Anda di halaman 1dari 12

1

BAB 2
SUMBER RUJUKAN DALAM ISLAM


A) SUMBER-SUMBER YANG DISEPAKATI ULAMA

Terbahagi kepada empat sumber iaitu al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas

1. Al-Quran

a- Definisi al-Quran :

Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu
Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat
Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran
mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr, ayat 9 :

!.| > !.l,. , !.|. .l _.L.>' '
Maksudnya :
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Quran), dan
kamilah yang akan menjaganya"

Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini
berdasarkan firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 17 hingga 18 :

_| !.,ls .-.- ...,. : .., ..! ...,

Maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam
dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami
telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka
bacalah menurut bacaannya itu;




Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam
2
bahasa Arab dengan keterangan dan makna yang tepat, diriwayatkan secara mutawatir
dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan
berakhir dengan surah an-Naas. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh
seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan akhlak).

Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami dan dihayati isi
kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan yang tunggal sebagai pencetus
kecemerlangan Tamadun Islam.


b- Nama-nama al-Quran :
al-Kitaab ( ) bermaksud sebuah kitab atau buku (panduan) berdasarkan firman
Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 1 hingga 2 :

.l il: ...l N .. . _.> ,1`..ll '
Maksudnya :
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;


al-Furqaan () bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah
dalam surah al-Furqan, ayat 25 :

!.. _ _,. _!,l _ls .:..s _.>.l _..l.-ll ,...

Maksudnya :
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya
(Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk
alam.


adz-Dzikr ( ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah dalam surah al-
Hijr, ayat 9 :
!.| > !.l,. , !.|. .l _.L.>' '
Maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang
memelihara dan menjaganya.


3
at-Tanzil () bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah
dalam surah Al-Syuara, ayat 192 :
..|. `_...l . _...-l ''
Maksudnya :
Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang
tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.


c- Sifat al-Quran :
i) an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan
sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang
berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi
cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi
kandungannya. Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 175 :

!..!.. '!.l . ..l> ".>,. . .>. !.l,.. .>.l| .. !.... '

Maksudnya :
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti
dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran
sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan
di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).


ii) al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang
kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah dalam
surah al-Maidah, ayat 15 :
_>!.. ...l . ..!> !.l.. _..`. .>l .. !.. ...
_.> . ...l .-.. s .: . ..l> . <
".. '.... _... '
Maksudnya :
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami dengan
menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan dan hukum) yang telah
kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak
mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah
datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan
4
sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya.


iii) al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia
menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah dalam surah
Yunus, ayat 57 :

!..!.. '!.l . .>..!> Ls.. . .. ".!:. !.l _ ...l
_.>. .-. _....ll '
Maksudnya :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran
Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi
hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang
Yang beriman.


iv) ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat
kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca,
mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. (Firman Allah dalam surah
Yunus, ayat 57)



d- Keistimewaan al-Quran :
a) Al-Quran merupakan Kalam Allah. Firman Allah dalam surah az-Zumar, ayat 1 :

`_... ...>l . < ,., -l ..>>'
Maksudnya :
Kitab (Al-Qur'an ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.

b) Menggunakan bahasaArab. Firman Allah dalam surah al-Zukhruf, ayat 3 :

!.| ..l-> !.., !..,s .l-l _.l1-.
Maksudnya :
Sesungguhnya Kami menjadikan Al-Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu
memahami(nya).
5


c) Manqul bitawatir


d) Peringatan dan petunjuk bagi seluruh alam. Firman Allah dalam surah Yaasin, ayat
36 :

...l !.. !. .. .>.!.. . _.l.s '

Maksudnya :
agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum
pernah diberi peringatan, karena mereka lalai.


e) Kitab yang benar. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 48 :

!.l,.. i.l| ...>l _>l!. !..`. !.l _.. ... . ...l
!...`.. .ls ` '
Maksudnya :
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran,
membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan
sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu;


f) Al-Quran pembimbing kepada kehidupan yang bercahaya. Firman Allah dalam
surah an-Nisa, ayat 174 :

!..!.. '!.l . ..l> ".>,. . .>. !.l,.. .>.l| .. !.... '
Maksudnya :
Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari
Tuhanmu (Muhammad dengan mukjizatnya). Dan telah kami turunkan
kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Qur'an).



e- Asas hukum dalam al-Quran :
1- Tidak menyulitkan
2- Tidak membebankan
6
3- Beransur-ansur dalam penetapan hukum





2. Al-Hadith (al-Sunnah)

a- Definisi al-Hadith :
Sunnah atau hadith merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kata-kata dan
perbuatan bagi nabi Muhammad s.a.w. sama ada berupa perkataan, perbuatan dan
pengakuan. Ia adalah sumber kedua selepas al-Quran. Hadith dijadikan sumber hukum
dalam Islam selain al-Quran, Ijma dan Qiyas.

