Anda di halaman 1dari 5

H.

Hasil Kajian

Hasil dapatan dikumpul melalui kajian ilmiah yang diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah.
Dapatan tersebut kemudiaannya di analisi dengan menggunakan kaedah analisiss kandungan di
mana pengkaji perlu menyusun dapatan mengikut sub tema-sub tema yang telah
dikenalpasti oleh pengkaji dalam kajian ini. Pengkaji telah melakukan atau membuat
pengkodan mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu; (1) Faktor Penceraian, (2) Kaedah
Perceraian, (3) Kesan Perceraian, (4) Pandangan Terhadap Institusi Perkahwinan dan (5)
Penyesuaian dan Masa depan.

(1) Faktor Penceraian :

Faktor atau punca-punca perceraian telah dikaji dan telah umum bahawa terdapat pelbagai
faktor perceraian. Salah satu ialah sering bertengkar dan saling tidak berpuas hati. Hal ini
semakin hari bisa menjadi lebih dahsyat sehingga berlakunya perceraian. Selain itu, terdapat juga
dari faktor masalah seksualiti, komunikasi, campur tangan dari bekas isteri,
penyalahgunaan narkoba, kurang didikan agama, penagabaian tanggungjawab dan pelbagai lagi.

(2) Kaedah Perceraian :

Dari segi perceraian atau keputusan untuk bercerai, kebanyakkannya responden bercerai atas
persetujuan bersama, kerelaan sendiri, dan juga bercerai secara cerai taklik. Bahkan kadangkala
terdapat juga sokongan dari pihak ketiga yang menyokong perceraian itu berlaku.

(3) Kesan Perceraian :

Kesan perceraian jelas memberi kesan kepada yang besar kepada responden dari segi emosi
dan juga kecelaruan akibat dari perceraian mereka. Hal ini juga bisa dilihat dari
perubahan tingkah laku masing-masing.

(4) Pandangan Terhadap Institusi Perkahwinan

Kadangkala pandangan atau fikiran yang negatif bisa mendorong kepada perceraian. Hal ini
sereing berlaku apabila pasangan sering merasakan sudah tiada kejujuran di antara mereka.
Malah salah satu terus menerus membuat spekulasi sendiri yang akhirnya mendorong mereka ke
alam perceraian.

(5) Penyesuaian dan Masa depan

Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakkan yang bersikap berlapang dada dan redha
dengan perceraian yang berlaku. Selain itu, kebiasaannya responded dilihat telah bersedia untuk
menghadapi kehidupan baru selepas perceraian. Selain itu perceraian telah didapati akan
memberi kesan yang mencabar apabila hendak berhadapan dengan masyarakat kepada
wanita yang baru bercerai berbanding lelaki. Jelas sekali hal perceraian ini lebih mencabar
kepada
wanita yang tidak bekerja, namun selepas bercerai mereka terpaksa mencari pendapatan
untuk menyara hidup.

0.1 PUNCA-PUNCA YANG MENDORONG KEPADA PENCERAIAN

1.1 Kahwin Terlalu Awal Atau Terlalu Lambat

Kajian mendapati mereka yang berkahwin saat masih remaja yaitu dalam lingkungan usia
di bawah 20 tahun atau pertengahan umur 30 tahun memiliki risiko yang tinggi untuk bercerai. Ia
jauh berbeza dengan pasangan yang berkahwin pada usia akhir 20-an atau awal 30-an. Manakala
sebuah kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal Economic Inquiry pula mengatakan penceraian
kerap terjadi jika jarak antara pasangan jauh berbeza.5

1.2 Suami Tidak Punya Kerja Tetap

Sebuah kajian yang dilakukan Harvard mendapati masalah kewangan bukanlah


punca penceraian. Sebaliknya, ia disebabkan oleh pekerjaan suami. Kajian yang
diterbitkan di American Sociological Review itu mengatakan jika suami tidak punya kerja
tetap, risiko penceraian meningkat sebanyak 3.3% berbanding suami yang ada kerja tetap
yaitu 2.5%. ini karena semua sedia maklum suami adalah pencari nafkah utama untuk keluarga.
Jika suami tidak kerja tetap, kestabilan rumah tangga bisa goyah.6

1.3 Memandang Perkahwinan Secara Negatif

Pada tahun 1992, sebuah wawancara lisan telah dijalankan untuk mencari apakah aspek
yang berbeza dalam hubungan sesetengah pasangan. Pasangan suami isteri akan
diwawancara dan segala percakapan mereka akan direkodkan. Pakar pula kemudiannya
akan mengkaji dan mengagak pasangan mana yang sedang menuju kea rah penceraian.
Hasilnya, ada beberapa ciri yang menunjukkan sesetengah pasangan akan kekal bahagia
manakala ada sesetengah lagi akan bercerai.

