Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

PENGHARGAAN
1.0

PENGERTIAN DAN HURAIAN


1.1 PENGERTIAN AL-URF
1.2 PENGERTIAN

2
3

AL-;AADAH
1.3 PEMBAHAGIAN
AL-URF DALAM SYARIAT

ISLAM
1.4 HUBUNGAN ANTARA
7

URF DAN ADAT


2.0 DALIL KAEDAH

3.0 PERCANGGAHAN ANTARA


URF DENGAN NAS BOLEH

BERLAKU DALAM DUA KEADAAN


4.0 SYARAT-SYARAT KEHUJAHAN

11

URF
5.0 PECAHAN KAEDAH DAN

12

HUKUM-HUKUM FURU
6.0 HUKUM BERAMAL ENGAN

15

URF DAN ADAT


7.0 KESIMPULAN

16

8.0 BIBLIOGRAFI

18

9.0 LAMPIRAN

19

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T yang telah
memberikan taufiq dan hidayah kepada hamba-hambanya, selawat dan salam
kepada pimpinan agong Nabi Muhammad (s.a.w) yang telah memimpin umat
manusia ke jalan kebenaran dan jalan yang direstui oleh Allah untuk keamanan dan
kebahagiaan sejagat.
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya kerana diberi kekuatan
dan kemudahan untuk menyiapkan tugasan Pengajian Fiqh di bawah tajuk Adat
dijadikan sebagai rujukan hukum ini dengan sebaik mungkin, Insyaallah. Setinggitinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Ustaz Asas Bin
Awang yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan kepada kami dan rakanrakan kelas yang lain.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat teman-teman seperjuangan dari
unit K18 yang lain yang turut membantu dalam mencari idea bagi menyempurnakan
tugasan ini. Hasil kerjasama dan perbincangan bersama kalian memudahkan saya
untuk menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
yang membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan
tugasan ini dan mudah-mudahan ilmu yang diperoleh sepanjang menyiapkan
tugasan ini dapat digunakan dengan baik.

Semoga tugasan ini sama-sama dapat memberi manfaat kepada kita.


Terima Kasih.

Kaedah kelima :

Adat dijadikan sebagai rujukan hukum


1.0

PENGERTIAN DAN HURAIAN

1.1

PENGERTIAN ALURF
Al-urf,secara harfiyah bererti suatu keadaan, ucapan, perbuatan,

atau ketentuan yang dikenal manusia dan telah menjadi tradisi untuk
melaksanakannya atau meninggalkannya.



Urf adalah apa yang dikenal oleh manusia dan mengulang-ngulangnya
dalam ucapannya dan perbuatannya sampai hal tersebut menjadi biasa
dan berlaku umum.
Takrifan al-urf dari sudut bahasa arab ialah ma'rifah (pengetahuan) dan
maksudnya disesuaikan kepada sesuatu yang ma'ruf dan sikap yang
dianggap baik oleh akal yang sejahtera. Al-Quran telah menggunakan
al-urf dengan pengertian sesuatu yang maruf seperti firman Allah s.w.t.
dalam surah al-Araaf, 7:199

Maksudnya: Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta
jangan pedulikan orang-orang yang jahil.
Para ulama mempunyai pelbagai takrifan mengenai urf dari segi istilah,
Antara takrif tersebut urf adalah setiap yang tetap dalam diri dari sudut pandangan
akal dan diterima oleh tabiat yang baik. Jurjani pula mentakrifkan urf sebagai
setiap yang tetap dalam diri dengan disaksikan oleh akal dan diterima oleh tabiat
yang baik. Dan Sayyid Salih Awad mentakrifkan urf itu sebagai setiap yang tetap
dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik dan sentiasa
dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh syarak. Menurut Mustafa Ahmad al2

Zarqa urf itu sebagai adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan
atau amalan Abdul Karim Zaidan mentakrifkan urf sebagai setiap (perkataan dan
perbuatan) yang biasa dalam masyarakat akan menjadi adat serta menjadi ikutan
dalam kehidupan. Urf juga ditakrifkan sebagai perkara yang tetap di dalam diri
manusia dari segi akal fikiran dan diterima baik oleh tabiat yang sejahtera

