Anda di halaman 1dari 13

JKA518 / 4

JKA518TG1

PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL


DEVIANCE, CONFLICT AND SOCIAL CONTROL
Academic Session 2021/2022

TUGASAN TG1

Name KOSALYAA A/P SUBRAMANIAM


Matric No. JG/9452/17
IC No. 940530075414
Regional Centre
House :
Phone No.
H/P: 0123103214

940530075414

NOTE :

1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.


AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover

2. Complete all details.

3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer


system.

1
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1 Pengenalan 3

2 Isu keganasan rumah tangga 4-8

3 Cadangan kawalan sosial formal dan tidak formal bagi 9


membendung keganasan rumah tangga dalam masyarakat

4 Penutup 10

5 Rujukan 11

6 Peranan ahli kumpulan 12

2
PENGENALAN

Perkahwinan merupakan salah satu naluri manusia, kerana dengan adanya perkahwinan, tumbuh
rasa saling memberi, memiliki dan saling membantu, sehingga wujud keluarga yang sakinah,
mawaddah dan rahmah. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah merupakan suatu model
keluarga yang diimpikan oleh setiap individu. Perkahwinan merupakan kehidupan bersama dalam
suatu ikatan yang diatur dalam peraturan perundangan dengan tujuan untuk membentuk keluarga
yang bahagia, seperti yang termaktub dalam Fasal 1 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974.

Konsep ikatan perkahwinan dalam Islam adalah berasaskan kasih sayang, hormat menghormati,
hubungan dan interaksi yang baik bukan sekadar antara suami isteri malah dengan kedua-dua pihak
keluarga pasangan. Oleh itu, perkahwinan dan perceraian hendaklah dilakukan dengan cara yang
paling makruf dengan mengikut peraturan tertentu. Oleh sebab perkahwinan/pernikahan bertujuan
membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia dan kekal, bererti dalam rumah tangga itu
seharusnya mempunyai hubungan yang harmonis antara suami isteri dan anggota keluarganya
berdasarkan prinsip saling menghormati (menghargai) dengan baik, tenang, tenteram dan saling
mencintai dengan penuh rasa kasih sayang.

Sebuah rumah tangga yang damai berasaskan kasih sayang merupakan idaman bagi setiap
pasangan suami isteri. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mampu mengharungi alam
rumah tangga menurut syariat Islam yang mereka akhirnya gagal dan berakhir dengan sebuah
perceraian.

3
ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA

Berdasarkan kepada klip video yang ditunjukkan menerusi link


inihttps://www.youtube.com/watch?v=4M7taDLKuOk, berdurasi 13.38, terdapat isu-isu
kekeluargaan yang dipertontonkan. Perkahwinan dan keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu
yang luar biasa lagi bagi masyarakat di seluruh dunia amnya dan masyarakat di Malaysia khasnya.
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam dan
hampir semua institusi kekeluargaan di Malaysia ini mengamalkan budaya hidup kekeluargaan
islam, namun setiap perkara yang ditentukan oleh Allah di muka bumi ini ialah berpasangan
termasuklah perkahwinan yang berpasangankan keganasan rumah tangga.

Menurut hasil kajian yang telah dilakukan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, punca keganasan
rumah tangga yang sering berlaku ialah tiadanya persefahaman di antara suami dan isteri.
Walaupun sebelum ini mereka telah bercinta bertahun-tahun lamanya, namun apabila mereka
memasuki alam berumah tangga seakan-akan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Hal
ini sering kali berlaku bagi setiap pasangan kerana timbulnya ketidakfahaman antara satu sama
lain dalam menentukan sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu keputusan. Masalah ini akan
bertambah rumit apabila seorang suami ataupun seorang isteri itu tidak mahu mengalah dalam
membuat keputusan. Akhirnya satu keputusan sahaja yang akan mendapat persetujuan kedua-dua
belah pihak iaitu perceraian. Antara sebab yang lain pula ialah, kurangnya ilmu berumah tangga.
Walaupun sebelum mendirikan rumah tangga setiap pasangan perlu menghadiri dan mengikuti
kursus perkahwinan, namun ilmu untuk berumah tangga bukanlah suatu ilmu yang akan kita
perolehi dengan mudahnya apabila kita hanya menghadiri kursus perkahwinan tersebut. Ramai
yang beranggapan bahawa perkahwinan itu adalah sesuatu yang mudah dengan hanya perlu
melafazkan akad nikah sahaja, tetapi sebenarnya perkahwinan ataupun mendirikan rumah tangga

