Anda di halaman 1dari 13

PENCERAIAN

PERKAHWINAN
• Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan
oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-
peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji
kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
PENCERAIAN

• Perceraian adalah cerai hidup antara pasangan suami isteri sebagai akibat dari
kegagalan mereka menjalankan peranan masing-masing. Dalam hal ini perceraian
dilihat sebagai akhir dari suatu ketidakstabilan perkahwinan di mana pasangan suami
isteri kemudian hidup terpisah dan secara rasmi dan diakui undang-undang (Erna,
1999­).
• Perceraian bertujuan untuk menyelesaikan tekanan perkahwinan dan mengurangkan
penderitaan akibat perbalahan yang berterusan antara kedua suami-isteri.
• Perceraian merupakan terputusnya keluarga kerana salah satu atau kedua-dua
pasangan membuat keputusan untuk berpisah supaya mereka berhenti melakukan
kewajibannya sebagai suami isteri.
DEFINISI
• Menurut Siti Rohani Suriani (2014), perceraian juga bertujuan untuk
mengurangkan penderitaan akibat perbalahan berterusan antara pasangan.
• Fariz Sakina Abdullah (2013), perceraian antara pasangan akan
menyebabkan kesan besar kepada pasangan tersebut dan seterusnya
mempengaruhi anak-anak.
• Olson & DeFrain 2003, Perceraian (Divorce) merupakan suatu peristiwa
perpisahan secara rasmi antara pasangan suami isteri dan mereka
berketetapan untuk tidak menjalankan kewajiban suami isteri. Mereka tidak
lagi hidup dan tinggal serumah kerana tidak ada ikatan yang rasmi.
Statistik Perceraian Mahkamah Syariah Negeri MelakaTahun
2006-2012*
Faktor –Faktor Penceraian
1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab

 Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab


bersama dan perlukan persefahaman.
 Pasangan mula berasa bosan dan malas untuk berkomunikasi apabila tiada
persefahaman.
 Tiada sifat tolong menolong antara satu sama lain.
2. Masalah Kewangan
 Kebanyakan kes penceraian bermula dari masalah kewangan. Beberapa
orang penasihat kewangan menyatakan bahawa penyebab utama
berlakunya perceraian di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh
kewangan.
 Semakin tingginya keperluan hidup dan kekurangan kemampuan
mengurus masalah kewangan akan menimbulkan tekanan yang besar
dalam kehidupan rumah tangga.
 Jika terdapat ketidakseimbangan antara pendapatan ekonomi suami dan
isteri, maka akan timbul konflik rumah tangga yang akan membawa
kepada perceraian.
3. Kahwin Muda
 Perkahwinan pada usia yang muda merupakan salah satu faktor
penceraian.
 Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan pasangan kurang
matang dalam mengendalikan urusan rumah tangga.
 Menurut Che Hashim(2006), pasangan muda juga berkecenderungan
untuk bergantung kepada ibu bapa atau mentua dalam hal kewangan
dan perbelanjaan urusan rumah tangga pasangan.
 Perkara ini kadangkala menambahkan lagi masalah yang dihadapi
oleh pasangan dan ini boleh menyebabkan penceraian.
4. Campur Tangan Mertua /Pihak Ketiga
 Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada
mertua ataupun pihak ketiga.
 Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami
perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani
mengeruhkan lagi keadaan.

5. Tidak setia
 Tiga per empat kes penceraian adalah disebabkan oleh salah satu pihak
tidak setia kepada satu sama lain.
6. Masalah Komunikasi
Banyak pasangan jarang berkomunikasi secara terbuka.
Hal ini kadang-kala menyebabkan kesalahfahaman dan mengakibatkan
pertengkaran.
Masalah urusan rumah tangga, urusan keluarga kedua belah pihak, kewangan
dan hal-hal lain biasa menjadi punca pertengkaran.

7. Didikan Agama Yang Rendah


Penceraian sering berlaku setelah penganiayaan, gangguan dan tingkah laku
yang tidak bermoral dilakukan baik oleh suami ataupun isteri, misalnya mabuk,
berzina, terlibat dalam kegiatan criminal atau berhutang.
Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi.
Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan
yang dibuat.
KESAN PENCERAIAN
Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan
perasaan berikut :
• Jiwa terganggu
• Marah
• Sedih
• Tidak bermaya
• Rasa bersalah
• Terpencil
• Rendah diri
• Runsing
• Putus asa/kecewa
• Kesunyian
CARA UNTUK MENGATASI
 Bawa berbincang
 Cuba memahami sikap pasangan masing-masing
 Bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu
 Meletakkan matlamat mewujudkan perkahwinan yang bahagia
 Membuat persediaan secukupnya: jiwa dan minda sebelum berkahwin
 Dapatkan bantuan pihak lain seperti kaunselor
 Jangan bertindak ikut perasaan sebaliknya berfikir sebelum bertindak
 Pelajari ilmu berumahtangga
 Sabar dan menerima pasangan seadanya
 Amalkan ucapan cinta, terima kasih dan maaf
KAJIAN KES

FENOMENA PENCERAIAN DI MASALAH-MASALAH


SOSIAL ATAU ISU SOSIAL

OLEH : MUHAMAD HAMZAH BIN EKSAN

Anda mungkin juga menyukai