Anda di halaman 1dari 5

KESAN KESAN PERCERAIAN

Perceraian boleh berlaku apabila timbul masalah dalam keluarga atau tidak berpuas hati dengan tidak adil suami dan masalah lain.Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri. Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah : Kesan Emosi pada pasangan. Menjadi Dua Tanggungan. Kesan Terhadap anak. Terjadi Masalah Kewangan. Masalah Sosial. Masalah Undang Undang.

Kesan Emosi
Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan tekanan perasaan berikut : Jiwa terganggu Marah Sedih Tidak bermaya Rasa bersalah Terpencil Rendah diri Runsing Putus asa/kecewa Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian.

Dua Tanggungan
Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah: Sebagai ibu/bapa tunggal Terpaksa mencari nafkah

Kesan Terhadap Anak - Anak


Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesankesan perceraian terhadap anak-anak ialah:Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah: Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri Mengalami tekanan jiwa dan perasaan Perasaan terganggu dan bingung Hilang tumpuan pada pelajaran Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-anak , maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka. Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anakanak mereka. Pasangan yang bercerai harus prihatin terhadap perkara-perkara berikut: 1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di dalam konflik antara ibu dan bapa. 2. Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai. 3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu, pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan banyak perhatian, sokongan dan bantuan.

4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.

Masalah Kewangan
Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan. Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami. Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas pretasi mereka. Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga. Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian. Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi.

Sosial
Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh: Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda). Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya. Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan masing-masing. Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian. Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

Undang Undang
Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undang-undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban yang sedia ada lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang sudah bercerai; Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak memperolehi rumah HDB. Bayaran cukai pendapatan akan meningkat. Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal. Perbelanjaan guaman. Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian. Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan.

Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah. Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun, bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.

HIKMAH TALAK
Bukan setiap talak disukai dalam Islam di mana ada talak yang makruh malah ada yang haram. Talak telah menyebabkan kehancuran kepada sebuah keluarga yang dikawal oleh Islam dalam membina dan membangunkannya. Oleh sebab itu ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud : Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah Talak. Talak yang disyariatkan oleh Islam seumpama suatu rawatan terhadap kecederaan yang menyakitkan di mana ia telah menyebabkan manusia yang berakal merasai kesakitan terhadap lukanya. Malah ada penyakit atau luka tarpaksa dipotong sebahagian anggota bagi menjaga anggota badan yang lain dan untuk mencegah daripada masalah yang lebih besar. Apabila telah dijatuhkan hukuman dengan pemisahan antara suami dan isteri setelah kegagalan pelbagai jalan dalam memulihkan perhubungan dan pelbagai cara untuk mendamaikan

keduanya maka talak dalam keadaan ini merupakan ubat terbaik walau pun pahit di mana tiada lagi ubat selainnya dalam menyelesaikannya. Oleh itu dikatakan : Sekiranya tidak mampu bersatu maka lebih baik berpisah. Firman Allah dalam ayat 130 surah an-Nisa yang bermaksud : Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.

Apa yang disyariatkan oleh Islam di sini ialah sesuatu yang wajib dan mampu dicapai melalui akal yang dilaksanakan dengan penuh hikmah dalam menjaga maslahat. Oleh itu sebarang perkara yang menjauhkan daripada logik akal dan fitrah iaitu apabila sesuatu itu diwajibkan dengan menggunakan kekuatan perundangan semata-mata ke atas suatu persepakatan yang berkekalan antara dua ahli sedangkan ia tidak menguntungkan antara keduanya bagi seorang yang lain dan tidak pula mempercayai satu sama lain adalah sesuatu yang tidak hikmah seterusnya mengancam maslahat. Kewajipan kepada kehidupan ini dengan undang yang berautoriti (kuasa penuh) dalam menghukumkan manusia sehingga tidak memberi hak langsung kepada manusia merupakan suatu jenayah besar. Ia merupakan seburuk-buruk penjara yang berkekalan malah ia merupakan neraka yang tidak tertahan menanggungnya. Seperti yang kita sedia maklum, Tujuan perkahwinan ialah untuk hidup dalam pergaulan dengan sempurna. Akan tetapi sekiranya jika pergaulan antara suami dan isteri tidak dapat disampaikan tujuan tersebut dan sebaliknya timbul masalah dalam hidup antara keduanya, maka dengan itu dengan keadilan Allah S.W.T. memberi satu jalan keluar dari segala kesukaran itu, iaitu perceraian(Talak). Mengapa Allah S.W.T. mengharuskan talak : Memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan. Memberi peluang mencari penghidupan baru. Sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang bertengkar. Sebagai pengajaran buat suami isteri.

Anda mungkin juga menyukai