1.2

PENGERTIAN AL-AADAH

Secara bahasa, al-aadah diambil dari kata al-awud ( )atau almuawadah ( ) yang ertinya berulang-ulang ( ). Adapun
definisi al-aadah menurut Ibnu Nuzhaim adalah:

Sesuatu ungkapan dari apa yang terpendam dalam diri perkara yang
berulang-ulang yang boleh diterima oleh tabiat (perangai) yang sihat
Abdul Karim Zaidan mendefinisikan al-aadah sebagai pengulangan
sesuatu dan kebiasaan yang dilakukan berulang-ulang hingga dia melekat
dan diterima dalam benak orang-orang
Jelasnya dari takrif di atas bahawa adat pada istilah mempunyai
suatu pengertian yang lebih umum berbanding urf kerana ia mempunyai
suatu pengertian yang syumul dan luas ruang lingkupnya termasuklah
mencakupi adat yang lahir dari faktor tabie, adat individu dan adat orang
ramai.

1.3

PEMBAHAGIAN AL- URF DALAM SYARIAT ISLAM


Al-aadah yang juga dikenali dengan urf menurut jumhur ulama

fuqaha dapat ditakrifkan dengan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan


oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga

sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah, sama ada
urf itu qauli atau amali, am atau khas, sohih atau fasid.

urf qauli

urf amali

urf am

urf khas

urf sohih

urf fasid

Jadual 1 : Pembahagian urf


Maka urf qauli, ialah penggunaan sesuatu perkataan atau ayat di
kalangan sesetengah masyarakat yang berbeza dengan makna asal. Ia
dapat

difahami

secara

spontan

tanpa

memerlukan

perantaraan,

penunjuk(qarinah) atau pengamatan. Perkataan-perkataan yang menjadi


kebiasaan untuk maksud-maksud tertentu yang berbeza dengan maksud
asal perkataan-perkataan tersebut seperti perkataan walad ()
digunakan pada urf untuk kanak-kanak lelaki sahaja sedangkan maksud
asalnya merangkumi lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan perkataan
al -Laham(daging) yang pada urf adalah semua jenis daging kecuali
daging ikan. Sedangkan maksud asalnya merangkumi semua jenis daging.
Jika seseorang itu bersumpah tidak akan memakan daging, ia tidak kira
melanggar sumpahnya atau berdosa dengan memakan ikan. Ini kerana
urf perkataan tidak menamakan ikan sebagai daging.
Urf amali pula seperti perbuatan atau amalan yang sudah menjadi
kebiasaan manusia. Perbuatan atau amalan tersebut sama ada dari segi
kegiatan biasa atau kegiatan kemasyarakatan. Maksud kegiatan biasa
adalah kegiatan yang bersangkutan dengan kehidupan biasa tanpa
melibatkan akad dan hak seperti makan, minum, pakaian,dan sebagainya.
Maksud kegiatan kemasyarakatan pula ialah kegiatan yang bersangkutan
dengan akad dan hak seperti nikah, jual beli, rampasan, dan lain-lain.
Contoh urf amali ialah dari segi kegiatan biasa ialah kebiasaan
masyarakat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Contoh
4

bagi urf amali dari segi urusan kemasyarakatan ialah kebiasaan penjual
di sesetengah tempat menghantar barangan jualan yang berat ke
kediaman pembeli dan kebiasaan masyarakat berjual beli tanpa lafaz ijab
dan qabul.
Urf am ialah perbuatan atau perkataan yang menjadi kebiasaan
bagi seluruh penduduk semua negara Islam sama ada ia baru atau lama,
atau dengan kata lain urf am ialah sesuatu perkara yang sentiasa
diamalkan oleh seluruh umat Islam. Contohnya ialah seperti lafaz talak
yang digunakan untuk perceraian ikatan perkahwinan oleh seluruh umat
Islam walaupun pada asalnya tidak bermaksud untuk tujuan tersebut
sahaja.
Urf khas pula ialah perkara-perkara yang menjadi kebiasaan
sesebuah

negara,masyarakat

atau

kumpulan-kumpulan

tertentu.

