Anda di halaman 1dari 6

MENJADI PELAJAR CEMERLANG 

Menjadi cemerlang bukan secara kebetulan. Ia adalah hasil dari usaha yang
bijaksana. 

TINDAKAN HARIAN

1.        Ulangkaji

2.        Study

3.        Bersedia

Petua:    

Paling minimum:

  Improving your
knowledge

  Discovering new
knowledge

  You are away ahead


 
 

20 minit ulangkaji pelajaran semalam

          1 jam belajar(study) pelajaran hari ini

          20 minit bersedia apa yang akan belajar esok

Masa utama (prime time) untuk perkara utama (prime things) 

Tentukan masa utama


Kenalpasti aktiviti utama utama 

Mustahak lwn Segera (the important vs urgent) 

          Selesaikan yang mustahak sebelum ia jadi segera (urgent)


          Jangan tunggu last minute 

JANGAN SABOTAJ DIRI SENDIRI< TOLONG DIRI SENDIRI UNTUK CEMERLANG 

TINDAKAN 1 : Ulangkaji

(Jika tidak mengulangkaji dalam masa 24 jam anda akan hilang 80% dari apa yang telah
dipelajari)         

          Ulangkaji segera selepas belajar


          Ulangkaji melibatkan teknik mengingat:
                   1 register(input)
                   2 retain (revision)
                   3 recall (output)

          Sediakan soalan-soalan dan jawapan


          Sediakan ringkasan
          Jadual ulangkaji
          Dalam masa 24 jam selepas pelajaran di kelas

          1 atau 2 minggu kemudian


                      1 bulan berikutnya.

TINDAKAN 2 : Belajar/Study

(Membaca bukan belajar tetapi hanya satu alat untuk belajar. Belajar adalah satu proses dan
perlukan beberapa strategi)

Strategi 5 Fs: 1) Fix,  2) Flip, 3) Familiarize, 4) Focus, 5) For mastery.

1)     Fix sebelum belajar tetapkan masa dan jumlah yang hendak dipelajari. Ada
matlamat ada komitmen.

2)     Flip mendapatkan gambaran keseluruhan yang hendak dipelajari (overview).


Flip through the pages of the chapter mendapatkan hubungkait antara tajuk
utama dan sub-topik.

3)     Familiarize mendapatkan kefahaman inilah bahagian active learning. Jangan


tinggalkan bahagian Pengenalan/Konsep utama, Summary/Ringkasan dan
Soalan latihan. Boleh menjawab soalan = faham.

4)     Focus tumpukan minda kepada details, membuat nota, menyediakan kata
kunci.Gunakan magic colours untuk nota atau underline, membuat rujukan dari
sumber lain. Semak syllabus adakah apa yang dipelajari meliputi sukatan.
Selepas belajar antara 25 40 minit berhenti seketika (20 saat 3 minit) untuk
memberi peluang kepada otak mengintegrasikan maklumat.

5)     For mastery Uji sejauh mana kefahaman anda. Jawab soalan mengenai topik
yang di pelajari. Sesuaikan jawapan dengan skima pemarkahan.

TINDAKAN 3 : Bersedia

Bersedia bermakna membuat persediaan untuk pelajaran dalam kelas esok/hari berikutnya.
Ketahui topik yang akan dipelajari, bersedia dengan soalan untuk ditanya kepada guru,
dengan cara demikian anda boleh memberi lebih tumpuan kepada pelajaran.

Kaedah:

Flip sepintas-lalu topik dan sub-topik.


Baca sepintas lalu Pengenalan atau
Konsep. Lihat summary dan soalan.
Lihat contoh-contoh dan gambarajah
serta bina konsepsi awal terhadap tajuk
berkenaan.    

INGAT! DALAM TINDAKAN INI

APA YANG DIPERLUKAN?

Buku Teks, Teks Tambahan / Rujukan

Buku Nota, Pen Magic, Jam, Alat Tulis

Buku Soalan/ Latihan Ulangkaji,

Skima Pemarkahan untuk topik berkaitan

Sukatan Pelajaran / Senarai semak,

Diri Anda Sendiri.

 
 

PELAN PEMBELAJARAN

Satu garis panduan untuk pelajar menggunakan Program Menjejak Impian dan melaksanakan
latihan kendiri.

Rasional

1.     Pelajar SMK Clifford berbeza dari pelajar sekolah-sekolah lain dari segi prestasi dan
motivasi diri. Mereka adalah pelajar terpilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam
penilaian terdahulu.

2.     Pelajar cemerlang ini harus tahu cara-cara belajar sendiri selain daripada bergantung
semata-mata kepada pengajaran guru di bilik darjah. 

3.     Prestasi cemerlang perlu dikekal dan dipertingkatkan dalam penilaian yang akan datang
supaya warga Clifford menjadi warga negara yang cemerlang.

4.     Masuk ke SMK Clifford tidak menjamin kecemerlangan jika ia tidak diusahakan. Untuk
mencapai kecemerlangan, mestilah melalui usaha yang cemerlang juga.

5.     Ayuh! mulai dari sekarang. Masa Itu Emas. 

Langkah-langkah

1.     Mulakan dengan impian setiap pelajar perlu ada impian kerjaya. Jika tidak begitu pasti
minta nasihat dari guru kaunseling. Paling tidak, asas kerjaya itu hendaklah melalui
pencapaian akademik sama ada Ijazah, Diploma, atau Sijil. Tetapkan sasaran anda
berdasarkan tiga kelulusan ini.

2.     Terjemahkan impian kepada strategi. Rujuk helaian Penilaian Akses Kendiri Pelajar
untuk mempastikan prestasi yang perlu dicapai bagi mencapai impian anda. Contoh: jika
hendak buat Ijazah, Matematik mestilah mencapai 4C. Terjemahkan lagi gred 4C ini
bersamaan 60 markah. Ingatlah!  bahawa sasaran anda dalam setiap latihan matematik
mestilah tidak kurang dari 40%. Bagi subjek yang lain mungkin lain pula sasarannya.

3.     Ketahuailah liputan sukatan pelajaran. Ini disediakan dalam analisis topik bagi setiap
mata pelajaran. Dalam analisis ini ditunjukkan topik yang keluar dalam soalan
peperiksaan 5 tahun terdahulu. Jadikan ini sebagai senarai semak apabila
mengulangkaji. Tentukan topik mana yang dipelajari semasa di Tingkatan 4 dan dapatkan
kembali buku teks/rujukan berkenaan.
4.     Pelajar lebih mengetahui apa yang tidak difahaminya . Oleh sebab itu pelajarlah yang
tepat untuk merancang pembelajaran mereka. Untuk membantu pelajar mengenal topik
yang belum dikuasai, Program Menjejak Impian menyediakan senarai topik untuk
dijadikan senarai semak. Daripada senarai tersebut kenal pasti topik yang belum
dikuasai dan buatlah perancangan untuk mengulangkajinya.

5.     Rancang pembelajaran mengikut ruang waktu yang ada. Jadualkan pembelajaran anda
dengan memastikan semua subjek utama untuk memenuhi impian anda diberi
peruntukan masa yang munasabah mengikut keutamaan. Contoh: Jika anda lemah dalam
Matematik Tambahan, berikan masa lebih untuknya.

6.     Sediakan sumber pembelajaran yang mencukupi. Selain dari buku teks anda perlu ada
buku soalan latihan ulangkaji. Dapatkan nasihat guru bagaimana memilih buku latihan
yang ada banyak di pasaran. Pilihlah berdasarkan kriteria berikut:

a.     Buku Latihan Topikal kerana anda ingin buat latihan mengikut topik yang belum
dikuasai.

b.     Buku latihan topikal yang memasukkan penerangan konsep di setiap


permulaan topiknya dengan ada penerangan ini anda tidak perlu lagi merujuk
buku teks untuk memahami konsepnya. Lebih baik jika konsep ini ada
menggunakan ilustrasi yang menarik.

c.     Penerangan konsep diikuti pula oleh contoh-contoh menyelesaikan masalah


anda boleh belajar langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah
tersebut.

d.     Soalan latihan yang banyak dan pelbagai aras aras senang, sederhana, susah
dan kompleks serta menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK).

e.     Ada contoh jawapan

f.      Ada skima pemarkahan

g.     Sangat baik jika ada ruang untuk merekod prestasi latihan anda.

7.     Laksanakan Latihan Kendiri. Fokuskan kepada topik yang belum dikuasai sahaja.
Gunakan analisis soalan untuk menentukan keutamaan topik dalam peperiksaan.
Berikan tumpuan kepada topik yang keluar pada setiap peperiksaan.

8.     Jangan lupa  markah yang menjadi sasaran bagi setiap subjek. Jika markah sasaran
ialah 80 (1A), maka setiap latihan yang anda lakukan hendaklah mencapai 80%. Contoh:
Jika anda menjawab soalan yang markah penuhnya 10 markah, maka jawapan anda
mestilah mendapat skor 8 markah (80%). Jika markah diperolehi kurang dari 8 maka
anda perlu mencari sebab kekurangannya. Selagi anda tidak mendapat markah yang
disasarkan maka ini bermakna anda belum menguasai topik berdasarkan prestasi yang
anda kehendaki. Ulangi latihan mengenai topik yang sama.

9.     Pelbagaikan aras soalan supaya meliputi aras senang, sukar dan kompleks supaya
prestasi pencapaian anda boleh dipercayai (reliable). Jika hanya menjawab soalan aras
senang, anda pasti mendapat prestasi 80% tetapi sebenarnya anda masih tidak
menguasai topik berkenaan. Pelajar cemerlang ialah pelajar yang boleh menjawab
soalan susah, inilah yang membezakan mereka dari pelajar lemah.

10. Gunakan skima pemarkahan. Lihat agihan markah bagi setiap fakta. Jawapan yang
panjang untuk markah yang banyak. Dapatkan markah penuh bagi pecahan markah yang
kecil.

11. Konsultasi dengan guru jika menghadapi kesulitan. Kebiasaannya semasa belajar dalam
kelas anda tidak suka bertanya, tetapi setelah membuat latihan kendiri anda pasti ada
soalan yang hendak ditanyakan kepada guru. Segan bertanya sesat jalan. Anda tidak
akan sampai ke matlamat yang disasarkan jika terus mengamalkan sikap ini.

12. Rekodkan latihan dan skor latihan. Untuk tujuan semakan prestasi sendiri dan semakan
oleh guru, pelajar harus merekodkan perkara berikut:

a.     Tarikh latihan

b.     Topik / sub-topik

c.     Amaun latihan

d.     Skor berbanding sasaran

Usaha anda adalah ibarat suatu perjalanan menuju ke suatu destinasi yang anda sangat pasti
jaraknya. Anda bersedia dengan kelengkapan yang mencukupi untuk sampai ke destinasi
tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam perjalanan anda sentiasa membuat
semakan tentang dimana anda sekarang, pukul berapa sekarang dan sejauh mana lagi
destinasi anda. Anda membuat penilaian sama ada tempoh dan bekalan masih mencukupi
atau tidak. Anda mengisi minyak dan mencepat perjalanan. Akhirnya anda sampai juga ke
destinasi tersebut dan bertemu dengan yang anda kasihi.

Bayangkan jika anda tidak sampai, dimana silapnya?

Anda mungkin juga menyukai