Hadith meliputi perkara-perkara berikut :

a) Perkataan:
Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam bentuk kata-kata
tentang sesuatu perkara atau keadaan.

b) Perbuatan:
Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan syariat atau undang-
undang.

c) Perakuan:
Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan para
sahabat di hadapan baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak melarang).

Terdapat ramai ulama periwayat hadith, namun yang sering digunakan dalam
fiqh Islam adalah tujuh imam iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud,
Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah. Kitab mereka ini
dikenali sebagai Sahih al Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al Tirmizi,
Musnad Imam Ahmad, Sunan al Nasa'ie dan Sunan Ibnu Majah.


b- Kedudukan hadith dalam Islam :

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana
terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith. Malahan dalam
banyak tempat, hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al
Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan
bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al
Quran di dalam firman Allah salam surah al-Anfal, ayat 1 :

7
.`-.L. < .`... _| ... _....
Maksudnya :
Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang
beriman
Dalam surah al-Ahzab, ayat 36 :

!.. _l ..l N. ..`. :| _. < .`... ,. _ _.>. `.l :.>'
. .>,. .. -. < .`... .1 _. *.l. !.... '

Maksudnya :
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan
suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka.
Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia
telah sesat, sesat yang nyata.

Dalam surah al-Hasyr, ayat 7 :

!.. `.>.. `_..,l :..`> !.. .>.. .s ...!

Maksudnya :
Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat
dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari
dengan al Quran.


c- Fungsi al-Hadith :

1. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran
seperti dalam perkara pengsyariatan solat, puasa dan haji.

2. Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti
memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan solat, kaedah jual beli, menunaikan
zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya
disebutkan secara umum oleh al Quran.

8
3. Menjadi keterangan tasyri iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al
Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu
terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh
haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu
tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan
memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal
ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh
haiwan pemburu adalah haram dimakan.

4. Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ray
berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu
mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatr, Masyhr ataupun Mustafhdh.

5. Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah
dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam
menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam
menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-
hadith Mutawatr dan Masyhr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam
Syafie sendiri menolak penasakhan itu.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan
maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih
jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang
berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh
atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-
hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman
terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan
keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal
mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai
dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran
terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini
diterangkan di dalam hadith.

d- Kategori al-Hadith :

1. Hadis Mutawatir : hadis yang dirawikan oleh banyak sekali rawi yang berkualiti,
sehingga tidak mungkin salahnya.
2. Hadis shahih (sihat, benar) : hadis yang memiliki matan dan sanad yang terpercaya,
berkualiti dan kuat.
9
3. Hadis dhaif (lemah) : hadis yang memiliki kelemahan baik pada matan dan/atau
sanad
4. Hadis maudhu' (palsu) : hadis yang merupakan buatan orang semata.


3. Ijma

a- Definisi Ijma :
Ijma menurut ulama usul ialah Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahidin (tokoh-tokoh
ijtihad) dari umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda s.a.w, pada sesuatu
zaman, terhadap sesuatu hukum syarak.

Ijma tidak akan berlaku melainkan setelah seluruh para ulama mujtahid (tokoh-
tokoh ijtihad) pada sesuatu zaman, bersepakat dalam menentukan hukum bagi sesuatu
masalah. Tidak terkecuali seorang pun. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang,
maka tidak dianggap ijmak.

Sebagai contoh ialah setelah Rasulullah SAW wafat diperlukan perlantikan
seorang pengganti beliau yang dinamakan khalifah. Maka kaum muslimin yang ada
pada waktu itu sepakat untuk melantik seorang khalifah dan atas kesepakatan bersama
maka terlantiklah Abu Bakar RA sebagai khalifah pertama. Walaupun pada
permulaannya perlantikan ini kurang dipersetujui, namun setelah itu semua kaum
muslimin menpersetujuinya. Kesepakatan yang seperti ini dapat dikatakan sebagai
ijma'.


b- Rukun Ijma :
Dari definisi ijma' di atas, maka ulama usul fiqh menetapkan rukun-rukun ijma' sebagai
berikut:

i) Harus ada beberapa orang mujtahid sewaktu terjadinya peristiwa dan para
mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan
ii) Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam
dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada
pada suatu negara saja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan
suatu ijma'.
iii) Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia
sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu
peristiwa yang terjadi pada masa itu.
iv) Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang penuh dari seluruh
mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid
yang ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijma'. Ijma' yang
demikian belum dapat dijadikan sebagai hujjah syari'ah.
10

Maksud Ijtihad :
Perbuatan atau usaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak
dinyatakan dalam al-Quran dan al-sunnah.

