Anda di halaman 1dari 13

Konsep Kepimpinan Dalam Islam

Definisi Kepimpinan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kepimpinan dalam bidang sains politik merujuk kepada
sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu.
Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu
organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu
untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan
kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu,
kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan.
Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional
manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan.
Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan.1

Menurut Muhtar Suhaili dalam laman webnya merujuk kepemimpinan merupakan satu ’seni’
yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke
suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang
tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepemimpinan yang baik
menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan
mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh
dunia, atau khusus seperti mengadakan konferensi mengenai isu tertentu.
Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang
yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata.2

Kepimpinan Menurut Kaca Mata Islam

Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus,
mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh

1
http://sbmb.dbp.gov.my/KNB/CarianKata/nb_carian_kata_istilah_terperinci.aspx?KODENTRIISTILAH=566461
2
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/08/16/menggali-potensi-meningkat-prestasi/

1|Konsep Kepimpinan Dalam Islam


seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan
menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan
adil.

Manakala aspek kepimpinan dalam Islam merupakan satu pendekatan bagi merealisasikan segala
tuntutan Allah SWT yang termaktub dalam al-Quran dan ajaran baginda Rasulullah s.a.w yang
terdapat dalam hadis atau sunnahnya.Pelaksanaan kepimpinan menurut tuntutan al-Quran dan ajaran
Sunnah baginda Rasulullah s.a.w disifatkan sebagai antara perkara utama yang mesti dilakukan oleh
setiap insan bernama muslim, kerana tanpanya segala tuntutan kedua-dua sumber syariat itu tidak
akan terlaksana dengan sempurna.

Kepimpinan adalah suatu fungsi yang penting dalam Islam. Seorang individu menjadi
pemimpin kepada dirinya sendiri, suami isteri mempunyai tugas kepimpinan mereka di dalam
rumah tangga dan keluarga, imam memimpin jemaah solatnya sebagai para makmum, ketua
masyarakat dan ketua negara memimpin rakyat serta seluruh warganya. Ini menunjukkan
fungsi kepimpinan wujud di semua peringkat mengikut tahap-tahap dan tugas-tugas tertentu
yang berbeza-beza. Namun objektif kepimpinan dalam Islam secara yang sama iaitu
mengajak manusia seluruhnya kepada perkara-perkara makruf dan mencegah dari perkara-
perkara mengkar yang akhirnya akan membawa umat manusia hidup di dalam suasana yang
aman dan sejahtera.

Agama Islam amat mementingkan kepimpinan pengurusan mana-mana kumpulan menerusi


pakatan serta persefahaman supaya dapat memberi petunjuk dalam seluruh masalah dan
urusan mereka.3 Ini ditekankan oleh Sabda Rasulullah (s.a.w).
 
)) ‫(( اذا خرج ثالثة فى سفر فليأ مروا أحدهم‬
) ‫( رواه مسلم‬

Maksudnya: “ Apabila tiga orang dari kamu keluar bermusafir, mesti melantik salah
seorang dari kamu supaya menjadi pemimpin”.

Pandangan Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Jabatan Pengajian Arab dan
Tamaddun Islam, FPI. UKM dalam kertas kerjanya Konsep Kepimpinan Dan Pengurusan

3
Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI. UKM
2|Konsep Kepimpinan Dalam Islam
Menurut Ibnu Khaldun Dan Al-Ghazali. terdapat tiga faktor asasi yang boleh membentuk
mana-mana kepimpinan pengurusan terhadap kumpulan iaitu:
1. Satu kumpulan terbentuk dari dua orang atau lebih.
2. Terdapat satu kumpulan yang mempunyai satu matlamat dan berusaha untuk
mencapainya.
3. Memilih salah seorang daripada kumpulan sebagai pemimpin, saling bekerjasama
bagi menunjukkan kebolehannya dalam pengurusan kepimpinan kumpulan ke arah
matlamat yang diingini.

Dalil Penekanan Proses Kepimpinan Dalam Islam

Di dalam Al Quran banyak dinukilkan tentang konsep kepimpinan yang perlu ada kepada
umat Islam yang menunjukkan betapa pentingnya dalam kehidupan seorang Muslim

         
            
        

26. Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka
jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang
diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian
itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan
Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka
melupakan (jalan Allah) itu.4

          
           
          
.  

49. dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan

4
Surah Shaad :26
3|Konsep Kepimpinan Dalam Islam
berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum Yang telah
diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum
Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka Dengan sebab
setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu
adalah orang-orang Yang fasik.5

        


         


72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan
bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan
bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya)
sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan6.

