Anda di halaman 1dari 2

Sekiranya Tidak Berani Melihat Harga Saham Jatuh,

Pasaran Saham Bukan Untuk Tuan


www.pakdi.my /sekiranya-tidak-berani-melihat-harga-saham-jatuh-pasaran-saham-bukan-untuk-tuan/

Turun naik harga merupakan fenomena biasa dalam pasaran saham. Hari-hari harga turun naik. Ia dikenali
sebagai volatility.
Semua pelabur memang suka melihat harga saham yang dibeli naik dari hari ke hari. Tetapi apa yang lebih
mencetuskan adrenalin, yang menyebabkan organ-organ dalaman kita bergetar hebat adalah situasi beruang
terjun tingkap. Ketika itu barulah kita tahu siapa yang masih membawa lesen L, lesen P atau pun lesen super
Formula 1.
The bull walks up the stairs and the bear jumps out the window.
Ini adalah peribahasa pasaran saham. Maksudnya, pasaran menjunam lebih cepat dari pasaran menaik.
Kejatuhan Indeks; Super Bull Run 1993, Krisis Kewangan 1997 & Subprima 2008
1. Ketika Super Bull Run berlaku pada 1993, Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) memerlukan masa 1 tahun
untuk naik dari dari paras 630 mata ke paras tertinggi 1332 mata (Kenaikan 110%).
Kemudian jatuh sehingga mencecah paras 930 mata dalam tempoh 4 bulan sahaja. Kejatuhan sebanyak 30%.
2. Seterusnya, KLCI memerlukan masa 26 bulan (1995-1997) dari paras 850 mata untuk mencecah paras 1278
mata (+ 50%).
Kemudian, apabila krisis kewangan Asia melanda pada 1997, KLCI jatuh 480 mata alam tempoh 10 bulan.
Kejatuhan 62%.
3. Sebelum krisis subprima pada 2008 pula menyaksikan KLCI naik dari 910 mata ke 1520 mata dalam tempoh
18 bulan (+67%).
Kemudian jatuh semula ke paras 850 mata dalam tempoh 11 bulan. Kejatuhan 44%.
4. Pada bulan Ogos 2013, KLCI memerlukan 4 bulan iaitu dari bulan April Julai untuk naik mencecah paras
tertinggi iaitu 1810 mata, dari paras 1650 mata.

1/2

Kemudian kembali semula ke paras yang sama dengan kejatuhan kira-kira 160 mata dalam tempoh tidak
sampai 2 minggu. Naik perlu masa 4 bulan, jatuh tidak sampai 14 hari!
Kejatuhan indeks sebegini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh sentimen pasaran yang bersifat reaktif.
Adakalanya tiada alasan fundamental yang dapat menjelaskan kenapa fenomena ini berlaku.
Laporan-laporan media selalunya cuba membuat justifikasi kejatuhan dan cuba menggambarkan hari esok
sudah kiamat. Jika mereka (media) tidak menulis sesuatu dalam laporan mereka, maka tidak adalah berita yang
dapat dijual kepada kita semua.
Mr Market Adalah Rakan
Kita perlu menerima sifat roller-coaster pasaran, juga digelar oleh Benjamin Graham sebagai Mr Market ini
untuk berjaya dalam pasaran saham.
Mr Market ini emosional orangnya. Contohnya, kita anggap saham itu sebuku sabun mandi. Satu hari Mr Market
menawarkan kepada kita harga sebuku sabun RM 10. Tak masuk akal. Jadi, jika kita rasa harga RM 10 itu tidak
masuk akal, tak perlu beli.
Pada hari yang lain pula, Mr Market menjual sebuku sabun itu dengan harga 10 sen sahaja. Juga harga tak
masuk akal. Macam mana harga sebuku sabun dijual dengan harga semurah itu?
Keesokan harinya pula, Mr Market menjual sebuku sabun dengan harga RM 1 pula. Kita berpendapat RM 1 itu
adalah harga patut bagi sebuku sabun mandi. Sekarang, nak beli atau tidak?
Begitulah perangai Mr Market. Kita susah nak faham sepenuhnya. Kita cuma perlu menerima sepenuhnya
sifatnya yang sungguh emosional. Tak perlu lawan sifat semula jadi yang memang sebegitu.
Di mana-mana taman tema, bukankah sudah ada tanda amaran yang mengingatkan bahaya-bahaya terhadap
diri kita sebelum menaiki sesebuah roller-coaster?

Imej: BusinessInsider.com

Sila klik link di bawah untuk membaca artikel seterusnya:


Barangkali Kita Lebih Sesuai Beri Modal Kepada Mereka Yang Ada Bakat Bisnes
Klik sini untuk terus membuat pembelian

2/2

Anda mungkin juga menyukai