Anda di halaman 1dari 27

3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

1
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Isi Kandungan
Perkara M/S
Strategi Pertama : Persediaan Sebelum Belajar 4

Perbanyakkan Zikir Pada Allah 5

Betulkan Niat Belajar 6

Minta Maaf Pada Ibu Bapa 7

Minta Restu Guru 8

Kenalpasti Subjek Lemah 9

Kosongkan Fikiran 10

Strategi Kedua : Persekitaran Semasa Belajar 11

Pilih Tempat Yang Sesuai 12

Elakkan Gangguan Teknologi 13

Tutup Televisyen (TV) 14

Makan Dengan Hemat 15

Strategi Ketiga : Teknik Belajar Betul 16


Belajar Lebih Masa 17

Guna Kaedah 3Q3R 18

Hightlightkan Isi Penting 19

2
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Buat Ringkasan 20

Buat Flashcard 21

Kaedah Perkaitan 22-23

Nota Dalam Kelas 24

Ulangkaji Subjek Susah Dahulu 25

Study Group 26

Ulangkaji Soalan Dan Skema Jawapan 27

3
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

STRATEGI PERTAMA :

Persediaan Sebelum Belajar

Saya sudah Jom mula


bersedia !! sekarang !!

4
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 1 : Perbanyakkan Zikir Pada Allah

Orang yang selalu mengingati Allah akan tenang hatinya. Ketika


dia keadaan senang mahupun susah, sihat mahupun sakit, waktu lapang
ataupun sempit.

Dia akan merasakan kewujudan Allah seolah-olah Allah berada di


hadapannya. Beribadah dengan bersungguh seolah-olah itu adalah
ibadah terakhir dalam hidupnya.

Keyakinan ini perlu ditanam dalam diri kita sebelum menuntut


ilmu adalah rasa kebergantungan kita pada Allah. Dan kemudahan itu
hadir bilamana kita dekat dengan-Nya. Dengan ingat pada Allah, semua
akan jadi mudah. Amin.

5
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 2 : Betulkan Niat Belajar

Kuasa niat tiada tolok bandingnya. Ianya akan membantu jiwa kita
sentiasa segar dan hidup. Sebetulnya anda perlu 're-set' selalu niat
belajar kita semata-mata kerana Allah.

Ini kerana ramai yang menyalahkan Allah jika gagal dalam ujian
dan tidak bersyukur bila dapat kejayaan. Orang yang belajar kerana Allah
sudah tentu akan bersungguh-sungguh dan tekun dalam pelajaran.

6
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 3 : Mohon Maaf Pada Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan salah satu punca keberkatan hidup kita.


Kerana mereka adalah permulaan kita pada hari ini. Satu kerugian jika
anda masih ada kedua orang tua tapi tidak berbakti dan mendoakan
kesejahteraan mereka.

Mohon maaf selalu pada mereka. Dan mintalah mereka doakan


kejayaan kita kerana doa ibu bapa akan dimakbulkan Allah tanpa hijab.

7
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 4 : Minta Restu Pada Guru

Penghormatan perlu diberikan kepada semua guru anda. Pelajar


cemerlang SPM Nik Nur Madihah, ketika wartawan bertanya padanya,
"Siapa guru yang paling kamu sayang?" Dia terkejut dan diam seketika
lalu menjawab dengan yakin, "Semua guru saya sayang". Contoh terbaik
yang perlu kita ambil tauladan.

8
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 5 : Kenalpasti Subjek Lemah

Setiap subjek yang anda belajar sudah pasti ada yang mampu
dikuasai. Dan ada juga subjek yang kita lemah dan perlu ditekankan.
Sebab itu penting bagi anda untuk tahu mana satu subjek yang kita perlu
lebihkan tumpuan.

Ini untuk menyusun masa dan jadual belajar anda supaya lebih
tersusun dan berfokus.

9
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 6 : Kosongkan Fikiran

Lapangkan fikiran anda daripada benda yang tidak berkaitan. Ini


membantu anda fokus dan lebih yakin dalam pelajaran. Beri tumpuan
200 % ketika sedang menghadap bahan bacaan. Ini kerana apa yang kita
ingat dan faham akan hilang 80 % dalam masa 24 jam. Kerana banyak
berfikir dalam satu-satu masa sudah tentu akan mengganggu tumpuan
anda. Jadi saranan saya sebelum memulakan proses pembelajaran,
ambil wudu' dan tarik nafas sedalamnya. Anda akan tenang. Cubalah !

11
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

STRATEGI KEDUA :

Persekitaran Semasa Belajar

Apa yang
patut saya
buat ?

11
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 1 : Pilih Tempat Yang Sesuai

Tempat memainkan peranan yang sangat penting. Jangan duduk di


tempat yang akan menyukarkan anda. Jika anda senang belajar di
tempat sunyi, pilihlah perpustakaan sebagai tempat belajar. Jika anda
selesa dengan suasana perbincangan, study group adalah cara terbaik
belajar anda. Pastikan tempat belajar anda dengan tepat supaya anda
dapat memahami pelajaran dengan cepat dan berkesan.

12
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 2 : Elakkan Gangguan Teknologi

Elakkan diri daripada mana-mana teknologi seperti telefon bimbit,


permainan komputer dan sebagainya semasa anda belajar. Kerana ianya
akan membantutkan usaha anda untuk memahami pelajaran. Simpan
dahulu di tepi ketika anda sedang belajar atau 'off' kan sementara
waktu. Susah? Itulah jihad !

13
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 3 : Tutup Televisyen (TV)

Kurangkan belajar di hadapan televisyen (TV). Kerana tumpuan


anda sudah pasti akan beralih daripada buku kepada TV. Terkesan secara
tak langsung dengan audio dan visualnya.

Jadinya disarankan anda tutup TV dan tumpu pada pembacaan.


Kerana anda tidak mampu buat dua perkara dalam satu-satu masa !

14
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Teknik 4 : Makan Dengan Hemah

Makan makanan yang sihat dan berkhasiat semasa anda sedang


belajar. Elakkan makanan seperti jajan dan gula-gula yang mengandungi
banyak gula dan lemak.

Pilihlah makanan yang boleh membekalkan tenaga seperti buah-


buahan ataupun kacang. Jika anda inginkan manisan, makanlah coklat
hitam (dark chocolate). Minum air masak yang mencukupi, dan teh jika
anda mahukan kafein.

15
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

STRATEGI KETIGA :

Teknik Belajar Yang Betul

16
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(1) Belajar Lebih Masa


Orang yang cemerlang sentiasa mengawasi masa. Dan setiap masa
yang ada tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Sudah pasti dia akan
gunakan saat-saat akhir yang ada sebelum menjelang peperiksaan
dengan sebaiknya.

Dalam masa 24 jam yang ada, peruntukan masa selama 8 jam


sehari untuk belajar. Dua jam di awal pagi, dua jam sebelum tengahari,
dua jam pada petang dan dua jam ketika malam. Dan cara ini anda boleh
ubah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa anda.

Sebagai contoh, gunakan waktu setengah jam ketika menunggu waktu


guru mengajar untuk membaca buku.

17
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(2) Guna SQ3R


SQ3R merupakan singkatan kepada:

i) Survey/Skim – anda melakukan imbasan yang singkat ke atas semua


carta, gambar, kata-kata kunci dan bahagian-bahagian yang terdapat di
dalam sesuatu topik subjek yang berkenaan. Berikan perhatian kepada
learning outcome yang sering dinyatakan dalam setiap topik/subjek
pembelajaran, kerana itulah yang anda perlu tahu dan kuasai.
ii) Question – jadikan semua benda yang anda dapat dari Survey itu sebgai
soalan, seperti kenapa ini, kenapa itu, bagaimana, kenapa dan
sebagainya.
iii) Read – baca topik tersebut dengan perasaan untuk mencuba menjawab
soalan yang anda adakan sebelum ini. Pastikan anda mendapat jawapan
kepada soalan-soaln itu tadi dalam langkah ini.
iv) Recite – ulangi jawapan-jawapan yang anda dapat secara lisan dan
mana-mana maklumat penting yang anda dapat dalam topik berkenaan.
v) Review – pastikan anda melakukan review kepada pembelajaran anda
dan ulanginya untuk subjek-subjek yang lain.

