Anda di halaman 1dari 2

3 FAKTOR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DALAM PASARAN SAHAM

RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA MALAYSIA


Ada 3 langkah utama ;
1. MENGELAKKAN KERUGIAN
Bagi yang sudah memulakan pelaburan di Bursa Malaysia tetapi mengalami kerugian.
Jadi janganlah risau dan putus asa. Cuba analisa kenapa dan bagaimana kerugian itu
boleh terjadi. Apakah strategi yang anda gunapakai. Adakah anda hanya mendengar tip
remisier, kawan, saudara malah pemandu Dato. Apakah asas pembelian anda. Berapa
besar modal anda dan berapa lamakah jangkamasa pelaburan anda?
Acapkali kerugian terjadi kerana :Tiada ilmu pelaburan. Beli saham main ikut rasa sahaja.Para pelabur silap memilih
saham. Memilih saham cap ayam yang tidak berharga.
Memilih saham Warrant yang akan tamat tempoh dll. Membeli saham pada masa yang
salah. Membeli pada masa orang lain menjual. Membeli saham yang trend harganya
sedang menurun. Membeli ketika Bursa sedang bearish.
Membeli secara kontra dan tidak punya modal untuk membayar dan menyimpan saham
yang dibeli itu dengan harapan boleh mendapatkan keuntungan atas angin misalannya.
Dan pelbagai sebab lagi.

Dalam hal ini sekiranya anda dapat mengatasi faktor pertama ini maka InsyaAllah anda
boleh bergerak ke hadapan
2.MEMELIHARA MODAL
Faktor kedua dalam usaha untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham ialah
untuk memelihara modal. Katalah kita meletakkan modal untuk memulakan kedai
runcit tetapi kita tidak menjaga kedai runcit tersebut maka pastinya lambat laun kedai
itu akan bungkus dan anda akan kerugian. Begitu juga dalam pasaran saham. Kalau kita
membeli saham, maka kita perlulah memerhatikan pergerakan harga saham tersebut.
Janganlah membeli saham dan kemudian membiarkannya begitu sahaja lebih-lebih lagi
anda seorang Trader saham jangkamasa pendek. Keputusan yang cepat dan pantas
untuk mengambil untung dan cut loss adalah penting bagi tujuan pemeliharaan modal.

Bagi Investor pula beberapa strategi seperti strategi dollar cost averaging juga strategi
not putting all eggs in one basket iaitu dengan membeli saham-saham dari industri
yang berlainan bagi tujuan spreading the risk mahupun strategi-strategi lain yang
boleh mengurangkan risiko. Kaedah lain ialah dengan melakukan hedging iaitu dengan
melabur dalam intrumen pelaburan yang lain seperti Futures dan Derivatif dengan
mengambil strategi pelaburan yang berlawanan.
3. MENJANA KEUNTUNGAN
Setelah mengambil langkah mengelakkan kerugian dan memelihara modal maka tak
ada apa lagi yang perlu anda risaukan. Ini kerana over time (dengan factor masa) modal
yang anda laburkan itu akan menjana keuntungan. Mana taknya pelaburan anda akan
berkembang kerana anda telah berjaya mengelakkan kerugian dan memelihara modal.
Betul tak? Ini kerana pasaran modal akan terus-terus berkembang, syarikat yang
tersenarai semakin lama semakin membesar dan ekonomi semakin lama semakin pesat
maka pastinya keuntungan bakal menjadi milik anda.
Cuba lihat harga rumah. Dulu rumah teres dua tingkat di tahun 80an ia cuma berharga
RM30,000.00, 90an ia menjadi RM60,000.00, 2000an ia menjadi RM200,000.00
sekarang ia telah meningkat hingga ke RM500,000.00 malah lebih lagi. Jadi samalah
seperti pasaran saham, andai anda membeli saham yang betul dan bagus pastinya
keuntungan bakal menjadi milik anda. Kuasa modal, masa serta pilihan saham yang
betul akan memungkinkan semua ini. Sekiranya anda membeli 1000 unit saham Public
Bank pada tahun 1967 dan sekiranya anda masih belum menjualnya hingga kini maka
anda akan menjadi seorang jutawan.

Anda mungkin juga menyukai