4
memerlukan ilmu yang banyak dan banyak yang perlu dipelajari apabila ingin mendirikan rumah
tangga. Apabila kurangnya ilmu rumah tangga dan di tambah pula tiadanya persefahaman antara
suami dan isteri, maka perceraian lah jalan penyelesaiannya dan perceraiaan juga dikatakan
langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Sebenarnya, banyak lagi punca-punca
berlakunya keganasan rumah tangga rumah tangga iaitu suami ataupun isteri mementingkan diri
sendiri, suami atau isteri menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki dan wanita yang lain,
dipengaruhi pihak ketiga seperti keluarga atau orang yang berpengaruh, suami atau isteri yang
tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Merujuk kepada punca-punca ini, tidak sepatutnya kita
menyalahkan sesiapa kerana apabila seseorang lelaki dan seseorang perempuan itu telah
berkahwin, maka tidak sepatutnya timbul perasaan mementingkan diri sendiri dan sepatutnya
mereka telah sedar akan tanggungjawab masing-masing apabila telah hidup bersama untuk
memastikan perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan bukanlah perceraian yang dipinta.

Kes keganasan rumah tangga sahaja yang berlaku ditonjolkan dalam video you tube
dipaparkan juga adalah sangat mencemaskan. Pernah ada kes Laporan Berita Harian 15 Oktober
2019 melaporkan kes pembunuhan kejam seorang suami yang memotong isterinya kepada 8
bahagian berpunca daripada masalah rumah tangga. Kes seperti ini menjadi bukti masalah rumah
tangga semakin parah di Malaysia. Bukan hanya keganasan rumah tangga malah turut membawa
kepada pembunuhan kejam. Oleh itu, semua inisiatif untuk membendung masalah rumah tangga
yang boleh membawa kepada keganasan rumah tangga perlu menjurus kepada penyelesaian
masalah utama iaitu sikap ataupun personaliti suami isteri, masalah kewangan dan keganasan
rumah tangga. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan purata
kes perceraian yang direkodkan sepanjang tahun 2014-2017 adalah sebanyak 50,978 kes setahun
bagi pasangan Islam, manakala pasangan bukan Islam dalam tempoh yang sama adalah 9,933 kes
setahun. Berdasarkan statistik mengikut negeri pula, bagi tahun 2017, Selangor mencatat kes
tertinggi dengan 12,204 kes seterusnya Johor dengan 4,588 kes, Kelantan 3,652 kes dan Kedah
3,474 kes. Punca utama keganasan rumah tangga adalah sikap dan personaliti pasangan suami
ataupun isteri. Suami atau isteri yang tidak bertanggungjawab, tiada persefahaman, panas baran
serta curang. Menurut Perunding Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah,
kebanyakan yang tergamak berlaku curang dalam perkahwinan adalah kaum suami. Fakta itu
dijelaskan menerusi purata 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya.
Sebanyak 8/10 kes adalah suami curang. Malah akhbar Sinar Harian turut melaporkan kes suami

5
curang sehingga sanggup bersetubuh dengan wanita lain selepas selamat mengerjakan haji. Selain
itu, sikap tidak bertanggungjawab juga sering dijadikan punca keganasan rumah tangga sebagai
contoh berita yang dilaporkan di dalam berita Astro Awani yang bertarikh 11 Julai 2019, suami
yang tidak bekerja sanggup menceraikan isterinya disebabkan isteri baru lebih berkemampuan
berbanding isteri lama walhal suami yang sepatutnya menanggung beban tersebut. Sikap serta
kefahaman yang kurang terhadap tanggungjawab suami isteri punca utama keganasan rumah
tangga berlaku (Shafiyah, 2020).

Kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes keganasan rumah tangga di negara
ini adalah dalam kalangan orang Islam. Penasihat One Stop Crisis Centre Hospital Universiti Sains
Malaysia, Prof Madya Siti Hawa Ali berkata, perkara tersebut merupakan masalah berat yang
sangat membimbangkan. Ada lebih 50,000 kes keganasan rumah tangga di negara ini misalnya,
sebanyak 40,000 adalah orang Islam. Di satu pihak kita rasa orang Islam ada ruang sebab Tuhan
izinkan meskipun Tuhan tidak suka tapi diizinkan perceraian. Tapi pada masa sama kita harus lihat
kenapa orang tidak boleh cuba menghadapi perkahwinan ini dengan sifat lebih baik (Sinar Harian
Online, 5 Mei 2020).

Isu keganasan rumah tangga bukan sahaja penderaan fizikal tetapi mental juga sewajarnya
diberikan perhatian kritikal oleh semua pemegang taruh samada Kerajaan mahupun NGO.
Kerajaan sewajarnya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas seperti mana jawatankuasa khas Hak
Asasi Manusia dan Kesetaraan Gender ditubuhkan. Hal ini bagi memastikan setiap libat urus serta
cadangan yang dikemukakan sewajarnya diberi perhatian penuh agar perlaksanaannya tidak
mengambil masa yang lama untuk digerakkan. Selain itu, setiap inisiatif yang dijalankan
sepatutnya memfokuskan ke arah penyelesaian masalah utama keganasan rumah tangga. Ia
seharusnya diuar-uarkan dalam skala yang lebih besar supaya inisiatif ini dapat dimanfaatkan oleh
sebahagian besar masyarakat sekaligus mampu dijadikan platform sebagai penyelamat kepada
masalah keganasan rumah tangga yang serius.

Perselisihan dan ketidak kesefahaman yang selalu berlaku di antara suami dan isteri
menjadi salah satu sebab berlakunya pertengkaran dan pergaduhan. Jika keadaan ini sudah tidak
dapat dikawal, lelaki akan lebih mudah naik tangan (Raihanah Abdullah, 2013). Wujud perasaan
cemburu pasangan yang berlebihan turut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada
berlakunya bibit-bibit keganasan rumah tangga dalam masyarakat. Fenomena ini menjadi lebih

6
kronik apabila pihak suami atau isteri tidak mengambil inisiatif untuk menjaga batas dan bebas
dalam pergaulan mereka sewaktu keluar bekerja kerana boleh mengakibatkan berlakunya
keganasan rumah tangga (Roslee, 1999).

Teknologi komunikasi maklumat (ICT) berperanan membangunkan dan membina tamadun


baru manusia sejagat namun sebaliknya memberi impak negatif jika disalahgunakan (Zulkiple,
2001). Penyalahgunaan kecanggihan ICT seperti penggunaan Facebook kini dikenalpasti sebagai
salah satu punca timbulnya beberapa kes keganasan rumah tangga. Menurut Peguam syarie
daripada Jabatan Bantuan Guaman Kuching, Mohd Zamri Abdul Hazis menjelaskan bahawa
terdapat dua kes keganasan rumah tangga di Bintulu dan satu kes di Kuching berlaku berpunca
daripada penggunaan laman sosial iaitu Facebook. Menurut beliau, perbuatan mendedahkan hal
berkaitan rumah tangga di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja memalukan pihak lain
(suami atau isteri) tetapi menjadi punca yang mampu menjurus kepada keruntuhan perkahwinan
(Abe Sophian et.al, 2014). Pakar psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof.
Madya Dr. Mariani Mohd Nor berkata bahawa aplikasi seperti WhatsApp kini menjadi platform
bagi pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga (Berita
Harian, 2016). Implikasinya, teknologi yang semakin berkembang ini turut menjadi faktor yang
menyumbang kepada pembentukan konflik isu keganasan dalam rumah tangga. Fasakh merupakan
antara kaedah keganasan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri. Kajian
bertajuk “Fasakh di dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri
Terengganu) Tahun 1985 di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu” telah menganalisis kes-kes
fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dari tahun 2000 hingga 2009 serta faktor
berlakunya fasakh dalam kalangan masyarakat Islam di Terengganu. Kajian mendapati faktor
utama berlakunya kes fasakh adalah disebabkan penglibatan penggunaan dadah dan juga berlaku
poligami yang tidak direstui (Nur Juwariyah Binti Mohammed, 2011).