Ia

berbeza mengikut keadaan dan situasi yang mempengaruhinya. Contoh


urf khas ialah kebiasaan masyarakat Islam melayu tidak berkasut di
dalam rumah dan menganggap perbuatan memakai kasut di dalam rumah
sebagai tingkah laku yang kurang sopan.
Urf sahih ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia dan
tidak bertentangan dengan nas syarak, ijmak, maslahah, dan tidak
membawa kepada kemudaratan. urf sahih ini mungkin berdasarkan dalil
syarak seperti kewajipan suami memberii nafkah makanan dan pakaian
kepada isteri mengikut kemampuan, Perkara ini disebut oleh Allah dalam
al-Quran surah Al- Baqarah ayat 233:











Maksudnya : Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua
tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban
ayah memberii makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf.
Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah
seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah
kerana anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin
menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan,
maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh
orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberiikan pembayaran
menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha
Melihat apa yang kamu kerjakan.
Contoh urf sahih ialah jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul adalah
urf sahih kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana nas al-Quran
dan as-Sunnah. Urf sahih juga merangkumi banyak perkara yang
merupakan urf di zaman Jahiliyyah dan selepas itu diakui oleh Islam
seperti al-Diyah dan al-Salam. Kemungkinan juga urf sahih tidak
berdasarkan kepada dalil syarak tetapi ianya membawa kepada kebaikan
dan dapat menjauhi kemusnahan seperti urf dalam pertunangan, iaitu
pihak lelaki menghadiahkan cincin, pakaian, dan sebagainya kepada pihak
perempuan dan ianya tidak dikira sebagai mahar ( mas kahwin).
Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi
bertentangan dengan syarak atau sesuatu yang menghalalkan perkara
yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. Urf fasid juga adalah
setiap yang menyalahi syarak dan membawa kemudaratan kepada
manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan seperti pinjaman
yang berbentuk riba sama ada daripada bank atau individu, permainan
berbentuk perjudian, pelacuran, dan sebagainya. Walaupun kegiatankegiatan ini telah menjadi lumrah di kalangan sesetengah masyarakat
tetapi ia adalah bercanggah dengan nas-nas al-Quran yang jelas.
6

Bagi Syafie dan Hanbali pula, meraka tidak menjadikan urf ini
sebagai hujah dalam mengeluarkan suatu hukum. Selain itu,urf tidak
dianggap sebaai hujah jika ia menyalahi dalil-dalil syarak dan hukumnya
yang tetap dan tidak berubah dengan sebab berlainan suasana dan adatadat,kerana berhujah dengannya bererti membelakangkan nas-nas syarak
yang qatiyy dan mengikut hawa nafsu serta membatalkan syariat-syariat
kerana syariat tidak datang untuk memperakui perkara-perkara yang
mudharat dan rosak. Oleh yang demikian diketepikan urf itu dan tolongmenolong menghapuskannya, kerana redha dengannya bererti tolongmenolong melakukan perkara dosa dan permusuhan.
1.4

HUBUNGAN ANTARA URF DAN ADAT


Maka secara umumnya, al-aadah bererti berulangan sesuatu

berkali-kali dan menjadi kebiasaan sehingga menetap ia di dalam jiwa


manusia dan dapat diterima. Sementara urf pula memberii erti sesuatu
yang telah dikenali oleh manusia atau masyarakat dan menjadi kebiasaan
mereka mematuhinya sama ada perkataan mahupun perbuatan dan juga
perkara-perkara yang mereka tidak lakukannya.
Al-aadah yang am mahupun yang khas akan menjadi hakam atau
tempat rujuk bagi mensabitkan hukum syara. Walaubagaimanapun
al-aadah hanyalah dijadikan hakam bagi mensabitkan hukum syarak
apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak disabitkannya. Maka
apabila ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan tidak harus
lagi beramal dengan al-aadah.
Dalam merumuskan hubungan antara urf dan adat ialah urf ialah
sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam
kehidupan harian, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Maka urf
dan adat menurut pandangan fuqaha memberii erti yang sama. Apabila
mereka berkata hukum ini sabit dengan adat dan urf bukanlah bererti
adat berlainan dengan urf, bahkan kedua-duanya itu satu maksud saja.
Sebutan kalimah adat itu bertujuan untuk mengukuhkan sahaja.

