Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN AKHLAK DALAM ISLAM

Individu

-Dapat membina jati yang baik seperti yang terkandung dalam Al-Quran
dan As-Sunnah
-Dapat mengelakkan Iman daripada menjadi lemah dan dapat memelihara
diri daripada terpengaruh daripada anasir-anasir jahat
-Mampu menghapuskan kesalahan seseorang itu seperti air yang
menghancurkan tanah yang keras

Masyarakat

-Allah S.W.T Maha Bijaksana dalam menjadikan manusia yang saling


memerlukan antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu matlamat.
-Jika dalam jiwa manusia tumbuh sifat-sifat hina amat besar bahayanya
kerana ianya dapat menguasai kehidupan hingga menjadi perselisihan
faham antara satu sama lain . Contoh, sifat rasuah dan menipu antara satu
sama lain
-Pada zaman Rasulullah , ramai masyarakat terpikat untuk memeluk
agama islam kerana terikut dengan akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah

Keluarga

-Tunjuk ajar akhlak daripada kedua ibubapa dapat membantu sesebuah


keluarga menjadi bahagia
-Bimbingan daripada keluarga dapat membentuk akhlak yang baik
terhadap anak-anak
-Amatlah penting bimbingan daripada keluarga agar tidak terjebak
dengan kejahatan

Negara

-Jikalau akhlak rakyat negara terpelihara maka negara akan jadi


semakin maju
-Pemimpin yang berakhlak mulia dapat memimpin dengan
berwibawa dan adil menjadikan negara semakin aman makmur
-Rakyat yang berakhlak mulia dapat menjadikan sesebuah
negara menjadi negara contoh

Anda mungkin juga menyukai