Anda di halaman 1dari 14

Jenis-Jenis Talak

Lafaz talak terbahagi kepada dua: Talak Sharih

Talak Kinayah. Talak Sharih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai". Contoh lafaz yang Sharih:

Aku ceraikan kau dengan talak satu Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau Hari ini aku ceraikan kau

Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi. Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:

Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah ini, maka talak dikira jatuh. Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya. Jenis-jenis Talak Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut: Talak Raj'ie

Talak Battah Talak Bain Menjatuhkan talak tiga sekaligus Talak Sunni Talak Bid'i

1. Talak Raj'ie Talak Raj'ie membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya, "Aku ceraikan kau buat selama-lamanya" Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian: Talak Bain Kubra Talak Bain Sughra. Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini. Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah: Talak yang diputuskan oleh Hakam Talak melalui Khulu' Talak yang difasakhkan oleh Hakim 4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketigatiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat. Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya. 5. Talak Sunni Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi. 6. Talak Bid'i Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut: Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).

Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu dengannya.

Hukum-Hakam Talak

Allah swt berfirman :

Maksudnya : [228]Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka lebih berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka, jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);

Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim. [230] Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. [231] Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta

ketahuilah: Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Makna Kalimat

1- Quru ( : )Adalah satu kalimah yang boleh membawa dua maksud yang saling bertentangan ( .)Perkataan Quru dalam bahasa Arab boleh digunakan untuk membawa maksud haid dan boleh juga membawa maksud suci. Disebabkan perkataan ini, para ulama berbeza pendapat tentang maksud yang dikehendaki oleh ayat al-Quran.

2- Buuulatuhunna ( : )Buuul ( )adalah kalimah jama (plural) bagi Balu ( ) yang bermaksud suami, maka ( ) membawa maksud suami-suami mereka (.)

3- Darajah ( : )Dari segi bahasa al-Darajah membawa maksud kedudukan yang tinggi ()

4- Azizun Hakim ( : )membawa maksud yang tidak dapat dikalahkan kekuasaannya, yang menang dan tidak dapat dikalahkan. Maha bijaksana (Hakim) di dalam hukum-hakamnya dan perbuatannya.

5- Al-Tolaq ( : )al-Tolak ialah membuka ikatan pernikahan.

6- Tasrih ( : )Melepaskan sesuatu, seperti melepaskan rambut untuk memisahkan sebahagian dengan sebahaian yang lain.

7- Fabalagh-na Ajalahunn ( : ) iaitu hampir tamat tempoh iddah. Orang Arab berkata : Telah sampai ke bandar itu jika telah hampir sampai kepadanya. ()

8- Dhiraran ( : )iaitu bertujuan memudharatkan ()

9- Tadhulu hunn ( ,)al-Adhlu ( )membawa maksud melarang dan menyukarkan atau menyempitkan ( ,)maka maksudnya ialah : Jangan kamu melarang mereka (isteri yang ditalak) dari berkahwin dengan sesiapa yang mereka kehendaki dari kalangan suami-suami selepas habis iddah.

Makna Ijmali

Allah swt menerangkan di dalam firmanNya berkenaan isteri-isteri yang telah ditalakkan oleh suami-suami mereka kerana sebabsebab tertentu. Para isteri yang ditalak tersebut hendaklah menunggu beberapa tempoh, iaitu selama tempoh iddah, tiga kali cuci atau tiga kali haid untuk memastikan kesucian rahim mereka, sehingga tidak memungkinkan percampuran nasab jika mereka berkahwin lain.

Namun suami-suami yang telah mentalakkan isteri-isteri mereka, mereka adalah lebih berhak ke atas isteri-isteri yang telah mereka talakkan selama dalam tempoh iddah. Ini bertujuan untuk membaiki hubungan sesama suami isteri. Dan inilah antara hikmah disyariatkan talak di dalam Islam, supaya suami isteri dapat berfikir dengan waras dalam tempoh iddah dan mereka merujuk semula untuk memperbaiki lagi segala kekurangan dalam hubungan sesama mereka.

Setelah itu Allah swt menjelaskan bahawa talak yang dibenarkan itu adalah sebanyak dua kali. Dalam erti kata talak yang boleh rujuk semua. Jika seseorang suami mentalak isterinya buat kali yang ketiga, maka tidak dihalalkan lagi kepadanya isteri tersebut (tidak boleh rujuk semula) sehinggalah isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain.

Allah swt juga tidak membenarkan bagi mana-mana suami yang telah mentalakkan isterinya, mengambul semula mahar yang telah diberikannya kepada isterinya tersebut kerana antara mereka telah berlakunya perhubungan suami isteri, melainkan jika dibimbangi tidak dapat melaksanakan hukum hakam Allah. Atau si isteri tidak mahu lagi bersama dengan suaminya, lalu dia mengeluarkan sejumlah harta kepada suaminya untuk si suami tersebut menceraikannya. Maka ini tidak mengapa.

Allah swt juga menegaskan di dalam ayat tersebut kepada para suami untuk mereka bergaul dengan isteri-isteri mereka dengan cara yang baik tanpa memberi mudharat kepada para isteri. Demikian juga Allah mengarahkan para wali (wali nikah) untuk tidak menghalang wanita di bawah jagaannya merujuk semula kepada suami yang telah menceraikannya, jika sememangnya dia menghendaki rujuk. Terutamanya jika keadaan telah menjadi elok dan zahir tanda-tanda penyesalan pada kedua-dua suami dan isteri untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sebab Turun Ayat

Pertama : Diriwayatkan bahawasanya di kalangan orang-orang Arab jahiliyyah, tidak ada bilangan di dalam talak. Seseorang lelaki di zaman jahiliyyah boleh mentalakkan isterinya seberapa banyak yang dia suka. Apabila dia memerlukan isteri yang telah ditalaknya, dia rujuk semula. Maka lelaki bermain dengan talak terhadap isterinya. Lalu seorang wanita mengadu kepada Nabi saw keadaan tersebut maka turunlah ayat :

Maksudnya : Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim. (al-Baqarah : 229)

Kedua : Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ibn Abbas ra. katanya : Terdapat seorang lelaki yang mentalakkan isterinya, kemudian merujuk semula sebelum tamat iddahnya kemudian mentalakkannya pula. Lelaki tersebut berbuat begitu bagi tujuan memberi mudharat kepada isterinya, lalu Allah swt menurunkan ayat :

Maksudnya : Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah : 231.)

Ketiga : al-Bukhari dan al-Tirmizi meriwayatkan daripada Maqal bin Yasar ( )bahawasanya dia telah mengahwinkan saudara perempuannya dengan seorang lelaki dari kalangan muslimin pada zaman Nabi saw. Setelah berlalu beberapa tempoh, suaminya mentalaknya dan tidak merujuk kembali sehingga tamat tempoh iddahnya. Setelah itu, lelaki tersebut ingin kembali kepada isterinya dan isterinya juga ingin kembali kepadanya, lalu Maqal berkata kepada lelaki tersebut, : Wahai orang yang keji, aku telah memuliakan kamu dengannya dan mengahwinkan kamu dengannya,

kemudian kamu mentalak dia. Demi Allah dia tidak akan kembali kepada kamu selama-lamanya. Sesungguhnya Allah mengetahui hajat lelaki tersebut untuk kembali kepada isterinya dan hajat isterinya untuk kembali kepada suaminya. Lalu Allah swt menurunkan ayat :

Maksudnya : Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-

wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajarand dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah : 232)

Setelah mendengar ayat ini, Maqal berkata : Aku mendengar (arahan) tuhanku dan aku mentaatinya. Kemudian dia memanggil lelaki tersebut dan berkata : Aku mengahwinkan engkau (dengannya) dan aku memuliakan engkau.

Hukum-Hakam Talaq

1- Tempoh Iddah ()

i- Wanita yang ditalak

Allah swt telah mewajibkan iddah bagi wanita yang ditalak berdasarkan surah al-Baqarah ayat 228. Yang dimaksudkan dengan wanita yang ditalak disini ialah wanita balighah yang berkahwin dan berlakunya al-Dukhul ( )akan tetapi tidak hamil, atau wanita yang telah putus haid. Ini kerana wanita yang berkahwin, kemudian diceraikan sebelum berlakunya al-Dukhul, maka tidak ada iddah padanya berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 49.

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. oleh itu, berilah "Mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. (al-Ahzab : 49)

ii- Wanita hamil

Tempoh iddah bagi wanita yang hamil ialah selepas melahirkan anak. Berdasarkan firman Allah swt di dalam surah al-Tolaq ayat 4 :

Maksudnya : Dan iddah bagi perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak

kandungannya. dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

iii- Wanita yang telah putus haid.

Iddah bagi wanita yang telah putus haid ialah selama tiga bulan berdasarkan firman Allah swt di dalam surah al-Tolaq ayat 4 :

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.

2- Maksud al-Quru ()

Di bahagian awal tulisan ini, telah dinyatakan para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimah quru yang digunakan di dalam ayat. Dari sudut bahasa ia boleh membawa maksud suci dan boleh juga membawa maksud haid. Di bawah ini dinyatakan pendapat para ulama :

i- Imam Malik dan Imam al-Syafiie : berpendapat quru membawa maksud suci. Pendapat ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Omar, A-isyah dan Zaid bin Thabit. Ini juga merupakan salah satu pendapat Imam Ahmad.

ii- Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad (dalam salah satu riwayat yang lain daipadanya) : berpendapat quru membawa maksud haid. Pendapat ini berdasarkan riwayat daripada Omar, Ibn Masud, Abu Musa, Abu Darda dan selain mereka.

Tarjih

Al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni memilih pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad. Demikian juga al-Allamah Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Mereka berdua berpendapat pendapat Abu Hanifah dan Imam Ahmad ini adalah yang lebih kuat.

3- Apakah hukum talaq rajie (? )

Dibolehkan kepada suami untuk rujuk semula kepada isterinya yang telah ditalaknya tanpa akad dan mahar yang baru. Demikian juga tanpa redha isterinya, selama mana isterinya masih berada di dalam iddah. Ini berdasarkan firman Allah swt di dalam surah alBaqarah ayat 228. Ayat tersebut membawa maksud si suami lebih berhak merujuk dalam waktu iddah. Maka apabila hak rujuk adalah hak suami, maka tidak disyaratkan rujuk mesti dengan redha isteri, ianya juga tidak perlu kepada wali dan tidak perlu kepada saksi. Namun disunatkan juga kerana bimbang si isteri menafikan yang suaminya telah rujuk kepadanya.

Rujuk ini boleh dilakukan dengan perkataan seperti berkata : Aku rujuk semula kepada isteri-ku untuk memelihara perkahwinan-ku. Ia boleh juga dilakukan melalui perbuatan seperti mencium, menyentuh dengan syahwat atau jima di sisi Abu Hanifah dan Malik. Al-Imam al-Syafiie pula berkata rujuk mesti dengan perkataan yang jelas, tidak boleh dengan jima.

Al-Syaukani berkata : Yang zahir (benar) ialah pendapat yang pertama (rujuk boleh dengan perkataan dan perbuatan). Ini kerana iddah adalah tempoh pilihan. Maka pilihan boleh dengan perkataan dan perbuatan, demikian juga berdasarkan zahir firman Allah swt : dan suami-suami mereka lebih berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka, (al-Baqarah : 228) dan sabda Nabi saw kepada Omar ra. yang menceritakan anaknya telah mentalakkan isterinya yang sedang haid, lalu baginda bersabda : Suruhlah dia untuk merujuk kepadanya kembali ( ,)Sesungguhnya rujuk harus dengan perbuatan, kerana ia tidak dikhususkan dengan percakapan sahaja. Siapa yang mendakwa yang rujuk itu khusus dengan percakapan sahaja maka dia perlu datangkan dalil.

4- Apakah talaq tiga dalam satu lafaz jatuh tiga atau satu

Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 229, bahawa talaq itu suatu yang terpisah dan berasingan, maksudnya : Talak (yang boleh rujuk semula) itu dua kali. Para ulama berbeza pendapat bagi talak tiga di dalam satu lafaz, adakah hukumnya jatuh talak tiga atau satu.

i- Kebanyakan sahabat, tabiien dan imam mazhab yang empat berpendapat talak tiga dalam satu lafaz, hukumnya jatuh talak tiga dalam keadaan perbuatan itu haram, dan sebahagian yang lain berpendapat makruh.

ii- Sebahagian ahli zahir berpendapat talak tiga dalam satu lafaz, hukumnya dikira sebagai talak satu. Inilah juga pendapat Towus ( ,)mazhab Imamiyah, Ibn Taimiyyah dan pendapat ini juga diambil oleh sebahagian ulama mutaakhirin (kemudian) dari kalangan fuqaha sebagai mengelakkan kesukaran kepada manusia, dan mengelak berlakunya keburukan.

