Anda di halaman 1dari 2

Silalah merenung dan berfikir sejenak akan hal di bawah ini...

Imam Hadis salah seorang daripada 6 orang, iaitu Abu Daud as-Sajistani. Beliau menghafal 500,000 hadis sahih. Beliau memampatkan (compress) hadis yang sebanyak itu menjadi 4,800 hadis. Katanya: memadailah dengan 4 hadis untuk kamu faham / reti akan agama Islam. yang pertamanya: innamal ama lu binniyyat mafhumnya: bermula segala amal itu dengan niat. Jadi niat itu amat mustahak ! Jadi hendaklah kita ambil faham. Niat yang utama sebelum datang niat yang lain lain yang fardhu. apa dia ? Kita solat dah, kita puasa dah, kita keluar zakat dah, kita tunai haji dah... apa lagi fardhu yang kita tak buat ? apa hukum dia ? contoh: kita ada duit, kita berkira dengan barang yang kita nak beli. nak beli peti ais, perabut, TV dll tetapi rumah tak dok lagi. Hadis dari at-Tabroni dan Ibnu Majah : man ma ta walaisa fi ulu qihi baiatun ma ta mi tatan jahiliyyati mafhumnya: barang siapa diatas pundaknya tidak pernah menerima baiah (yakni menerima syahadah dengan niat memfardhu agama ke atas diri) maka matinya seperti mati jahiliyyah. Jadi terimalah talqin syahadah dengan niat menfardhukan agama ke atas diri barulah jatuh taklif syarak ke atas diri. Bukan semua orang boleh beri agama, yang boleh mengajar hal agama Islam ramai. Tetapi yang boleh memberi agama sangat sedikit. Agama Islam ini ada pewarisnya yang berhak. Pewaris yang menerima pusaka secara berhak dan beramal dengan barang yang dipusakai itu sajalah yang berhak memberi agama / memberi talqin syahadah. Barulah sempurna menunaikan fardhu fardhu yang lain kerana kita sudah ada rumah. Syahadah itu adalah rumah untuk simpan amalan amalan kita. Bila dah ada rumah barulah sesuai kita menghias dia dengan apa apa isi yang sesuai selari dengan buat apa yang disuruh oleh Allah Tala dan tinggal apa yang dilarangNya. Buat yang fardhu dan yang sunat menjadi tetamu kepada yang wajib.

----------------------Apabila ditanyakan kepada kebanyakan orang, Bilakah kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah?. Ramai akan menjawab semasa solat lima waktu (iaitu semasa tahiyyat). Sedarkah kita bahawa jawapan berkenaan ada di dalam Rukun yang Kedua. Kerana jika Mengucap Dua Kalimah itu bersatu dengan solat lima waktu, maka Rukun Islam telah tinggal Empat dan bukannya Lima. Kenapa disatukan antara Rukun Pertama dan Rukun Kedua? Kalau ditanyakan kepada seorang mualaf, beliau dapat menjawab dengan tepat mengenai waktu, tarikh, tempat, penalkin / pembaiah Dua Kalimah Syahadah serta saksi saksinya sekali. Tetapi kita ?? Tanyalah Ilmu dan Iman kita ! Jadi bilakah kita bersyahadah ? Islam bakakah (Taqlid / ikutan) kita atau Islam Pusaka (Pegangan / anutan)? Ada orang menjawab kita bersyahadah semasa kita dilahirkan menerusi azan dan iqamah. Apakah kita semasa bayi (secara adatnya) memahami apa yang telah dilakukan kepada kita? Ada pula yang berkata semasa kita berada di alam ruh (sebelum turun ke alam missal, ijsam dan insan. Apakah kita masih ingat perjanjian berkenaan ataukah nanti orang yang akan mengingatkan semasa kita lahir dan dewasa serta tua di dunia ini? Ada yang bersyahadah sendiri... tanpa saksi? tanpa Pengesahan Pembaiah / Penalkin?

Ada yang berkata semasa hendak meninggal. Jika kita ditakdirkan, jika kita tidak sempat mengucap? Talkin orang yang hendak mati disunatkan mengajar La ilaha illalLah tetapi talkin orang hidup atau mukallaf ialah Asy hadu alla ilaha illalLah, wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. Kenapakah Rasulullah SAW membaiah syahadah kepada para sahabat (yang sama) lebih daripada satu kali? Bagaimana kita dapat menyempurnakan perkara yang fardhu sebelum melaksanakan fardhu fardhu yang lain? Bukankah tiada sah sempurna pekerjaan ibadat yang ada di dalam Rukun Islam melainkan terlebih dahulu diselesaikan hal syahadah ini?

Anda mungkin juga menyukai