2.0

DALIL KAEDAH

Pada dasarnya, semua ulama menyepakati kedudukan al-urf as-sohihah


sebagai salah satu dalil syara. Terdapat banyak dalil dapat dijadikan
sandaran oleh ulama yang mengambil kira al-Adah Benar serta baik
sebagai

hujah.

Maka,terbentuknya

kaedah

asas

ini

berdasarkan dalil, antaranya :


a.

Firman Allah pada surat al-araf (7) : 199

Maksudnya:

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan

perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil
(yang degil dengan kejahilannya).

Melalui

ayat

diatas

Allah

memerintahkan

kaum

muslimin

untuk

mengerjakan yang maruf . sedangkan yang di sebut maruf itu sendiri


ialah, yang dinilai oleh kaum muslimin sebagai kebaikan, dikerjakan
berulang-ulang, dan tidak bertentangan dengan watak manusia yang
benar, dan yang di bimbing oleh prinsip-prinsip umum ajaran Islam.
b.

Firman Allah pada surat al-Nisa (4) : 19





Maksudnya: dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara
yang baik.
c.

Ucapan sahabat Rasulullah , Abdullah bin Masud

Maksudnya: Sesuatu yang di nilai baik oleh kaum muslimin adalah baik di
sisi Allah, dan sesuatu yang mereka nilai buruk maka ia buruk di sisi
Allah.
Ungkapan Abdullah bin Masud di atas, baik dari segi redaksi
maupun maksudnya, menunjukkan bahawa kebiasaan-kebiasaan baik
yang berlaku di dalam masyarakat muslim yang sejalan dengan tuntutan
umum syariat Islam, adalah juga merupakan sesuatu yang baik di sisi
Allah. Sebaiknya, hal-hal yang bertentangan dengan kebiasaan yang
dinilai baik oleh masyarakat, akan melahirkan kesulitan dan kesempitan
dalam kehidupan sehari-hari. Padahal, dalam pada itu, Allah berfirman
pada surat al-Maidah:6




Maksudnya: Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak Memberisihkan
kamu dan hendak Menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur.

d.

Pada dasarnya, syariat Islam dari masa awal banyak menampung


dan mengakui adat atau tradisi yang baik dalam masyarakat
selama tradisi itu tidak bertentangan dengan Al-Quran dan
sunnah Rasulullah. Kedatangan Islam bukan menghapuskan sama
sekali tradisi yang telah menyatu dengan masyarakat. Tetapi
secara selektif ada yang di akui dan dilestarikan serta ada pula
yang dihapuskan. Misal adat kebiasaan yang di akui, kerja sama
dagang dengan cara berbagi untung ( al- mudhorobah). Praktik
seperti ini sudah berkembang di kalangan bangsa arab sebelum
Islam, dan kemudian diakui oleh Islam sehingga menjadi hukum
Islam. Berdasarkan kenyataan ini, para ulama menyimpulkan
bahawa adat istiadat yang baik secara sah dapat di jadikan
landasan hukum, bilamana memenuhi beberapa persyaratan.
9

3.0

PERCANGGAHAN ANTARA URF DENGAN NAS BOLEH BERLAKU

DALAM DUA KEADAAN:

Keadaan pertama: percanggahan secara umum.

Apabila berlaku percanggahan antara urf dengan kehendak nas


qatiyy, urf ini dikira terbatal. Ini berdasarkan kepada prinsip syarak yang
mendahulukan nas sebagai sumber utama perundangan Islam. Namun
jika hukum dari nas qatiyy berlandaskan urf tertentu, ketika itu urf dan
nas tersebut diamalkan secara bersama (tawfiq). Ini bermakna jika urf
tersebut sudah berubah maka urf yang baru akan mengubah ketetapan
hukum tersebut.

KEADAAN KEDUA: PERCANGGAHAN SECARA KHUSUS.