Prinsip-prinsip Dasar Pelaksanaan Kepemimpinan Islam

Di dalam buku Kemahiran Memimpin oleh Zainuddin Zakaria dan Ziadatul Hidayah Zakaria
ada di sana dinyatakan dengann jelas prinsip yang boleh dijadikan panduan kepada seseorang
pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pemimpin Islam.  

1. Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah


Seperti yang kita semua ketahui, al-Quran adalah sumber pertama daripada sumber
perundangan Islam dan keasliannya dijamin oleh Allah. Sementara itu, kata-kata Nabi
Muhammad pula merupakan sumber kedua dalalm mengatur kehidupan manusia. Ia juga
sebagai pelengkap kepada syariah Islam dan ada hadis yang merupakan penjelasan bagi Al-
Quran. Hadis-hadis ini pula telah dihuraikan oleh ulama-ulama besar yang berwibawa seperti

5
Surah Al Maidah :49
6
Surah Al Ahzab : 72
4|Konsep Kepimpinan Dalam Islam
Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan sebagainya. Berdasarkan huraian ini adalah
jelas bahawa kita wajib mengambil ai-Quran dan al-Sunnah sebagai landasan dan panduan
untuk sebarang aktiviti termasuklah dalam hal kepimpinan. Perkara ini jelas di terangkan
dalam hadis Nabi Muhammad.

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang engkau tidak akan sesat buat selama-
lamanya selagi mana engkau berpegang kepada kedua-duanya: al-Quran dan Sunnah
Nabinya”

2. Menegakkan kebenaran
Kebenaran atau pun al-Haq dalam bahasa Arab, adalah tunggak dalam ajaran Islam yang
perlu dihayati dan diamalkan baik diperingkat pemimpin mahu pun kakitangan atau pun
kakitangan. Ini sangat jelas diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

        


      
28. (Allah Yang menyatakan itu) Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w)
Dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya Dia
memenangkannya dan meninggikannya atas Segala bawaan ugama Yang lain; dan cukuplah
Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa Yang dibawa oleh RasulNya itu)7.

Pemimpin wajib menegakkan kebenaran terutama kebenaran yang berlandaskan syariat


Islam. Ideologi-ideologi yang terpesong dari landasan Islam haruslah di tolak dari menjadi
dasar-dasar kepimpinan. Oleh itu, pemimpin yang bertaqwa tidak akan meninggalkan
kebenaran ini, semata-mata untuk menggembirakan hati manusia.

3. Mesyuarat/ Syura
Mesyuarat adalah antara mercu tanda dalam kepimpinan Islam. Konsep ini di sokong di
dalam al-Quran seperti mana maksudnya:

      


    
7
al-Fath 48:28
5|Konsep Kepimpinan Dalam Islam
38. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian
dari apa Yang Kami beri kepadanya;8

Suatu perkara yang harus di ambil kira ialah syura harus di adakan dengan orang yang
mempunyai ilmu yang luas atau orang Islam yang dapat memberikan pandangan yang baik.
Kebaikan syura adalah ia membolehkan kakitangan atau pun pengikut didalam sesebuah
organisasi melibatkan diri dalam proses membuat keputusan. Syura juga boleh dijadikan
sebagai pentas untuk menyelia tindak tanduk pemimpin untuk menentukan bahawa pemimpin
tersebut tidak terkeluar dari syariat Islam mahu pun matlamat utama organisasi.

Musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Al-Qur’an menyatakan


dengan jelas bahwa pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang
mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.
 
Rasulullah SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya melakukan musyawarah dengan
sahabat-sahabat beliau:
 

            
           
         
159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan
mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau
telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.9

8
Asy-Syura 42:38

9
Surah ‘Ali Imran, ayat 159
6|Konsep Kepimpinan Dalam Islam
Pendapat ini disokong oleh Muhtar Suhaili yang mana pelaksanaan musyawarah
memungkinkan anggota organisasi Islam turut serta dalam proses membuat keputusan. Pada
saat yang sama musyawarah berfungsi sebagai tempat mengawasi tingkah laku pemimpin
jika menyimpang dari tujuan umum kelompok.
 
Tentu saja pemimpin tidak wajib melakukan musyawarah dalam setiap masalah. Masalah
rutin hendaknya diselesaikan dengan pendekatan berbeza dengan masalah yang menyangkut
pembuatan kebijaksanaan. Apa yang rutin dan apa yang tidak harus diputuskan dan
dirumuskan oleh masing-masing kelompok berdasarkan dan bersesuaian dengan ukuran,
keperluan, sumber daya manusia, suasana dan lingkungan yang ada. Apa yang pasti,
pemimpin harus mengikuti dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan dalam
musyawarah. Dia harus menghindari dirinya dari memanipulasi bermain kata-kata untuk
menonjolkan pendapatnya atau mengungguli keputusan yang dibuat dalam musyawarah.
 
