Anda di halaman 1dari 4

Cara buat duit dalam bisnes yang paling mudah adalah menyelesaikan masalah

orang lain.
Sebab manusia ini sifatnya dah terantuk baru tengadah.

Bersenam adalah percuma. Tapi ramai yang tidak mahu bersenam semasa sihat.
Sebab itu doktor kebiasaannya golongan yang kaya raya. Manusia sanggup
berhabis ribuan ringgit untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Cuba fikirkan apa masalah yang kita hadapi setiap hari atau setiap bulan. Dan
bayangkan kalau ada penyelesaian kepada masalah tersebut.

Contoh :

“Jauhnya nak keluar cari makan tengah hari macam ni. Tak ada ke orang jual nasi
berlauk yang dekat kawasan sini?”

“Jalan jem la waktu nak balik dari pejabat. Kesian kat anak aku selalu sangat ambil
lewat. Kalau ada orang tolong ambil kan dia dari sekolah kan bagus.”
“Panas-panas ni kalau ada jual cendol sedap juga.”

Mungkin dialog diatas pernah kita dengar dan mungkin pernah terkeluar dari mulut
kita. Masalah yang dihadapi oleh orang ramai sebenarnya adalah peluang bisnes
kepada kita. Fikirkan solution kepada masalah tersebut dan pasti bisnes anda akan
mendapat sambutan.
15 Idea Bisnes Offline 
1. Gerai makan
Manusia di Malaysia kuat makan.

Sarapan & minum pagi. Pagi selalunya di setiap kawasan perumahan pasti ada
gerai yang menjual nasi lemak dah kuih muih.

Makan tengah hari. Tengah hari pula orang suka cari nasi putih berlauk dan ulam-
ulaman.

Minum petang. Petang pula kebiasaannya orang cari makanan seperti goreng
pisang, cakoi, keropok lekor, laksa, dan sebagainya.

Makan malam  & supper lewat malam. Makananan bergoreng, burger, malah nasi


lemak pun ada!
2. Kedai dobi
Orang sekarang sibuk 24 jam.

Mesin basuh di rumah beli yang automatik boleh muat sampai 10 kg. Tapi tak
sempat juga membasuh sendiri. Ramai memlih hantar ke dobi. Basuh, siap lipat &
diseterika. Janji siap dan kemas. Kalau servis mantap, seorang pelanggan boleh
setia dengan kita sampai bertahun-tahun. Setakat RM2.50 sekilo tak ada masalah
orang nak bayar.
3. Kedai alat tulis & fotostat
Ada kedai fotostat yang caj 20 sen sekeping.

Mahal betul.

Dengan nada tak puas hati, “Baik aku cari kedai lain, mahal cekik darah”. Setelah
berpusing 10 minit kawasan berdekatan, ternyata memang tak ada kedai alat tulis
dan fotostat di kawasan tersebut. Nak pergi kedai yang 5 sen tu jauh pula. Pergi
balik sahaja dah setengah jam. Akhirnya terpaksa fotostat juga di kedai yang mahal
tadi.

4. Kedai kunci
Bisnes yang yang tak popular.

Tapi cuba tengok kedai kunci di kawasan kita. Eh, rasa 10 tahun dulu kedai kunci tu
juga yang berniaga kat sini.

5. Booth gambar
Walaupun ramai orang dah mampu beli kamera sendiri.

Tapi siapa di sini yang ada layar biru di rumah untuk urusan passport, JPJ dan kad
pengenalan. Berapa ramai pula ada printer gambar sendiri untuk cetak gambar yang
berunsur sentimental?
6. Kedai runcit
Walaupun pasar raya besar seperti Giant, Tesco & Carrefour ada di kawasan
berdekatan.

Tapi kedai runcit yang kecil ini masih hidup.