Selain itu, keganasan rumah tangga turut berlaku ekoran sebab-sebab yang remeh dan sukar
diterima akal seperti tiada keserasian, berbeza fahaman politik, suami keluar bekerja tidak tentu
masa, pasangan terlalu cerewet dan sebagainya. Kebiasaannya, masalah-masalah ini muncul
kerana wujudnya perasaan dendam dan marah yang menyebabkan berlakunya pertengkaran dan
pertelingkahan (Mohd Saleh, 2009). Ahmad Rezuwan (2003) menyatakan bahawa punca utama
keganasan rumah tangga ialah kegagalan pasangan suami isteri memikul tanggungjawab dalam

7
keluarga. Sebagai contoh, suami telah terjerumus dengan kegiatan maksiat atau tidak bermoral
seperti berjudi, minum arak dan pelacuran. Dalam hal ini, rumah tangga pasti akan porak peranda
kerana suami gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Selain itu, terdapat
juga kes-kes isteri yang ingkar dengan perintah suami atau isteri gagal melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang ibu atau suri rumah. Hal ini menyebabkan berlakunya krisis
rumah tangga yang akhirnya membawa kepada keganasan rumah tangga.Selain itu,
JAKIM(Bahagian Informasi Islam, 1998c) turut menyenaraikan punca-punca lain untuk kes
keganasan rumah tangga. Antaranya ialah poligami,cemburu,masalah seksual, pendapatan tidak
mencukupi,cerewet,kekerasan, dan pelbagai masalah lain yang mendorong berlakunya masalah
keganasan rumah tangga dalam keluarga. Punca keganasan rumah tangga yang dikemukakan ini
kebanyakannya datang dari diri suami atau isteri itu sendiri. Perkara ini selaras dengan pendapat
C.Wright Mills(1959) yang menyatakan bahawa masalah sosial yang berlaku itu peratusannya
lebih tinggi berpunca daripada kegagalan diri sendiri berbanding dengan kegagalan fungsi
masyarakat. Dalam hal ini, Mills mengambil contoh kes kemiskinan, beliau menyatakan bahawa
kemiskinan itu berpunca daripada individu itu mempunyai kurang kemahiran atau tidak mahu
mencuba untuk memajukan diri. Bagi kes keganasan rumah tangga, banyak punca datangnya dari
diri suami dan isteri itu sendiri dan ini selari dengan pendapat Mills. Oleh hal demikian, dapatlah
dirumuskan bahawa dari aspek punca kes keganasan rumah tangga ini telah menepati ciri masalah
sosial yang telah ditetapkan.

Menurut Jones(1981), faktor kerendahan umur perkahwinan pertama merupakan faktor yang
menyebabkan peningkatan kadar keganasan rumah tangga. Beliaun memerhatikan hubungan
antara umur perkahwinan pertama dengan keganasan rumah tangga dan beliau mendapati kadar
keganasan rumah tangga cenderung untuk menurun apabila umur kahwin pertama meningkat.
Secara umumnya, usia perkahwinan pertama mempunyai hubungan negatif dengan keganasan
rumah tangga. Apabila pasangan perkahwinan pada peringkat usia yang muda, secara relatifnya
mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan mereka juga masih lagi kurang matang
dalam mengendalikan urusan rumah tangga. Menurut Che Hashim(2006), pasangan muda juga
berkecenderungan untuk bergantung kepada ibu bapa atau mentua dalam hal kewangan dan
perbelanjaan urusan rumah tangga pasangan. Perkara ini kadangkala menambahkan lagi masalah
yang dihadapi oleh pasangan dan ini boleh menyebabkan keganasan rumah tangga.

