Anda di halaman 1dari 16

Tiada Rahsia Lagi (1) Tanyalah Ustaz 08.03.

2013
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

Bacaan ayat 65, surah Yaasin:

Ayat ini pendek, tapi huraiannya panjang dan cukup untuk memberi peringatan kepada kita semua. Ketika di dunia, jika pandai bercakap atau ada banyak duit, seseorang itu boleh lari dari kesalahannya. Tetapi di akhirat nanti, tangan, kaki yang akan menjadi saksi kepada apa yang kita lakukan. Ada yang mempersoalkan bagaimana mungkin tangan, kaki kita bercakap di akhirat nanti sedangkan tidak mempunyai lidah? Mari kita perhatikan: TV, radio, iPad pun tidak mempunyai lidah, tetapi tidakkah alat-alat ini juga boleh bersuara? Inilah sedikit ilmu yang Allah beri agar kita dapat berfikir. Sambil-sambil membaca surah Yasin itu, kita perlu juga memahami maknanya. Di samping membaca surah Yaasin, baca juga surah lain.

Janganla surah Yaasin saja yang jadi anak kandung, tapi surah-surah lain dianaktirikan Adakah Allah perlu kepada saksi? Tidak sebenarnya kerana Allah itu Maha Melihat. Di dalam mahkamah, biasanya akan dibawa saksi untuk mengadili sesuatu kes. Imam Al-Qurtubi membawakan satu hadis daripada Anas bin Malik, yang berkata, Kami berada bersama Rasulullah SAW, dan baginda tersenyum. Sahabat bertanya kenapa. Nabi SAW pun menceritakan bahawa ada seorang hamba berkata, Bukankah Allah telah berjanji yang hambanya tidak akan dizalimi. Allah kata Ya. Oleh sebab itu, hamba itu meminta dirinya sendiri menjadi saksi untuk hisab dirinya. Allah pun berfirman bahawa hamba itu dan malaikat yang akan menjadi saksi dirinya sendiri. Selesai Allah berfirman begitu, hambar tadi pun dipateri dan anggota badannya yang lain pun mula berbicara. Nabi tersenyum kerana hamba itu tidak tahu bahawa saksi kepada dirinya itu ialah anggota badannya, dan bukan mulutnya itu. Ibadah ialah setiap perkata yang Allah suka dan tidak terikat kepada ibadat khusus sahaja. Contohnya keluar bekerja agar tidak memintaminta daripada orang lain, membantu isteri di dapur, bergurau-senda dengan isteri. Sambungan daripada hadis Nabi SAW mengenai 4 perkara yang akan ditanya kepada setiap orang iaitu: 1. Umur apa yang telah dilakukan 2. Ilmu - Di samping amal perbuatan, ilmu perbuatan yang dimiliki juga akan ditanya adakah telah diamalkan. Sama-sama kita doa Allah beri kekuatan kita beramal dengan ilmu yang dipelajari. Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata, Aku sayang kepada satu kaum, tetapi aku tidak mampu mengikut amalan mereka. Aku sayang kepada Rasul, Abu Bakar dan Umar, tetapi aku tidak mampu mengikut amalan mereka. Kemudian Nabi SAW berkata, Di akhirat nanti, seseorang itu akan bersama dengan orang yang dikasihinya. Oleh itu, jika kita tak mampu memperbanyakkan amalan, marilah kita menyayangi para ulama dan golongan berilmu, moga-moga kita akan dikumpulkan bersama mereka kelak, In sha Allah. 3. Harta ada banyak contoh harta tidak halah seperti tipu waktu bekerja, claim lebih daripada yang sepatutnya. Di samping sumbernya akan ditanya, cara membelanjakan juga ditanya Allah. Adakah kita berbelanja di tempat yang tidak sepatutnya.

4. Kesihatan ke mana telah digunakan. Bersambung esok, In sha Allah. Senarai soalan dan jawapan S: Jika anggota badan kita yang menjadi saksi, orang lain yang terlibat tidakkah turut menjadi saksi? J: Apabil dihimpunkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW, ada 11 saksi kepada setiap perbuatan manusia: 1. Lidah 2. Tangan 3. Kaki 4. Pendengaran 5. Penglihatan 6. Kulit 7. Bumi 8. Malam 9. Siang 10. Malaikat 11. Manusia Antara sumbernya ialah seperti yang disebut dalam surah Al-Fussilat, ayat 20-23.

