Anda di halaman 1dari 8

PERCERAIAN DI DALAM ISLAM

....................................................
Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,
 
" Pergaulilah isterimu dengan baik,
sekiranya kamu benci kepada mereka,
boleh jadi ada yang kamu benci itu
Tuhan akan menjadikan kebaikan
yang banyak padanya"

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,
 
"
Perbuatan
halal
yang
dimurkai
Allah
ialah
talak"

Riwayat
Abu
Daud
dan
Hakim
Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan
bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt.
Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan
mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak,
keluarga mahupun masyarakat amnya.
 
Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan
suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan
atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah
swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan
dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang
didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.
Kesan-kesan Perceraian
....................................................
Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan
permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai
permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri.
Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah :

Kesan emosi terhadap


Kewangan
pasangan
Dua tanggungan Sosial
Undang-
Kesan terhadap Anak
undang

   Kesan Emosi

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan


tekanan-tekanan perasaan berikut :

 Jiwa terganggu
 Marah
 Sedih
 Tidak bermaya
 Rasa bersalah
 Terpencil
 Rendah diri
 Runsing
 Putus asa/kecewa
 Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik
sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya
menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan
implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

   Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan
tanggungjawab dan peranan yang bertambah;

 sebagai ibu/bapa tunggal


 terpaksa mencari nafkah
   Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka.
Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa
mereka. Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:-

Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

 Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa


 Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
 Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
 Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
 Perasaan terganggu dan bingung
 Hilang tumpuan pada pelajaran
 Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Klik disini untuk video

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-anak ,
maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka.
Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap
kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus
prihatin terhadap perkara-perkara berikut:-

1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan
perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan
di dalam konflik antara ibu dan bapa.
2. Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan
segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai.
3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu,
pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan
banyak perhatian, sokongan dan bantuan.
4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan
negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa
anak-anak.

   Masalah Kewangan

Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap
menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang
akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana
pendapatan sudah berkurangan.

 Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata


sepencarian yang tunggal.
 Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini
hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami.
 Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini
mungkin akan turut menjejas pretasi mereka.
 Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga.
 Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian.
 Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai
nafkah anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan
tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi.

   Sosial

Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan.
Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama
manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka.
Sebagai contoh:

 Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka
miliki (janda/duda).
 Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.
 Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari
pasangan masing-masing.
 Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan
saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak.
 Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara
satu sama lain dalam hal-hal seharian.
 Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari
badan-badan tertentu.

   Undang - undang

Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi
undang-undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah
beban-beban yang sedia ada:lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh
orang orang yang sudah bercerai;

 Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak


memperolehi rumah HDB.
 Bayaran cukai pendapatan akan meningkat.
 Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal.
 Perbelanjaan guaman.
 Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian.
 Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari
tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan
perbicaraan.

Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang


akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah.
Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu
ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan
kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun,
bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.

 
Kesan Perceraian

Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam a.s.cara-cara
perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan
perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan panduan kehidupan manusia.

Maka sejak itulah bermulanya perkembangan manusia di bumi iaitu melalui perkahwinan
dan proses perkahwinan inilah yang dapat membezakan antara manusia dengan haiwan.
Sehingga wujudnya suatu sistem perkahwinan yang lengkap dan tersusun rapi yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang tertulis dan tercatat dalam al-Quran.

Perkahwinan merupakan faktor utama bagi mewujudkan institusi kekeluargaan kerana dari
permulaan proses perkahwinan iaitu memilih pasangan, pertunangan, mas kahwin, wali,
saksi, ijab kabul dan hubungan kekeluargaan serta tanggungjawab suami isteri, ibu bapa dan
anak-anak semuanya berkaitan antara satu sama lain dan mesti berlandaskan ajaran dalam
al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi sebagai pasangan yang berkahwin semestinya inginkan perkahwinan yang dibina kekal
sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun tidak semua yang kita inginkan akan menjadi
kenyataan kerana banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang tempoh
perkahwinan itu sehingga terjadinya penceraian.

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah perkahwinan.


Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara suami isteri.
Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing yang tidak dapat
memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual. Selain itu faktor
ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan paling utama jika si
suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau isteri yang berlaku curang dan lain-
lain faktor lagi.

Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam walaupun tidak sukai oleh Allah.
Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang
dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain
yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan.

Seperti firman Allah dalam al-Quran, “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya
atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan
perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang
manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh
Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)
Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah anak-
anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka dengan sebab
itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak digalakkan dalam islam.

Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti perasaan
sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan kecewa serta kesunyian akan
membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan kesan ini juga turut dirasai oleh ahli
keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka.

Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan
tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih
dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan
harian.
Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap anak-
anak.

Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat mendalam
dalam proses pembesaran. Mereka mengalami ganguan emosi kerana kurang mendapat
kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada kedua-
dua ibu bapa setelah penceraian berlaku.

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak
menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah
berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah kerana
setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-anak adalah sebahagian
daripada ahli keluarga.

Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta elakkan
perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan bekas pasangan hidup masing-masing.
Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka
dan pandangan mereka akibat daripada penceraian ini.
Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana ini akan
menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata perpatah Melayu “ibarat
layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan ibu” - merata perginya tanpa
ada tujuan dan pedoman hidup.

Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri dengan ilmu
keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu masing-masing kerana
bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan.

Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang dibina
berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap perkahwinan
yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukum-hakam yang telah
ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup? Jangan lupa juga bahawa
kita telah berusaha untuk mejadi pasangan yang sempurna dan bertanggungjawab.
Namun semuanya adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.

Anda mungkin juga menyukai