Anda di halaman 1dari 32

FIQH KEKELUARGAAN ISLAM

(FKIK3013)
TAJUK : KHULUK DAN
FASAKH
NAMA PELAJAR MUHAMAD ABDUL RAHIM BIN MOHD SUFIAN
MUHAMMAD HISYAMUDDIN BIN JUKRI

ANGKA 2016151340048
GILIRAN 2016151340117
NAMA DR. FAIRUZZAH BINTI HARUN
PENYARAH USTAZ ADZLI BIN ISMAIL
USTAZ MUHAMAD MUHSINUL NIDZAM BIN
ABDULLAH
KHULUK
MAKSUD KHULUK
 Khuluk dari segi bahasa ialah bermaksud mencabut atau
menanggalkan.

 Khuluk disebut juga dengan istilah tebus talak, iaitu perceraian yang
diusulkan oleh isteri kepada suami dan isteri sanggup membayar
ganti rugi atau tebusan kepada suami yang akan mengkhulu’nya itu.

 suami menceraikan isteri dengan suatu pembayaran yang dilakukan


isteri atas kehendak dan permintaan isteri.

 Definisi lain menyebut bahawa khulu 'adalah perceraian iaitu isteri


membayar sejumlah wang sebagai 'iwadh (pengganti) kepada
suaminya. Kelebihan Khulu ini tidak bergantung pada bayaran tetapi
masih bergantung kepada kesediaan suami sama ada dia mahu
menerima 'Iwadh atau tidak.
 menghilangkan pemilikan nikah yang bergantung atas
persetujuan isteri dengan menggunakan lafaz khuluk atau
perkataan lain yang sama maknanya (Hassan Salleh 1993)

 Ismail Musa (2008) dalam kajian beliau mendefinisikan khuluk


sebagai "perceraian yang terjadi dengan sebab permintaan
daripada isteri dengan bayaran yang dibayarkan kepada
suami dengan redha atau persetujuan suami atau dengan
keputusan mahkamah".

 Pemohonan cerai secara khuluk boleh dikemukakan oleh isteri


melalui mahkamah syariah. Pemohonan ini bagi mengelakkan
berlakunya nusyuz atau penderhakaan oleh isteri.
CONTOH LAFAZ KHULUK

 ISTERI: ceraikan aku dengan bayaran


RM2000
 Suami: saya ceraikan engkau dengan
bayaran RM2000 tersebut.
DALIL TENTANG KHULU’
 Keharusan melakukan khuluk berasaskan peristiwa
khuluk yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. ini
disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan al-Nasa’ie

 ‘Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa isteri Thabit bin Qais


datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, “ Wahai
Rasulullah aku tidak mencela Thabit bin Qais dari segi
akhlak dan pegangan agamanya tetapi aku tidak mahu
menjadi kufur setelah memeluk Islam. ‘ Rasulullah s.a.w
bersabda “Mahukan engkau mengembalikan kebunnya
kepadanya ( yang telah diberikan kepada engkau
sebagai mas kahwin). Jawabnya, “ Ya, ‘Rasulullah s.a.w
bersabda (kepada Thabit bin Qais) “Terimalah kebun itu
dan ceraikanlah dia dengan satu talak”.
 Dalam (Surah : Al-Baqarah : ayat 187)
mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan
kamu (suami-suami) adalah pakaian mereka.

Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa


isteri-isteri itu dianggap pakaian untuk suami dan
suami-suami merupakan pakaian untuk isteri-
isteri, oleh yang demikian sekiranya berlaku
khulu’, seolah-olahnya suami isteri itu masing-
masing telah meninggalkan atau mencabut
pakaiannya.
 Firman Allah SWT(Surah Al-Baqarah : ayat 229)
Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu yang
telah kamu berikan kepada mereka , kecuali jika khawatiri
kedua-duanya bahawa mereka tidak dapat menurut
perintah-perintah Allah maka tidaklah berdosa keduanya
tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk
menembuskan dirinya. Itulah hukumAllah, maka janganlah
kamu melanggarnya. Barabg siapa melanggar hukum Allah
mereka itulah orang yang zalim.
FAKTOR BERLAKUNYA KHULUK
Jika isteri
khuatir beliau
tidak dapat
mentaati
suaminya.
Jika suami khuatir
isteri tidak dapat Jika kedua
melaksanakan pihak risau tidak
perintah suami Faktor dapat
sehingga berlaku khuluk melaksanakan
kekerasan terhadap
isteri hukum Allah

Isteri tidak
mempunyai
perasaan cinta
terhadap terhadap
suami
KESAN KHULUK
Kesan khuluk Suami isteri terputus ikatan perkahwinan dan
hilang kewajipan sebagai suami isteri terhadap
pasangannya.

