Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN KES : TALAK

PENDIDIKAN ISLAM
A 06300

NAMA AHLI KUMPULAN NO.KAD


PENGENALAN
AIDEE NOR HILMI BIN AHMAD DANI 050430-01-0563

MUHAMMAD DANIAL ZULQARNAIN

SYAHBIL HAZIQ

NAMA PENSYARAH: PUAN NURUL AIN


BIL. ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan

2. Laporan Kes

3. Faktor / Punca Talak

4. Kesan dan Akibat Talak

5. Cadangan Penyelesaian

6. Rumusan

7. Sumber rujukan
PENGENALAN
DEFINISI TALAK
Bahasa : cerai atau melepaskan ikatan.

Istilah : merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi
makna keduanya.

HUKUM TALAK

Islam mengharuskan talak sebagai jalan penyelesaian terakhir dalam masalah rumah
tangga.Namun Allah SWT sangat membenci perbuatan talak.

DALIL

Dalil dibolehkannya talak adalah firman Allah Swt surah al-Baqarah [2]: 229 serta surah at-
Thalaq [65]: 1,

ِ ‫ُوف َأ ْو تَس‬
ٍ ‫ْري ٌح بِِإحْ َس‬
‫ان‬ ٌ ‫ان فَِإ ْم َسا‬
ٍ ‫ك بِ َم ْعر‬ ُ ‫الطَّاَل‬
ِ َ‫ق َم َّرت‬
“Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf
atau menceraikan dengan cara yang baik.” 
LAPORAN KES

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kehidupannya apabila
perlu menanggung derita sepanjang tempoh perkahwinan bersama suami.

Dia mendakwa terpaksa menanggung suami temasuklah perbelanjaan harian


keluarga disebabkan sikap pemalas pasangannya itu.

Perkara ini dikongsikan semula oleh seorang pakar motivasi, Akhtar Syamir
menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

Melihat pada tangkap layar kiriman mesej yang dihantar wanita terbabit, dia memaklumkan
suaminya itu sanggup ‘mencuri’ mas kahwin yang telah diberi kepadanya sehingga
menyebabkan wanita itu bertekad untuk berpisah sejak dua tahun lalu.

“Sepanjang nikah dengan dia, duit saya yang keluarkan, duit saya dia guna, duit mas kahwin
RM10,000 pun dia guna, kakak dia gunakan saya, masih ada hutang tak diselesaikan,”
kongsinya di kiriman mesej.

Jelas wanita itu lagi, disebabkan tidak dapat menggunakan taklik dan fasakh, dia terpaksa
memohon kaedah tebus talak.

“Saya tanggung makan minum dia, saya nikah 2018, 2022 saya failkan cerai, taklik dan
fasakh tak lepas, jadi saya mohon cerai cara biasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila suaminya ingin meminta
RM10,000 selain melarang untuk menuntut sebarang hutang sepanjang perkahwinan
mereka.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana perlu berhabis wang berpuluh-puluh ribu demi
mendapat keadilan terhadap dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan
mendoakan agar dia terus tabah menempuh ujian hidupnya.

.
FAKTOR DAN PUNCA TALAK

1. TIADA PERSEFAHAMAN ANTARA SUAMI DAN ISTERI

Isteri tidak faham tugas seorang suami. Suami juga tidak mahu memahami tugas seorang
isteri. Masing-masing berkerja. Masing-masing penat. Masing-masing buat hal sendiri
walaupun sudah ada anak.

2. KELEMAHAN DALAM KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu kemestian dalam perkahwinan. Komunikasi yang harmoni


menjadikan perkahwinan tersebut lebih bahagia dan saling memahami. Namun
begitu,kealpaan dalam komunikasi menjadikan perkahwinan tersebut hambar dan tiada roh.
Komunikasi yang lemah boleh membuatkan pasangan salah sangka terhadap sesuatu isu
yang menyebabkan perbalahan. Perbalahan yang berpanjangan dan tidak terkawal akan
mencetuskan perceraian.