Apabila percanggahan berlaku antara nas qatiyy yang bersifat
umum dengan urf yang bersifat khusus,hukum urf tidak terbatal,
sebaliknya ia berkuatkuasa dalam ruang lingkupnya yang khusus.Oleh itu,
para ahli fiqh mengharuskan akad tempahan walaupun ia kelihatan
bercanggah dengan sebuah hadis baginda saw yang mafhumnya berbunyi
jangan menjual barang yang tiada disisi kamu.
Akad

tempahan

memandangkan

ia

umum.Pengecualian

telah

adalah
ini

dikecualikan
urf

tidak

yang

dari

sudah

membatalkan

umum
menjadi

hukum

hadis

tadi

keperluan

umum

hadis

sebaliknya ia adalah satu langkah untuk menggunakan dalil nas dan urf
sekaligus berdasarkan kaedah;

10


Maksudnya: Menggunakan kedua-dua dalil sekaligus adalah lebih
baik dari membatalkan salah satu darinya.

Penentuan sesuatu urf sama ada ia sahih atau fasid adalah


berdasarkan pertimbangan dari nas serta prinsip umum syarak. Ketigatiga

jenis

pembahagian

lepas

adalah

berdasarkan

aspek

yang

berbeza.Kadangkala sesuatu urf bersifat am, perkataan, atau perbuatan


dan sahih atau fasid dalam satu masa. Begitu juga keadaannya jika ia
bersifat khas. Akad tempahan umpamanya adalah urf yang bersifat am,
perkataan, serta sahih dan percampuran antara lelaki dan perempuan
bukan mahram (haram berkahwin) di dalam sesuatu majlis keraian dan
perayaan ialah urf yang bersifat khas, perbuatan serta fasid.

4.0

SYARAT-SYARAT KEHUJAHAN URF


Kehujahan urf bukan secara mutlak bahkan ianya dikaitkan dengan

syarat-syarat tertentu, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

1.

Urf mestilah muttaridan( )dan ghaliban ()


Muttaridan bermaksud kulliyyah iaitu bersifat menyeluruh dan dapat

digunapakai secara umum, tersebar luas dan diketahui semua. Manakala


ghaliban pula bermaksud majoriti iaitu diamalkan oleh majoriti manusia.
11

2.

Urf itu mestilah tidak bertentangan dengan nas syarak


Iaitu tidak bertentangan dengan nas yang sabit, dalil-dalil syarak

yang lain dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Jika ia
bertentangan dengan perkara tersebut, maka sudah tentu Urf itu tertolak
dan
3.

tidak
Urf

yang

menjadi

digunapakai
sandaran

dalam

mestilah wujud

syarak.
semasa

hukum

dikeluarkan
melaluinya.
Urf tersebut mestilah diamalkan secara meluas sama ada yang
berbentuk perkataan atau perbuatan semasa sesuatu hukum dikeluarkan
melaluinya, jika sesuatu hukum dikeluarkan melalui urf yang sudah tidak
diamalkan lagi maka hukum tersebut tidak dianggap muhakkamah.

4.

Tidak ada sesuatu yang mengingkari urf


Urf mestilah bersih dari sebarang pembatalan yang jelas oleh kata-

kata atau perbuatan. Sebagai contoh, jika Urf untuk bayaran di kedai
tertentu adalah taqsit (ansuran) maka ia akan terbatal sekiranya pihak
pembeli menjelaskan untuk membayar tunai. Begitu juga jika pada urf,
kos penghantaran barang adalah tanggungan penjual, akan terbatal jika
kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meletakkan kos tersebut kepada
pembeli. Oleh itu, ulama telah menyebutkan:

,
Ertinya : Apa yang sabit dengan urf tanpa sebutan (tentangan),
tidak akan
thabit jika ada kenyataan yang menentangnya.

12

5.0 PECAHAN KAEDAH DAN HUKUM-HUKUM FURU


Berikut adalah pecahan yang terdapat dalam kaedah ini, antaranya:

a)

) ) Sesungguhnya adat

yang diiktibar apabila berlaku berterusan atau kebiasaan dan


lebih banyak berlaku.
Adat kebiasaan yang diiktibar apabila ia berterusan berlaku. Justeru
itu, adat kebiasaan berada pada kedudukan syarat. Sebaliknya, jika adat
kebiasaan itu berlaku secara tidak berterusan, ia perlu kepada nas atau
pun dalil untuk mengharuskannya. Dalam konteks tersebut, sekiranya apa
yang berlaku itu jelas secara berterusan pada adat kebiasaan, yang
berterusan itu dikira sebagai hukum. Untuk itu, jadilah kedudukan akad
menurut apa yang berlaku pada adat kebiasaan. Hukum-hukum furu yang
lahir daripada kaedah ini ialah :

Seseorang yang menyewa mesin jahit untuk menjahit pakaian,

benang menjadi tanggungjawab siapa? Ada perselisihan pendapat dalam


hal ini, dan menurut pendapat al-Rafii, perkara itu hendaklah dirujuk
kepada

adat

kebiasaan.

Apabila

daripada

adat

kebiasaannya

ada

perselisihan, hendaklah ada penjelasan dan jika tiada maka akad sewa
menyewa tersebut batal.

Seseorang yang melanggani majalah biasanya majalah tersebut

sampai ke rumah setiap bulan. Untuk itu, apabila berlaku akad langganan,
walaupun tanpa menyebut penghantaran, maka majalah tersebut secara
langsungnya

hendaklah

dihantar.

menuntutnya.

13

Jika

tidak,

pelanggan

boleh

b)

))
Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan
tiada dasar yang menjelaskannya daripada sudut syarak atau
bahasa. Ia dikembalikan kepada urf kebiasaan.
Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum yang ada ketepatannya
dalam syarak, namun hanya secara mutlak sahaja. Ianya tidak ada
sebarang penjelasan atau dalil syarak yang menjelaskannya. Oleh itu,
ianya hendaklah dirujuk kepada adat kebiasaan. Antara hukum-hukum
furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :

Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.


Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya

dalam

kes

berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.

c)

)) Berlaku

pertentangan antara

urf umum dan urf khas.


Urf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan semua
umat Islam di seluruh Negara Islam dan ianya memberi kesan kepada
hukum. Manakala urf khas pula ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku
dalam kalangan sesetengah negara umat Islam sahaja dan ia juga
memberi kesan kepada hukum. Hukum-hukum furu yang lahir daripada
kaedah ini ialah :

Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad. Namun,

menurut

adat

kebiasanaan

penggunaannya,

pengguna

mestilah

menjelaskan bayaran. Justeru, pengguna wajib membayarnya kerana


dikira terkenal dalam masyarakat.

Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-Quran untuk

satu tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan antara bapa dan guru

14

berkaitan dengan upah mengajar. Jadi, perkara ini dihukum dengan


memberi upah menurut adat kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.
d)

) Hakikat

ditinggalkan dengan ada petunjuk

menurut adat .
Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang
berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa
pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas
digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan
kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu
boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum furu yang lahir
daripada kaedah ini ialah :

Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja.

Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh


membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada
orang lain dengan alas an jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat
kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga
barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.
e)

Pemberian izin menurut adat

kebiasaan adalah sama dengan pemberian izin menurut ucapan


Contoh: Apabila tuan rumah menghidangkan makanan untuk
tetamu tetapi tuan rumah tidak mempersilakan , maka tetamu boleh
memakannya, sebab menurut kebiasaan bahawa dengan menghidangkan
bererti mempersilakannya.

f)

Sesuatu yang tidak berlaku

berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak berlaku dalam


kenyataan
Maksud

kaedah

ini

adalah

apabila

tidak

mungkin

terjadi

berdasarkan adat kebiasaan secara rasional, maka tidak mungkin terjadi


15

dalam kenyataannya. Contoh: Seseorang mengaku bahawa tanah yang


ada pada orang itu miliknya, tetapi dia tidak boleh menjelaskan dari mana
asal-usul tanah tersebut.