Mujtahid:
Ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut. Antara contoh Ijtihad : Solat dalam kapal
terbang.

Syarat-syarat Mujtahid :

a) Mempunyai ilmu yang luas dalam bidang al-Quran, al-Sunnah dan ilmu-ilmu
berkaitan ijma.
b) Mempunyai ilmu yang luas dalam bidang usul Fiqh.
c) Mahir dengan ilmu bahasa Arab



4. Al-Qiyas

a- Pengertian :
Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-
Sunnah dengan perkara yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah
kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut).

Contoh: Membandingkan dadah atau ecstacy yang tidak dinyatakan hukumnya
dalam al-Quran dan al-Sunnah sama ada halal atau haram dengan arak yang ada
dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah iaitu haram

Kerana ada persamaan illah (sebab hukum tersbut) iaitu memabukkan dan
menghilangkan akal. Oleh kerana arak diharamkan kerana ia memabukkan dan
menghilangkan akal, maka dadah dan ecstacy juga haram kerana ia juga memabukkan
dan menghilangkan akal dengan membandingkkanya dengan arak.


b- Rukun Qiyas :
Terdapat empat rukun Qiyas iaitu :
i) Sesuatu yang tertentu (asal)
ii) Hukum sesuatu yang telah tertentu.
iii) 'Illah
iv) Sesuatu yang lain (far')


11
c- Dalil Qiyas :
Diantara dalil-dalil mengenai sumber ini ialah firman Allah dalam surah al-Hasyr, ayat
2 :

...s! _|`.!.. ,...N '
Maksudnya :
"Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang
mempunyai pandangan"

d- Bahagian Qiyas :
Terdapat dua bahagian Qiyas, iaitu :
i) Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
ii) Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)


e- Jenis-jenis Qiyas :
Qiyas mempunyai tiga jenis iaitu:
i) Qiyas Aula (utama)
ii) Qiyas Musawi ( yang amat ketara)
iii) Qiyas Adna (rendah)



B) SUMBER-SUMBER HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI ULAMA

1- Masalih al-Mursalah (Maslahah)
Iaitu memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan am perkara yang tidak terdapat
dalam nas al-Quran dan al-Sunnah yang jelas.

2- Istihsan
Iaitu mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas suatu perkara dengan
mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama,
berasaskan dalil syara yang membolehkan tindakan sedemikian.

3- Istishab
Iaitu kepada pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil yang
mengubah hukum tersebut.

4- Sad al-Zariah
Iaitu pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak
dalam perkara yang diharamkan

12
5- Urf
Iaitu kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat samaada
dalam bentuk perbuatan atau percakapan dan diterima pakai sebagai asas hukum
selama ia tidak bercanggah dengan syarak.

6- Maqasid Syariyyah
Iaitu ilmu yang membicarakan hukum yang berhubungkait dengan dasar dan
pendekatan yang diambil dalam menyusun struktur pentadbiran negara dan urusan
rakyat selaras dengan roh syariah meliputi soal pemerintahan pusat dan wilayah,
ekonomi, kehakiman, hubungan antarabangsa dan lain-lain.

7- Tawil
Iaitu usaha menerangkan kehendak syariah daripada lafaz tanpa terikat kepada
pengertian zahir lafaz tersebut. Sebaliknya maksud lain yang tersirat akan diterima
pakai jika disokong kuat oleh dalil lain yang menjelaskan bahawa syariah menghendaki
maksud tersebut. Ia penting kerana kadangkala sesuatu dalil bukan menghendaki
makna zahirnya.

8- Istiqra
Iaitu penelitian menyeluruh terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan kesimpulan
hukum terhadap perkara tersebut dengan meneliti aplikasi am atas hukum cabang yang
berkaitan dan mengeluarkan beberapa pengecualian jika ada.

9- Talfiq
Iaitu mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah diperkatakan oleh
mujtahid silam dengan menggabungkan dua pandangan mazhab atau lebih dan
menghasilkan pendapat lain yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai