Anda di halaman 1dari 10

CTU241

KONSEP DAN PENERAPAN TENTANG EKONOMI ISLAM


TUGASAN BERKUMPULAN BA1193E

Muhammad Shamsul Zamrin Bin Mazhar

: 2019681708

Muhammad Musfafizul Bin Cik Johary

: 2019847966

Syimir Asyraf Bin Sabri

: 2019299004

NAMA PENSYARAH

Ustazah Rogayah Binti Mohd Zain


ISI KANDUNGAN

I. PENGENALAN EKONOMI ISLAM

II. FAKTA DAN HURAIAN EKONOMI ISLAM

III. CADANGAN

IV. KESIMPULAN

V. RUJUKAN
PENGENALAN

Pembangunan merupakan konsep yang multi-dimensi dan komprehensif


mengandungi persoalan ekonomi dan bukan ekonomi. Pembangunan
ekonomi adalah salah satu komponen penting dalam konsep
pembangunan yang komprehensif. Ia juga merangkumi aspek-aspek yang
boleh diukur dan tidak boleh diukur. Manakala konsep pembangunan
ekonomi dalam Islam mengandungi nilai dimana objektif utamanya ialah
untuk mencapai kebajikan manusia. Kebajikan manusia ini, menurut
Islam tidak dianggap lengkap tanpa pembangunan nilai moral yang tidak
dipentingkan dalam teori pertumbuhan ekonomi konvensional. Nilai-nilai
moral ini adalah aspek yang tidak boleh diukur dan tidak boleh
dipisahkan dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara

PENDAHULUAN

Abad 20 adalah zaman kebangkitan semula sistem ekonomi Islam kerana


terdapat peningkatan usaha untuk mengembalikan keunggulannya di
samping penerimaan masyarakat.Dalam keghairahan umat Islam
menonjolkan keistimewaan sistemekonomi Islam, mereka mungkin
terpedaya dengan usahamenyepadukan @ mengintegrasikan ekonomi
Islam denganekonomi asing (kapitalis, sosialis @ campuran) yang
akhirnya dinilaioleh masyarakat adalah sama dengan sistem ekonomi
tersebut.Oleh itu, untuk mengelakkan masalah tersebut, umat Islam
amnyadan para sarjana ekonomi khususnya mesti memahami
kedudukanekonomi dalam ajaran Islam dan konsep ekonomi Islam
denganbetul dan seterusnya mampu menggunanya untuk
membentukteori2 ekonomi Islam yang tersendiri tanpa bergantung
kepadapemikiran asing/barat.
FAKTA DAN HURAIAN

Ekonomi Islam ialah suatu pemikiran dan ajaran yang mengarah dan menyusun
kegiatan ekonomi selaras dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad
ulama dalam mentafsir dan menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung
dengan ekonomi. Ia bukan suatu ilmu sains yang bersifat menghurai dan
menganalisa gejala-gejala ekonomi untuk diperturunkan sebagai undang-undang
dan membentuk mazhab atau pemikiran, tetapi lebih bersifat positif
mengarahkan aktiviti ekonomi menurut ketetapan Allah s.w.t.