Antara ciri-ciri pasangan bahagia adalah seperti, memberi perhatian kepada


pasangan, menganggap hubungan perkahwinan sebagai satu pasukan, bukan individual dan
bersikap terbuka dengan pasangan serta bersikap jujur. Manakalah ciri-ciri yang
menunjukan pasangan akan bercerai adalah seperti, bersikap negative, berasa kecewa
dengan perkahwinan dan juga
menganggap perkahwinan itu sebagai sesuatu yang mengganggu rutin mereka.7

5
Ayu Idris, 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai, The Asian Parent.Com, Penceraian Di Malaysia,Id
6
Ayu Idris, Perengan Kedua, Op.Cit.
7
Ibid
0.2 PUNCA YANG PALING BANYAK MEMPENGARUHI PENCERAIAN

2.1 Tidak Persis

Ramai orang yang bercerai pada hari ini disebabkan tidak ada persefahaman. Jika alasan
dalam sesuatu penceraian itu dikaitakan dengan suami sering memukul isteri. Ini tidak
tetap karena ada pasangan yang yang sering bergaduh, isteri selalu dipukul tetapi tetap
masih bisa bertahan hidup berumah tangga. Dan jika alasannya karena tidak mahu poligami juga
tidak tepat. Ramai saja pasangan yang masih bisa hidup bersama dan bahagia hingga ke saat ini.

Maksud tidak ada persis disini itu adalah si isteri tidak faham tugas suami dan
bergitu juga dengan si suami yang tidak mahu memahami tugas si isteri. Masing-masing bekerja
masing- masing penant, malah masing-masing buat hal sendiri meskipun sudah ada anak. 8

Jika kita lihat pada masa kini jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi
pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.
Pendidikan dalam rumah tangga semakin pudar, satu puncanya adalah apabila wanita
semakin ramai diperlukaan untuk bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan
membantu dalam pendidikan anak.

Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukaan bantuan wanita untuk
terus bergerak tetapi dunia rumah tangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.
Apabila wanita kelihatan Berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu
kemampuannya menguruskan isi rumah tangga menyusut. Ketika itulah peranan lelaki
diperlukan tapi agak sedikit dan malang apabila lelaki terus terkebelakang.

2.2 Tidak Bertanggungjawab

Juga berkait rapat dengan tidak persis antara pasangan suami dan isteri. Apabila mereka
tidak persis, pasangan mula rasa bosan dan malas untuk berkomunikasi antara satu sama
yang lain. Ini bisa menyebabkan mereka terus meninggalkan tanggungjawab sebagai
seorang suami atau isteri.

Selain itu, sifat tolong-menolong dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama


seperti menjaga anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada si isteri, sedangkan ia adalah
tanggungjawab berasama bagi pasangan suami isteri. Apabila hal seperti ini telah berlaku,
maka jurang yang besar dalam pembahagian urusan rumah tangga akan terjadi dan isteri akan
merasa terbeban dan tertekan dengan kehidupan alam pekerjaan serta keadaan dalam rumah
sendiri.

2.3 Campur Tangan Mertua

8
Blogsport,Persona Pengantin.com, punca Tertinggi Penceraian Berlaku Di Malaysia, Ibid.
Perkahwinan bukan saja bermaksud perkahwinan antara pasangan, malah
perkahwinan juga terjadi diantara keluarga pasangan. Apabila sudah sah menjadi pasangan suami
isteri, sudah tentu keputusan mesti dibuat oleh suami isteri. Namun, amat malang apabila
mertua yang membuat segala pilihan. Ramai yang mengatakan bahawa ibu mertua selalu campur
tangan. Apa saja yang dilakukan oleh menantu dibantah. Terutamanya bagi pasangan yang
tinggal serumah dengan mertua.

Tidak dinafikan juga, jika mertua sebahagian dari pihak ke tiga yang bisa
membawa kepada pergaduhan dan akhirnya membuat kedua pasangan tersebut menemui jalan
penceraian. Sebagai mertua mereka seharusnya tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga
anak-anak mereka. Akan tetapi, mereka seharusnya memberi nasihat yang baik-baik saja kepada
anak-anak yang sudah berkahwin.
KESIMPULAN

Tujuan pernikahan ialah kehidupan yang berpanjangan antar kedua pasangan suami
isteri. Allah s.w.t mensyariatkan banyak hukum hakam dan adab-adab bagi mengekalkan dan
menguatkan hubungan suami isteri. Tetapi kadang adab-adab dan hukum hakam tidak diikuti
oleh sepihak mahupun keduanya. Contohnya tidak mengikuti anjuran agama dalam pemilihan
pasangan atau melanggari adab-adab pergaulan antar suami isteri yang telah ditentukan oleh
Islam. Ini bisa mencipta satu renggang diantar suami isteri dan kerengganan ini semakin hari
semakin besar sampai ianya sudah sukar untuk di pulih. Ketika tidak ada cara lain yang bisa
perbaiki hubungan itu maka Islam menyediakan jalan terakhir untuk keluar dari masalah iaitu
dengan bercerai.

Memang setiap yang berlaku sudah tertulis dalam qada dan qadar, tetapi seperti mana
yang di pegang dalam pegangan ahlul sunnah waljamaah, kita bisa memilih dan mengawal
perlakuan atas setiap gerak geri kita. Makanya kita perlu berusaha untuk menjaga dan
mengekalkan perkahwinan kita sesuai dengan yang dianjurkan dalam agama Islam. Islam
tidak menzalimi siapapun, setiap masalah dan kebutuhan manusia pasti ada jalan dan cara
menyelesaikannya.

Anda mungkin juga menyukai