Anda di halaman 1dari 14

POLITIK DALAM

ISLAM
NURUL ADILA BINTI AZRY
AKMA HAKIM BIN RUSDI
MOHAMAD HAZRUL AIMAN BIN R.AZMAN
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Politik merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Antara sarjana Islam al-
Mawardi,Ibnu Khaldun, Ibnu Taimiyah dan Abu Yusuf dan lain- lain. Imam Ghazali pernah
mengatakan bahawa politik bertujuan untuk membaiki urusan manusia dengan cara
memberi petunjuk kepada mereka, yakni manusia, ke arah jalan yang lurus bagi
menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.
KONSEP

- Untuk menjaga kepentingan agama dan juga pengurusan dunia yg tentunya melibatkn
keutamaan kerajaan dan rakyat jelata.

- Untuk memahami konsep politik Islam, perlu dirujuk kpd nas-nas al-Quran yg tlh memberi
garis panduan tntg halatuju pentadbiran islam.

-
CIRI - CIRI
Akauntabiliti
- Prinsip kebertanggungjawaban atas sesuatu tindakan, keputusan dan dasar, termasuk juga
kewajipan untuk melapor, menjelas dan boleh dipersoalkan dalam Parlimen

Sikap teliti
- Seorang pemerintah hendaklah mengamalkan sikap berhati-hati, cermat, bijaksana dan
berwawasan.

Muhasabah
- Seorang pemerintah hendaklah sentiasa menghitung diri dan mengambil iktibar,
menginsafi bahawa kekuasaan, pangkat, harta negeri dan masalah rakyat itu ialah amanah
Ilahi, bukanlah hanya bersifat retorik. Semua tindak-tanduk, keputusan dan perlakuan
sebagai seorang pemerintah perlu sentiasa disemak.
Pematuhan prinsip 'amar makruf dan nahi mungkar'
- Seorang pemerintah perlu melaksanakan dasar untuk melahirkan rakyat yang baik dan
mewujudkan suasana sentosa dalam negara. Dasar dan pelan tindakan hendaklah
mempunyai objektif yang jelas, galakan kepada kebajikan dan pencegahan terhadap
kemudaratan, manakala implikasi setiap keputusan perlu diperhalusi agar kesannya sentiasa
patuh prinsip syariah.

Keadilan dan kesamaan


- Ketua negara wajib melaksanakan hukuman dengan adil tanpa mengira keturunan, bahasa
dan pangkat. Dalam Islam, manusia adalah sama di sisi undang-undang. Tiada siapa yang
dapat mengatasi undang-undangnya.

Taat
- Ketaatan rakyat kepada ketua negara adalah ciri penting dalam sistem politik Islam. Umar
bin Khatab pernah berkata, tidak ada Islam tanpa jemaah, tidak ada jemaah tanpa ketua,
dan tidak ada ketua tanpa pengikut yang taat.
PERANAN DAN KEPENTINGAN
Aktiviti dan pelaksanaan politik di Malaysia sangat berperanan besar dalam membentuk cara
hidup, berfikir, beragama bagi setiap rakyat dan dari sudut pandang lainnya iaitu kesan pada
tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keamanan pada negara. Namun, itu semua adalah
kesan yang akan ditentukan oleh pemimpin yang telah dipilih secara majoriti. Justeru, dapat
disimpulkan beberapa kepentingan politik kepada sesebuah negara, antaranya:

1. Tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang


muslim adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah SWT dan
tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.

2. Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa
pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan
arahan pemerintah.
3. Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang disebut sebagai hukum-hakam
imamah (pemerintahan) atau hukum-hakam siyasah syar’iyyah (politik Islam). Hukum-
hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syara’ tidak memutuskannya secara
terperinci. Sebaliknya hukum hakam dalam kategori ini diserahkan kepada pendapat dan
ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan keadaan umat Islam.

4. Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau di kalangan


mereka yang menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam. Mereka didorong oleh
hawa nafsu atau fahaman-fahaman sesat yang berselindung di sebalik nama agama atau
pemulihan masyarakat.
CABARAN MASA KINI
1.Keterbukaan budaya dan pengaruh dunia asing

2.Kemerosotan budaya dan moral

3.Penyalahgunaan kemajuan sains dan teknologi

4.Kualiti alam sekitar semakin merosot

5.Kebuluran dan kematian

6.Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam sama ada atas sebab
kelangsungan hidup atau melakukan jenayah

7.Bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri

8.Islam dilabel sebagai agama pengganas


LANGKAH² MENGATASI CABARAN
Peranan pemerintah
- Mengamalkan syariah Islam di dalam pemerintahan mereka iaitu al-Quran, sunnah, ijmak
dan qias.
Sikap tanggungjawab, adil dan amanah perlu ada dalam mengendalikan organisasi.

Peranan ibubapa
- Ibubapa hendaklah memberikan perhatian yang cukup untuk anak-anak mereka agar tidak
terbabit dengan masalah yang menyebabkan mereka lalai kepada tuntutan agama mereka.
Ibubapa hendaklah menanamkan sifat ambil tahu mereka terhadap keadaan anak-anak
mereka
Peranan masyarakat
- Institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula dari segi objektif dan matlamat,
agar dakwah dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan
peranannya.
Bilangan pendakwah juga perlu ditambah dan latihan sewajarnya perlu diambil agar
mereka dapat masyarakat dengan penuh hikmah.

Peranan media sosial


- Media sosial haruslah menjadi platform untuk menyebarkan maklumat tentang agama
Islam adalah sebagai agama yang mengamalkan sifat kedamaian.
Media sosial perlulah memaparkan perkara yang benar tentang Islam agar masyarakat
bukan Islam tidak memandang buruk akan agama Islam.
JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP INSTITUSI
Langkah ke hadapan membina negara yang sewajarnya dilakukan antaranya adalah menjana
peluang pekerjaan yang baik untuk golongan muda yang berpadanan dengan kelayakan,
menarik pelabur yang berkualiti, mereformasi sistem pendidikan serta memupuk perpaduan
nasional demi mengatasi sentimen perkauman dan agama.

Justeru, pelabur asing yang ingin ditarik ke Malaysia perlulah daripada kalangan pelabur
berkualiti yang mampu menjanjikan peluang pekerjaan yang berkualiti juga.

Perpaduan nasional yang berakar umbi pula mampu menggembleng rakyat Malaysia dengan
satu tekad dan satu hati untuk membangunkan negara ke mercu yang lebih tinggi. Sentimen
perkauman dan agama perlu dibanteras agar tidak ada tembok yang boleh memisahkan dan
membelahkan rakyat.
Tempoh 12 bulan pada tahun 2023 belum tentu menjamin segala perubahan buat
negara, namun ia adalah titik tolak kepada sebuah perubahan yang didambakan untuk
jangka panjang yang perlu dibina dengan sebaiknya.

Moga tahun baharu 2023 memberikan sinar perubahan buat negara dengan kepimpinan
yang berwibawa, ekonomi yang mampan dan rakyat yang sejahtera dalam memacu
kemakmuran bersama.
PENUTUP DAN KESIMPULAN
Sebagai umat islam yang bertanggungjawab, kita jangan lah salah memilih pemimpin
dan bagi yang memiliki kuasa jangan lah disalahgunakan sebagai contoh yang boleh kita
ambil adalah kerajaan madani pada masa kini, dimana bila tiba akhir zaman kemungkaran
akan terlihat biasa, maksiat di mana-mana serta pemerintah menzalimi rakyat dengan
pelbagai cara. Jadi pada pendapat saya bertaubat lah selagi sempat.

Anda mungkin juga menyukai