Dalam Ekonomi Islam tanggungjawab manusia sebagai khalifah adalah


memikul amanah berdasarkan kepada panduan yang telah ditetapkan oleh
syariat Allah s.w.t. Di antaranya ialah membangun dan mengolah sumber alam
di atas dan di dalam perut bumi hingga boleh dimanfaatkan bagi kehidupan
manusia. Begitu juga memelihara dan menggunakan bahan-bahan yang berguna
mengikut lunas-lunas Islam.Seterusnya,tidak mengkhianati amanah. Segala
usaha dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh dan mengelakkan diri
dari melakukan sebarang perbuatan negatif kerana segala tingkahlakunya
diperhatikan oleh Allah s.w.t. Orang yang mengkhianati amanah Allah adalah
orang yang gagal sebagai khalifah di muka bumi. Dan berbelanja pada jalan
Allah. Apa yang telah dihasilkan oleh manusia daripada sumber alam hendaklah
dibelanjakan dengan cara dan tujuan yang baik.
Prinsip-prinsip Ekonomi Islam terdiri daripada beberapa aspek di antaranya
ialah penggunaan dan perlaksanaan konsep zakat, infak dan sedekah dalam
membanteras kemiskinan. Pada prinsip ini, umat Islam diseru pada syarat
tertentu diwajibkan untuk membelanjakan harta-harta mereka ke jalan Allah
secara optimal. Membelanjakan ke jalan Allah bermaksud membantu para fakir
miskin, anak-anak yatim serta mereka yang layak menerima bantuan. Hal ini
dilaksanakan supaya wujudnya kesejahteraan dan keadilan sosial dalam
masyarakat Islam. Kedua, larangan riba di dalam al-Quran terutamanya dalam
surah al-Baqarah amat jelas menerangkan tentang larangan riba dalam kalangan
umat Islam. Sejarahnya, riba ini amat disenangi dan disukai oleh kaum Yahudi.
Bahkan, mereka masih mengamalkan amalan ini didalam sistem ekonomi
mereka. Oleh itu, janganlah kita terjebak dengan untuk mengikuti cara dan
ajaran mereka Yahudi dan Nasrani kerana mereka sememang nya tidak rela
akan agama Islam berkembang bahkan mereka berharap agar orang-orang Islam
terikut akan cara dan gaya hidup. Seterusnya,membahagi risiko dimana
ekonomi Islam yang berjalan dalam asas kebersamaan dan keadilan itu tidak
membenarkan satu pihak yang berkongsi menderita kerugian dan rugi sendirian.
Oleh itu, menanggung risiko kerugian pada usaha bersama secara adil dan bijak
mesti dilakukan bersama agar tidak ada pihak yang merasa terzalimi dan tidak
puas hati. Prinsip ini mengajak umat Islam yang berniaga sama-sama merasai
kerugian atau keuntungan. Inilah ajaran yang mengajarkan kita kebersamaan
dan keadilan.
Seterusnya,melarang eksplotasi kegiatan ekonomi dimana Islam melarang
terjadi eksplotasi. Suatu kegiatan industri atau perniagaan yang mengeksplotasi
kekayaan alam dan sumber daya manusia tetapi tidak mampu menjaga
keseimbangan ekonomi dan memerhatikan hak-hak pekerja amatlah dibenci
bahkan dilarang dalam prinsip ekonomi Islam. Akhir sekali,menjauhi usaha
yang bersifat spekulatif seperti judi yang merupakan perkara yang diharamkan
dan termasuk dalam kategori yang tinggi sifat spekulasinya. Sistem ekonomi
kapitalis yang berbagai perniagaanya banyak disokong dengan usaha model
spekulasi ini. Umat Islam dilarang untuk mengikuti dan meniru konsep tersebut
kerana ianya tidak mengikuti nilai-nilai agama (Islam) dan boleh menyesatkan
masyarakat Islam.
Kepentingan ekonomi Islam ialah bagi membasmi kemiskinan,
konsep zakat digunakan sistem ekonomi Islam membantu memberi bantuan
kepada pihak yang berhak dan memerlukan bantuan. Oleh yang demikian,
masalah golongan kurang berkemampuan dapat diselesaikan serta mengurang
kadar kemiskinan dalam kalangan umat Islam. Seterusnya ini akan
mengurangkan jurang sosial masyarakat Islam. Kedua ,menyediakan keperluan-
keperluan asas