18
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(3) Highlight Isi-Isi Penting

Highlight apa yang anda rasa anda perlu tahu dan ingat sudah
mencukupi. Untuk menggaris pula, digalakkan untuk menggunakan
warna yang tidak sama dengan warna tulisan dan menonjol, seperti
merah.

19
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(4) Buat Ringkasan

Ringkasan yang dimaksudkan adalah mengeluarkan isi dan 'key word'


yang penting. Secara asasnya 'key point' itu akan menjelaskan secara
literal maksud secara keseluruhannya. Dengan itu, kita akan
menjimatkan masa untuk memahami dan mengingat sesuatu.

21
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(5) Buat Flash Card

Anda boleh menukarkan nota-nota anda menjadi flash card untuk


memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja. Anda juga
boleh menggunakan flash card ini untuk nota definisi ataupun maksud
sesuatu istilah sains.

Ataupun anda boleh membuat soalan pada satu lampiran dan


jawapannya pada lampiran yang lain. Ia sangat sesuai kerana flash card
memang untuk tujuan di-flip dan senang dibawa.

21
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(6) Kaedah Perkaitan


Sebagai contoh, anda berkenalan dengan seseorang yang baharu,
dan kebetulan namanya adalah sama dengan nama kakak anda.
Tidakkah anda akan senang mengingati namanya berbanding dengan
nama yang anda jarang dengar.

Gunakan Singkatan Perkataan (Acronym)

Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat fakta-fakta dan nota-


nota yang bersifat senarai ataupun sesuai proses. Caranya adalah
dengan menggunakan huruf pertama dalam setiap senarai dan jadikan
senarai perkataan yang lebih menarik.

22
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

Peta Minda

Kaedah peta minda sangat membantu proses mengingat pada anda.


Melakarkan pecahan-pecahan yang berkait antara yang lain
meningkatkan proses pemahaman anda. Kebiasaannya kaedah ini
digunakan untuk subjek sains dan sejarah.

23
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(7) Ambil Nota Dalam Kelas

Tumpuan di kelas pada saat-saat akhir sangat perlu dititik beratkan.


Kerana kebiasaannya guru akan menekankan topik dan soalan ramalan
yang bakal keluar peperiksaan. Dengan 'hint' itu, anda gunakan peluang
yang ada untuk beri lebih tumpuan pembacaan pada topik tertentu
sahaja.

24
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(8) Ulangkaji Subjek Yang


Sukar Terlebih Dahulu

Ulangkaji subjek yang sukar terlebih dahulu berbanding subjek yang


mudah. Ini kerana subjek yang mudah anda sudah mahir, maka ianya
boleh diulang dalam tempoh yang singkat. Tetapi pada subjek yang
sukar, anda perlukan masa yang banyak untuk memahami.

25
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(9) Buat Kumpulan Belajar

Kumpulan belajar sangat membantu pada saat-saat akhir. Perbincangan


yang padat dan singkat akan menghasilkan percambahan idea dan ilmu
baru. Sebab itulah, belajar secara berkumpulan adalah cara yang paling
efektif dalam menghadapi saat akhir peperiksaan.

26
3 STRATEGI BELAJAR SAAT AKHIR

(10) Ulangkaji Soalan Lepas


Dan Skema Jawapan

Akhir sekali, banyakkan latih tubi secara berkala. Dan salah satu target
latihan yang perlu ditekankan adalah soalan-soalan peperiksaan lepas.
Dengan itu, kita dapat memahami teknik dan format soalan yang
kebiasaannya digunakan semasa peperiksaan. Dengan cara ini, mudah
bagi kita untuk menulis jawapan sama ada berbentuk pilihan A,B,C,D
atau berbentuk esei. Sekian. Selamat maju jaya !

27

Anda mungkin juga menyukai