Dua amalan syura yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad adalah seperti berikut
a) Semasa perang Uhud, baginda telah bermesyuarat dengan kaum Islam bagi menentukan
strategi yang terbaik dalam mepertahankan kota Madinah. Terdapat dua pilihan iaitu bertahan
di Madinah atau pun meninggalkan kota Madinah dan menyerang pihak musuh. Baginda dan
beberapa orang sahabat lebih suka untuk bertahan sahaja di Kota Madinah sementara suara
ramai lebih suka keluar menyerang. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk keluar
menyerang musuh di luar Kota Madinah.

b) Dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah, baginda telah bermesyuarat dengan kaum


Muslimin mengenai cara yang terbaik mengani kaum Musyrik Kota Mekah. Baginda
berpendapat adalah lebih baik menawan golongan Musyrik ini. Sunnguh pun begitu Abu
Bakar as-Sidiq berkata “Kita datang bukan untuk membunuh seseorang tetapi untuk
mengambil umrah.” Akhirnya baginda bersetuju dengan pendapat Abu Bakar as-Siddiq.

4. Berlaku Adil
Sinar Islam datang kepada umat manusia sebagai stau sistem yang global,
berperikemanusiaan; tidak taksub kepada sesuatu puak, umat atau pun bangsa. Hubungan

7|Konsep Kepimpinan Dalam Islam


sesama manusia haruslah didasarkan kepada dasar akidah yang menjadi ikatan dalam
pertalian antara individu dan individu yang lain.

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa
mengira dari suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Qur’an memerintahkan
agar kaum Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.
 
           
             
  
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.10

 
         
         
          
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan11.

         


          
            
       

10
Surah An-Nisa’, ayat 58

11
Surah Al-Ma’idah, ayat 8
8|Konsep Kepimpinan Dalam Islam
135. Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang
sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana
Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah
orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada
menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana
Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu
supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan
ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui
Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.12

Menurut Muhtar selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya
masyarakat Islam, pemimpin organisasi Islam juga mesti mendirikan badan peradilan internal
atau lembaga hukum untuk menyelesaikan pelbagai perbezaan atau pengaduan dalam
kelompok itu. Anggota-anggota lembaga tersebut harus dipilih dari orang-orang yang
berpengetahuan, arif dan bijaksana.

Berdasarkan konsep ini, maka al-Quran diturunkan bagi menjamin dasar yang menjamin
keutuhan jemaah dan ketenteraman individu, umat dan bangsa. Oleh itu pemimpin hendaklah
berurusan dengan orang ramai atau rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa,
warna kulit keturunan atau agama sehingga dengan kumpulan yang menentang dasar-dasar
Islam.

Di dalam kepimpinan Islam prinsip keadilan ini meliputi dan menguasai segala jenis
perhubungan sesama manusia. Ia meliputi hubungan antara pasangan suami isteri, peguam
dan anak guamnya, rakyat dan pemerintah, pemimpin dan yang dipimpin.

5. Kebebasan Mengeluarkan Pendapat


Secara umumnya tidak ada individu yang suka dikongkong dan dipaksa. Sebagai insan biasa,
setiap pengikut harus di beri kebebasan untuk berfikir secara kreatif dan kritis mengikut
saluran yang sesuai dan tidak mengeruhkan hubungan sesama manusia. Konsep nasihat
menasihati akan dalam keadaan hormat-menghormati akan wujud sekiranya setiap pengikut
12
Surah An-Nisa’, ayat 135

9|Konsep Kepimpinan Dalam Islam


itu diberikan ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan penuh
hikmah. Ini penting sekiranya sikap berpasukan dan kekitaan hendak diterapkan dalam hidup
bermasyarakat yang harmoni.

Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengundang anggota kelompok untuk
dapat mengemukakan kritikannya secara konstruktif. Mereka dapat mengeluarkan pandangan
atau masalah-masalah mereka dengan bebas, serta mendapat jawapan dari segala persoalan
yang mereka ajukan. Al-Khulafa’ al-Rasyidin memandang persoalan ini sebagai unsur
penting bagi kepemimpinan mereka. ketika seorang wanita tua berdiri untuk mengkoreksi
Saidina Umar ibn al-Khattab sewaktu beliau berpidato di sebuah masjid, beliau dengan rela
mengakui kesalahannya dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih ada orang yang
mahu membetulkan kesalahannya. Pada suatu hari Saidina Umar pernah pula bertanya
kepada umat Islam mengenai apa yang dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-
prinsip Islam. Seorang lelaki menyebut bahawa mereka akan meluruskan dengan sebilah
pedang. Lantar Saidina Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada orang di dalam
lingkungan umat yang akan mengkoreksi kesalahannya.
 
