap Hokum-Hukum Allah,
Jakarta: Raja Grafindo Persada.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (2003).
HAMKA. 1990. Tafsir al Azhar. Jil. 3 . Singapura: Pustaka Nasional.
Ibn Kathir. T.th. Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir. Kaherah: Dar al-Sabuni.
Ibn Nujaym. 1968. Asybah Wa al Nazair Ala Madhhab Abi Hanifah al
Numan. Kaherah: Muassasah al- Halabi.
Ibn Manzur. 1994. Lisan al-Arab. Beirut: Dar al- Fikr.
Ibn Qudamah. 1989. Al- Mughni. Kaherah: Hijr Li al Tabaah wa al
Nasyr wa al Tauziah wa al- Ilan.
Imam Malik. 1993. Al Muwatta. Maghribi: Dar al Afaq.
JAKIM. 2009. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.Penerbitan JAKIM.
Kamal Mucthar. 1974. Asas-Asas Hukum Tentang Perkahwinan. Jakarta:
Bualan Bintang.
Kamus Dewan Edisi Keempat.

45

Mat

Saad Abd Rahman. 2006. Fasakh.


Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kuala

Lumpur:

Institut

Muhammad Jawad Mugniyah Dan Abdullah Bin Abdurrahman 1423H,


Taudhi Hul Ahkam Min Bulughul Maram, Makkah: Maktabah AlAsadi.
Muhammad Rawas Qalaah & Hamis Sadiq Qanayli. 1985. Mujam
Lughah al- Fuqaha al Arabi. Kuwait: Dar al Nafais.
Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Perceraian Secara Fasakh Konsep dan
Amalan di Malaysia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA) UITM.
Saiyyid Sabiq. 1988. Fiqh al-Sunnah. Jil.2 Beirut: Dar al-Kutub.
Soemiyati, 1986, Hukum Perkahwinan Islam Dan Undang-Undang
Perkahwinan, Yogyakarta: Liberty.
Soetojo Prawirohamidjojo dan Marthalena Pohan, 1996, Sejarah
Perkembangan Hukum Perceraian Di Indonesia Dan Di Belanda.
Surabaya: Airlangga University Press.
Al Suyuti. 1938. Al- Asybah Wa al Nazair fi Qawaid Wa Furu Fiqh al
Syafiiyyah. Mesir: Syarikah Maktabah Mustafa al Babi al
Halabi.
Al- Syirbini, Syeikh Muhammad al Khatib. T.th. Mughni al Mughtaj.
Juz. 3. Beirut: Dar al Fikr.
Terjemahan Al-Quran Karya Bestari Sdn Bhd.
al-Zuhayli, Wahbah. 1989. al-Fiqh al- Islamiy Wa Adillatuhu. Juz:7.
Beirut: Dar al-Fikr.

Anda mungkin juga menyukai