S: Kita akan dipersoalkan tentang umur ketika dihadapan Allah. Mengapa? J: Ini kerana Allah telah berfirman bahawa tujuan manusia dijadikan hanyalah untuk beribadah. Bilakah masanya untuk beribadah? Mestilah ketika kita masih hidup iaitu ketika masih berumur. Dalam satu hadis, Nabi SAW ada bersabda, Tidak akan bergerak kaki anak Adam sehingga ditanyakan 4 perkara iaitu umur, ilmu, harta dan kesihatan. Oleh itu, masa yang diberikan itu akan dipersoalkan kemanakah telah digunakan. Ada orang umur panjang tetapi tidak berkat, tetapi ada orang yang umur pendek tapi berkat, contohnya ialah Imam Nawawi yang meninggal sebelum berusia 50 tahun, tetapi banyak kitab yang ditulisnya yang memberi manfaat kepada kita sehingga hari ini. Apa yang lebih baik lagi berdoa memohon umur yang panjang dalam keadaan beramal soleh. S: Saya mendengar ada ustaz mengajarkan bahawa segala amalan baik dan buruk kita akan dipertontonkan di khalayak ramai. Bagaimana perkara ini dapat mempertingkatkan iman kita? J: Pastilah perkara ini membantu kerana apabila seseorang terfikir bahawa segala yang dilakukan akan dibentangkan semula, ianya boleh bertindak sebagai internal police dan mengelak dirinya meneruskan maksiat yang ingin dilakukan. S: Jika ajal, maut, jodoh adalah rahsia Allah. Adakah perbuatan mempersoalkan jodoh itu menunjukkan kita tidak redha?

J: Ada dua kemungkinan dala perihal jodoh jodoh lambat atau mendapat jodoh yang tidak membahagiakan. Untuk mendapatkan jodoh, seseorang perlu berusaha dan berdoa. Dalam Islam, tidak salah jika perigi mencari timba, asalkan mengikut adab yang ditetapkan Islam. Sampaikan hajat melalui orang ketiga, atau ibu bapa untuk menyampaikan. Jangan pula buat status di FB dan menawarkan diri. Bagi yang sudah menemui jodoh, perlu juga ikhtiarkan untuk memperbaiki hubungan dan banyakkan juga berdoa. Amalkan ayat 74 surah Al-Furqan untuk memohon dan mengekalkan jodoh yang baik.

S: Ada orang suka baca Quran tetapi dalam masa yang sama dia derhaka dan berzina. Adakah Al-Quran dapat memberi syafaat padanya? J: Kita takut jika dia termasuk dalam golongan yang Nabi SAW kata sebagai orang yang membaca Al-Quran tetapi Al-Quran melaknatnya. Kenapa? Kerana dia tidak mengamalkan makna yang ada di dalam AlQuran. Tetapi jangan pula dijadikan alasan untuk tidak membaca AlQuran. Taat kepada ibu bapa pula diletak sebagai tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul. Oleh menderhakai mereka termasuk dosa yang besar. Perbuatan zina juga perlu ditinggalkan dan jauhi rakanrakan atau tempat yang mendekatkan diri kepada zina. Dalam peristiwa israk dan mikraj, Nabi SAW melihat segolongan manusia yang memakan daging busuk sedangkan ada daging elok dihadapan mereka. Jibril memberitahu itu adalh hukuman kepada orang yang ada isteri tetapi masih berzina. Oleh itu, hadiri majlis ilmu dan fahami makna ayat Al-Quran. S: Jika semua perkara tiada rahsia lagi, tidakkah lebih elok jika kita tidak berahsia dalam kehidupan seharian bersama keluarga, dalam kerjaya dll? J: Kebenaran perlu disampaikan walaupun pahit. Namun, perlu dilihat keadaan juga. Contohnya jika ingin menegur kesalahan seseorang, pilihlah waktu yang sesuai. Ada perkara yang tidak perlu dirahsiakan

contohnya bab hukum-hakam agama. Ketika peristiwa Israk Mikraj, ada yang menyuruh Nabi SAW agar merahsiakan agar tidak dipermainkan oleh orang lain. Tetapi Nabi SAW enggan. Contoh lain dalam hal rahsia keselamatan negara, maka menyimpannya adalah satu keperluan.