Al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni di dalam kitabnya Tafsir Aayaat al-Ahkam membuat kesimpulan dan menyatakan pendapat jumhur (kebanyakan) ulama adalah pendapat yang lebih kuat dalam masaalah ini.

5- Apakah hukum wanita yang ditalak tiga dan bagaimanakah dia dapat bersama dengan suami pertamanya semula?

Allah swt berfirman :

Maksudnya : Sesudah (diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (al-Baqarah : 230)

Isteri yang telah ditalak oleh suaminya sebanyak tiga kali, mereka tidak boleh lagi untuk rujuk semula sehinggalah isteri yang ditalak itu berkahwin dengan lelaki yang lain. Talak tiga ini dinamakan oleh para fuqaha sebagai Talak Ba-in (.)

Jumhur ulama dan para imam muhtahid ( )berpendapat, firman Allah swt yang bermaksud : sehingga ia (si isteri) berkahwin dengan suami yang lain , memaksudkan jima, bukan sekadar akad sahaja. Maka tidak dibenarkan bagi suami merujuk kembali kepada isteri yang telah ditalaknya sebanyak tiga kali, sehinggalah isteri tersebut berkahwin dengan lelaki yang lain dan melakukan hubungan suami isteri dengan suami keduanya dan mereka pula bercerai.

6- Hukum al-Muhallil ( )atau Cina Buta

Al-Muhallil ( )dibaca dengan dikasrahkan huruf Lam, membawa maksud lelaki yang berkahwin dengan wanita yang telah ditalak tiga bertujuan menghalalkan wanita tersebut untuk suaminya yang pertama. Para ulama berbeza pendapat tentang nikah Muhallil ini :

i- Imam Malik, al-Syafiie, Ahmad dan al-Thauri berpendapat nikah al-Muhallil ini adalah Batil. Nikah tersebut tidak dapat menghalalkan suami pertama untuk merujuk semula kepada isterinya. Mereka berdalilkan dengan beberapa hadith Nabi saw, antaranya :

Maksudnya : Rasulullah saw melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal.

Demikian juga mereka berdalilkan dengan hadith yang menceritakan tentang isteri Rifaah ( )yang telah ditalak sebanyak tiga kali, kemudian dia berkahwin dengan Abdul Rahman bin al-Zubair. Kemudian dia mahu rujuk semula kepada suami pertamanya Rifaah. Nabi saw tidak membenarkannya seraya berkatanya :

Maksudnya : Kamu mahu kembali kepada Rifaah ? Tidak boleh, sehinggalah kamu merasai madunya (Abdul Rahman suami keduanya) dan dia merasai madu-mu.

ii- Ulama mazhab Hanafi dan sebahagian ulama mazhab al-Syafiie pula berpendapat, nikah tersebut makruh bukan batil. Ini kerana penamaannya sendiri sebagai al-Muhallil (yang menghalalkan) yang menunjukkan sah, kerana ia menjadi sebab kepada halal. Diriwayatkan daripada al-Auzaie tentang nikah al-Muhallil, katanya : Buruk apa yang dilakukan, dan pernikahan itu harus.

Tarjih

Al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni di dalam Tafsir Aayaat al-Ahkam menyatakan yang benar dalam permasaalahan ini adalah pendapat jumhur. Ini kerana asal nikah itu bertujuan berterusan dan kekal hidup bersama. Maka menjadikan tempoh bagi nikah adalah dilarang, dan ia membatalkannya disebabkan ia menyamai nikah Mutah ( )yang batil dengan kesepakatan para ulama.