Hasil-hasil ekonomi yang diperoleh adalah digunakan bagi menyediakan


kemudahan asas seperti jalan raya, pelaburan, aktiviti sosial dan sebagainya. Ini
sudah menjadi tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan dalam menjaga
kebajikan masyarakat Islam dan seterusnya menwujudkan negara Islam yang
maju di mata dunia.Ketiga meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam,
masyarakat Islam diseru untuk meningkatkan taraf pendidikan bagi
menbangunkan sesebuah negara yang maju. Oleh itu, hasil daripada ekonomi
dari sesebuah organisasi ini juga akan membantu untuk mengeluarkan biasiswa
ataupun bantuan kewangan bagi golongan-golongan yang memerlukan dan
berhak. Seterusnya, menjaga harta yang diwakafkan ekonomi Islam juga
berperanan untuk menjaga segala harta negara. Harta yang diwakafkan
merupakan salah satu sumber ekonomi. Negara akan menjadi pemegang
amanah jika tiada waris bagi sesebuah harta.
CADANGAN
ISLAM Objektif pembangunan ekonomi dalam Islam adalah untuk mencapai
al-falah di dunia dan di akhirat. Konsep ini bermaksud setiap peningkatan
taraf hidup masyarakat itu hendaklah disertai dengan niat atau tujuan
untuk mendapat keredaan Allah S.W.T.. Seperti yang diajukan oleh ahli-
ahli ekonomi Islam,14 objektif polisi pembangunan dalam kerangka Islam
adalah seperti berikut:Pembangunan sumber insan
1. 15 Pembangunan sumber insan atau manusia haruslah menjadi objektif
utama dalam polisi pembangunan Islam. Dalam hal ini, selain kekuatan akhlak
dan kerohanian, pembangunan harus mengambil kira sikap dan aspirasi
yang betul, pembangunan perwatakan dan personaliti, pendidikan dan
latihan yang menimbulkan kemahiran yang diperlukan untuk pelbagai
kegiatan, menggalakkan pengetahuan dan penyelidikan, serta evolusi
mekanisme bagi penyertaan yang bertanggungjawab dan kreatif oleh orang
biasa dalam kegiatan pembangunan yang penting, dalam membuat keputusan di
semua peringkat dan akhirnya dalam berkongsi hasil dari pembangunan itu
sendiri. Keutamaan harus diberikan dalam pengembangan pendidikan,
orientasi rohani dan pengembangan struktur perhubungan baru yang
berasaskan kepada kerjasama, perkongsian dan penyertaan.Pemikiran
Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam Pertambahan pengeluaran yang
bermanfaat
2. Pertambahan yang berterusan dan berkekalan dalam keluaran negara adalah
objektif penting dari sudut jenis barangan, kuantiti, kualiti dan percampuran
keluaran yang betul. Pengeluaran bukanlah bermakna pengeluaran apa sahaja
barangan yang diminta oleh pasaran atau yang mampu dibeli oleh kuasa wang
oleh mereka yang kaya dan berada, tetapi pengeluaran hanya terlibat dengan
pengeluaran barangan yang berguna kepada manusia menurut Syariah.
Dalam kerangka ini, adalah diutamakan pengeluaran barangan keperluaan asas
(daruriyyat) berbanding dengan barangan mewah (kamaliyyat) dan
barangan keselesaan (tahsiniyyat), melengkapkan keperluan pertahanan dan
meningkatkan pengeluaran barangan modal utama. Dalam hal ini. Corak
pengeluaran barangan dalam pemikiran ekonomi Islam adalah seperti
berikut:16Barang-barang dan perkhidmatan yang terlarang tidak akan diminta a.
oleh pengguna muslim, oleh itu peruntukan dan pengeluaran barangan
berkenaan adalah sifar.Barangan mewah akan berkurangan permintaannya dan
secara tidak b. langsung akan menjatuhkan peruntukan sumber dan
pengeluaran barangan ini.Industri pengeluaran barangan asas dan
keselesaan akan c. berkembang. Sumber-sumber dalam ekonomi akan
diperuntukan untuk pengeluaran barangan dalam kategori ini.Bertambahnya
permintaan terhadap masa lapang, dan kerja di d. luar bidang pengeluaran
akan menyebabkan penawaran buruh, khususnya tenaga mental dan tenaga
khidmat bagi mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan tinggi akan
jatuhkan kualiti kehidupan
3. Usaha-usaha haruslah ditujukan untuk memperbaiki taraf kehidupan
sebenar semua orang dan ke arah mencapai kebajikan akhlak, ekonomi dan
sosial mereka. Untuk mencapai objektif ini, keutamaan yang tinggi harus
diberikan sekurang-kurangnya kepada perkara berikut, iaitu;Mengadakan
peluang pekerjaan dan semua penyelarasan dari segi a. struktur, teknologi,
pelaburan, kedaerahan dan pendidikan yang timbul daripadanya.Mengadakan
satu sistem jaminan sosial yang berkesan yang menjamin keperluan hidup
yang asas bagi semua orang yangbangunan seimbang
4. Ia bermaksud pembangunan yang harmoni dan seimbang antara wilayah
dan antara sektor-sektor dalam masyarakat dan ekonomi. Desentralisasi
ekonomi dan pembangunan yang tepat bagi semua bahagian dan sektor
adalah dituntut untuk mencapai keadilan dan kemajuan yang maksimumkan
Penggunaan teknologi baru
5. Objektif ini bermaksud penggunaan teknologi yang sesuai dengan keadaan
keperluan dan aspirasi negara. Proses pembangunan itu akan dapat bertahan
sendiri hanya apabila sesebuah negara itu bebas daripada bantuan asing dan
dapat menguasai teknologi yang terkini, maju dan mempunyai cap tersendiri.
Oleh itu, keutamaan harus diberikan kepada usaha-usaha penyelidikan
untuk mendapatkan teknologi dan semangat baru dalam era globalisasi dan
langit terbuka iniurangan pergantungan kepada negara luar
6. Adalah menjadi antara tuntutan kepada ummah untuk membebaskan diri
dari pergantungan kepada kuasa luar yang bukan negara Islam dan menjadi
kefarduan pula untuk mengeratkan hubungan di antara negara-negara Islam
dalam semua hal supaya masing-masing saling cukup-mencukupi, Bantu-
membantu, sokong-menyokong di antara satu sama lain. Dengan status
orang Islam selaku khalifat di muka bumi tidak harus menjadi alat kepada
kepentingan negara bukan Islam. Kesatuan dan kerjasama dalam pelbagai
aspek antara negara-negara Islam akan mengutuhkan kesatuan ummah
dalam aspek ekonomi dan sebagainya, yang akhirnya akan mewujudkan
sebuah negara yang tidak bergantung kepada negara luar bukan Islam dan
beransur-ansur membina kekuatan diri dan kuasa.Anjuran ini telah
dinyatakan oleh al-Qur’an dengan maksudnya:Dan bersedialah untuk
menentang mereka (musuh yang meceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat
kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya

STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI MENURUT


PERSPEKTIF ISLAM
Oleh kerana pembangunan ekonomi dalam Islam itu bersifat bersepadu
yang tidak boleh dibahagi-bahagikan, maka manusialah itu sebenarnya
agen dan tunpuan kepada pembangunan.23 Pembangunan bukanlah
matlamat tunggal yang ingin dicapai, tetapi ia merupakan wasilah kea
rah supaya manusia itu dapat memainkan peranan yang lebih
bermakna selaku khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini. Pembangunan
ekonomi tidak akan bermakna jika manusia itu tidak dibangunkan dari
sudut spiritual, akhlak dan sebagainya menurut kerangka Islam. Usaha
pembangunan ini hendaklah dilakukanecara bersungguh-sungguh
kerana ia satu keperluan kepada negara dalam misi memberikan
kebajikan kepada umat manusia. Selain dengan berpandukan garis
panduan dan acuan Islam dalam mencapai matlamat ini, Islam tidak
menghalang jika dipinjam pemikiran, institusi dan alat daripada sistem-
sistem lain selagi tidak berlawanan dengan Islam. Dalam hal ini
untuk mencapai matlamat dan objektif pembangunan ekonomi
berteraskan Islam tercapai, maka strategi-strategi dan pendekatan
berikut perlu diikuti iaitu pendekatan pembangunan untuk manusia,
pendekatan pembiayaan untuk projek pembangunan, pendekatan
konsep kebajikan individu dan masyarakat, pendekatan kerjasama
antara pihak-pihak yang terlibat dalam program pembangunan