Tiada Rahsia Lagi (2) Tanyalah Ustaz 09.03.2013


Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

Bacaan ayat 49, surah Al-Kahfi:

Jika diteliti makna ayat ini, ianya cukup menggerunkan. Dalam tafsir AlQurtubi, dibawakan dua pandangan tentang ayat ini pertama ialah keadaan pada hari hisab atau ketika kitab diberi kepada manusia. Jika kita hari dibicarakan di mahkamah, dan didapati ada resit-resit yang menjadi bukti kesalahan kita, maka kita pasti rungsing. Inikan pula

apabila Allah menyatakan bahawa setiap amalan manusia, yang baik atau yang tidak baik, semuanya akan dicatatkan oleh malaikat. Manusianya semuanya ketakutan. Kitab ini tidak meninggalkan satu apa pun baik perbuatan yang besar atau yang kecil. Hatta perkara-perkara kecil seperti perbuatan baling perut ikan ke rumah jiran, kenyit mata dengan isteri jiran, buat perkara tak sepatutnya di masjid. Perkara melibatkan dosa besar seperti zina lebih-lebih lagilah akan dicatat. Ayat ini menceritakan suasana hisab yang kita wajib beriman dengannya. Bila kita baca surah Kahfi, pada malam atau hari Jumaat, cuba pause sebentar pada ayat ini dan renung kembali diri kita. Di akhirat nanti tidak akan satu rahsia pun dengan Allah. Oleh itu, ayat ini sepatutnya membuatkan seseorang berfikir banyak kali sebelum melakukan maksiat. Pada fitrahnya, manusia akan berasa tidak sedap hati ketika ingin melakukan maksiat. Jadi, jangan pula kita buat-buat tak tahu selepas membaca ayat sebegini. Oleh sebab itulah penting untuk kita menghadiri majlis ilmu kerana di dalamnya kita akan diberi peringatan. Itulah tugas utama Nabi SAW memberi peringatan kerana peringatan itu akan memberi manfaat kepada orang beriman. Bagaimana pula dengan orang yang tak beriman? Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetapi bagi orang yang beriman, walaupun sedikit sahaja peringatan yang diberikan, contohnya melalui rancangan ini, ianya akan masuk dan menyubur di dalam hatinya. Nabi SAW membuat perumpamaan mengenai hati manusia, iaitu: Ada yang seperti pasir bila air dicurahkan, airnya tak lekat pada tanah itu. Ada yang mampu menakung air dan airnya boleh digunakan untuk menyiram pokok. Ada yang umpama bumi, yang menyerap air dan mengeluarkan pohon-pohon yang begitu subur. Maka kita pohon kepada Allah agar hati kita menjadi hati-hati yang dapat menerima manfaat daripada peringatan-peringatan seperti ini. Dalam ayat sebelumnya, ayat 48, surah Al-Kahfi:

Manusia akan berbaris dalam keadaan tak berpakaian. Lalu Aisyah bertanya tidakkah manusia malu jika tidak berpakaian. Nabi SAW pun berkata yang ketika itu manusia tidak lagi terfikirkan tentang itu kerana ada perkara lain yang lebih menggerunkan mereka. Alhamdulillah majlis ilmu boleh sampai ke rumah kita melalui teknologi yang ada hari ini. Di samping kita menonton, sebarkan juga melalui sms/teleforn kepada keluarga dan rakan dengan mengingatkan mereka juga untuk menonton bersama. Ini semuanya akan dicatat menjadi amalan yang baik, In sha Allah. Senarai soalan dan jawapan: S: Saya suka menolong orang yang susah, tetapi saya tidak beritahu suami. Apa pandangan suami? Dapat pahala tak? J: Allah akan menolong orang yang menolong saudaranya. Kebanyaakan kita menggunakan konsep, Kau susah, aku tolong. Nanti, aku susah, kau tolong pula. Ini kaedah yang salah dan boleh buat kita sakit jiwa dengannya . Kita akan tertekan bila orang yang ditolong itu tidak membalas pertolongan apabila diperlukan. Sepatutnya, kita menyandarkan pertolongan itu kepada Allah, Allahlah yang akan membantu kita apabila kita susah kelak. Oleh itu, ubah kaedah kita kepada, Kau susah, aku tolong. Aku susah, Allah akan tolong. Dalam persoalan ini, isteri suka bantu orang tanpa pengetahuan suami. Pertama, perlu dilihat sumber dana yang digunakan jika duit isteri tiada masalah. Sebaliknya, jika duit suami, mesti minta izin dulu. S: Segala amalan baik dan buruk akan dihitung. Bagaimana dengan amalan buruk yang telah dikesali dan yang kita telah bertaubat. Adalah ianya juga akan dihitung? J: In sha Allah, akan dihapuskan amalan buruk seseorang itu, apabila dia betul-betul bertaubat atas dosanya itu. Bahkan jika seorang kafir