16

6.0 HUKUM BERAMAL DENGAN URF ATAU ADAT


Ketika kedatangan Islam, masyarakat Arab mempunyai berbagai-bagai adat
resam, kemudian ia memperakukan mana-mana adat yang sesuai dan selari dengan
matlamat dan prinsip Islam, seterusnya ditolak mana-mana adat yang bercanggah
dengan syariatnya. Kemudian dipinda atau diperbaiki beberapa urf dan adat supaya
selaras dengan haluan dan matlamatnya.
Adapun urf yang sahih, maka wajib diberi perhatian dalam perundangan dan
kehakiman. Seseorang mujtahid wajib mengambil kira urf dalam proses pembinaan
hukum. Demikian juga seorang hakim mesti mengambil

kira urf dalam

kehakimannya, kerana sesuatu adat yang dikenali dan dihayati oleh masyarakat
telah menjadi sebahagian daripada keperluan mereka di samping ia selari dengan
kepentingan-kepentingan mereka. Justeru, selagi adat itu tidak bercanggah dengan
syarak, wajiblah diambil kira.Terdapat beberapa adat yang baik dari kalangan orang
Arab telah diberi perhatian oleh syarak dalam perundangan, seperti kewajipan diyat
ke atas aqilah dan syarat kafalah dalam perkahwinan.
Sementara urf fasid tidak boleh diambil kira kerana jelas percanggahannya
dengan dalil syara atau membatalkan hukum syarak. Kebiasaan bermuamalah riba
atau melakukan akad yang ada unsur-unsur penipuan tidak boleh mengharuskan
akad muamalah tersebut diteruskan. Kerana inilah dalam undang-undang ciptaan
manusia, urf yang berlawanan dengan perlembagaan atau peraturan am tidak boleh
diambil kira, tetapi yang akan diberi perhatian dalam akad seperti ini adalah dari
aspek lain, yakni apakah akad ini dianggap sebahagian dari darurat atau keperluan
manusia? Jikalau dibatal ,apakah boleh menyebabkan kepincangan sistem
kehidupan mereka atau ditimpa kesulitan dan kesusahan, ataupun tidak ada kesan
apa-apa? Lantaran itu, jika urf itu sebahagian dari daruriyyat atau hajiyyat mereka,
maka ia diharuskan kerana darurat mengharuskan yang dilarang, sedangkan hajat
pula boleh disamakan dengan darurat dalam perkara ini. Sebaliknya, jika urf itu
bukan dari daruriyyat atau hajiyyat mereka, nescaya dihukumkan batal urf itu dan
tidak boleh diambil kira urf yang berlaku. Dengan kata lain bahawa hendaklah
beramal dengan urf di kalangan pengamalnya berterusan di dalam semua masalah.
Tidak tercicir ia di dalam satu masalah daripadanya, atau tidak beramal dengannya
itu berlaku pada kebanyakan masalah-masalah tidak pada kesemuanya.
17

7.0

KESIMPULAN

Islam ialah agama yang fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. Syariat
Islam tidak jumud atau beku seperti yang difikirkan oleh segelintir orang. Hukumhakam Islam tidak hanya terikat kepada nas-nas secara tekstual, literal dan zahir
tetapi harus diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi mendepani
permasalahan umat dan peredaran zaman.
Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh bukan bermakna mengetepikan nasnas al-Quran dan as-Sunnah tetapi sebaliknya untuk mengurus dan memandu
urusan agama dan urusan manusia agar diselaraskan dengan keadaan dan masa
demi kemaslahatan umat itu sendiri dan mencapai tujuan syariah (maqasid syariah).
Bagi perbincangan kaedah fiqh adat dijadikan sebagai rujukan hukum,
urf dan adat tetap diambil kira dalam memberi fatwa dan penghakiman bagi
memelihara kepentingan atau maslahah, kerana sebahagian dari bentuk maslahahmaslahah manusia hendaklah memperakukan sesetengah yang telah menjadi
kebiasaan dan adat mereka bertahun-tahun lamanya dan silih berganti generasi
demi generasi. Kebiasaan dan amalan sedemikian merupakan suatu kelakuan sosial
yang sukar untuk ditingglkan. Oleh itu, pengiktirafan itu tidak mutlak, bahkan terikat
dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas syarak dan roh syariat islam.
Dengan kata lainnya, urf merupakan salah satu sumber hukum yang amat
penting, kekuatannya dibuktikan oleh dalil-dalil al-Quran, al-Sunnah dan ijmak, urf
tidak boleh diguna pakai secara mutlak, bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang
mesti ada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum. Dan sememangnya tidak
dapat dipertikaikan lagi bahawa urf juga telah bertindak sebagai salah satu di antara
hukum-hukum syariat yang diperundangkan untuk kepentingan seluruh manusia
seluruhnya dan menolak sebarang keburukkan yang menimpa mereka.
Penerimaan adat sebagai sumber hukum bukan bererti manusia boleh
menentukan sendiri hukum agama. Hakikat sebenar sumber hukum utama adalah
daripada Allah SWT. Kebenaran menggunakan adat sendiri adalah berdasarkan
kepada sumber hukum sebenar. Adat hanya menjadi cabang yang tumbuh daripada
pokok hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