Suami isteri haram untuk bersama dan tidak boleh


dirujuk kembali dalam masa iddah kerana khuluk
termasuk dalam talak bain sughra yang tidak boleh
dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mas kahwin
yang baru

Suami isteri harus kahwin semula dan tinggal


bersama, tetapi hendaklah akad nikah baru dan
memenuhi segala rukun dan syarat-syarat nikah
dalam Islam
KESAN KHULUK TERHADAP
SUAMI

 Suami perlu akad dan mas kahwin


yang baru tidak boleh dirujuk ketika
idah.

 Suami tidak boleh menyentuh isteri


dan tidak boleh mengadakan
hubungan.
KESAN KHULUK TERHADAP
ISTERI

 Isteri tidak boleh menerima nafkah


walaupun dalam idah

 Perlu membayar atau memberi kembali


mas khawin kepada suami.

 Terjatuh satu talak suami kepada isteri


HIKMAH DISYARIATKAN
KHULUK
 Penghormatan kepada isteri supaya boleh
bertindak mengikut undang-undang syarak.

 Untuk membina kehidupan baru yang lebih baik.

 Mengelakkan kemungkinan berlaku penderhakaan


isteri kepada suami.

 Memberi keinsafan kepada suami supaya


menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap
isteri demi kebaikan masa depan.
RUMUSAN

 Kesimpulannya khuluk ialah penceraian yang ingin


dilakukan oleh isteri dengan bayaran tertentu
dengan kerelaan atau kehendak isteri itu sendiri.
FASAKH
DEFINISI FASAKH
 Bahasa Arab : naqada (batal) atau farraqa
(bubar)
 Menurut Syarak : melepaskan ikatan
perkahwinan dengan kuasa kadi yang
disebabkan oleh syarat yang tidak dipenuhi
semasa akad nikah atau terdapat
kecacatan

 Soalan
Mengapa biasanya isteri yang memohon
fasakh, kenapa tidak suami ?
Perbezaan dengan Khuluk dan
Talak
PERBEZAAN FASAKH KHULUK
SEBAB Disebabkan kecacatan Boleh dengan atau
tertentu seperti suami tanpa sebab syarat
gila atau murtad dipersetujui kedua-dua
belah pihak.
HAK Hak suami isteri. Hak Isteri sahaja
BAYARAN Tiada bayaran Ada bayaran ganti rugi
Perbezaan Fasakh dan Talak
PERBEZAAN FASAKH TALAK
Bilangan Tiada bilangan tertentu Ada bilangan talak satu,
dua dan tiga
Kuasa Kuasa fasakh terletak Kuasa terletak pada
pada kadi atau hakim suami
Rujuk Tidak boleh dirujuk Talak satu dan dua
semula kecuali dengan boleh dirujuk semula
akad nikah baru. dalam tempoh idah
tanpa akad nikah baru.
DALIL FASAKH

 Dan jika kamu khuatirkan ada perbalahan


di antara keduanya (suami dan isteri), maka
kirimlah hakam dari keluarga lelaki dan
hakam dari keluarga perempuan. Jika
keduanya bermaksud mengadakan
pembaikan, nescaya Allah memberi taufik
kepada suami isteri tersebut.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal.
( Surah al-Nisaa:35)
Sesungguhnya Rasulullah S A W telah
berkahwin dengan seorang perempuan daripada
Bani Ghaffar. Apabila Rasulullah ingin
mendatanginya didapati di belakang perempuan
tersebut terdapat sopak. Rasulullah telah
bangun daripada katil dan berkata, Pakailah
bajumu dan kembalilah kepada keluargamu,
Dan Nabi tidak mengambil kembali mahar yang
diberikan kepadanya. (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad bersabda

 ‫فر من المجذوم كما تفر من األسد‬

Maksudnya: Larilah dari orang yang terkena kusta


sebagaimana kamu lari daripada singa.