8
Satu lagi faktor yang tidak dapat dinafikan mengenai punca keganasan rumah tangga ini ialah
permasalahan berkaitan nafkah batin. Terdapat sebilangan suami yang mempunyai masalah
kesihatan batin dan mula bersikap dingin dengan isterinya dalam perkara berkaitan nafkah batin.
Wujud juga suami yang besikap dingin kerana faktor peningkatan usia sedangkan isterinya pula
jauh lebih muda. Terdapat juga isteri yang bersikap negatif dalam hubungan kelamin ini kerana
faktor yang tidak dapat dielakkan atau disengajakan seperti faktor usia yang lanjut atau isteri
enggan hamil terlalu kerap untuk menjaga potongan tubuh badan. Dengan berlakunya perkara
seperti ini maka berlakulah keganasan rumah tangga disebabkan ketidakpuasan seks dalam
kalangan suami isteri. Tidak keterlaluan jika dikatakan fenomena ini banyak menimbulkan
keresahan banyak pihak, terutamanya Jabatan Agama Islam.

CADANGAN KAWALAN SOSIAL FORMAL DAN TIDAK FORMAL BAGI


MEMBENDUNG KEGANASAN RUMAH TANGGA DALAM MASYARAKAT

Kawalan sosial formal seperti pengurusan dan perlindungan mangsa keganasan rumah
tangga adalah berdasarkan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT). Akta ini telah
mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1996. Ianya memberi perlindungan kepada mangsa keganasan
rumahtangga samada ada melalui Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan
yang dikeluarkan oleh mahkamah atau penempatan sementara di tempat selamat yang telah
diluluskan oleh YB Menteri. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi mengelakkan isu
keganasan rumah tangga. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membawa masalah
rumah tangga itu kepada kaunselor yang lebih arif dan mahir mengenai isu rumah tangga itu. Setiap
pasangan juga seharusnya cuba untuk lebih memahami sikap pasangan masing-masing agar tidak
timbulnya masalah ketidakfahaman antara satu sama lain. Di samping itu juga, setiap pasangan
perlulah sentiasa bertolak ansur, berkerjasama, saling bantu membantu agar keakraban hubungan
sebagai suami isteri akan bertambah akrab dan wujudnya perasaan kasih sayang yang amat dalam
bagi kedua-dua pasangan tersebut. Setiap pasangan juga hendaklah mempunyai matlamat untuk
mewujudkan perkahwinan yang bahagia hingga kekal ke akhir hayat. Persediaan sebelum
berkahwin juga amatlah perlu kerana dengan adanya persediaan awal sebelum kahwin dengan
mendalami ilmu- ilmu berumah tangga dari segi jiwa dan minda supaya ikatan perkahwinan itu
dapat dijaga dengan baik tanpa timbulnya isu keganasan rumah tangga antara kedua pasangan

9
tersebut. Dari sudut yang lain pula ialah, setiap pasangan haruslah berfikir menggunakan akal dan
bukanlah bertindak mengikut perasaan yang boleh dikawal dan dipengaruhi oleh syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu akan ketawa apabila umat islam bercerai-berai dan berpecah-belah.
Seharusnya setiap pasangan itu harus bertindak menggunakan fikiran agar setiap permasahalan itu
tidak akan berakhir dengan perceraian. Langkah lain yang boleh diambil oleh setiap pasangan bagi
menjaga keluarganya daripada mengalami isu keganasan runah tangga ialah dengan sentiasa
bersabar dan sentiasa bersikap adil serta menerima setiap pasangan itu apa adanya. Setiap
pasangan itu juga mestilah selalu mengamalkan ucapan cinta, maaf dan ucapan berterima kasih
agar perasaan kasih sayang itu akan sentiasa bertambah lantas mengukuhkan institusi kekeluargaan
itu. Maka, dengan adanya langkah-langkah tersebut ia akan lebih mengukuhkan sesebuah institusi
kekeluargaan itu dan tidak akan wujudnya masalah penderaan fizikal dan mental ini di antara
suami dan isteri.