18

Justeru, tidak benar jika ada pihak mendakwa hukum boleh berubah mengikut
kepentingan pihak tertentu. Sebarang perubahan atau penetapan hukum mesti
dilakukan oleh keputusan bersama ulama, dan bukannya hanya ikut lepas cakap
yang dalam ruang lingkup adat yang memang boleh berubah. Penerimaan adat
sebagai sumber hukum adalah rahmat besar umat Islam. Seperti diketahui,
kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan perubahan kemajuan. Banyak
perkara baru perlu ditentukan hukum untuk kepentingan umat Islam terus hidup
berpandukan kepada hukum. Kes berkaitan muamalat, penggunaan teknologi
terkini dan sebagainya perlu mendapat ketentuan hukum, yang antara lain kemelut
ini diselesikan melalui kaedah adat. Bagaimana hendak ditentukan hukum
bermuamalat mengguna kad keredit, urusan atas talian dan sebagainya jika kaedah
hukum adat digunapakai.
Sekiranya, kaedah adat tidak digunapakai, sudah tentu banyak keperluan
manusia hari ini tidak dapat dipastikan hukumnya, sedangkan Islam adalah agama
yang sesuai sepanjang zaman, tanpa had geografi dan memberi manfaatkan kepada
seluruh alam.
Sesungguhnya, setiap hukum yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh setiap
umat Islam adalah mudah, namun tidak pula boleh dipermudahkan mengikut sesuka
hati. Sumber hukum tetap berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT
dan Rasulullah SAW di dalam syariat Islam.

19

BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. (1997) . Pengantar Usul Fiqh. Kuala
Lumpur : Ilham Abate Enteprise.
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali. (2000) . Perbahasan Kaedah-kaedah
Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuti. (2004) . Kaedah-kaedah Hukum Islam
Mazhab Shafi. Kuala Lumpur : Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.
Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali . (2012) . Usul Fiqh & Kaedah Fiqh .
Kuala Lumpur : Percatakan Salam Sdn. Bhd.
Ahmad Rajafi . (2011) . Qawaid al-ushuliyyah dan al-fiqhiyyah .
https://ahmadrajafi.wordpress.com/2011/02/26/qawaid-alushuliyyah-dan-al-fiqhiyyah/
Diakses pada 15 Julai 2015.
Muhammad Makmun Rasyid . (2012) . Al-Urf .
https://pustakailmudotcom.wordpress.com/2012/06/26/al-urf/
Diakses pada 16 Julai 2015.
Anas Burhanudin . (2014) . Pedoman Penggunaan Urf Dalam Menetapkan
Hukum Syar'i.
http://almanhaj.or.id/content/3834/slash/0/pedoman-penggunaanurf-dalam-menetapkan-hukum-syari/
Diakses pada 17 Julai 2015.
Abdullah Jalil. (2011) . Al-QawaidAl-Fiqhiyyah . Institut Latihan Islam
Malaysia (ILMI).
https://www.scribd.com/doc/86721844/Qawaid-Fiqhiyyah-AbdullaahJalil-Usim-Portal
Diakses pada 19 Julai 2015.
Mohd Qary Abdul Ghapar . (2003) . Qawaid Fiqhiyyah . Isu Kaedah Kelima
m/s 55 .
https://www.scribd.com/doc/38561888/qawaidfiqhiyyah#download
Diakses pada 19 Julai 2015.
20

LAMPIRA
N
21

Anda mungkin juga menyukai