(Riwayat Al-Bukhari)
 Daripada Abi Said Al- Khudri r.a bahawasanya
Nabi s.a.w bersabda :
Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.
(Riwayat Ibn Majah)

 Sesungguhnya Nabi bersabda mengenai


seorang lelaki yang tidak memperoleh sesuatu
yang akan dinafkahkan untuk isterinya.
Hendaklah dipisahkan antara keduanya.
(Riwayat Dar al-Qatni dan al-Bayhaqi)
FAKTOR FASAKH

Elak Mudarat
 Kecacatan
 Tekanan emosi
 Gila
 AIDS

Kadi atau Hakim akan membubarkan perkahwinan


tersebut secara fasakh setelah berpuas hati dengan
keterangan pemohon dan terbukti kecacatan serta
tiada jalan lain untuk berdamai semula.
Kecacatan yang membolehkan
Fasakh

 Menghalang Persetubuhan
 Tidak menghalang persetubuhan
Fasakh Selain Kecacatan

 Suami zalim cederakan isteri


 Suami hilang bertahun-tahun tanpa
diketahui hidup atau meninggal dunia.
 Suami tidak memberi nafkah walaupun
sudah diingatkan
 Suami Murtad.

Soalan : Sebab apa perkahwinan terbubar


jika salah seorang murtad ?
Seksyen 52 (1) Akta Undang-Undang Keluarga
Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984
 Suami dipenjara selama tempoh tiga tahun atau lebih
 Bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia
mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai
umur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu.
 Cuba memaksa isteri hidup secara lucah
 Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan
haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.
 Menghalang isteri menunaikan kewajipan
 Jika suami poligami, dia tidak melayani isteri secara adil ikut
HUKUM SYARAK
 Isteri masih belum disetubuhi oleh suami walau empat bulan sudah
berlalu kerana disengajakan oleh suami.
TIGA Kesan terhadap hak isteri
selepas fasakh

 Isteri mendapat mas kahwin atau mutaah jika


fasakh berlaku sebelum persetubuhan
 Isteri berhak mendapat mas kahwin jika fasakh
berlaku selepas persetubuhan, namun kecacatan
berlaku selepas akad nikah
 Isteri wajib mendapat semua mas kahwin jika
fasakh dan kecacatan berlaku selepas
persetubuhan
KESAN FASAKH
 Suami isteri putus ikatan perkahwinan dan
hilang kewajipan sebagai suami isteri
terhadap pasangannya
 Suami isteri haram bersama dan tidak
boleh rujuk kembali dalam masa iddah
kerana fasakh termasuk dalam talak bain
sughra yang tidak boleh dirujuk kecuali
dengan akad nikah baru.
 Suami isteri harus berkahwin semula dan
tinggal bersama tetapi hendaklah dengan
akad nikah dan mahar yang baru.
HIKMAH DISYARI’ATKAN FASAKH
 Dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih
besar
 Menghindari tekanan emosi dan mental isteri
serta anak-anak jika melibatkan kecacatan
berat pihak suami.
RUMUSAN

 Setelah menelaah bab ini, kita dapat tahu


bahawa fasakh juga salah satu cara untuk si
isteri berpisah dengan suaminya.
 Walaupun fasakh boleh dipohon oleh isteri
atau suami, namun kebiasaan isteri yang
selalu memohon fasakh kerana suami sudah
mempunyai kuasa talak.
RUJUKAN
 Hassan Salleh.(1993). Asas Kekeluargaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

 Ismail Musa(2008). Ahkam al-Usrah: Al-Zauwaj wa al- Talak


baina alHanafiah wa al-Syafii. ‘Aman:
Dar al-Hamid

 Ahmad Ibrahim, 1999, Undang-Undang Keluarga Islam, Kuala Lumpur,


Malayan Law Jurnal Sdn Bhd

 Zainul Rijjal & Nurhidayah Muhd Hashim, 2008,Isu-Isu Syariah Di


Malaysia Siri 1, Kuala Lumpur, Institut
Kefahaman Islam Malaysia.

 Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Seksyen 47-48,


Kelantan, Seksyen 35,Negeri Sembilan
Seksyen 47-48, Melaka Seksyen 35.
Sekian
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai