Anda di halaman 1dari 122

#tradewhatyouseefatini

Ebook ini adalah kompilasi penulisan Serikandi Saham yang disusun


semula menjadi kit paling mudah untuk faham tentang lubuk emas yang baru
anda perasan.

Hak Cipta Terpelihara Serikandi Saham


JUN 2020

i
#tradewhatyouseefatini

Serikandi merujuk kepada individu yang gagah berani atau dalam kata lain
menjadi simbolik kepada pahlawan wanita.

ii
#tradewhatyouseefatini

Te n t a n g P e n u l i s

Fatin Fatini binti Ismadi

• Berumur 25 tahun, berasal dari Perlis Indera Kayangan


• Graduan Bachelor of Arts Chinese, Beijing Foreign Studies University
• Language Specialist, Kikatech LTD China 2017-2019
• Former Researcher, Unit Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
2019
• Sales and Marketing Manager, IAS Vending
• Pedagang Bursa sejak 2016 dengan modal cuma RM2,000 berkembang
menjadi 6 angka
• Juga seorang pedagang futures sejak 2019 untuk kontrak sawit
• Sekarang menjadi Full-Time Trader

Serikandi Saham

iii
#tradewhatyouseefatini

FA Q s
Ermm, nak jadi pedagang atau pelabur saham ni kena ada background
accounting atau finance ke?
»» Jawapannya tidak perlu.
»» Tetapi perlu ada background rajin dan tak malas.

Bagaimana mendapat untung dalam saham?


»» Menjadi pedagang ni sebenarnya dia bukan macam
skim cepat kaya tunggu duit masuk bulan-bulan.
»» Konsep asas buat untung adalah beli saham masa
harga rendah dan jual semula pada harga lebih tinggi.
»» Contohnya beli K-One (warrant) pada harga 7 sen *
100unit
»» Hari ini (ketika artikel ini ditulis) harganya dah 40
sen.

Dari RM7 modal dah jadi RM40 seberapa besar modal diperlukan untuk
melabur?
»» Modal untuk memulakan pelaburan boleh serendah
RM100-RM500.
»» Sebab apa? Sebab minimum saham kena beli adalah
1 lot.
»» Dulu 1 lot bersamaan dengan 1,000 unit.
»» Hari ini 1 lot bersamaan dengan 100-unit sahaja.
»» Makanya, jangan risau jika zaman sekarang orang
cakap melabur saham dah bukan untuk orang kaya
saja.

iv
#tradewhatyouseefatini

Apakah langkah pertama untuk menjadi pelabur berjaya?


»» Orang kata langkah pertama memang payah. Ya,
memang payah! Kaki perlu kuat melangkah demi
sebuah keuntungan yang akan sentiasa bercambah.
»» Langkah pertama anda perlu memilih Syarikat
Broker/Bank Pelaburan pilihan anda (RHB
Investment Bank Berhad, BIMB Securities Sdn Bhd,
Malacca Securities Sdn Bhd etc.) untuk membuka
akaun saham (CDS).
»» Bila anda dah selesai membuka akaun CDS, anda
akan terima eStatement iaitu sama seperti penyata
bank tetapi untuk pembelian dan penjualan saham.
Penyata ini akan dihantar ke emel yang didaftarkan
dengan akaun CDS anda.
»» Emel akan dihantar sebanyak 2 kali setahun iaitu
pada bulan Jun dan Disember.
»» Pelaburan saham di Bursa Malaysia mudah diuruskan
kerana transaksi dibuat secara online menggunakan
Trading Platform.
»» Username dan password akaun ini akan diberikan
oleh Bank Pelaburan/Syarikat Broker selepas anda
membuka akaun CDS.
»» Anda juga akan berada di bawah seliaan seorang
remisier oleh Syarikat Broker untuk membantu anda
semasa aktiviti jual beli saham nanti.
»» Kalau rasa susah untuk faham cara menggunakan
Trading Platform anda juga boleh merujuk kepada
remisier anda tadi.
»» Hari ini, penggunaan apps dari smartphone akan
melancarkan semua urusan jual beli anda.
»» Depositkan wang yang juga dikenali sebagai duit
modal anda ke dalam akaun trading. Nak mudah
transfer duit guna online banking.
»» Tutorial cara-cara membuat pindahan wang ini
biasanya disediakan oleh Bank Pelaburan/Syarikat
Broker.
»» Okay dah boleh nak mula trade!
v
#tradewhatyouseefatini

Pengenalan

J
ika anda pernah rasa hendak melabur di Bursa Saham Malaysia, tetapi
masih tidak tahu dari mana hendak bermula, anda mesti membaca ebook
ini sehingga ke halaman terakhir!
Ebook ini mengandungi strategi-strategi yang mudah diikuti oleh
sesiapa sahaja. Selepas membaca, anda akan dapat belajar bagaimana menjana
pulangan yang baik secara konsisten melalui pelaburan saham dan bagaimana
untuk mengenal saham-saham yang patuh syariah. Dalam penulisan ini juga,
terdapat beberapa formula bagaimana mula melabur dengan modal yang
rendah. Formula yang sangat sesuai untuk diaplikasikan oleh pelabur newbies.
Selain itu, penulis juga berkongsi rahsia jatuh bangun beliau dalam
pelaburan. Walaupun anda mungkin tidak pernah mengalami kejatuhan dalam
bidang ini, anda mestilah bersedia belajar dari kesilapan orang lain, agar tidak
mengulangi kesilapan yang sama. Jangan sampai pisang berbuah dua kali!
Untuk memudahkan para pembaca, anda boleh klik button seperti
dibawah untuk ke pautan postingan asal siri #tradewhatyousee di Facebook
Serikandi Saham.

Akhir kata, saya berharap ebook ini menjadi pencetus kajian dan
panduan kepada semua yang meminati bidang pasaran saham. Semoga penulisan
ini akan dapat memberi manfaat kepada semua dan akan lahir pula Serikandi
Masa Hadapan!
Selamat membaca!
Editor, 14 Jun 2020
vi
#tradewhatyouseefatini

Kandungan
Te n t a n g P e n u l i s iii
FA Q s iv
P e n g e n a l a n vi
P e r j a l a n a n M e n u j u S e r i k a n d i S a h a m 1
M e m a h a m i S e c t o r a l P l a y ( U c re s t v s K e y a s i c ) 3
M e m a h a m i S e c t o r a l P l a y ( A e m u l u s ) 7
R e f l e k s i 11
N a i k L a j u , Tu r u n P u n L a j u ! 1 3
B u y o n R u m o r s , S e l l o n N e w s ! ( K- O n e ) 15
R e f l e k s i 2 0
M e m a h a m i S e c t o r a l P l a y i n S t o c k M a r k e t 22
M e n i r u D a l a m B e rd a g a n g ( Tr a d e ) I t u B a i k ! 26
K a j i a n K a u n t e r ( G F M ) 3 0
M i n y a k O h M i n y a k ! 3 4
R u t i n P e d a g a n g B e r j a y a 3 7
M a r k e t H i j a u , P o r t f o l i o M e r a h 4 1
M e m a h a m i A n n o u n c e m e n t S y a r i k a t 4 5
P r i v a t e P l a c e m e n t , M a k s u d n y a K i t a K e n a H a p p y K e S e d i h? 48
K e n a i k a n D s o n i c P a d a J a m Te r a k h i r H a r i Te r a k h i r M e i 2 0 2 0 51
Mengaitkan Sentimen Semasa Dengan Sektor
Ya n g B a k a l B e r a k s i 57
S e k t o r C o ro n a v i r u s ; S e j a u h M a n a R a l l y I n i A k a n
Te r u s B e r l a n g s u n g ? 61
T i g a A s a s P e n t i n g U n t u k M e n g u a s a i P a s a r a n K e t i k a I n i 64
R u t i n D a l a m M e m a s u k i P a s a r a n 7 1
M e m a h a m i L i m i t U p D a n S h a re B u y b a c k 74
K a u n t e r M a s a D e p a n 7 7
B a g a i m a n a K a l a u . . . 8 0
H a i rc u t 8 3
5 G 8 6
“ Ya n g Te r b a n g K e A w a n Te r l a l u L a j u
P a s t i A k a n M e l u n c u r J u a K e Ta n a h ” 89
Te n t a n g K e n a i k a n S e k t o r H e a l t h c a re 91
R a l l y G l o v e s 9 5
K a u n t e r T i d u r D a n C a t a l y s t 9 9
R a l l y, D i v i d e n , B o n u s I s s u e 1 0 4

vii
#tradewhatyouseefatini

G l o b a l D a n L o c a l C a t a l y s t 1 0 8
P e n u t u p 1 1 1
Langkah Untuk Apply IPO

viii
#tradewhatyouseefatini

Perjalanan Menuju
Serikandi Saham

S
aya ingat lagi ketika mula-mula terlibat dalam pelaburan saham. Modal
kecil. Bila tengok orang lain post keuntungan dengan modal besar. Saya
tengok je.
Iya lah, masa tu masih bergelar pelajar. Mana lah nak ada duit banyak-
banyak. Yang ada cuma semangat dan keazaman.

“Satu hari nanti aku pasti berjaya dapat apa yang


orang lain mampu buat!”
Seperti ketika kali pertama saya melangkah masuk ke Kolej Islam
Sultan Alam Shah (KISAS) kira-kira sembilan tahun lepas, ramai daripada
batchmate saya terdiri daripada mereka yang memiliki hafalan al-Quran yang
baik. Kebanyakannya datang dari Maahad Tahfiz Sains atau IMTIAZ.
Tak pelik kalau hafalan mereka itu ada yang dah mampu habiskan 30
juzuk seawal umur 16 tahun ketika itu.
Berbekalkan keazaman dan inspirasi dari mereka, lalu setiap hari saya
mencuba untuk menambahkan hafazan al-Quran setelah memahami kelebihan-
kelebihan yang Allah nyatakan kepada mereka yang menjaga kalamnya. Satu
hari separuh atau satu halaman je mampu buat ketika itu.
Akhirnya, ketika melangkah keluar dari KISAS, beberapa juzuk
berjaya dibawa bersama dan setelah saya selesai Sijil Pelajaran Malaysia
1
#tradewhatyouseefatini

(SPM) pada 2012, saya terus melanjutkan pelajaran ijazah ke Beijing, China.
Alhamdulillah. The rest is history.
Berbalik kepada cerita pelaburan saham, tabiat saya suka mengkaji
kaunter sejak empat tahun lepas ketika modal tak cukup keras nak balun
kaunter macam orang lain, ternyata hasilnya datang hari ini. Hasilnya, saya
sudah bersedia apabila setiap sektor itu jalan. Kaunter apa yang saya nak tekan
semua itu telah pun berada dan bermain-main di kepala.
Begitulah.
Jadi pesan saya kepada trader yang masih baru lebih-lebih lagi yang
bermula dengan modal ciput macam saya;
»» Kesabaran apabila berada dalam sesuatu kaunter
dengan modal kecil adalah jauh lebih besar
berbanding mereka yang memiliki modal besar.
»» Percayalah kesabaran ini akan
membuahkan hasil inshaallah.
»» Kunci untuk berjaya bukanlah untung besar
setiap hari tetapi konsisten untungnya.
»» Pelabur dan pedagang perlu tahu amalan orang
yang berjaya dalam bidang ini. Tiru sahaja
inshaallah inilah jalan pintas untuk berjaya.

Akhir kata dari saya,

“Berputus asa itu sebenarnya bukanlah pilihan


siapa-siapa yang ingin berjaya. Jatuh sembilan kali,
bangunlah buat kesepuluh kalinya. Inshaallah pasti
kejayaan datang menemui kita.”
Sekian.
Serikandi Saham anda!

2
Siri 1.0
Memahami Sectoral Play
(Ucrest vs Keyasic)

12 Mei jam 8:27 PTG

S
ejak Perintah Kawalan Pergerakan, umum mengetahui sektor yang
mendapat tempias hangat dalam pasaran saham Malaysia ialah segala
sektor yang berkait rapat dengan Coronavirus. Sehinggakan di satu aplikasi
penyaring (baca: screener) memang ada diklasifikasikan sektor Coronavirus.
Maka, dalam post kali ini saya nak mempersembahkan pergerakan
harga dua kaunter yang super murah (trader panggil penny) apabila kaunter-
kaunter ini berjaya menggunakan sentimen Coronavirus. Cuma, bila kita kata
kaunter penny, dia ni memang skim cepat kaya dan cepat juga kayap 😂.
Jadi, dua kaunter kajian pada hantaran kali ini ialah "Ucrest vs Keyasic".
Ucrest ni mendapat perhatian saya apabila berita tentangnya masuk
ke dalam The Edge baru-baru ni dan sebagai trader yang nak melepaskan diri
daripada unsur gharar, saya pun buatlah sedikit kajian. Dan sempatlah merujuk
guru saya Roslinah Laikoi untuk mengesahkan kajian saya supaya tidak syok
sendiri hahaha.
Daripada kajian ini, saya telah menemui perkaitan Ucrest dan Keyasic
yang menarik.
1. Ucrest Bhd ada satu produk nama iMedic teknologi.
iMedic ni sejenis device yang boleh bagi rundingan terhadap
penyakit berdasarkan simptom-simptom pesakit. Device ni
secara maya je. Tiba-tiba dia kata device ni boleh guna dalam
3
#tradewhatyouseefatini

‘respiratory centres’. Bila cakap respiratory teruslah berkait


dengan Covid-19. Lagi best, tiba-tiba Ucrest ni cakap dia
akan bawa iMedic ni pergi US. US kan pesakit covid paling
ramai. iMedic kata kalau guna sistem device dia, doktor dan
nurse akan kurang risiko jangkitan. Kan kita semua tahu
ramai doktor dan nurse kena jangkitan dan sampai ada yang
bunuh diri pun.
2. Jadi lepas news ni dari 9 sen harga dia naik 16 sen setengah.
3. Lagi menarik Managing Director dia ni Board Director
Keyasic. Point penting tentang Keyasic ni ialah CEO/
Managing Director Ucrest ni shareholder Keyasic. Keyasic
ni menatang apa pulak? Dia ni asalnya dalam sektor tech.
Semikonduktor. Selari tema, Keyasic ni pun tiba-tiba
ada No. 1 Integrated Digital Hospital. Siap AI guys. AI
pathologist ni kaji virus kuman. Nampak tak game dia
dengan Corona ni macam mana?
4. Saya syak MD Ucrest punya idea sebab Ucrest ada iMedic
dan dia punya idea untuk suruh Keyasic ada digital hospital.
Catalyst untuk Keyasic ni sama lah macam Ucrest. Bila
digitalkan semua benda, Ucrest boleh detect sign penyakit
dan bagi consultation. Keyasic ni hospital digital. Sekarang
kan orang takut nak pergi hospital sebab takut berjangkit
dekat sana. So depa ni buat hospital digital.

Persoalannya , benda ni tak ada clarification sejauh mana kemenjadiannya.


Tapi sebab sectoral play ni benda yang berkait corona semua orang beli, maka dia
pun naik lah harga share dia.
Maka benarlah pepatah dalam dunia dagangan saham :

“Buy on rumors. Sell on news.”


Walaupun dah keluar The Edge, kenalah guna kemahiran berfikir aras
tinggi itu rumors ke news.
Alhamdulillah, ilmu mentafsir segala sentimen ini berkat kesabaran
menuntut dari coach dan para guru saya. Special credit to them.

4
#tradewhatyouseefatini

5
#tradewhatyouseefatini

“ “Buy on rumors. Sell on news.”

Serikandi Saham

6
Siri 2.0
Memahami Sectoral Play
(Aemulus)

12 Mei jam 8:29 MLM

D
alam hantaran kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana pergerakan
harga kaunter yang berlaku akibat sentimen semasa. Dan pada kali
ini saya membawakan satu kaunter yang masih cikedis (baca: murah)
untuk kajian bersama.
Jeng
.
Jeng
.
Jeng
.
Kaunter yang dimaksudkan ialah AEMULUS 🤩!

1. Menurut laporan akhbar The Edge 10 April yang lepas


Aemulus menubuhkan sebuah syarikat JV di China.
Aemulus sets up JV in China to monetise radio frequency
tester’s IP rights

7
#tradewhatyouseefatini

2. Okay siapa Aemulus ni? Aemulus ialah sebuah syarikat


multinasional yang menghasilkan semikonduktor bagi
pasaran Malaysia, Singapore, China dan Amerika Syarikat.
3. Kalau diikutkan laporan The Edge, Aemulus sudah
memasuki fasa JV dengan perjanjian bersama syarikat di
China, Tangren Microtelligence Technology Co Ltd.
4. “Aemulus has a 40% stake in the JV company. The duration
for the joint venture is 20 years.” - Banyak tu 40% selama
20 tahun. Boleh rujuk financial report bahagian minority
interest.
5. Okay jom kita lihat apa yang berlaku selepas berita ni keluar
jam 6.33 petang. Hari Jumaat pulak tu. Esok pasar Bursa
tutup. Aha, ini memang satu benda yang selalu terjadi, news
(walaupun bersifat rumors atau news sebenar), dia biasa
keluar selepas market tutup. Nanti dalam hantaran lain,
saya akan tunjukkan lagi inshaallah.
6. Menjelang Isnin 13/4, berlaku minat belian yang sangat
tinggi yang akhirnya menolak harga ke atas. Boleh rujuk
chart. 

8
#tradewhatyouseefatini

Jadi, dapatlah disimpulkan pada hantaran kali ini bahawa pasar benar-
benar bertindak balas terhadap catalyst atau sentimen yang sedang berlaku.
Sebagai pedagang yang bijak, kita harus peka dengan keadaan semasa yang akan
mempengaruhi minat seterusnya menolak harga sesuatu kaunter.
Akhir kata, menurut The Edge lagi, Aemulus menganggarkan
keuntungan daripada JV ini adalah sebanyak 3.4 juta setahun.
Erm jadi anda rasa kalau sebegini masih lagi rumors atau benar-benar
news? Pedagang akan sentiasa faham taktik:

“Market price discount everything”


Selamat berdagang!

9
#tradewhatyouseefatini


Pasar benar-benar bertindak balas
terhadap catalyst atau sentimen
yang sedang berlaku.

Serikandi Saham

10
Siri 3.0
Refleksi

12 Mei jam 8:30 MLM

S
peechless nak buat kupasan kaunter hari ini. Superbull. Superpower. Ya
Allah nak menangis tengok market terlalu baik untuk para pedagang. Apa
pun, jangan dilupakan trading plan. Kalau main masuk tak study menatang
apa kita beli, memang mengundang unsur gharar.
Gharar tu kalau orang tanya benda apa? Dia macam pergi kedai
nombor, beli nombor ekor. Hahahaha.
Transaksi tak jelas! Haa, nak ke macam tu?
Semoga kita ini Allah berikan rezeki yang berganda yang dengannya
menjadi jambatan untuk kita ke syurga.
Untung RM50k pun perut cuma perlukan sepinggan dua nasi je untuk
kenyang kan?

11
#tradewhatyouseefatini

“ Untung RM50k pun perut cuma


perlukan sepinggan dua nasi je untuk
kenyang kan?

Serikandi Saham

12
Siri 4.0
Naik Laju, Turun Pun Laju!

12 Mei jam 11 MLM

S
esi dagangan 12 Mei barangkali hari bersejarah buat sebahagian pedagang
Bursa Malaysia. Tidak sedikit yang berjaya meraih lebih 100% dalam
pasaran.
Jadi dalam episod #tradewhatyouseefatini saya akan kongsikan apakah
faktor yang mempengaruhi kenaikan harga sesuatu kaunter?
Sebagai pedagang, kita perlu memahami ‘sectoral play’, pada satu-satu
keadaan. Pada masa ini, pedagang yang bijak menghidu peluang dari keadaan
semasa, pasti tidak terlepas daripada celup kaki ke dalam sektor healthcare dan
glove.
Pun begitu, lantaran belajar daripada sejarah, kalau kita tengok
pergerakan saham yang naik laju, jangan tak tahu turun pun laju. Boleh rujuk
pada gambar.

13
#tradewhatyouseefatini

Aha, kalau macam tu kalau dah terbeli nak buat apa?


Jeng jeng jeng…
Jangan pandai beli tak pandai jual! Sebagai pedagang yang bijak,
asas apabila memasuki pasaran, benda yang paling penting untuk dibuat ialah
trading plan.
Jadi, apa komponen yang perlu ada dalam sesuatu trading plan
yang baik?
1. Harga masuk, dan kenapa masuk?
2. Support dekat mana?
3. Bila nak jual dan kenapa jual?
4. Bila nak keluar?
Nampak simple kan?
Tapi kalau simple macam ni pun tak buat jangan pelik kalau dah
screenshot untung 100% tapi bila jual -40% 😎.
14
Siri 5.0
Buy on Rumors, Sell on News!
(K-One)

14 Mei jam 6:19 MLM

S
eperti yang dijanjikan semalam, saya akan membuat kajian satu kaunter
super murah, K-One. Sepatutnya hantaran mengenai K-One ni dah siap
semalam lagi, tapi biasalah bila platform semua akaun CDS buat hal,
terbantut hasrat nak membentangkan kajian kaunter K-One ini.
Baiklah, kita akan berkenalan terlebih dengan siapa dia K-One dan
kenapa sesi perkenalan ini penting?
Disebabkan apabila kita kenal kaunter apa yang kita beli, kita akan tahu
apa yang sedang berlaku di pasaran sehingga berjaya menarik minat pelabur.

Untuk cepat kaya, pelabur dan pedagang akan


menghidu setiap peluang dan ruang yang ada.
Sebagai contoh, K-One ni sebuah syarikat yang terlibat dalam
pembuatan technology equipment dan pada 12 Mei yang lepas, The Edge
melaporkan bahawa syarikat mereka akan terlibat dalam pembuatan nasal swab
untuk Malaysia. Tekan link untuk berita penuh. K-One Tech: Nasal swabs for
Malaysia

15
#tradewhatyouseefatini

1. K-One meramalkan akan mendapat kelulusan daripada


KKM. Err belum dapat lagi ya 😬.
2. K-One menyasarkan akan menembusi pasaran luar negara.
Ya, belum tembus. Baru gebang, gebang ni gajah pun
terbang. 🤪
3. Dalam keratan berita The Edge ni, K-One sambung gebang
bagaimana nasal swab dia berfungsi. Tak ke pelik, company
buat technology equipment, tiba-tiba buat nasal swab.
K-One percaya pandemik Covid-19 akan menyebabkan
permintaan nasal swab melonjak. Ni baru kepercayaan dia
guys. Tak jadi pun lagi.
4. Menariknya, berita ini muncul di The Edge 12 Mei jam
20:41pm. Obviously setelah market ditutup. Baik! jom kita
tengok apa jadi kepada market keesokan harinya.

Mencanak-canak naik!
Hari ini, setelah market Bursa ditutup, sekali lagi K-One menghantar
notifikasi kepada saya; “Setting Up New Company in Singapore.”

16
#tradewhatyouseefatini

Ada dua persoalan yang menarik di sini; apakah


harga akan meroket lagi esok dan soalan ini akan
disusuli, boleh beli atau tak kaunter ni?
Dalam pengumuman hari ini yang lebih menarik terdapat banyak poin
yang lebih menarik dari nasal swab tadi.
1. Semenjak Covid-19, banyak syarikat di Singapore berpindah
ke platform yang dinamakan cloud. Cloud tu sebenarnya
bukan software, tapi storage menggantikan server.Contohnya
kita nak ada sistem sendiri atau tempat simpanan data
sendiri, jadi kita kena beli server. Masalahnya kos server ni
mahal, jadi kita beli storage atau istilah tepatnya ‘sewa’ cloud
dari service provider bagi menjimatkan kos. Kenapa jimat?
Mestilah jimat, company tak perlu keluarkan kos hardware!
2. Baik! Secara ringkasnya, apa yang K-One nak buat ni ialah
dia kena keluarkan modal berjuta dan boleh mencecah
puluh juta untuk beli server (hardware).
3. Ini adalah peluang bisnes yang cerah untuk K-One apabila
melebarkan sayapnya ke Singapore. Kalau nasal swab tadi
tu cuma keluar dekat The Edge, yang boleh jadi rumors
sebab baru gebang. Yang ini dah announce okay. Dalam
pengumuman ini, K-One dah siap bagi penjelasan dekat
Bursa mengenai kesan terhadap kewangan dan juga mereka
telah mengambil kira faktor risiko yang akan mereka lalui.
Errr, dah cerita panjang-panjang ni, patutlah shareholder K-One beli
share baru-baru ni 😌.

Apa? Menyesal keluar awal?

17
#tradewhatyouseefatini

Haa, saya pun tengah menyesal.


Akhir kata dari saya, jangan malas buat homework seperti saranan guru
saya Roslinah Laikoi. Makin banyak buat homework macam ni, makin tahu
esok nak beli apa.🥳

18
#tradewhatyouseefatini


Makin banyak buat homework,
makin tahu esok nak beli apa. Jangan
malas!

Serikandi Saham

19
Siri 6.0
Refleksi

15 Mei jam 7:23 MLM

S
emenjak market rebound setelah pandemik Covid-19 melanda seantero
dunia, ramai otai trader menasihatkan kita, trader baru supaya berhati-
hati.
Market bila-bila masa boleh buat kejatuhan kali kedua membentuk
W shape. Pun begitu, sejak haritu saya menjumpai lebih 100 orang trader yang
berjaya hit 100% berkali-kali. Begitulah, dalam setiap kejatuhan pasti ada
peluang inshaallah.
Persoalannya, bagaimana usaha kita untuk menghidu peluang dan
ruang yang terhidang depan mata? Bukan apa, supaya tak terlepas kapal. Jadi,
persoalan yang lebih real;

Harini nak tekan kaunter apa?


Selamat berdagang semua!
Semoga kita terhindar dari kerugian yang sia-sia dan beroleh pulangan
berganda-ganda inshaallah.

20
#tradewhatyouseefatini

“ Dalam setiap kejatuhan pasti ada


peluang inshaallah.

Serikandi Saham

21
S i r i 7. 0
Memahami Sectoral Play in Stock Market

15 Mei jam 3:53 PTG

S
egala puji bagi Allah, akhirnya siri #tradewhatyouseefatini telah memasuki
siri yang ke-7 dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah!
Dalam episod kali ini saya akan membuat kajian tentang "Sectoral
Play in Stock Market"; benda ni nampak mudah, tapi kalau faham yang mudah
inilah yang akan menjadikan para pedagang cepat kaya, inshaallah. Marilah
kita berkenalan dengan sectoral play dan memahami apakah peranannya dalam
market.
Setiap hari, kalau kita amati pergerakan harga kaunter, akan ada
tema yang mendominasi mengikut sentimen semasa. Contohnya, sektor yang
dominan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni ialah sektor yang berkait
dengan Coronavirus.

22
#tradewhatyouseefatini

Kenapa sektor Coronavirus ini dominan?


Mudah, semuanya berkait-rapat dengan supply dan demand. Contohnya,
dimusim Perintah Kawalan Pergerakan ini, keperluan peralatan kesihatan yang
berkaitan mendapat demand yang tinggi, maka bisnes yang berkaitan mendapat
permintaan yang melambung-lambung. Jadi, harga sahamnya juga melambung.
Sekiranya dari awal kita faham akan sentimen ini, sebaik market
rebound, kita dah masuk beli kaunter berkaitan. Maka tak pelik beli 22 kaunter
pun semua naik 100% 🥳
Cumanya, kenapa kita tak masuk?
Tak pelik kalau kita tak masuk semasa awal-awal market rebound.
Sebabnya, masing-masing terciduk semasa awal pandemik berlaku. Jangan
kata korang, aku pun tak berani. Baru bermula pertengahan April, baru dapat
keyakinan untuk masuk dan alhamdulillah dengan ilmu kajian sentimen semasa,
orang putih kata, It works!
Hari ini, 15 Mei 2020, sektor yang aktif didagangkan ialah sektor
minyak dan gas. Macam mana nak tahu? Tengok saja dekat top active. Dan
kenapa boleh terjadi? Jawapannya, bila mana berlaku kenaikan kepada harga
23
#tradewhatyouseefatini

minyak dunia. Maka tidaklah menjadi satu keajaiban harga minyak naik.
Dan sekali lagi, penting untuk kita baca berita bahawa; “Saudi Bersetuju
untuk Mengurangkan Pengeluaran.”
Kalau baca ni patutnya, dalam kepala dan hati dah terbayang kaunter
apa nak beli. PERDANA, UZMA, HIBISCS dan jangan lupa HIBISCS-WC
untuk cepat kaya. Tapi kalau tak tahan, cepat juga miskin! Baik, bila sesuatu
berita dunia kita baca dan tahu, otak kena cepat reflect, nak serang kaunter
mana.
Oh ya, semalam dalam siri #tradewhatyouseefatini Siri 6.0, saya
kompang beli K-One kan? Bukan buycall, buat kajian je, korang beli tu kenapa?
Kalau ada yang tanya kenapa K-One tak bergerak-gerak? Jawapannya,
dah kaunter yang bergerak hari ini kebanyakannya dari sektor oil and gas, maka
tak pelik kalau kaunter Coronavirus dan teknologi pun berehat.
Akhir kata, kenal pasti sentimen semasa untuk masuk dalam kaunter
apa pun. Belajar untuk mengeluarkan semua maklumat dari berita yang anda
baca. Kemudian, berdoalah kepada Tuhan setelah buat trading plan:

Ya Allah!

Masukkanlah daku ke dalam kaunter ini dengan ke-


masukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah
daku daripadanya dengan cara keluar yang benar
lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku
(17:80)
Ni masuk trading plan pun tak ada. Lagi malang, kaunter tu buat apa
pun tak tahu dan asyik tanya orang;
“Boleh masuk lagi ke?”
.
Aduh
.
24
#tradewhatyouseefatini

Parah beb parah!


Sekian, semoga yang kaunternya tak berjalan hari ini, boleh tenang-
tenang saja. Check support harga dekat mana. Kalau bocor tak ada volume boleh
hold lagi. Mungkin ni masanya kita menunggu sambil baca al-Quran. 😌

25
Siri 8.0
Meniru Dalam Berdagang (Trade) Itu Baik!

16 Mei jam 3:29 PTG

A
lhamdulillah bertemu lagi kita di siri ke-8, #tradewhatyouseefatini. Sedar
tak sedar sudah lapan siri saya bersiaran membuat kajian kaunter dan
kajian-kajian yang diperlukan sebagai seorang pedagang yang bijak.
Jadi, dalam siri kali ini saya bawakan “Meniru Dalam Berdagang
(Trade) Itu Baik!”
Percayalah!
Sebagai pedagang, antara ilmu yang patut kita miliki ialah ilmu
mengenal pasti sentuhan emas individu dalam mana-mana kaunter, sebelum
memasuki kaunter tersebut. Maka, marilah berkenalan dengan satu sosok yang
kalau kita kenal inshaallah nak buat 100% ROI itu tidak mustahil. Individu
yang saya maksudkan ialah Dato’ Awang Daud bin Awang Putera.
Siapakah beliau dan kenapa beliau dikatakan memberi sentuhan emas
dalam kaunter di Bursa Malaysia? Beliau saat ini sehingga 16 Mei 2020, ialah
seorang Executive Chairman di MINETECh Resources Bhd. dan seorang Non-
Independent Executive Director & Deputy CEO di Serba Dinamik Holdings Bhd.
Boleh baca di link untuk lebih tahu; Biografi Ringkas Dato’ Awang Daud.

26
#tradewhatyouseefatini

Sejak akhir-akhir ini, kalau perasan Dato’ Awang ni tak berhenti-henti


mengutip ‘share’ kaunter MINETEC? Perasan tak?
MINETEC ni buat apa dan kenapa Dato’ Awang sanggup ‘collect’
sikit-sikit share kaunter ini sehingga beliau memiliki 238,869,100-unit dan
akhirnya menjadikan beliau memiliki 25.9% dengan nilai USD 6,912,872.
Dato’ Awang ni mula collect kaunter ni pada harga sekitar tapak kaki. Harga
semasa MINETEC hari ini ialah 24 sen.
Berbalik kepada MINETEC buat apa, dia ni satu syarikat perlombongan
terbesar di Malaysia dan dia memiliki 9 kuari di seluruh Malaysia termasuk di
luar negara. Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri dan MINETEC
juga ada kepakaran dalam buat kerja-kerja kejuruteraan awam termasuk buat
kerja drilling, blast services dan earthworks. Banyak kalau nak disenaraikan semua,
jadi, sila rujuk google untuk tahu lebih lanjut.
Baik! Mari kita hadam satu-satu cerita Dato’ Awang ni.
1. Dato’ Awang ni company dia yang pertama ialah Serba
Dinamik dan Serba Dinamik ni baru dapat projek bernilai
RM7.7bil di UAE (berita ini pada 15 April 2020).
2. Projek ini berkaitan; - “The contract for the engineering,
procurement and construction of an innovation hub, academic
campus, related facilities and information technology (IT)
infrastructure is set to start on May 14.”
Serba Dinamik said the scope of work included but
was not limited to designing, engineering, procuring,
supervising, managing, supplying, transporting, constructing,
commissioning, and the remedying of any defects in connection
with the project.
3. Umum mengetahui UAE ni negara yang cukup tinggi nilai
matawangnya yang mana kalau SERBADK nak dapatkan
barang mentah, macam pasir. Yeah pasir! Pasir mahal. Jadi,
nampak tak first move Dato’ Awang jadi Executive Chairman
di MINETEC sejak Mac 2020 dan projek SERBADK ni
27
#tradewhatyouseefatini

award pada April 2020.


4. Percaturan dia macamni, kita suka kereta, kita bukan beli
kereta tapi beli kedai jual kereta. Ataupun, SERBADK
perlukan bahan mentah (pasir yang banyak), dia bukan beli
pasir tapi dia beli share company jual pasir. Faham tak ni?
😬

Seterusnya, jom kita tengok apa potensi MINETEC dan kita perlu ke tabur
duit beli kaunter ni, (bukan buycall hahahaha).

1. Sinchew Daily pada hari ini 16 Mei 2020 jam 9.39 pagi
mengumumkan berita yang MINETEC baru memenangi
30.4 mil kontrak. Iaitu kontrak bina sekolah.

2. Jadi, dengan berita yang masih panas ni dan Dato’ Awang


pun dah lama kutip share ni, agak-agak harga share
MINETEC ni jadi apa?
Aha, nanti confirm ada yang tanya macam mana saya tahu semua
benda ni? Taip je MINETEC dekat apps KLSE Screener. Semua cerita yang
saya kompang di sini ada di situ. Kuncinya, jangan malas!
Akhir kata, ini bukan kajian yang suruh tuan-tuan beli kaunter
MINETEC ni. Tapi boleh perhatikan pergerakan harga dia. Dia bergerak ke
tak harga dia. Kalau bergerak pun tengok je, jangan beli. Pun begitu, resistance
terdekat ialah pada harga 29 sen. Kalau dia melepasi 30 sen, Selamat Hari Raya
28
#tradewhatyouseefatini

saya ucapkan kepada semua pemegang MINETEC.


Sekian.
Kehidupan ini akan seringkali tidak menyebelahi kita termasuklah
berdagang di pasaran Bursa. Tapi doa tidak begitu, ia bersifat adil dan
menguatkan.

29
S i r i 9. 0
Kajian Kaunter (GFM)

17 Mei jam 10:03 MLM

H
ari ini hari Ahad.
Hari ini di Shah Alam, kawasan rumah saya dan sekitarnya hujan
lebat.

Dalam kehujanan, memang elok kalau berdoa. Waktu yang mustajab


menurut hadis sahih. Maka sebagai trader, selain doa memohon keampunan,
berdoalah supaya Allah ilhamkan ilham yang baik untuk pemilihan kaunter
yang mendatang keuntungan dan terhindar dari rugi sia-sia.
Dalam siri yang ke-9 hari ini saya nak membentangkan satu syarikat
di Bursa Malaysia yang bertanggungjawab merancang strategi pembangunan
Makkah untuk menampung 150,000 jemaah menjelang musim haji.

30
#tradewhatyouseefatini

Kembang-kempis hidung bila baca company yang saya dah beli share
dia ni rupa-rupanya dah sampai macam ni sekali performance dia. Fuh. Sekali
lagi, nanti ada orang tanya aku;
“Sis macam mana sis tahu?”
Aduh, dekat dalam website dia lah.
Baik! Tarik nafas dulu.
Bismillah.
Kita mulakan kajian kaunter kita dalam siri 9.0 kali ini. Kaunter yang
saya maksudkan ialah GFM. Mari kita mulakan satu-satu.
1. Bisnes utama GFM ialah menyediakan Pengurusan Fasiliti
termasuk dalam bidang elektrik, kejuruteraan awam,
lanskap, perpaipan dan sistem mekanikal. Ni haa, saya
sediakan websitenya, tunggu tekan je takkan tu pun malas
hehehe. GFM Services
2. Punyalah besar potensi syarikat ni, tapi harga dia murah
sangat.19 sen seunit! Walaupun ada belajar subjek ekonomi
di universiti, tapi mohon akauntan yang bertauliah untuk
komen bab ni.
31
#tradewhatyouseefatini

3. Dalam penyata laporan kewangan GFM, ada satu bahagian


yang menarik - “GFM executes Groups outstanding orderbook
of RM1.29 billion, as at December 2019.”
4. Jadi, apa benda orderbook ni? Kenapa dia sangat menarik
perhatian apabila dibaca dalam annual report?
5. Orderbook ni maksud dia “business keeps a record of customers’
orders”. Dalam kata lain, dapatlah dirumuskan bahawa
GFM ni masih ada outstanding income 1.29 billion. Dari
sudut teknikal pula, 18 sen merupakan resistance yang telah
dilepasi dan ke manakah hala tuju GFM selepas ini? 😎
6. Lagi, GFM bersama anak syarikatnya juga ada menyediakan
solusi e-commerce dan membangunkan e-market untuk
pasaran tempatan serta luar negara.

Menariknya, owner GFM ni director di Petra Energy juga. Jadi kalau


GFM gerak, perhatikan juga Petra Energy. Begitulah sebaliknya. Dia samalah
macam Keyasic vs Ucrest yang kita pernah bahas sebelum ni.
Jadi, boleh ke tak boleh beli? Belilah jika ada keyakinan, trading plan
dan kepercayaan yang harga dia ni boleh pergi lagi. Erm, macam mana kalau
harga dia tak pergi?
Kan dah kata ini bukan buycall. Hikhik.
Ini cuma kajian kaunter. Tapi, pergilah buka website dia, tengok apa
yang dia buat. Kemudian baca report dia. Kot-kot dari situ turunnya hidayah.

32
#tradewhatyouseefatini

33
Siri 10.0
Minyak Oh Minyak!

18 Mei jam 7:01 MLM

H
ari ini ruang kelabu antara hitam dan putih semakin luas. Ruang
kelabu itu yang mengelirukan. Masakan tidak, kita belajar bahawa
kaunter dalam pasaran saham yang sesuai dibeli ialah yang memiliki
asas fundamental yang baik. Yang menyebabkan kita semakin samar, syarikat
yang tiada asas fundamental yang baik, meroket bagai tiada hari esok. Ada yang
untung empat angka. Tidak kurang yang untung lima, enam angka. Sementara
kita beli kaunter yang murah, tak bergerak-gerak.
Berdagang ibarat memiliki sebuah perniagaan dan kita sebagai pemilik
share. Kita bakal diundang secara rasmi ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Selama tiga tahun berdagang, berkali-kali juga sampai ke rumah saya surat
jemputan rasmi ke AGM.
DUFU
UWC
REVENUE
MI
Ini nostalgik.
Pun begitu, seperti yang dibentangkan dalam siri yang lepas setiap
masa pasaran akan ada temanya tersediri atau kita panggil sectoral play. Ramai
pedagang baru, sukar untuk faham tentang sectoral play. Tidak kurang pedagang
34
#tradewhatyouseefatini

yang sudah bertapak lama dalam pasaran pun susah nak faham sampai selalu
juga terlepas kapal.
Okay, kita mulakan tentang sectoral play yang berlaku pada hari ini, 18
Mei 2020 di Pasaran Bursa Malaysia.
1. Harga minyak mentah dunia diumumkan naik sejak Jumaat
lepas dan meneruskan kenaikan hingga hari ini dengan
mencatatkan harga melepasi 30 USD.
2. Dengan kenaikan harga minyak dunia, sudah tentu yang
menerima tempias ialah saham berkaitan minyak. Buktinya
hari ini, pemegang saham ICON, CARIMIN, HIBISCS
dan sebagainya yang berkaitan pasti tersenyum sampai ke
telinga. Alhamdulillah.
3. Pun begitu, nak katanya baru Jumaat lepas dan Isnin harini
sektor minyak dan gas memulakan langkahan. Berapa ramai
yang membeli kaunter minyak sebelum berlaku ‘sectoral
play’ ini menahan rasa, melihat pemegang saham berkaitan
healthcare menyambut hari raya mereka.
4. Dan hari ini, tibalah masa mereka beraya. Saya bukan tidak
tahu, ramai telah membeli kaunter Hibisc-wc ketika harga
sekitar 0.16 sen dan menahan diri ketika harga berlegar-
legar di 0.125 sen. Akhirnya, berkat kesabaran kaunter ini
sempat singgah ke harga 20 sen harini. Dan kalau melepasi
paras 0.205 resistance terdekat, Selamat Hari Raya lagi sekali
diucapkan kepada pemegang Hibiscs-wc. 😎

Persoalan yang lebih real, sampai bila kita akan melihat berlaku rally
dalam sektor minyak dan gas?
Jawapannya, “Selagi mana harga minyak berada di paras harga sekarang
ini danterus melonjak naik, maka selama itulah sectoral play pada sektor minyak
dan gas ini akan mengambil tempat.”
Pun begitu, akan sentiasa berlaku profit taking yang menyebabkan
harga turun naik. Selama mana masih berada pada trend, maka tiada apa yang
perlu dikhuatirkan.
Sesuai ke kaunter berkaitan minyak dan gas ini disimpan untuk jangka
masa panjang?
Bagi menjawab soalan ini, maka selaku pemilik syarikat, buatlah kajian
35
#tradewhatyouseefatini

potensi syarikat, pengurusan syarikat, aset semasa, keuntungan semasa. Ini dah
masuk satu cabang ilmu yang wajib dikuasai sebelum memasuki pasaran saham.
Yeah, menarik kan kajian pasaran apabila dikaitkan dengan sentimen
semasa.
Akhir kata, buat pemilik kaunter yang belum bergerak hari ini,
bersabarlah jika harganya belum menembusi paras support. Bak kata teman
seperdagangan saya Alya Saidin, “Yang mana yang kaunter tak bergerak, boleh
sambung tidur.”
Semoga kita ini direzekikan keuntungan berganda yang kerananya
menjadi jambatan ke syurga dan terhindar daripada kerugian sia-sia. Sekian!

36
Siri 11.0
Rutin Pedagang Berjaya

19 Mei jam 2:41 PG

S
emalam, seusai solat terawih, di dalam satu grup Telegram saya, saya
sempat mencatatkan rutin yang diceritakan oleh sahabat seperdagangan
saya yang telah berjaya hit 100% melebihi 20 kali dalam hidup sejak
bergelar pedagang.
Err, rasanya mungkin dah sekitar 100 kali dah kot. Semoga beliau terus
direzekikan rezeki yang melimpah ruah dengan asbab kesudian beliau berkongsi
ilmu, sehingga menjadi orang kaya yang bersyukur.
Jadi, siri #tradewhatyouseefatini kali ini, saya namakan sebagai “Rutin
Pedagang Berjaya”. Disclaimer awal-awal, rutin dia boleh tahan banyak, mungkin
perlu buat banyak siri. Boleh je saya usahakan dulu kongsikan bermula dari
poin yang terpenting.
1. Saya (saya di sini merujuk kepada rakan saya yang
superpower tu) akan tengok performance of leader of our
index terutamanya Amerika Syarikat; Dow 30, S&P 500,
NASDAQ juga indeks VIX.
2. Nak tengok di mana? Boleh rujuk apps atau website investing.
com pada awal pembukaan dan penutup sekitar 4 pagi
untuk menentukan hala tuju bursa FBMKLCI.
3. Sebagai newbies dalam pasaran, mesti susah gila nak kaitkan,
apa benda semua ni kan?  Okay jom kita start satu-satu.
37
#tradewhatyouseefatini

Dalam siri kali ini kita akan bagi jelas dulu kaitan semua
indeks luar dengan pasaran Bursa Malaysia. Bursa Malaysia
ini tidak berdiri di atas kakinya sendiri. Sebenarnya, dia
berkaitan antara satu sama lain.
»» S&P 500 - Petunjuk kepada saham-saham mewah di US
»» DOW JONES - Petunjuk kepada indeks-indeks
saham seluruh dunia. Atau dalam kata lain,
Dow Jones ni leader kepada semua indeks dunia.
»» NASDAQ - Petunjuk kepada sektor teknologi. Sifir
dia mudah, kalau NASDAQ hijau, esoknya boleh
lah perhati kaunter-kaunter teknologi di Bursa.
»» CRUDE/BRENT OIL - Petunjuk kepada
harga minyak dunia. Kalau harganya melonjak
naik, kita boleh lah perhatikan kaunter-
kaunter yang berkaitan dengan minyak dan gas.
»» US DOLLAR DAN RINGGIT MALAYSIA -
Petunjuk kepada kekuatan ekonomi semasa. Untuk
faham, MYR mengukuh bermakna duit masuk,
sementara MYR melemah bermakna duit keluar.
Jadi, pergerakan harga USD dan MYR ni adalah
menjadi satu peluang untuk perhati kaunter-
kaunter berkaitan dengan import dan eksport.

Untuk kajian sektor yg bakal bergerak pula, kita sebagai pedagang


berjaya boleh membuat penilaian melalui aplikasi CDS masing-masing, sektor
mana yang membuat kenaikan dan pergerakan yang dominan menguasai
pasaran pada hari tersebut. Jadi, bila nak tengok?
Boleh kaji sebelah petang selepas market tutup untuk kajian kaunter
pilihan keesokan harinya. Ini penting untuk kita tahu sektor mana yang bergerak.
Alah, tekan je most active dekat aplikasi CDS korang. Tekan lepas market tutup
pun tak ada hal lah.
»» Untuk menjadikan hantaran saya ini lebih membumi
dan tidak syok sendiri, harga minyak sejak Jumaat 15
Mei 2020 mencatatkan lonjakan dan masih berterusan
hingga ke saat hantaran ini ditulis. Maka, tidak pelik
ramai pedagang mandi minyak apabila kaunter yang
berkaitan minyak juga mencatatkan keuntungan.
38
#tradewhatyouseefatini

Dan beberapa jam lepas, Donald Trump juga di Twitternya;

Jadi, dengan tweet Trump, berserta kehijauan NASDAQ malam ini,


masyaallah!

Kita tengok apa yang akan terjadi kepada pasaran Bursa Malaysia
terutama bagi kaunter minyak dan teknologi.
Akhir kata, seperti mana kita selalu melaungkan slogan ‘Malaysia
Boleh’, jadi percayalah dengan asas fundamental ilmu yang benar, inshaallah
kita juga akan beroleh keuntungan di pasaran saham.

39
#tradewhatyouseefatini


Makin banyak buat homework,
makin tahu esok nak beli apa. Jangan
malas!

Serikandi Saham

40
Siri 12.0
Market Hijau, Portfolio Merah

19 Mei jam 10:30 PTG

C
uaca pasaran US dan pasaran luar seluruhnya meriah sejak awal pagi
hari ini.
Hijau!

Jadi tidak pelik, jika hari ini kita menjangkakan bahawa pasaran Bursa
akan mengikut jejak langkah pasaran luar. Memang begitulah kebiasaannya. Pun
begitu, masihkah kita ingat ketika healthcare rally yang memberikan kebanyakan
kita pulangan 100% atau lebih?
Pada hari tersebut, kita menyaksikan dua kaunter gap up - CAREPLS
dan COMFORT. Tahukah anda, pada hari itu pasar luar merah menyala,
begitu juga indeks KLCI juga merah menyala. Maka, tidaklah pelik kalau hari
ini kehijauan pun tidak mampu melonjakkan kaunter-kaunter yang kita miliki.
Jadi, dalam siri  #tradewhatyouseefatini  kali ini, saya akan mengupas
tentang "Market Hijau, Portfolio Merah; Kenapa?"

41
#tradewhatyouseefatini

1. Keadaan bursa hari ni boleh dikatakan bercampur-baur.


Kita boleh melihat petunjuk utama FBMKLCI breakout
resistance dan telah berjaya menutup gap down pada bulan
Mac lepas sebelum berlakunya kejatuhan akibat pandemik.
Petunjuk ini sebenarnya sangat baik untuk kita para
pedagang.
2. Langit tidak selalunya cerah, hari ini kita melihat merah-
merah belaka. Sampai kita tidak dapat memahami apa
sebenarnya yang sedang berlaku, apabila boleh dikatakan
ada beberapa yang mengalami kejatuhan terutamanya yang
berwajaran kecil dan penny stock.
3. Top gainer hari ini didominasi oleh kaunter mewah yang
confirm kita tak beli 😌.
4. Sektor yang paling banyak jatuh hari ini yang menyucuk
mata kita ; datangnya dari sektor healthcare sebab dah
react dengan news penemuan vaksin yang mungkin akan
boleh menjadi penawar walaupun masih dalam ujian oleh
moderna awal pagi tadi.
5. Penurunan disokong dengan faktor teknikal yang mana,
42
#tradewhatyouseefatini

kebanyakan kaunter healthcare dah smpai klimaks dan


overbought. Overbought ni terlalu banyak tekanan belian.
Senang ceritanya macam panic buying lah.
6. Ramai juga yang pm saya, apa nak buat kalau tersangkut di
puncak bahagia.🥴
7. Jadi tiada pilihan di mana setiap kenaikan, kena rehat. Ni
kita panggil pullback. Pullback ini ialah kejatuhan harga
tanpa volume yang banyak. Sementara itu, sektor minyak
dan gas pula terkesan disebabkan brent oil gagal melepasi
tahap rintangan pada harga 35 USD sejak dari pagi tadi.
8. Jadi, sektor minyak akan sideway dulu. Dalam kata lain,
dia akan tidur je sebelum berlaku momentum yang akan
menolak harga. Maka sebab itu, banyak kaunter oil and
gas tengah pullback dan turun harga selepas kenaikan sejak
minggu lepas lagi.
9. Sektor lain pun terkesan jugak sebab keadaan pasaran
eropah memberi reaksi negatif. Boleh tengok dari Futures
US dan Europe.
10. Akhir sekali, hari ini kita menyaksikan ada kenaikan seperti
sektor plantation naik. Ini adalah disebabkan kan ada
catalyst untuk permintaan crude palm oil serta pembelian
dari India.

Secara keseluruhannya, selagi mana penurunan berlaku pada kaunter


yang kita beli, perhatikan volume. Kerana kejatuhan tanpa volume, boleh jadi
perangkap. Kita keluar je dari kaunter tu, esoknya dia naik. 😬
Sekian, semoga kita ini direzekikan hikmah dan kebijaksanaan dalam
berdagang. Juga, direzekikan malam al Qadar. Mudah-mudahan, kita ini
menjadi orang kaya yang bersyukur.

43
#tradewhatyouseefatini


Selagi mana penurunan berlaku pada
kaunter yang kita beli, perhatikan
volume. Kerana kejatuhan tanpa
volume, boleh jadi perangkap!

Serikandi Saham

44
Siri 13.0
Memahami Announcement Syarikat

20 Mei jam 2:24 PTG

K
ita belajar dan diajarkan bahawa membeli mana-mana kaunter itu
bermaksud kita memiliki perniagaan yang dijalankan oleh syarikat
yang kita beli.
Maka, dalam siri #tradewhatyouseefatini kali ini saya akan menceritakan
bagaimana untuk kita faham announcement yang dibuat oleh kaunter yang kita
beli. Iya lah, supaya nanti kalau kita dapat notifikasi macam saya dapat ni tak lah
kelabu asap tak faham apa yang sebenarnya dia nak bagitahu. Sebagai pemilik
saham K-One, semalam 19 Mei 2020, saya menerima notifikasi daripada
aplikasi Maybank Trade yang K-One ada membuat pengumuman rasmi tentang
keadaan terkini syarikatnya.

Jadi, mari memahami announcement kaunter yang kita beli.


Terasa cool bukan apabila kita diiktiraf oleh sebesar-besar syarikat yang
kita miliki untuk tahu setiap perkembangan syarikat? Namun yang lebih cool
bila kita mampu faham apa yang syarikat cuba sampaikan.
Kita mula satu-satu ya!
1. Secara ringkasnya semalam 19 Mei, K-One mengumumkan
yang K-One nak beli baki 40% shares dalam G-Asia Pacific
45
#tradewhatyouseefatini

(GAP). Dan share sedia ada K-One pegang ialah sebanyak


60%.
2. Sebelum ini, K-One memiliki GAP dalam bentuk option.
Option ni ibarat kita beli warrant. Warrant tu bermaksud
kita belum ada hak ke atas syarikat.
3. Senang cerita, kau beli warrant, kau tak dapat lah surat
rasmi pergi AGM company tu. Tapi kau beli juga lah sebab
tahu mother share dia perform dan kau nak merasa untung
beli harga murah, jual harga tinggi.
4. Berbalik kepada K-One, bila dia mengumumkan di Bursa
Malaysia semalam yang dia “Exercised the call option to
puchase the option share”. Maksudnya, K-One akan jadi
owner kepada GAP.
5. Apa kesannya guys? Kesannya, GAP untung, semua untung
akan ke K-One dan begitulah sebaliknya.
6. Sebelum ini GAP ada tawarkan kepada K-One untuk beli
shares dia. Tapi dia bagi dalam bentuk option yang mana
K-One can exercise later at some agreed price.

46
#tradewhatyouseefatini

7. Okay jom tengok siapa pula G-Asia Pacific ni? Ingat lagi
cerita K-One dan cloud di siri 5.0?
8. GAP ni ialah company cloud solution. Jadi, dah nampak
kewajaran langkah K-One ini, memandangkan dia dah set
up bisnes Cloud di Singapore.

Baik, itu sahajalah kajian untuk hari ini. Semoga dapat membantu semua
traders dan bukan traders faham akan pengumuman yang dibuat oleh K-One
semalam.

Sekian.

47
Siri 14.0
Private Placement
Maksudnya Kita Kena Happy Ke Sedih?

21 Mei jam 3:35 PTG

Y
ang merah yang hijau semuanya memukau.
Yang hijau disangka tuah. Rupa-rupanya yang merah terkadang lebih
meriah.
Begitulah dalam kerancakan pasar Bursa Malaysia, pasti apabila
market dibuka hijau, kita pasti terasa sedikit ralat apabila kehijauan indeks tidak
menyumbang kepada kehijauan portfolio. Melainkan, korang ada beli kaunter
berkaitan Coronavirus semalam dan semalam kepada semalam. Yang beli masa
kononnya vaksin dah jumpa. Lepastu, petang tu tiba-tiba tak jumpa balik, mesti
korang senyum je kan. Tahniah lah diucapkan.
Jangan risau guys, benda ni tak pelik. Saya pun tengah mengalaminya.
Jadi, bila portfolio tidak menyebelahi kita, inilah masanya untuk kita faham
istilah-istilah dalam dunia perdagangan saham. Maka, dalam siri hari ini, saya
akan menceritakan tentang satu benda yang menarik untuk difahami, “Private
Placement - Maksudnya Kita Kena Happy Ke Sedih?”.
Baru-baru ni, MINETEC mengumumkan yang mereka membuat
amalan korporat yang lazim iaitu private placement (PP).

48
#tradewhatyouseefatini

Private placement ni apa benda? Dan apa kesannya kepada harga saham
yang kita pegang?
Private placement ni adalah sale of stock share or bond to pre selected
investor and institutional rather than public and open market. Wow ayat buku
bukan? Yeah, memang ayat buku pun. Hahaha. Maksudnya, MINETEC ni nak
duit segera tapi dia taknak pinjam bank sebab confirm kalau pinjam ada interest.
Makanya, dengan menawarkan share kepada investor, MINETEC akan dapat
duit terus dengan segera.
Jadi nak happy ke nak sedih? Logiknya kalau kita beli MINETEC, kita
akan rasa sedikit tak senang sebab saiz share dia bertambah besar. Sebab yang
beli tu individu atau institusi yang terlibat;
49
#tradewhatyouseefatini

»» wealthy individual investor


»» banks, financial institutional
»» mutual funds
»» insurance companies
»» pension fund

Senang cerita, semua ni jerung  🦈.


Kelebihan untuk MINETEC ialah untuk grow the company
dalam masa singkat tanpa perlu tunggu untuk nak apply IPO.
Lepas tu pula, dia tidak dikawal oleh Security Comission dibandingkan kalau
dijual share di pasaran terbuka.
Private placement ni hanya untuk selected number of individual dan
institusi. Bermakna, they can choose they can negotiate with potential investor.
Yang paling best boleh demand within the process terutamanya memberi kelebihan
kepada investor la. Syarikat perlu duit investor dan investor boleh pilih dan
demand apa privilege compare to investor open market.
Okay faham tak setakat ni? Panjang lagi ni woih😬.
Disebabkan panjang, kita pendekkan je lah.
Jadi, kalau trader, dia tak suka sebab Public
Placement ni akan memberatkan share syarikat yang kita beli.
Jadi kalau ada dalam MINETEC nak buat apa? Cari support dan selagi
mana tak bocor, layan je lah walaupun hakikatnya dia akan slow macam 🐢.
Tapi nak buat macam mana masa beli haritu mana lah tahu dia nak
buat menatang ni kan. Menatang ni merujuk kepada Public Placement.
Kalau jenis tak sabar dan sanggup cutloss untuk tukar ke kaunter yang lebih laju,
silakan. Apa pun, itu adalah hak masing-masing yang saya tiada kuasa untuk
mengawalnya.
Soalan famous;

“Adakah MINETEC akan jalan?”


Jawapannya, boleh jadi ya. Boleh jadi tidur dulu.
Akhir kata, semoga semuanya baik-baik sahaja.
Sekian, Serikandi Saham anda!

50
Siri 15.0
Kenaikan Dsonic Pada
Jam Terakhir Hari Terakhir Mei 2020

23 Mei jam 3:43 PTG

S
emalam 29 Ramadan 1441 Hijrah. Saya sangkakan pasar menjadi suram
dan kelam. Ramai pedagang akan mengosongkan posisi masing-masing
kerana Bursa Malaysia akan bercuti panjang.
Ya, sangkaan saya betul. Buat yang bijak mengambil peluang, semalam
ketika orang menjual, mungkin ada yang menggunakan kesempatan untuk
shopping saham-saham bangsawan pada harga diskaun. Tahniah diucapkan.
Seperti yang dijanjikan, dalam siri  kali ini, saya akan membuat
kronologi tentang; “Kenaikan Dsonic Pada Jam Terakhir Hari Terakhir Mei
2020”. Rujuk chart di hujung nanti.
Saham yang naik meroket begini sebenarnya bukanlah cerita tiba-tiba
naik. Kalau kita memang ada watchlist dan memang perhati rapat watchlist
kita, pasti kita dah dapat detect setiap pergerakan atau peristiwa yang berkait
rapat dengan kaunter yang kita target untuk beli.
Okay baik, kita mulakan satu-satu.
Barangkali, hantaran kali ini boleh tahan panjang. Boleh jadi, pendek
je.
Sejak 21 April 2020, Dato’ Haji Razali bin Mohd Yusof,
Director DSONIC dah mula membeli saham DSONIC secara
borong. Tak banyak pun, dalam 2 juta unit je. Selain beliau, ramai

51
#tradewhatyouseefatini

lagi lah shareholders yang mula mengumpul (membeli) saham ni.


Terbaru, Dato’ Haji ni borong lagi 20 Mei.
Jadi, kalau director borong mesti ada sesuatu yang perlu dikaji kan? So,
apa sesuatu tu?
Pada 21 Mei 2020 hari terakhir market dibuka jam 8.48 pagi di akhbar
The Focus ada satu berita tentang DSONIC diterbitkan.

"Datasonic to bid for RM500 mil i-Kad project.” - iKad ni apa?


iKad ni smart card untuk pekerja asing di negara kita. Hmm,
macam hambar kan? Apa yang menarik di sebalik semua ini?
Dalam berita ni ada beberapa poin penting yang saya akan ceritakan sampai kita
boleh kaitkan dengan kenaikan harga dia.
1. "Datasonic COO Danny Chew Chi Hong confirmed this with
FocusM and said that the group would be bidding as it has an
established track record in providing secure ID solutions for the
government sector as well as financial institutions. Datasonic,
according to Chew, had a market share of more than 70%."

52
#tradewhatyouseefatini

2. “The i-Kad tender requires the tender company to have


experience in providing card supply and software application
development and must be a 100% bumiputera company in
order to qualify for participation. Therefore, Datasonic meets
all the requirements,” he said.
3. i-Kad ni satu tender di bawah Kementerian Dalam Negeri
dan sebelum ni pun, DSONIC memang dah ada rekod
yang baik perkhidmatannya dengan KDN. DSONIC dah
berkhidmat dalam tender kerajaan sejak 2012 guys. Sudah
lapan tahun!
4. Pesaing DSONIC dalam pembidaan tender ni ialah
PRESBHD, SCICOM dan IRIS. Yeah, ada 4 company
hantar tender.
5. Tender ni tutup 5 Jun 2020 dan tak ada pulak company
yang saya senaraikan di poin atas ni. Kemain kompang di
news dorang masuk tender.
6. Dan semalam, dari sudut fundamental, saya ada buat
study sikit membezakan empat company ni. So far, yang
leading DSONIC alhamdulillah. Err, alhamdulillah lah
sebab company aku sekarang. Belum jual lagi, huhu.
Berbalik kepada poin awal, korang tak pelik ke kenapa
directors dah collect awal? Sebulan sekali collect, pastu collect
lagi, pastu awal pagi semalam keluar news bid tender. 

Yeah, keputusan untuk tender ni lambat lagi, barangkali kalau menang,


dia spike habis. Tapi sebab lambat lagi tahu dia menang ke tak, so DSONIC
diramal akan tidur dulu sebelum bangun beraksi kembali.
Boleh hold ke? Tak ada siapa suruh jual hihi. Tapi, jagalah trailing stop
supaya tak hilang untung. 
Nak masuk boleh ke? Jujurnya, saya pun taktahu boleh ke tak. Trade
what you see.
52wh ialah pada harga RM1.69, kalau break RM1.69, jadikan RM1.69
sebagai support.
Rasa bermanfaat dan rasa wow?
Yeah, saya pun rasa wow dengan kenaikan dia dan dia dah
kompang berita awal pagi Jumaat 21/5 sebelum market dibuka lagi.
53
#tradewhatyouseefatini

Tapi macam biasa, tak semua rezeki tu rezeki kita. Cumanya, yang
rajin study pasti akan nampak kaunter apa nak tembak, inshaallah.
Nak study apa?
Sentiasalah buat watchlist.
Sentiasalah alert dengan news
Dan bila baca news, buat kajian logik ke tak news dengan fundamental
syarikat.
Err, nak study kaunter dengan saya?
Follow je page saya dan sila kongsikan sekiranya bermanfaat.
Akhir kata, untuk yang taktahu DSONIC pun jenis
yang suka tidur dan kalau dia meroket tu, jenuh nak mengejar.
Jadi, tak pelik kalau ramai kata, “Asal aku keluar je, dia terbang.” Hahaha
Selamat Hari Raya dan semoga semua amal kita, juga amal saya Allah
terima! Ampun dan maaf kalau terpedaya apabila membeli kaunter yang saya
mention dalam mana-mana siri. Ingatlah selalu #tradewhatyousee hihi.
Sekian.
Serikandi Saham anda!

54
#tradewhatyouseefatini

55
#tradewhatyouseefatini

56
Siri 16.0
Mengaitkan Sentimen Semasa Dengan Sektor
Yang Bakal Beraksi

25 Mei jam 10:48 PG

B
ursa bercuti panjang sejak hari dagangan terakhir Jumaat 22 Mei 2020.
Jadi cuti yang panjang eloklah digunakan untuk mengambil peluang
mengkaji peluang yang ada. Supaya nanti apabila peluang datang, hati
riang, jiwa pun senang.
Jadi pada siri  kali ini, saya akan ceritakan sektor yang
berpotensi berserta kaunternya sekali untuk rally minggu ini.
Pun begitu, perlu diingatkan yang saya ni bukan ahli nujum, kalau rally tak
jadi, maafkanlah saya. Cuma, saya suka berkongsi cara membuat kajian.
Jadi saya namakan siri ini “Mengaitkan sentimen semasa dengan sektor yang
bakal beraksi”.
Kita mulakan satu-satu.
1. Pada kira-kira dua minggu yang lepas, keluar berita yang
menguar-uarkan India akan membeli semula minyak
sawit dari Malaysia. Ketika itu, harga minyak sawit masih
tidak menunjukkan sebarang pergerakan pun. Tapi, harga
semua kaunter berkaitan sawit semua mencanak  naik.
Perasan tak?
2. Baru ura-ura India nak beli, saham berkait terus
meroket. Tak tahu lah kalau beli betul jadi apa dekat
kaunter hihi. Begitulah, harga kaunter bertindak

57
#tradewhatyouseefatini

balas dengan setiap berita yang diumumkan.


2 Pada 19 Mei yang lepas, India mengumumkan
akan meneruskan pembelian minyak sawit dari
negara kita. Phew, dari situ kita dapat lihat semua
kaunter berkaitan sawit ikut terbang. Gmabar
3 Jadi kaunter apa yang menerima tempias ni? Kalau kaunter
favorite traders biasanya yang ini; RSAWIT, JTIASA, FGV.
3. Ni belum suruh beli lagi, nama lagi kita tengah buat kajian
ya. Klik di link bawah ni untuk perhatikan senarai kaunter
berkaitan plantation.  https://www.isaham.my/sector/
plantation
4. Kita teruskan lagi, pada hari akhir dagangan sebelum
menyambut Hari Raya pada Jumaat lepas, kaunter-kaunter
sawit tidak meneruskan kenaikannya.
5. Kenapa? Di dalam memahami pergerakan harga saham,
kita harus faham yang setiap kenaikan perlu berehat untuk
meneruskan kenaikan. Analoginya, macam kita nak balik
kampung (walaupun ramai tak balik tahun ni), kita akan
berhenti di Hentian R&R kan, sebelum meneruskan
perjalanan. Sama lah, kalau saham ni secara hukum alam,
dia perlu berehat untuk meneruskan kenaikan.

Pada 23 Mei 2020 iaitu sehari sebelum menyambut raya


dan pasaran pun dah tutup, ada satu berita menarik yang kita baca,
“Harga minyak sawit dijangka kembali mengukuh – MPOB”.

58
#tradewhatyouseefatini

6. Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mampu


mencecah jualan RM2,300-RM2,400 bagi satu tan dalam
tempoh beberapa bulan lagi. Kenaikan harga ini berlaku
berikutan daripada hubungan diplomatik Malaysia-India
semakin baik di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin
Yassin selepas kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil
alih tampuk pimpinan sejak Mac 2020. Terima kasih
abah! 😆
7. Dalam perkembangan berasingan, beliau merujuk kepada
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan India kerana tidak melanjutkan
sekatan import terhadap minyak sawit ditapis yang
sekaligus membantu meningkatkan eksport Malaysia ke
negara berkenaan.
8. Okay kita berbalik kepada poin ketika ura-ura baru keluar,
kaunter dah bergerak. Ramai yang dah bersedia dan bila
ura-ura bertukar menjadi sesuatu yang confirm jadi, kaunter
dan sektor pun meroket.

Boleh beli ke tak ni? Kita nantikan sama-sama apa yang akan terjadi
pada Rabu ni. Yang sudah berada dalam kapal, semoga ada kebaikan buat anda,
yang masih belum berada di dalam kapal, kenal pasti entry point terbaik dekat
mana nak masuk supaya tidak tersangkut di puncak bahagia.
Pun begitu, perlu diingatkan kaunter-kaunter berkaitan sawit ni
memang jenis kaunter yang kau jangan gatal-gatal nak peram. FA hauk
kebanyakannya. Yang paling steady FGV. Kalau masuk kaunter sawit, pandai
masuk, kena lagi pandai untuk keluar ya.
Akhir kata dari saya, untuk jiwa yang tenang, apa kata masuk kaunter
mahal dengan fundamental yang power. Walaupun slow-slow dia mendaki,
inshaallah risiko rugi dia rendah sekali.
Rasa bermanfaat?
Silakan share ebook ini supaya lebih ramai mendapat tempias manfaat.
Sekian.
Terima kasih atas segala sokongan kalian.
59
#tradewhatyouseefatini


Masuk kaunter mahal dengan
fundamental yang power. Walaupun
slow-slow dia mendaki, inshaallah
risiko rugi dia rendah sekali.

Serikandi Saham

60
S i r i 1 7. 0
Sektor Coronavirus; Sejauh Mana Rally Ini Akan
Terus Berlangsung?

26 Mei jam 2:47 PTG

H
ari ini dalam satu berita mengumumkan kepada kita semua
penghuni dunia, yang World Health Organization atau nama WHO
menghentikan penggunaan hydroxychloroquine dalam rawatan kepada
pesakit yang dijangkiti virus Coronavirus.
Okay, apa implikasi berita sebegini kepada kita tuan-tuan selaku
pedagang di pasaran?
Sebagai pengkaji merangkap penganalisis yang agak rajin di Hari Raya
Ke-dua ni, jom kita tengok satu-satu.
1. WHO pada hari Isnin (semalam, 25 Mei) secara sementara
menghentikan penggunaan hydroxycholoroquine, sejenis
penawar yang dicadangkan oleh Presiden Donald Trump
atas isu keselamatan. Hal ini disebabkan data yang dibuat
oleh The Executive Group menunjukkan penggunaan
menyebabkan berlaku beberapa isu kepada implikasi
kesihatan pesakit.

61
#tradewhatyouseefatini

2. Perkara ini diberitahu sendiri oleh WHO Director-General


Tedros Adhanom Ghebreyesus. Bukan saya reka cerita nak
kompang suka-suka hati, tapi inilah hakikatnya.
3. Sebenarnya WHO sendiri dah buat banyak ujikaji mencari
keberkesanan bahan yang boleh dijadikan penawar dan
vaksin. Tetapi hingga hari ini, belum menjumpai satu pun
yang sesuai.

Okay, jom kita tengok data terkini mengenai kes yang berkaitan
Coronavirus.
»» Lebih 5.4 juta kes seluruh dunia melibatkan 345,059
kematian, menurut data dari Johns Hopkins University.
»» Sekurang-kurangnya 1.6 million kes di United States
dan sekurang-kurangnya 97,000 kematian di sana.

Dengan berita sebegini, sebagai warga dunia ini benar-benar


menggusarkan kita bukan? Tetapi sebagai pedagang, dengan ketiadaan lagi vaksin
atau apa-apa kepastian mengenai penawar virus ini, kita dapat menjangkakan
bahawa rally dalam sektor ini akan berterusan.
Untuk itu, marilah kita membuat kajian untuk memasuki pasaran.
62
#tradewhatyouseefatini

dengan kaunter-kaunter yang berkaitan sektor yang melibatkan isu Coronavirus.


Bersama-sama ini, saya sediakan grafik penuh kaunter kajian Coronavirus untuk
kajian bersama.

Akhir kata, semoga perkongsian ini memberikan kita semua idea untuk
memasuki pasaran hari esok inshaallah.
Sekian.
Serikandi Saham anda!

63
Siri 18.0
Tiga Asas Penting Untuk
Menguasai Pasaran Ketika Ini

28 Mei jam 5:54 PTG

S
yukur kepada Tuhan yang merezekikan kita peluang untuk berdagang.
Syukur apabila hari yang indah ini, ramai dari golongan pedagang mendapat
pulangan luar biasa. Maka, dalam siri  #tradewhatyouseefatini  kali ini,
saya akan menceritakan tentang “Tiga Asas Penting Untuk Menguasai Pasaran
Ketika Ini.”
Atau dalam kata lain untuk cepat kaya lah. Penting pendedahan ini
dan penting tips yang akan saya kongsikan kali ini untuk kawalan emosi dan
bagaimana untuk “Take profit before it gone”.
Pertama, mestilah memahami tema aliran wang di dalam pasaran
pada setiap hari.
Ini penting! Supaya kita dapat menaiki kapal yang tengah laju dan
sampai ke destinasi dengan selamat dan sejahtera. Persoalannya, bagaimanakah
caranya untuk kita tahu? Tipsnya, kita buka di INDEKS SEKTOR dan
tengok sektor mana yang tengah menghijau. Dah nampak, kita tengok pula
kaunter apa yang bergerak.
Contohnya, sejak kelmarin yang dah bergerak kaunter HARTA,
TOPGLOVE, SUPERMX. Nak beli kita gayat, walaupun harini dia jalan lagi.
Kan?
Bila dah jadi macam ni, kita kena tahu setiap sektor pasti ada leaders

64
#tradewhatyouseefatini

dan laggard. Leaders dah meroket sampai ke langit, jangan kejar guys! Cari lah
laggard dia.
Laggard kepada kaunter di HARTA, TOPGLOVE, SUPERMX ialah
ADVENTA misalnya. Lihatlah apa yang berlaku kepada ADVENTA hari ini?
Semalam tidur, buying signal apa pun tak ada. Harini, dia meroket.
Mudahnya, ada tiga benda paling penting untuk kita faham sekarang,
iaitu:
»» Sectoral Play
»» Leaders and Laggard dan
»» Kawalan Emosi

Kawalan emosi ni akan berlaku bila kita tengok member kita untung
kaw-kaw, kita relax je portfolio merah. Nak kejar ke tak? Hari kita tak kejar,
dia limit up, esok sambung naik. Hari kita kejar, terus dia terjun tiruk hahaha.
Jadi untuk mengawal emosi tu eloklah hafal dan buat homework
malam ni juga.
Orang tak buat homework waktu market jalan. Waktu market jalan,
orang (baca: pedagang) buat keputusan dari hasil study ketika market tutup.
Kita kena tahu dan faham laggard bagi semua sektor supaya kita mengejar
dengan ilmu.
Oh ya, apa itu leaders?
Ciri-ciri mengenali leaders ni ialah;
»» Highest profit margin
»» Highest ROE
»» Highest QR
»» Highest Annual growth
»» Highest Market share

Bila mana kita menguasai part ni, inshaallah kita takkan ketinggalan
dalam sebarang rally.
Akhir kata, usah berputus asa jika masih belum tiba hari anda.
Belajar, belajar dan terus belajar. Pasti, harinya akan tiba!
Sekian.

65
#tradewhatyouseefatini

Serikandi Saham anda!


.
.
.
Psst,
Saya sertakan kompilasi gambar puncak bahagia untuk kenangan
kita.
Jika bermanfaat, sila kongsikan untuk sebaran manfaat kepada lebih
ramai pedagang di luar sana.

66
#tradewhatyouseefatini

67
#tradewhatyouseefatini

68
#tradewhatyouseefatini

69
#tradewhatyouseefatini


Usah berputus asa jika masih belum
tiba hari anda. Belajar, belajar dan
terus belajar. Pasti, harinya akan
tiba!

Serikandi Saham

70
S i r i 1 9. 0
Rutin Dalam Memasuki Pasaran

28 Mei jam 5:54 PTG

U
ntuk memasuki pasaran pada setiap hari, saya akan mengkaji semua
sentimen yang berlaku dan menganalisis kesan sentimen itu sama ada
ianya memberikan impak positif, atau sebaliknya dalam satu syarikat.
Saya tidak bersendirian. Saya melakukannya bersama mereka yang
sanggup demi sebuah kejayaan dan keuntungan.
Jadi, hari ini, “Rutin Dalam Memasuki Pasaran!”
Sebelum:
»» Membaca setiap news yang berkaitan pasaran saham
dan mengkaji fundamental syarikat yang terlibat.
»» Mengkaji fundamental itu penting untuk melihat
sejauh mana keupayaan syarikat dalam memberikan
pedagang pulangan.
»» Menandakan buying signal di chart supaya rasional
untuk memasuki pasaran dengan ‘sharp entry’ pada
esok hari.

Setelah:
»» Fokus terhadap kaunter kajian sebab dah study
sentimen yang berpotensi menjadikan resistance
71
#tradewhatyouseefatini

terdekat dipecahkan.
»» Hanya tekan buy kalau resistance pecah dengan
volume.
»» Kalau dah terlepas, breakout dah pergi jauh, tengok
kaunter lain. Sebab tu WL kena ada beberapa pilihan.
»» Sebelum market buka lagi perlu ada trading plan setiap
kaunter yang akan dimasuki untuk memaksimumkan
keuntungan.
»» Jangan terpengaruh dengan idea orang lain jika tidak
membuat sebarang kajian.
»» Kemalasan buat kajian akan jadi punca kenapa tidak
untung-untung.

Berikut di dalam gambar ialah kajian saya untuk hari esok 29 Mei
2020 inshaallah.

72
#tradewhatyouseefatini

Sekian.
Salam penghulu segala hari dari saya, Serikandi Saham anda!


Jangan terpengaruh dengan idea
orang lain jika tidak membuat
sebarang kajian.

Serikandi Saham

73
Siri 20.0
Memahami Limit Up Dan Share Buyback

29 Mei jam 8:12 MLM

H
ari ini ADVENTA beraksi lagi - setelah giliran dua minggu lepas kita
menyaksikan kaunter-kaunter berkaitan Coronavirus telah mencapai
limit up!
Sebelum melanjutkan perbincangan pada hari ini. Apa yang
dimaksudkan dengan limit up?

»» Limit up ni bermaksud sesuatu saham sudah tidak


boleh mengalami kenaikan lagi. Dah maksimum
sangat dah. Kalau nak naik juga, tunggu hari
dagangan Bursa Malaysia dibuka pada hari seterusnya.

Okay guys. Memandangkan saham ni baru nak start dalam sektor


berkaitan gloves, jom kita tengok apa yang menarik tentang ADVENTA.
Hari ini ADVENTA mengumumkan share buyback.
Jadi, sebagai pedagang kita patut tahu apa benda yang dimaksudkan
dengan share buyback tu supaya nampak lah masa depan yang gemilang.

»» Share buyback ialah apabila syarikat membeli


semula saham-sahamnya daripada shareholders.
74
#tradewhatyouseefatini

Apabila syarikat mempunyai lebihan tunai, selain daripada membayar


dividen, syarikat juga boleh menghargai shareholders dengan cara menambah
nilai pegangan para shareholder.
Ini disebabkan apabila syarikat melaksanakan buyback, ia mengurangkan
jumlah saham yang terapung, sekaligus menambahkan peratus pegangan
shareholders yang ada. Oleh itu, jika ada pembayaran dividen pada masa
akan datang, dividen per share akan turut meningkat. Selain itu, syarikat juga
melaksanakan buyback untuk mengambil kesempatan atas stock price syarikat
yang dalam keadaan undervalued.
Jadi, selepas kita faham tentang share buyback, apakah rally ADVENTA
ini akan berterusan?
Stay tuned!
Dan jangan lupa masukkan dalam watchlist. Jangan beli, nanti dia
akan naik lagi hahaha.
Kongsikan jika bermanfaat.
Sekian. Serikandi Saham anda!

75
#tradewhatyouseefatini

76
Siri 21.0
Kaunter Masa Depan

31 Mei jam 1:05 PG

“Yang membezakan hasil setiap orang, selain


‘luck’ yang dia dapat, biasanya usaha jarang sekali
mengkhianati hasil.”

M
aka, dalam siri kali ini saya akan menceritakan tentang hasil kajian
hujung minggu saya terhadap satu kaunter untuk manfaat bersama.
Okay guys, jom kita mula.
Bismillah.
1. Sekitar tahun 2016, kaunter-kaunter berkaitan teknologi
majoritinya masih paras harga bawah 50 sen. Bahkan, tidak
sedikit yang berada di harga bawah 30 sen.
2. Ini termasuklah kaunter bangsawan kegilaan dan pujaan
ramai ketika ini. Ketahuilah anda bahawa DUFU yang hari
ini RM5.00, pernah berada di harga sen-sen je pada tahun
2016. Aha, PENTA (yang baru kembali ke pangkal juga),
harganya begitu.
3. Pada masa tersebut, tidak ada siapa pun yang dapat
meramalkan bahawa sektor teknologi akan meroket sejauh
ini. Kenaikan yang sihat tetapi pendakian terus ke atas, ke
atas dan ke atas.

77
#tradewhatyouseefatini

4. Pun begitu, tahukah anda apakah di sebalik pendakian


yang berlaku terhadap sektor teknologi ini? Memahami
fundamental kenaikan sesuatu sektor ini bererti kita mulai
berkawan dengan trend dan bermakna kita boleh membuat
forecast untuk beli apa pada masa sekarang untuk dana haji
(misalnya) di masa depan.
5. Kenaikan sektor teknologi sejak 2017 sedikit sebanyak
berpunca dari Industri 4.0 yang mulai diimplemen di
seluruh dunia. Sektor yang berkaitan teknologi yang
membuat peralatan semikonduktor, pembekal cip-cip dan
segala peralatan yang terkait teknologi sebenarnya kilang
dan syarikatnya di Malaysia.
6. Bererti apabila semakin galak industri telefon pintar, tab
canggih, komputer riba, gaming dan sebagainya mendapat
permintaan hangat, semakin bertumbuhlah sektor ini di
seluruh dunia termasuk di Malaysia. Yeah, Malaysia Boleh!
7. Tahukah anda INARI Amerton Malaysia atau
namanya di Bursa, INARI sebenarnya pembekal
utama komponen dalam penciptaan barangan Apple?
Bangga sikit kalau anda memakai barangan Apple.
Jadi, tak pelik kalau kaunter-kaunter teknologi
di Bursa hari ini berstatus bangsawan. 

Baik, itu cerita hari ini dan masa lepas. Jom kita tengok cerita masa
depan.
Kita sudak memasuki fasa seterusnya apabila normal baharu
menggalakkan kita berbuat segalanya di atas talian. Dari beli atas talian, belajar
atas talian, berzakat juga atas talian dan tidak sedikit yang bercinta di atas talian.
Jadi, untuk perspektif masa hadapan, teknologi 4G semasa dilihat
kurang relevan untuk menyokong segala benda yang di atas talian. Dijangkakan,
panggung wayang akan tiggal sejarah kerana kita sudah lebih selesa untuk cuma
menonton Netflix di rumah. Bahkan, penjarakan sosial tidak memungkinkan
kita ke sana lagi.
Panjang-panjang cerita, cuma nak sampaikan untuk masa depan, boleh
lah mula perhatikan kaunter berkaitan 5G kerana hari ini bukan lagi segalanya
di hujung jari. Barangkali, kalau dengan 5G nanti akan ada teknologi hologram.
78
#tradewhatyouseefatini

Kita call orang, bukan lagi orang yang keluar di video, jasadnya dalam bentuk
3D/4D yang muncul di depan mata kita.
Jadi, siapa yang akan bangunkan teknologi ‘gila’ ini? Ditambah dengan
‘our new normal’ macam ni.
Apa kata dengan adanya hint macamni, kita perhatikan kaunter yang
berkaitan 5G dan buatlah watchlist.
Ada tu satu kaunter sepuluh sen tak sampai lagi hihi.
Ke nak tunggu singgit baru berani tekan?
Kalau dah tahu kaunter apa, buatlah sedikit kajian, janganlah malas.
Kalau malas sampai bila-bila pun profit malas-malas datang. 😆
Sekian.
Serikandi Saham anda yang baru selesai mengkaji kaunter untuk Isnin.

79
S i r i 2 1 .1
Bagaimana Kalau...

31 Mei jam 6:49 PG

B
agaimana kalau... Fundamental sesebuah syarikat tu ke lautan dalam
teruknya.
Asyik rugi, rugi dan rugi. Tak untung lah. Quarter report merah
menyala. Annual report pun sama.
Tapi dia ada new news (berita baru) tentang masa depan yang lebih
cerah. Pulak tu sentimen menyebelahi dia.
Err, tak dapat nak imagine kan apa benda yang saya sampaikan.
Takpe guys, jom saya bawa throwback sikit.
Sekitar penghujung tahun lepas, dalam bulan Oktober hingga
Disember, harga minyak sawit mencatatkan kenaikan dari RM2,200 mencapai
lebih RM3,000
Pada masa tersebut, berlakunya rally kaunter plantation seperti mana
hari ini rally kaunter gloves. Semua kaunter sawit mencanak-canak naik. Tak
percaya? Saya sertakan gambar.

80
#tradewhatyouseefatini

Rally plantation pada masa tu disebabkan kenaikan tak terduga harga


sawit. Dan hari ini pattern yang sama rally gloves dan segala mala kaunter
Coronavirus berlaku disebabkan Covid-19.
Jadi nampak tak bila kita faham sesuatu sentimen dan efeknya,
kefahaman kita itu akan membantu kita untuk membuat keputusan sama ada
untuk teruskan ride kaunter atau jual?
Dah jual macam mana? Dan kaunter tu pulak mencanak-canak. Erm,
tak salah untuk masuk berkali-kali selama mana ada ruang dan peluang. Kalau
rally belum habis, maka teruskan ride.
Nampak tak pattern rally kaunter sawit sama sebiji macam rally gloves
hari ini. Cuma perjalanan gloves ni over sangat perginya. Kahkah.
Ini disebabkan Malaysia pengeksport gloves terbesar untuk kegunaan
hospital di seluruh dunia. Bagaimana kalau kaunter tu kaunter hauk fundamental
dia. Alaa yang korang dok tekan-tekan carepls tu. Tak untung mana pun sebelum
ni, rugi ada lah.
Fundamental ke lautan dalam bukan bermakna tak boleh tekan,
81
#tradewhatyouseefatini

cuma bila dalam kapal tu kena sentiasa beringat guys. Sebab tu orang pesan,
jangan tekan sampai 15 kaunter serentak! Stress nanti nak kena ingat banyak.
Melainkan memang jenis kuat ingatan.
Jadi, dari post saya ini ada belajar sesuatu?
Terima kasih wajazakumullahu kheyr in advanced!
Sekian.
Serikandi Saham anda yang rajin. Haha

82
Siri 22.0
Haircut

2 Jun jam 6:41 PG

S
eperti saya selalu ingatkan kepada siapa-siapa yang bertanyakan saya
tentang kenaikan saham-saham gloves yang sumpah tidak masuk akal
sejak belakangan ini,
“Boleh masuk lagi ke tak?”
Sering kali saya menjawab bahawa apabila kenaikan yang sebegitu,
sebaiknya kita cari kaunter yang belum memulakan kenaikan tetapi masih
dalam model bisnes yang sama.
Ternyata kerisauan saya berasas apabila ramai di antara kita menerima
notis mengenai ‘hair cut’ kepada beberapa saham gloves. Haircut ini maksudnya
pengurangan nilai aset bertujuan untuk mengira collateral level (tahap cagaran).
Sebagai contoh, kita ada aset eg: tanah, dan kita nak pinjam duit dari
bank, kita boleh guna tanah kita utk cagar pada bank. Nilai tanah 100k, tapi
bank cuma akan bagi pinjam 80k. Bank cut 20% dari value tanah (devalue the
asset) sebagai langkah perlindungan risiko in case market value jatuh.

83
#tradewhatyouseefatini

Okay boleh tengok apa yang akan jadi kepada sektor gloves pada hari
esok. Yang masih di luar kapal, tengok dulu. Yang sudah berada dalam kapal,
boleh jaga trailing stop. Lindungi keuntungan anda!
Pun begitu, berita baik yang lain ialah harga minyak dijangka naik
melepasi 40USD dalam masa terdekat dan semalam dan sampai 38USD!

84
#tradewhatyouseefatini

Mandi minyakkah kita hari ini?


Kalau bukan hari ini inshaallah esok. Kalau bukan esok, lusa dan kalau
bukan lusa, tulat. Sama-sama kita saksikan. Listkan kat bawah kaunter minyak
favorite anda.
Akhir kata, kepada Allah lah kita berserah.
Sekian.
Serikandi Saham anda!

85
Siri 23.0
5G

2 Jun jam 5:25 PTG

D
alam siri  kali ini saya akan mengulas tentang
naik turun pasaran hari ini 2 Jun 2020.
Akan ada beberapa sudut penjelasan yang akan menjelaskan keadaan
pasaran di Bursa Malaysia dari awal pagi sehingga menjelang tutupnya Bursa.
Okay jom kita start.
Cerita keresahan para pedagang Bursa bermula sejak semalam apabila
ada cerita tentang ‘hair cut’ di kaunter berkaitan sektor gloves. Pada sesi awal
dagangan pagi tadi semua saham yang limit up seperti ADVENTA, CAREPLS
dan kawan-kawannya.
Join tak dorang membuang? Saya tak join pun cuma jual half
memandangkan semua kaunter yang saya jual tu dah hit 100% alhamdulillah.
Pun begitu pada sesi petang, berlakunya reversal dan kenaikan semula
kepada saham-saham healthcare. Rupanya, kejatuhan pagi tadi hanya disebabkan
profit taking dan tidak ada selling signal yang jelas melain korang sauk dekat
puncak semalam.
Okay selesai tentang healthcare, jom kita tengok aliran wang para
pedagang Bursa bertumpu ke mana.
Menjelang tengah hari, keluar news terbaru mengenai kerajaan
menganugerahkan 5G spectrum kepada TM, Celcom, Digi, Maxis dan

86
#tradewhatyouseefatini

Altel. Sejajar dengan itu kaunter-kaunter yang berkaitan dengan 5G mulai


memunjukkan pergerakan.
Macam mana tahu kaunter tu bergerak? Dengan menggunakan mata
kita, kita nampak kaunter yang berkelip-kelip aktif di platform itu kaunter yang
berkaitan dengan 5G.
OPCOM misalnya. Sebab saya nampak dia breakout resistance dan saya
terus tekan dan que sell terus. Senarai penuh kaunter terlibat 5G saya sertakan
di bawah. Silalah rujuk.

Kenapa yang dapat spektrum ni syarikat telekomunikasi tapi yang


bergeraknya semua kaunter di dalam senarai? Jawapannya, seperti mana kita
tidak boleh hidup sendiri-sendiri. Kita perlukan kebergantungan kepada
orang lain. Begitu juga, dengan syarikat yang dapat spektrum 5G ni. Mereka
bergantung kepada kontraktor ygang lain untuk menjayakan spektrum 5G ini.
Analogi mudah begini, apabila jualan McDonald meningkat berpuluh
kali ganda, selain McDonald yang dapat untung, syarikat pembekal ayam
kepada McDonald pun dapat untung. Sebab McDonald dia tak ada ladang
ayam sendiri. Faham tak kenapa kaunter 5G ni bergerak.
Perihal pemerkasaan 5G ini sebenarnya hal futuristik yang wajib kita
berikan perhatian. Bukan apa, pada masa depan 5G menjadi keperluan sejagat
kepada para manusia. Maka sauklah di tapak kaki dan jual lah ketika di ubun-
ubun.
Yang terakhir sebelum saya melabuhkan perbincangan ialah tentang
pengumuman kerajaan mengenai pembukaan semula Lapangan Terbang
Antarabangsa KL untuk keluar masuk penerbangan pada awal Julai nanti.
87
#tradewhatyouseefatini

Dengar je announcement ni, saya terus tandakan di chart AIRASIA dan


alhamdulillah breakout terus tekan. Dan terus que jual.

Secara kesimpulan, dengan tagline dari guru saya Jazli Izzuddin, “Trade
what you see!”.
Trade guna mata bukan guna emosi, inshaallah jadi.
Kalau berlaku panic selling, tengok volume. Tak ada volume janganlah
jual sekali ya!
Memahami sentimen bererti memahami peluang yang akan bergolek-
golek datang. Jadi, setiap hari berusahalah untuk mengkaji kaunter yang
berkaitan sentimen.
Tak reti?
Carilah guru kerana sebaik-baik pelaburan selain pelaburan ke jalan
Allah, laburkan dulu untuk ilmu. Jangan nak shortcut je semua benda, benda-
benda shortcut ni lah punca accident dalam pasaran.
Sekian dari saya, Serikandi Saham anda!

88
Siri 24.0
“Yang Terbang Ke Awan Terlalu Laju
Pasti Akan Meluncur Jua Ke Tanah”

3 Jun jam 11:29 PG

“Yang terbang ke awan terlalu laju


Pasti akan meluncur jua ke tanah”.

Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan di page


saya, pasti akan mendapati saya sering mengingatkan yang sektor
yang sudah mengalami kenaikan tidak masuk akal ini menuntut kita
para pedagang untuk selalu berhati-hati apabila berada di dalamnya.

Perasaan tidak was-was untuk mengambil profit apabila sudah mencapai


target dan mencari re-entry baru apabila ada peluang selalu menjadi penyelamat
89
#tradewhatyouseefatini

kepada saya setiap kali dilanda rasa tamak untuk hold atau bagaimana.
Rupa-rupanya inilah yang menyelamatkan saya dari kehilangan profit,
atau yang lebih sedih dengan modal-modal pun terbakar.
Jadi, apa perlu dibuat apabila anda masih berada di dalam sektor
healthcare? Cuba-cubalah belajar melepaskannya terlebih dahulu kerana sectoral
play hari ini tidak menyebelahinya. Nanti kalau sudah ada peluang re-entry
baru, masuklah balik.
Maka, dalam dunia trading saham, akan ada dua teori yang perlu faham
dan buat;
1. Teknikal
2. Fundamental

Dari ilmu teknikal adanya ilmu untuk kita tengok buying dan selling
signal. Ilmu tengok signal ni penting supaya tahu masuk dan tahu keluar. Dan
tahu pilih kaunter yang bermomentum tinggi. Bila pilih kaunter yang ada
momentum bermakna kita pilih yang laju untuk terbang. Semua ini perlukan
ilmu. Bukan main tekan-tekan terus terbang. Sebab yang ada momentum pun
boleh jadi dia patah balik.
Hari ini 3 Jun 2020, kaunter yang menunjukkan kepada kita ‘sectoral
play’ adalah terdiri daripada kaunter minyak. Pun begitu, kenaikannya berlaku
di sesi pagi dan berehat semula menjelang tengah hari.
Pengetahuan dan penguasaan mengenai sectoral
play akan membuat kita tahu sektor apa hendak dituju.
Akhir kata, apakah sektor pilihan anda hari ini selain oil & gas? Saya nampak
properties memulakan rentaknya. Maka, bolehlah sama-sama kita perhatikan;
SPSETIA
ECOWLD
ECOWLD-WA
UEMS
Ni suruh perhatikan sebab ada yang dah jalan. Sekian dari saya.
Serikandi Saham anda!

90
Siri 25.0
Tentang Kenaikan Sektor Healthcare

4 Jun jam 7:31 MLM

“Tentang Kenaikan Sektor Healthcare”

P
ersoalannya, adakah kenaikan ini bersifat sementara atau sebaliknya?
Okay dalam siri kali ini saya akan menceritakan tentang
bagaimana dengan hanya menggunakan dua mata sahaja, kita dapat
merumuskan bahawa setiap kenaikan dan kenaikan ini buying atau selling signal.
Bismillah. Jom kita mulakan.
Semalam berlaku penurunan yang mendadak sehingga sifu paling otai
pun tidak menyangka bahawa mereka akan terciduk dalam pasaran sarung tangan.
Tapi sebab mereka masuk awal, jadi tak adalah terkesan sangat berbanding yang
mana kejar kat puncak. Kejatuhan mendadak semalam tanpa siapa-siapa pun
menyangka dia akan pulih dalam masa sehari.
ADVENTA seperti mana mampu limit down semalam, hari ini dia
limit up. Power gila. Syukur dan tahniah kepada yang sempat tekan.
Saya juga sempat tekan dalam beberapa kaunter healthcare hari ini
dan pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa sempat? Satu benda yang kita kena
faham dalam pasaran saham ini ialah apabila kita nampak ada fresh volume
masuk bermaksud telah berlaku minat belian semula pada satu-satu sektor.
Barang baik takkan kita tengok saja kan? Analoginya ialah, apabila
semua orang memburu satu-satu benda, kita pula dah dapat hidu. Kita belilah,
91
#tradewhatyouseefatini

dan juallah ketika puncak barang yang kita dah beli awal tu memang ramai
orang desperate nak.
Contohnya, kita nampak ada fresh volume terkejar-kejar masuk dalam
satu-satu sektor, kita cari lah satu, dua atau tiga kaunter dalam sektor tu yang
belum gerak. Jangan tangkap yang dah kat puncak pula.
Saya bagi contoh, hari ini CAREPLS limit up, saya tangkap lah HLT
sebab CAREPLS dah limit up sedangkan HLT belum. Dua-dua ni adik beradik
ya. Dah tangkap, di kemuncak buying climax, saya terus campak. Alhamdulillah,
terpaksa untung. Syukur! Begitu juga dengan K-One. Alhamdulillah, syukur!

Err, elok campak HLT, dia kembali ke harga saya beli. Ini dinamakan
rezeki. Alhamdulillah.

Tapi elok campak K1, dia naik lagi guys. Itu yang kita panggil rezeki
dekat situ je. Maka bersyukurlah.
Sering saya ingatkan kalau dah nampak satu kaunter dah spike, cari
adik beradik dia. Inilah homework yang wajib kita tahu.
92
#tradewhatyouseefatini

Homework wajib saya ialah :


»» Mengkaji kaunter untuk invest long term
»» Memahami ciri kenapa kaunter tu layak dijadikan
investment
»» Menyenaraikan Top 5 kaunter dalam semua sektor
»» Faham konsep leaders and laggard dalam semua sektor

Inshaallah jika homework di atas berjaya kita buat, untuk menjadi


pedagang dan pelabur yang berjaya itu masa depannya cerah.
Akhir kata, musuh paling utama dalam dunia perdagangan saham ini
ialah emosi kita. Semakin berjaya emosi dikawal, semakin cerah peluang untuk
berjaya.
Pengawalan emosi ini memerlukan latihan konsisten dengan ilmu.
Inshaallah akhirnya, kita akan berjaya meraih keuntungan luar biasa!
Sekian dari saya.
Serikandi Saham anda!

93
#tradewhatyouseefatini


Musuh paling utama dalam dunia
perdagangan saham ini ialah emosi
kita.

Serikandi Saham

94
S i r i 2 7. 0
Rally Gloves

7 Jun jam 1:06 PTG

“Market cuti bukan bermakna para pedagang bijak


juga akan bercuti dari study”

J
adi, kayu ukur kita ini cukup bijak atau tidak adalah apabila kita bukannya
study masa market buka. Market buka ibaratnya pertempuran baru
bermula. Market buka bermakna kita sudah bersedia. Sebagai pedagang
yang berusaha menjadi bijak dan tak putus asa untuk berjaya.
Hari ini ditemani angin kipas sepoi-sepoi bahasa, saya sempatlah
melihat sentimen semasa dan pergerakan harga di beberapa kaunter menarik
untuk dijadikan kajian. Dalam siri kali ini, saya menemui satu cerita best dalam
pasaran.
Okay jom kita start! Tarik nafas dulu.
PERMAJU telah pun membuat pengumuman untuk bergabung
dalam perniagaan membuat sanitizer dan sekarang sedang merancang untuk
memasuki cabang perniagaan sarung tangan getah.

95
#tradewhatyouseefatini

Dia baru merancang. Okay kita tengok kaunter yang memang


buat sarung tangan getah, satu demi satu dah lama meroket. Bermula dari
TOPGLOVE dan HARTA. Diikuti CAREPLS dan HLT. Tak lama K-One ikut.
Sejujurnya, saya tak sempat ikut rally gloves awal-awal haritu. Sebab
seram sangat tengok dia punya naik bagai tiada hari esok. Dengan ilmu jangan
kejar benda yang dah jauh, saya mencari peluang lain dan alhamdulillah ternyata
berhasil apabila K-One yang saya temui dalam kajian saya juga akhirnya meroket
dan masuk sebelum dia meroket.
Berbalik kepada cerita PERMAJU, “Said in a filing today that it has
incorporated a company named Permaju Glove Sdn Bhd (PGSB)”.

Nampak tak apa yang saya nampak? Bila mana orang lain yang dah
terlibat dengan sarung tangan getah dah meroket sampai ke bulan. Persoalannya,
kenapa gloves?
Jawapan kepada persoalan poin ini tidak lain tidak bukan, sebenarnya
Malaysia ini negara pembekal sarung tangan getah kepada hospital-hospital
seluruh dunia. Sebab itu, semakin serius pandemik di dunia ini, semakin panjang
dan ganas kaunter sarung tangan getah pergi. Maka tidak pelik SUPERMX
sampai sanggup beli tanah untuk bina kilang baru bagi menampung jumlah
96
#tradewhatyouseefatini

order yang dah memang limit up sampai 2021.


Namun persoalan yang lebih real, adakah PERMAJU ni akan meroket
seperti kawan-kawan atau abang-abang dia yang dah sampai ke bulan sana?

Yang lebih real, PERMAJU ni kalau dia terbang, kembar dia biasa
akan ikut terbang. Dan kembar dia siapa? Kembar dia diberi nama SANBUMI.
Inilah yang selalu saya cakap tentang mirroring counter. Kenapa kita panggil
kembar? Sebab owner sama.
Dan macam mana pula Serikandi Saham tahu semua ni?
Sebab inilah dipanggil ilmu sepanjang zaman. Dari dulu kaji owner
satu company biasanya dia ada company lain yang berkait. SANBUMI ni pula
buat apa? Aha study study!
Serikandi Saham anda!
Selamat berhujung minggu.

97
#tradewhatyouseefatini


Jadi, kayu ukur kita ini cukup bijak
atau tidak adalah apabila kita
bukannya study masa market buka.

Serikandi Saham

98
Siri 28.0
Kaunter Tidur Dan Catalyst

8 Jun jam 6:32 PTG

P
enat sebenarnya nak trade hari-hari. Sebaiknya selain tekan hari-hari,
peruntukkan juga kaunter dan modal untuk dilaburkan. Setelah itu
biarkan saja. Cukup masa baru jual dan nikmati keuntungan. Dalam siri
kali ini, ada satu kaunter yang dah lama tidur dan dia ada satu catalyst menarik.
Macam mana saya tahu?
Sebab baca berita dekat The Edgelah! Okay jom kita start.
Pada kira-kira 3 Jun yang lepas, sekitar jam 8 malam, ada satu berita
best tentang MYEG. Sebelum tu, MYEG ini syarikat apa?
MYEG ini sebenarnya sebuah syarikat milik Wong Thean Soon. Selain
memiliki MYEG, Wong Thean Soon ni juga memiliki syarikat EFORCE.
EFORCE ni ialah provider yang buat platform CDS untuk beberapa broker dan
dia punya platform memang best. M+, Maybank, UOB dan M&A menggunakan
khidmat EFORCE untuk bagi kita tengok platform.

99
#tradewhatyouseefatini

MYEG ini sebenarnya company yang banyak menyelesaikan urusan


kerajaan kepada rakyat macam kita. Daripada bayar saman sampailah ke bayar
e-insurance, dan semuanya lah yang ada “e” pada depan perkataan tu.
Jadi apa yang menarik sampai kita perlu beli dia ni? 😎Tak suruh beli,
nak bercerita je ni.
»» “My EG Services Bhd (MyEG) today announced the
incorporation of a wholly-owned subsidiary known as
MYEG Medical Services Sdn Bhd to market medical
products and services in the country.
»» This follows last month’s launch of the e-government
service provider’s one-stop portal for employers to register
and manage the Covid-19 health screening of their
workforce.”

Dalam kata lain, berita ini memberitahu kita, MYEG ni sekarang dah
jadi satu portal yang menguruskan pendaftaran antara majikan untuk segala
update Covid-19. Apa yang saya faham dari sini, dalam keadaan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan, ini adalah ‘spark’ kepada bisnes MYEG untuk
bersinar-sinar.
Sebabnya, dah banyak majikan dan perusahaan yang akan
menggunakan servis MYEG ini. Pun begitu, saya menjangkakan esok kita akan
mandi minyak inshaallah. Boleh lah tengok keratan berita dekat bawah kenapa
saya menjangkakan sedemikian.

100
#tradewhatyouseefatini

101
#tradewhatyouseefatini

102
#tradewhatyouseefatini

Cumanya, nak tekan apa-apa kena tekan dengan ilmu. Tekan tu beli
lah hehe.
Akhir kata dari saya, tahniah kepada yang bersungguh-sungguh
mendalami dan mendapatkan ilmu pelaburan saham. Doakan saya terus
konsisten profit dan berkongsi tanpa jemu.
Sekian, Serikandi Saham anda!

103
S i r i 2 9. 0
Rally, Dividen, Bonus Issue

10 Jun jam 8:39 PG

K
aunter yang memberikan berita baik seperti ini biasanya akan ada ‘rally’.
Rally ni apa?
Rally ni untuk senang faham, harga saham dia naik bagai tiada
hari esok.
Baru-baru ini, NOTION buat pengumuman tentang bonus issue,
esoknya rally sakan. Saya dah study malam NOTION buat pengumuman tu,
tapi tulah taka da rezeki tekan. Jadi akankah ada rally untuk SCOMNET pagi
ini setelah semalam dia buat pengumuman nak bagi dividen?
Okay sebelum tu, untuk sekian kalinya. Sekali lagi, saya ceritakan
dividen dan bonus issue tu apa. 😎
1. Dividen ialah jumlah cash yang dibayar oleh syarikat kepada
shareholders mengikut jumlah pegangan unit.
2. Dividen datangnya daripada pendapatan semasa syarikat
yang mana ia juga bermaksud dividen sememangnya milik
shareholders.
3. Apabila syarikat untung, value shareholder equity juga akan
meningkat dalam bentuk retained earning (pendapatan
semasa).
4. Namun, untuk memulangkan retained earning ini kepada
shareholder, syarikat perlu melihat kepada paras cash yang
104
#tradewhatyouseefatini

dimiliki.
5. Oleh itu, apabila syarikat mempunyai lebihan cash, syarikat
mempunyai dua pilihan -
»» Gunakan semula lebihan cash untuk meningkatkan
pertumbuhan syarikat dan seterusnya meningkatkan
value shareholder equity,
»» Gunakan lebihan cash untuk memulangkan semula
value shareholder dalam bentuk dividen, atau kedua-
duanya sekali.

Walaupun dividen tidak melibatkan dilution (pertambahan unit share)


pada pegangan shareholder, ia menyebabkan kejatuhan stock price kerana value
shareholder yang berkurang setelah pembayaran dividen dibuat.
Jadi, lepas dia bagi dividen, biasanya harga stock akan jatuh. Maka,
sebab itulah nama dia dividend rally.

105
#tradewhatyouseefatini

Akhir kata, trade what you see not what you listen from me. Hahahaha.
Semoga kita semua terselamat dari rugi yang sia-sia. Ameen.

106
#tradewhatyouseefatini


Trade what you see not what you
listen from me!

Serikandi Saham

107
Siri 30.0
Global Dan Local Catalyst

11 Jun jam 6:53 PG

T
ahukah anda, perkaitannya indeks NASDAQ yang kehijauan seperti
ini membawa maksud apa?
Diingatkan lagi sekali, NASDAQ adalah petunjuk kepada
pergerakan saham-saham teknologi di Amerika Syarikat. Jadi, apa pula
perkaitannya dengan kita, pedagang Bursa?
108
#tradewhatyouseefatini

Bila mana kita kata petunjuk, bermakna, saham-saham teknologi di


Bursa Malaysia akan terpengaruh daripada pergerakan di US sana.
Jadi, untuk mengenal sektor apa yang ‘in play’ setiap hari untuk kita
tembak apa di Bursa, wajib ke atas kita untuk faham tentang global dan local
catalyst.
Benda-benda macam ni, kalau kita mampu faham bermakna kita
mampu menguasai aliran tumpuan duit majoriti pedagang di Bursa Malaysia
tertumpu kepada sektor apa. Perasan tak yang sektor teknologi dah gerak sejak
Selasa lepas. Hari ini, dah Khamis. Jadi dah masuk hari ketiga dia gerak kan?
Nak buat apa ni?
Dalam topik leader and laggard yang saya selalu share kepada success
circle saya;
»» “Kalau abang dah jalan, kita pun kejar abang. Masa
kita kejar tu, abang dah penat lalu abang berehat.
Kita dengan duit-duit kita pun tersangkut dekat situ
sebab abang dalam fasa mesyuarat. Bila abang dah
gerak, target adik yang baru nak gerak, yang baru nak
beralih fasa. Daripada fasa mark down ke fasa mark
up atau fasa mensyuarat. Barulah habis mesyuarat”.

Hahaha.
Siapa yang faham ni confirm dah hadam teknik yang saya selalu
kongsikan. 😂 Semua ini akan mengajarkan kita menjadi sharp shooter dalam
pasaran, inshaallah.
Untuk itu, hari ini nak tembak apa? Tembaklah kaunter dari sektor
teknologi yang belum pergi jauh. Kenapa kalau dia pergi jauh dah atau dalam
bahasa mudahnya, dia dah naik tinggi, kita jangan kejar? Sebab nanti dia
pullback, paperloss kita pun banyak. Sanggup ke tengok paperloss ribu-riban?
Elok kita cut dia terbang balik.
Maka, sebab itulah cara untuk faham tentang saham, adalah dengan
memahami emosi sendiri. Kalau tahu jenis jiwa tak kuat, belajar lah beli kaunter
yang takkan menekan jiwa kita.
Sekian.
Serikandi Saham anda!

109
#tradewhatyouseefatini


Sebagai pedagang, wajib ke atas kita
untuk faham tentang global dan local
catalyst.

Serikandi Saham

110
#tradewhatyouseefatini

Penutup

"Sejauh mana tinggi, bawa aku kembali.


Hakikatnya aku juga orang biasa"

P
roduk kelahiran pertama hasil dari minat, kesungguhan dan kena lipat.
Alhamdulillah!
Mungkin ramai yang mampu memahami tentang minat dan
kesungguhan. Tetapi, apa pula yang dimaksudkan dengan kena lipat?
Buat pedagang Bursa, kena lipat ni hangus duit sampai trauma nak
tekan apa-apa. Hanya dengan emosi yang mampu diuruskan dengan baik dan
positiviti yang akan menjadikan kita mampu kembali.
Untuk yang baru hendak bermula, jangan takut. Jangan berputus asa.
Teruskan langkah anda sehingga anda berjaya, walau terpaksa jatuh berkali-kali.
Bak kata orang putih :
“Come back stronger!”
Bahkan kalam yang lebih power mengajarkan kita supaya;

“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.”


Dek keyakinan bahawa sesukar mana pun teruji dan berada di titik
paling bawah dalam fasa kehidupan sekali pun, pasti Allah akan membantu kita
seperti telah sampai bantuanNya berkali-kali sebelum ini.
Syukur sangkaan itu tidak pernah salah! Alhamdulillah. Ya, saya menulis
111
#tradewhatyouseefatini

sambil mengesat air mata.


Doakan saya, doakan saya dan doakan segala ‘logam’ yang dikurniakan
Allah ke atas diri yang kerdil ini membawa saya lebih dekat kepadaNya. Mudah-
mudahan!

Sekian.
Serikandi Saham
14 Jun 2020

112
Langkah Untuk
Apply IPO
1. Log in ke akaun Maybank2u
2. Pilih INVESTMENT

3. Pilih Link CDS Account

4. Daftar IPO

>>>

5. Semak status permohonan di View IPO Status

Anda mungkin juga menyukai