Kenapa kedai runcit kecil-kecil ini masih wujud walaupun ada pasar raya besar yang
lebih murah? Jawapannya adalah opportunity cost. Kita secara tak sedar sudah
mengira, setakat nak beli minyak masak sekampit tak berbaloi sampai nak ke pasar
raya. Lain lah nak berbelanja buat kenduri.
7. Kedai barangan basah khusus menjual ikan, daging, ayam, sayur & buah
Konsep yang sama seperti kedai runcit tetapi fokus menjual barang tertentu sahaja.

Kalau jual daging misalnya, kita menyediakan pelbagai jenis daging yang tidak dijual
di tempat lain. Kalau buah sahaja, pelbagai jenis buah.

8. Tadika/ taska/ pusat asuhan


Kalau tiada sambutan, maka sudah pasti kita tak dengar nama seperti Little Caliph,
Brainy Bunch & Genius Aulad (sekadar menyebut beberapa nama).

Zaman hari ini berbeza tak macam zaman dulu. Suami isteri bekerja. Seawal usia 3
tahun anak kita mesti dah tahu membaca. Kalau servis tip top, ibu bapa tidak
teragak-agak untuk menghantar kesemua anak mereka di tempat kita. Dari abang
sulung hingga adik bongsu anak yang ketujuh pun masih hantar disitu.

9. Pengangkutan – bas sekolah/ teksi/ transit


Bas sekolah dan teksi memang perniagaan pengangkutan yang sentiasa ada
permintaan.

Sekarang dah ada satu trend baru.

Bisnes pengangkutan ke tempat transit anak-anak. Ambil anak-anak dari sekolah,


bawa ke suatu tempat untuk mandi, solat, makan dan kemudian dihantar semula ke
sekolah agama petang. Ada juga yang buat seperti “pemandu peribadi”. Contohnya,
pemandu ini akan hantar dan ambil anak dari sekolah, kemudian bawa balik rumah,
hantar pula ke sekolah agama, ambil dari sekolah agama untuk hantar ke rumah.
Kalau ada tuisyen, ambil dan hantar anak ini ke pusat tuisyen.

10. Kedai mamak


Tahukah anda kita tak perlu jadi mamak untuk buka kedai mamak?

Yang penting pekerja kita nampak muka mamak.

11. Car wash


Kereta dah mahal.

Takkan nak biarkan kotor?

Nak basuh sendiri tidak punya masa.

Cuba perhatikan sendiri tempat basuh kereta di kawasan perumahan kita. Kalau
tiada, kitalah yang buat!

12. Bengkel kereta / motorsikal


Di mana ada kawasan perumahan yang besar, di situlah ada banyak kereta &
motorsikal.

Bila sudah ada kenderaan, sudah pasti ada kerosakan berlaku.

13. Klinik & Farmasi


Walaupun kita ada hospital & klinik percuma tapi masih ramai yang sanggup bayar
lebih untuk cepat dapat rawatan.

Para doktor yang kaki bisnes sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang ini.

14. Kedai Hardware


Kebiasaannya didominasi kaum lain.
Memang kedai wajib ada di kawasan perumahan. Kalau tak ada, memang pelik.

15. Kelas Tuisyen


Zaman sekarang dah jadi kebiasaan ibu bapa hantar anak mereka ke pusat tuisyen.

Cikgu pun dah boleh jana pendapatan tambahan dengan mengajar secara part
tuisyen secara part time. Malah tak perlu jadi cikgu pun kalau nak buka kelas
tuisyen,

Bisnes Yang Sentiasa Ada di Kawasan Perumahan


15 bisnes yang disebutkan di atas semuanya adalah bisnes yang biasa kita nampak
di kawasan perumahan.

Malah ada di antara bisnes ini tak perlu kita sewa kedai pun untuk bermula. Kita
dapat bermula di rumah. Jika kita punya banyak modal & tidak punya masa,
barangkali kita dapat menjadi pelabur kepada peniaga yang memerlukan.

Anda mungkin juga menyukai