Al-Imam Ibn Kathir berkata : Dan maksud daripada perkahwinan kedua, dia berkehendak kepada wanita yang dikahwininya, bertujuan hidup bersamanya, sepertimana dia hendak mengahwininya. Imam Malik mensyaratkan dengan perkahwinan itu, dia melakukan hubungan jenis yang halal dengan isterinya, kalau dia melakukannya dalam keadaan haram seperti isterinya sedang berihram, atau sedang berpuasa, atau sedang beritikaf, maka masih tidak dihalalkan untuk suami yang pertama dengan hubungan ini. Al-Hasan al-Basri pula mensyaratkan al-Inzal (keluar mani), seolah-olah dia memahaminya dari sabda Nabi saw sehinggalah kamu merasai madunya, dan dia merasai madu-mu

Kemudian al-Imam Ibn Kathir menyambung lagi : Adapun jika suami yang kedua, tujuannya berkahwin untuk menghalalkan wanita yang ditalak tiga itu kepada suaminya yang pertama, maka dialah al-Muhallil yang thabit celaan dan laknat kepadanya di dalam beberapa hadith. Maka apabila jelas tujuannya dengan akad tersebut, batallah nikah tersebut di sisi jumhur para imam.

Kesimpulan

Islam sebagai agama yang sempurna dan lengkap, telah mengatur segala peraturan yang akan dilalui oleh setiap penganutnya. Antara peraturan tersebut ialah sekitar persoalan talak. Islam tidak seperti agama ciptaan manusia yang lain, yang hanya membicarakan persoalan kahwin. Namun tidak memberi jalan penyelesaian bagai pasangan yang tidak dapat hidup bersama disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Apabila tidak ada jalan keluar, maka sudah tentu yang menjadi mangsa ialah pihak isteri yang lemah.

Islam sebagai sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt menyedari hidup berumah tangga mengandungi berbagai asamgaram dan panca-robanya. Bukanlah suatu yang mudah untuk dua insan (suami dan isteri) yang berbeza latar belakang pendidikan, keluarga, budaya, cara dibesarkan dan cara berfikir untuk hidup sebumbung.

Menyedari hakikat ini, Islam telah memperuntukkan jalan keluar bagi pasangan yang tidak dapat meneruskan hubungan mereka. Jika mereka teruskan juga akan berlaku penginayaan dan seumpamanya. Kerana yang demikian ini, Islam telah menggariskan peraturan-peraturan perkahwinan dan talak. Semuanya adalah untuk dituruti oleh manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Semua peraturan ini adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.

-----------

HUKUM-HUKUM TALAK Para Ulama sepakat bahwa hukum asal talak adalah dilarang (al-hadr) kecuali karena hajat (kebutuhan). Sementara bila tidak ada hajat mereka sepakat tidak membolehkannya, karena talak merupakan salah satu bentuk kufur pada nikmat Allah dimana perkawinan adalah nikmat diantara nikmat-nikmatnya. Diantara dharurat yang membolehkan talak adalah suami meragukan baiknya perangai istri, atau dia sudah tidak mencintainya lagi dan hajat lainnya yang dipandang layak dijadikan alasan untuk menjatuhkan talak. Ditilik dari kemaslatan atau kemudharatannya, hukum talak ada empat : 1. Wajib yaitu talak yang terjadi disebabkan Syiqaq (peselisihan, pertengkaran, percekcokan) antara suami istri sehingga memerlukan dua orang hakam (pendamai) jika kedua hakam tersebut memandang bahwa perceraian jalan yang terbaik bagi mereka, maka wajiblah talak, dan begitu pula talak orang yang bersumpah ila setelah berlalu masa menungu selama empat bulan. 2. Haram yaitu talak yang dilakukan tanpa tuntutan. Bahwa talak tersebut haram dilakukan karena dapat menimbulkan mudharat pada istri dan juga pada dirinya sendiri, dan meniadakan manfaat yang terjagi pada keduanya. Talak Semacam ini haram hukumnya sama dengan tindakan merusak harta. Hal ini didasarkan pada sabda Rosul yang diriwayatka Ibnu Abbas. Tidak boleh memudharatkan pada diri sendiri dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan lain. 3. Mubah yaitu talak dilakukan karena ada kebutuhan, misalnya : karena buruknya akhlaq istri, atau jelek pergaulannya atau mendatangkan mudharat pada dirinya dan menjauhkan dari tujuan perkawinan. 4. Sunnah yaitu talak yang dilakukan karena istri mengabaikan hak-hak Allah yang diwajibkan kepadanya, seperti : shalat, puasa dan kewajiban lainnya, sedangkan suami tidak sanggup lagi untuk memaksanya, atau istrinya sudah tidak menjaga kehormatan dan kesucian dirinya (qairu afifah). Dan bisa jadi talak dalam kondisi seperti ini dihukumi wajib. Hal itu sebagimana dalam hadist dari Ibnu Abbas, ia bercerita Ada seorang laki-laki yang datang pada Nabi dan mengatakan : Sesungguhnya istriku tidak menolak tangan orang yang menyentuhnya. Maka beliau bersabda : ceraikanlah ia, lalu orang itu berkata : aku masih mencintainya, kemudian beliau bersabda : bersenang-senanglah dengannya