Pemimpin hendaklah berjuang menciptakan suasana kebebasan berfikir dan pertukaran
gagasan yang sihat dan bebas, saling kritik dan saling menasihati antara satu sama lain,
sehingga para pengikutnya merasa senang membincangkan masalah atau persoalan yang
menjadi kepentingan bersama.
 
Seorang Muslim disarankan memberi nasihat yang ikhlas apabila diperlukan. Tamim bin Aws
meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Agama adalah nasihat”, Kami
berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah, Kitab-kitab-Nya, Rasul- Nya,
pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu seluruhnya.” (Hadith Riwayat Imam
Muslim).
 
Secara ringkas kepemimpinan Islam bukanlah kepemimpinan tirani dan tanpa kordinasi.
Pemimpin Islam, setelah mendasari dirinya dengan prinsip-prinsip Islam, bermusyawarah
dengan sahabat-sahabat secara objektif dan dengan penuh rasa hormat, maka selepas itu
menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan dan tindakan dengan seadil-adilnya.
Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin bertanggungjawab bukan hanya kepada para

10 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m
pengikutnya malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di
akhirat nanti!

Oleh itu seorang pemimpin Islam hendaklah memberi galakkan, dorongan kepada pengikut
mereka untuk memberikan pendapat yang bernas mahu pun kritikan yang membina yang
dapat dikongsi bersam dengan ahli-ahli organisasi yang lain.

Pemimpin Islam juga sedia untuk melayan segala pendapat dan saranan pengikutnya.
Disamping itu beliau juga rela diperbetulkan sekiranya beliau lari dari landasan Syariat Islam.

Konsep ini dijelmakan dengan begitu baik oleh Umar al-Khattab ketika beliau dilantik
menjadi Khalifah Islam yang kedua. Umar telah bertanya kepada umat Islam ketika itu
apakah yang akan dilakukan oleh mereka sekiranya beliau lari dari prinsip-prinsip Islam
semasa pemerintahan beliau. Soalan ini disahut oleh seorang lelaki yang memberitahu Umar,
bahawa sekiranya dia tidak pemimpin umat Islam berlandaskan prinsip-prinsip Islam, maka
Umar akan di betulkan dengan pedang.

Ketokohan Umar terserlah, kerana beliau berasa syukur kerana ada umat Islam yang bersedia
membetulkannya sekiranya beliau tidak mengikut prinsip-prinsip Islam ketika menjadi
Khalifah Islam. 

Kesimpulan
Kepimpinan dalam Islam adalah bersifat sepadu yang menitikberatkan kesimbangan di antara
kepentingan roh dan jasad, antara perkembangan pembangunan spiritual dengan
perkembangan material demi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunai dan di akhirat.
Untuk mencapai matlamat kepimpinan yang bersepadu tersebut, pemimpin mestilah dipilih
daripada, kalangan orang-orang yang paling berwibawa dan berkelayakan kerana penyerahan
kuasa kepada orang yang tidak berkelayakan dan sesuai adalah mengkhianati Allah dan
Rasul-Nya.

Justeru itu pemimpin mestilah berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan kualiti
kepimpinannya ke tahap yang lebih cemerlang. Kepimpinan dalam Islam bukanlah alat untuk

11 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m
memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di dunai semata-mata, malah ianya
merupakan amanah yang wajib ditunaikan demi kesejahteraan umat manusia seluruhnya.
Kalalaian dan kegagalan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut
sama ada pemimpin yang memimpin dalam keluarga dan rumah tangga, masyarakat atau
negara akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di hari akhirat kelak.

Bibliografi

Zakaria, Z. Z. (2006). Kemahiran Memimpin . Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing


Sdn. Bhd.

Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Konsep Kepimpinan Dan Pengurusan Menurut
Ibnu Khaldun Dan Al-Ghazali, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI.

UKM

Abdul Wahab b Hj Zakaria, Konsep Pimpinan Dalam Islam UTM. KL.

12 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/08/16/menggali-potensi-meningkat-prestasi

http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/11/

13 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Anda mungkin juga menyukai