Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM – ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA

1. Nyatakan maksud orang kurang upaya.

Maksud orang kurang upaya ialah seseorang yang tidak dapat menguruskan kehidupan sehariannya dengan
sempurna akibat daripada masalah mental atau fizikal

2. Berikan dua contoh kemudahan awam untuk orang kurang upaya.

Dua kemudahan awam untuk orang kurang upaya ialah kemudahan pendidikan. Kementerian Pendidikan di bawah
Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan
bermasalah pembelajaran. Selain itu dari segi kemudahan sukan seperti Majlis Paralympik Malaysia telah
ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya

3. Jelaskan dua adab terhadap orang kurang upaya dari segi ibadat.

Dua adab terhadap orang kurang upaya dari segi ibadat ialah dengan menyediakan kemudahan kepada mereka
untuk melakukan ibadat dengan selesa. Selain itu, membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai
urusan ibadat.

4. Jelaskan dua adab terhadap orang kurang upaya dari segi emosi.

Dua adab terhadap orang kurang upaya dari segi emosi ialah dengan memberikan layanan dengan penuh kasih
sayang terhadap mereka. Seterusnya, tidak mengejek dan menghina mereka disebabkan tidak sempurna seperti
orang lain.

5. Jelaskan dua adab terhadap orang kurang upaya dari segi fizikal.

Dua adab terhadap orang kurang upaya dari segi fizikal ialah memastikan kemudahan asas yang disediakan oleh
kerajaan untuk mereka tidak disalahgunakan. Di samping itu, menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada
mereka sesuai dengan keperluan mereka.

6. Huraikan dua hikmah beradab terhadap orang kurang upaya.

Dua hikmah beradab terhadap orang kurang upaya ialah melahirkan rasa syukur kepada ilahi kerana diberikan
fizikal dan mental yang sempurna. Selain itu, memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat
agar perpaduan dapat diwujudkan.

7. Terangkan dua akibat tidak beradab terhadap orang kurang upaya.

Dua akibat tidak beradab terhadap orang kurang upaya ialah orang kurang upaya merasakan mereka tidak
diperdulikan dan membebankkan kerana banyak menyusahkan orang lain.. Selain itu, meraka akan turut terasa
terhina akibat cacian dan hinaan masyarakat yang memandang rendah terhadap mereka.

8. “ Seorang pelajar telah terlibat dengan kemalangan menyebabkan kakinya dipotong.”


Bagaimana menyantuni pelajar tersebut di sekolah. Huraikan.

Pada pendapat saya, kita boleh membantu pelajar tersebut dengan menolak kerusi rodanya untuk ke kelas atau
sebagainya. Hal ini kerana pelajar tersebut perlu disantuni dan diberikan perhatian yang lebih kerana dia
kehilangan anggota tubuh badannya yang sangat penting. Kesannya apabila kita menolong pelajar tersebut kita
dapat mewujudkan perasaan mahabbah antara satu sama lain. Kesimpulannya, kita seharusnya bersyukur kepada
ilahi kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna

Anda mungkin juga menyukai