Jenis-Jenis Perceraian (Talaq) Dalam Islam


June 13th, 2011 | Author: admin Number of View: 6236
c

Ulama telah bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan adanya lafaz talaq sama ada dengan bahasa Arab atau lain-lain, dan sama ada dengan lafaz atau dengan tulisan atau dengan syarat, secara soreh atau secara kinayah.[1] Talaq pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu talaqrajcie dan talaq bain. 2.5.1 Talaq Secara Soreh dan Kinayah

Talaq secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talaq dengan menggunakan perkataan tertentu seperti talaq, firaq, atau sarah tanpa memerlukan niat suami.[2] Manakala talaq secara kinayah atau kiasan pula iaitu talaq yang lafazkan oleh suami yang boleh membawa makna talaq atau sebaliknya, seperti perkataan kamu dilepaskan kembalilah kepada keluargamu dan sebagainya. Lafaz yang dibuat secara kinayah ini memerlukan niat suami iaitu sama ada ingin menceraikan ataupun sebaliknya.[3] 2.5.2 Talaq Rajcie dan Talaq Bain

Talaq rajcie adalah talaq yang suami berhak merujuk kembali isterinya kepada hubungan perkahwinan tanpa perlu kepada caqad perkahwinan yang baru selagi isteri yang diceraikan itu masih berada dalam ciddahwalaupun isteri tidak meredainya. Sekiranya habis ciddah, maka talaq rajcie bertukar menjadi bain. Oleh itu, suami tidak berhak merujuk isterinya melainkan dengan caqad yang baru.[4] Talaq bain dibahagikan kepada dua iaitu talaq bain sughra[5] dan talaq bain kubra[6]. Talaq bain sughra berlaku apabila suami melafazkan cerai sebelum melakukan persetubuhan yang hakiki. Selain itu talaq bain sugra juga berlaku apabila berlakunya tebus talaq (khuluc), talaq yang dijatuhkan oleh Qadi (fasakh) dan juga ilaa.[7] Manakala talaq bain kubra pula berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan 3 talaq sama ada dijatuhkan secara berasingan ataupun sekali lafaz dengan tiga talaq.[8]Kepelbagaian jenis talaq yang disyaricatkan ini jelas menunjukkan keunikan dan kesempurnaan serta keadilan Islam berbanding agama-agama lain demi menjamin kemaslahatan setiap pasangan dalam sesebuah perkahwinan tersebut. 2.5.3 Perceraian dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Peruntukan mengenai perceraian di kalangan pasangan beragama Islam turut di peruntukkan dalam Akta dan Enakmen Undangundang Keluarga Islam di setiap negeri. Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu talaq, tacliq, khuluc, fasakhdan lican[9]. i) Perceraian Secara Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[10] ii) Perceraian Secara Tacliq

Tacliq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas caqad nikah.[11] Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara tacliq berlaku apabila suami melanggar tacliq yang dibuat olehnya semasa upacara caqadnikah. Amalan tacliq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syarac, tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman lawan Johari bin Zakaria.[12] Lafaz tacliq yang dibuat oleh suami semasa upacara caqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara tacliq ini turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[13] iii) Perceraian Secara Khuluc

Perceraian secara khuluc merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.[14] Perceraian secara khuluc boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq bain sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk. iv) Perceraian Secara Fasakh

Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undangundang Keluarga Islam negeri-negeri.[15] v) Perceraian Secara Lican

Perceraian secara lican berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.[16] Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara lican, mengikut hukum Syarac di hadapan Hakim Syarcie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai lican turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.[17]

Anda mungkin juga menyukai