Anda di halaman 1dari 2

BAB

KHAUF DAN ROJA


(BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH) 12
1. Maksud Khauf dan Roja
KHAUF Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi
segala laranganNya.

ROJA Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala


perintahNya.

2. Dalil naqli Khauf


 Allah SWT berfirman dalam Surah Al ‘Imran 3: Ayat 175, Maka jangan lah kamu takut kepada
mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu memang orang yang beriman.

3. Dalil naqli Roja


 Allah SWT berfirman dalam Surah As Sajdah 32: Ayat 16, Mereka menjauhkan diri dari tempat
tidur dan sentiasa berdoa kepada tuhan mereka dengan perasaan takut serta penuh harap dan
mereka mendermakan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka.

INFO
Cara mendapatkan Khauf.
 Bergaul dengan ulamak dan para solihin.
 Sentiasa mengambil ikhtibar daripada kisah kaum terdahulu.
 Sentiasa bertaubat.
 Sentiasa mengingati mati.

Cara mendapatkan Roja.


 Bermujahadah menentang hawa nafsu.
 Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan istiqamah.
 Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah SWT.

4. Contoh khauf dan roja yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.


Contoh 1
 Rasulullah SAW mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk. Pada sujud
terakhirnya, baginda menangis kerana berasa takut Allah SWT menurunkan azab. Lalu
Rasulullah SAW merintih dengan bersabda: “Wahai Tuhanku, bukankah engkau telah berjanji
kepadaku untuk tidak mengazab mereka pada ketika aku ada bersama-sama mereka? Tuhanku
bukankah engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka apabila mereka
memohon ampun? Sekarang kami sedang memohon ampun kepadaMu”.
Contoh 2
 Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar.
Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu. Lelaki itu memberitahu baginda
bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah SWT dan berasa sangat takut akan dosa-dosa
yang pernah dilakukannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Tidak berhimpun kedua-duanya
dalam hati seseorang hamba Allah pada ketika itu melainkan Allah SWT memberikan apa yang
diharapkan dan menyelematkannya daripada apa-apa yang ditakutinya”.

5. Konsep Khauf dan Roja yang seimbang.


 Rasa takut kepada Allah SWT hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan syarak.
 Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT hendaklah melakukan amal ibadat dan
menjauhi perbuatan maksiat.
 Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk sesorang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng daripada keinginan melakukan
maksiat.
 Perasaan roja akan mendorong seseorang untuk berlumba-lumba melakukan ibadat tanpa putus
asa terhadap rahmat Allah SWT.
 Khauf dan roja hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah SWT.

6. Hikmah Khauf dan Roja.


 Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan.
 Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kerana yakin Allah SWT
melihat dan menilai setiap perbuatannya.
 Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah SWT kerana takut akan
kemurkaanNya.
 Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan kebaikkan supaya mendapat
kemanisan iman.
 Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha bersungguh-
sungguh.

Latihan

1. Nyatakan maksud khauf dan Roja


2. Nyatakan dalil naqli khauf dan roja
3. Jelaskan contoh khauf dan roja yang diamalkan oleh rasulullah
4. Terangkan konsep keseimbangan antara khauf dan roja
5. Bagaimanakah sifat khauf dan roja melahirkan muslim sejati .

Anda mungkin juga menyukai