endekatan pembangunan insan dalam kerangka Islam adalah


menitikberatkan pencapaian kekuatan fizikal dan rohani dan
keunggulan kekuatan dalaman. Modul bina insan ini dicadangkan kerana
pembangunan ekonomi tidak akan dapat berjalan lancar sekiranya
kekuatan dalaman manusia tidak dibangunkan terlebih dahulu.
Kekuatan dalaman akan melahirkan dorongan luaran yang berkesan
yang memberikan semangat daya tahan dan juang yang kental untuk
berusaha ke arah matlamat berkenaan. Kekuatan dalaman adalah sumber
dorongan untuk berusaha membangunkan persekitaran fizikal.24 Usaha
pembangunan manusia perlu dimulai dengan penyuburan iman,
pelaksanaan secara berterusan kewajipan mereka kepada Allah S.W.T.
dalam bentuk fardhu `ain dan fardhu kifayah dan usaha-usaha
pembersihan hati dan jiwa daripada perkara-perkara yang
mazmumah.Pendekatan pembiayaan untuk projek pembangunan
haruslah bersumberkan kepada kewangan Islam yang bebas daripada
amalan riba, gharar dan perjudian. Sumber-sumber utama pembiayaan
pembangunan termasuklah tabungan domestik, bantuan dan pinjaman
dari negara-negara luar dan pelbagai bentuk pelaburan. Untuk
mencapai matlamat pembangunan ekonomi Islam, sumber-sumber
tersebut haruslah digunakan mengikut prinsip-prinsip muamalat Islam.
Pihak kerajaan, swasta dan individu mempunyai pelbagai pilihan
akad untuk mendapatkan modal-modal berkenaan dalam usaha
pembiayaan mereka untuk memperolehi aset, pembiayaan aset semasa
atau modal pusingan, pembiayaan aset tetap dan sebagainya, sama ada
akad yang berasaskan ekuiti seperti mudarabah dan musharakah, atau
yang berasaskan kepada pembiayaan hutang seperti bay` al-murabahah,
bay` bithaman ajil, bay` al-istisna’, bay` al-salam, al-ijarah dan
sebagainya, dan pembiayaan secara qard al-hasan

Pendekatan kerjasama antara pihak-pihak yang bertanggungjawab


dalam projek pembangunan dan penyediaan keperluan asas adalah untuk
menolak konsep “struggle for existence” (berusaha untuk kepentingan
diri sendiri), tetapi Islam menyarankan konsep “Cooperation for
existence”(kerjasama untuk kehidupan) sebagai asas dalam kehidupan
yang selari dengan konsep Tauhid. Pendekatan ini adalah bersifat
multi dimensional (pelbagai dimensi) yang akan menghasilkan natijah
yang positif kepada kegiatan pembangunan ekonomi negara dan juga
kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dalam negara.

KESIMPULAN

Malaysia kini di ambang perkembangan yang amat pesat. Dengan melalui


satu krisis ekonomi yang begitu gawat, telah mendewasakan kita. Kita
telah memperoleh banyak ganjaran dan tiada yang sehebat reality yang
berlaku di depan mata. Kita juga sedar bahawa tiada jalan singkat kepada
kejayaan sesebuah negara atau jawapan mudah kepada masalah masalah
yang dihadapi oleh negara. Kita telah memulakan langkah yang pertama
dalam tahun 1983. Dengan polisi dan asas yang kini sudah kukuh,
perbangkan dan kewangan Islam bukan bukan sahaja akan mucul sebagai
salah satu daripada komponen penting dalam sistem kewangan tetapi juga
akan memainkan peranan penting dalam sistem pembangunan negara.

RUJUKAN
 Al-Salleh, D. S. (N. D. ). Sistem Dan Kewangan
Dalam Islam. 1986: Malindo Printers Sdn. Bhd.
 Ahmad, H. Z. (1979). Dasar-Dasar Ekonomi Islam.
Bulan Bintang Jakarta.
 Ghani, A. M. (2006). Dinamisme Kewangan Islam Di
Malaysia. University Of Malaya.
 Hassan, N. M. (2002). Ekonomi Islam Dan
Pelaksanaan Di Malaysia. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
 Siddiqi, M. N. (1987). Pemikiran Ekonomi Islam.
Nurin Enterprise.
 www.coursehero.com/file/36011818/konsep-
ekonomi-islampdf/
 www.researchgate.net/publication/
Pemikiran_Pembangunan_Ekonomi_Berteraskan_Is
lam

Anda mungkin juga menyukai