3. MASALAH SEKSUAL

Mengikut Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2011, masalah seksual adalah antara
punca perceraian tertinggi di Selangor. Ini diakui oleh Lembaga Pembangunan, Penduduk,
Perancangan dan Keluarga Negara yang mengatakan bahawa masalah seksualiti dalam
kalangan pasangan di Malaysia merupakan punca perceraian. Masalah seksual tersebut
adalah seperti pra ejukulasi dan mati pujuk. Masalah seksual yang serius dan tidak dirawat
boleh menyebabkan perceraian berlaku dalam rumahtangga.

4. PENGURUSAN DAN MASALAH KEWANGAN

Masalah kewangan selalunya menjadi isu terbesar di dalam perkahwinan. Ia menjadi lebih
rumit bila pasangan berbelanja melebihi dari pendapatan yang diperoleh. Situasi ini akan
menjadi lebih tidak terkawal apabila pasangan tersebut mempunyai hutang yang banyak dan
tidak dapat menampung hutang tersebut dengan berhemah. Masalah kewangan yang
runcing ini boleh mencetuskan konflik sehingga mencetuskan perpisahan.

5.
KESAN TALAK

KESAN TERHADAP PASANGAN


 
1. Gangguan jiwa
2. Konflik kewangan
3. Hilang keyakinan diri
4. Perasaan bersalah
5. Rendah diri

KESAN TERHADAP ANAK

1. Kehilangan kasih sayang


2. Sikap negatif
3. Perpisahan dengan adik-beradik
4. Rasa tidak selamat
5. Hilang tumpuan pada pelajaran
CADANGAN MENGELAKKAN PENCERAIAN

1. Komunikasi, komunikasi dan komunikasi

Kerapkan berkomunikasi bersama teman hidup anda kerana dalam rumah tangga,
percakapan sesama sendiri mengukuhkan lagi perhubungan apabila kita berkongsi
pendapat, perasaan dan masalah.
 
2. Meminta maaf dan cepat memaafkan kesalahan yang dilakukan

Jika berlaku pertelingkahan atau salah faham, segeralah untuk meminta maaf dan berjanji
untuk tidak mengulanginya lagi. Patuh pada janji dan  ikrar semasa saat pernikahan. Jika
pasangan anda meminta maaf, segeralah memaafkan dan berbaik semula.
 
3. Setia, jujur dan hormat

Ketiga-tiga ini amatlah penting dalam setiap perhubungan demi menjaga ikatan itu agar
kekal lama dan tidak berakhir dengan penceraian. Jangan sesekali curang dengan
pasangan anda kerana buruk padahnya jika ada orang ketiga.
 
4. Tolak pemikiran tentang cerai

Jika anda menghadapi masalah dalam rumah tangga, elakkan dari memikirkan tentang
penceraian. Cuba berhadapan dengan masalah itu dan tanganinya dengan jalan yang baik.
Fikirkan dahulu tentang anak-anak dan kesannya jika bercerai.
 
5. Kongsi dan tangani masalah kewangan bersama

Sememangnya suami adalah ketua keluarga yang wajib untuk menyara isi keluarga.
Namun, jika si suami mempunyai masalah kewangan, si isteri hendaklah bersama untuk
menyelesaikannya. Bantu meringankan beban dengan ikhtiar menjalankan bisnes kecil-
kecilkan atau alternatif untuk kembali bekerja. Tidak salah jika isteri bantu suami, atau
sebaliknya. Bukannya angkat kaki dan tinggalkannya saja.
RUMUSAN

Perceraian mahu pun perpisahan adalah satu tragedi yang boleh berlaku di alam
perkahwinan. Rentetan dari kejadian ini boleh menjadi satu trauma emosi seandainya
individu tersebut tidak dapat mengawal dan tidak tahu cara untuk mengatasinya. Perceraian
dan perpisahan yang berlaku antara ibu dan bapa boleh meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap kanak-kanak sehingga membantutkan proses pendewasaan kanak-
kanak itu sendiri.
RUJUKAN

1. MODUL PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 3 TAHUN 2022


2. http://www.myhealth.gov.my/perceraian-dan-perpisahan/
3. https://duniapesantren.com/pengertian-talak/
4. BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
5. https://www.kosmo.com.my/2022/07/01/isteri-tuntut-cerai-penat-tanggung-suami-
diminta-rm10000-tebus-talak/

Anda mungkin juga menyukai