PENUTUP

Golongan muda mahupun yang berkahwin banyak meluangkan masa di internet dengan melayari
‘facebook’, ‘what apps’, ‘we chat’, ‘twitter’, ‘Instagram’ dan banyak lagi aplikasi laman sosial
yang menyebabkan golongan ini mudah terpengaruh dengan informasi yang disalurkan melalui
perkongsian dengan rakan-rakan sama ada dalam bentuk imej, video dan teks. Kerajaan sepatutnya
menyalurkan informasi maklumat melalui rangkaian jaringan ini dari semasa ke semasa tanpa
perlu membuang masa, tenaga dan wang yang banyak. Sekiranya informasi yang diberikan
berguna dan dapat menyentuh hati golongan muda. Tidak dinafikan bahawa masalah keganasab
rumah tangga dapat ditangani dengan kadar segera.

10
RUJUKAN

Ahmad Ibrahim. (1999). Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan
Law Journal Sdn Bhd.

Asnawi, S. (2002). Teori motivasi. Jakarta. Studia press.

Berita Harian, 20 Mac 2010.

Goldenberg & Goldenberg (2002). Family Therapy: An Overview. Amazon.com.

Mat Noor Mat Zain, Norhoneydayatie Abdul Manap & Zuliza Mohd Kusrin. (2014). Hak Wanita
Mengadakan Syarat Semasa Pembentukan Perkahwinan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Milliren, A., & Barrett-Kruse, C. (2002). Four phases of Adlerian counseling: Family resilience in
action. The Journal of Individual Psychology, 58, 225-234.

Utusan Melayu, November 2011.

Wahbah al-Zuhayli. (1987). al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, juzuk 7. Damsyik: Dar al-Fikr.

Wan Anor Wan Sulaiman & Risalshah Latif. (2014). Kaunseling Keluarga: Isu Dan Cabaran.
Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Universiti Malaysia Sabah.

Yupi Supartini. (2004). Buku Ajar Konsep Dasar Keperawatan Anak. Jakarta. EGC.

Zulkifli Dahalan. (2002). Nusyuz Suami: Konsep Dan Penyelesaiannya. Dibentangkan di


Kolokium Akademik, UiTM Cawangan Pulau Pinang, November 2002.

Zulkifli Dahalan. (2003). Krisis Rumahtangga Di Kalangan Pasangan Islam: Kajian Terhadap Kes-
Kes Yang Dilaporkan Di Mahkamah Syariah Bukit Mertajam. Academic Journal Esteem,
Volume 1 2003. Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.

Zulkiple Abd. Ghani. (2003). Bapa sebagai ketua keluarga; Hubungannya dengan realiti pekerjaan
masa kini. Majalah Sinar Rohani, Oktober 2003.

https://www.youtube.com/watch?v=4M7taDLKuOk, berdurasi 13.38

11
PERANAN AHLI KUMPULAN

NAMA/NO KOSALYAA A/P SUBRAMANIAM

MATRIK
JG9452/17

KETUA: Tugasan:

NAMA: Sebagai ketua kumpulan, tugas-tugas saya adalah seperti berikut:

1. Memberikan jadual dan arahan tugasan kerja bagi setiap ahli

2. Membuat pengenalan tugasan


NO MATRIK:
3. Kajian literatur (LR)

4. Mengumpul, menyusun atau compile setiap tugas yang dibuat

oleh setiap ahli

NAMA: Tugasan:

Saya diberikan tugas oleh ketua kumpulan dalam tugasan ini, dan

tugas-tugas itu adalah seperti berikut:


NO MATRIK:

1. Statistik dan perangkaan berkenaan skop kajian

2. Mencari maklumat

3. Analisis penulis

12
13

Anda mungkin juga menyukai