masuk Islam setelah berusia 35 tahun, segala amalannya sebelum itu tidak di ambil kira, buku catitannya zero seumpama baby berusia 35 tahun. Begitulah juga dengan orang yang pernah melakukan dosa, tetapi bertaubat kemudiannya. Tetapi syarat taubat perlu dipenuhi terlebih dahulu. Ada 2 bentuk dosa manusia dosa dengan Allah, dan dosa dengan manusia. Dosa dengan Allah contohnya tak solat, tak puasa, tak tutup aurat dsb. Syarat bertaubat daripada dosa dengan Allah ada 3 iaitu: 1. Tinggalkan perbuatan maksiat 2. Menyesal atas perbuatan maksiat yang telah dilakukan 3. Berazam tidak akan mengulangi maksiat tersebut. Sekiranya dosa berkaitan manusia, maka perlu ditambah lagi satu syarat iaitu: Menyelesaikan dengan manusia juga. Contohnya jika terambil yang bukan hak, perlu dikembalikan, jika pernah memfitnah, perlu minta maaf pada orang yang difitnah. Perbuatan taubat juga merupakan satu bentuk amalan soleh. Allah sangat gembira apabila hambanya bertaubat, dengan syarat nyawa belum sampai ke halkum. Jangan ketika sudah hampir mati, baru nak bertaubat. Itulah yang Firaun lakukan, ketika hampir tenggelam di lautan setelah Nabi Musa diselamatkan, baru Firaun berkata, Aku beriman dengan Tuhan yang Bani Israel beriman dengannya. Dalam keadaan terdesak begitu sekalipun, Firaun masih sombong dan tidak mahu menyebut nama Allah. Taubat ketika itu sudah tidak berguna lagi dan tidak diterima Allah. S: Memandangkan hebatnya keadaan di mahkamah Allah nanti, sepatutnya ini menyedarkan manusia. Sebaliknya masih ada manusia yang berkata tunggu tua baru beribadat. Bagaimana untuk menyedarkan golongan ini ustaz? J: Memang ini menjadi trend bagi sesetengah orang. Ini kerana mereka tidak diberi peringatan. Kita perlu berfikir berkenaan hala tuju kita jika hari ini berumur 22 tahun, di manakah kita ketika berumur 32 tahun nanti? Jika ingin menunggu adakah kita dapat menjamin yang kita akan hidup lagi esok? Betapa ramai orang muda yang meninggal sebelum sempat tua? Namun, tidaklah boleh orang muda saja disalahkan. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing, contohnya pihak AJK masjid, pemimpin di setiap peringkat, perlu membuat program yang boleh menarik perhatian golongan muda sebagaimana contoh yang ditunjukkan Nabi. Golongan muda pada

zaman Nabi SAW, contohnya Usamah bin Zaid yang baru berusia 9 tahun sengaja berdiri di atas jari kakinya agar nampak lebih berusia untuk menyertai perang Uhud. Hapuskan juga program yang merosakkan anak-anak muda. Ingatlah yang perbuatan itu juga akan dicatat dan akan dihisab di hadapan Allah nanti. Anak muda merupakan tulang belakang negara yang tercinta ini. Oleh sebab itu, mereka perlu dididik sebaik mungkin. S: Saya pernah mendengr tazkirah Jika kita menjaga aib orang, maka Allah akan menjaga aib kita. Mohon penjelasan ustaz. J: Allah akan tutup aibnya di dunia. Di hari akhirat nanti, segala amalannya akan dibentangkan semula. Namun, ada manusia yang dipilih Allah, diberi rahmat, dan diampunkan dosanya. Adakah kita sudah menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Nabi SAW beristighfar 70 atau 100 kali dalam sehari. Ulama membincangkan kenapa Nabi beristighfar sedangkan Nabi maksum. Sebabnya ialah kerana Nabi berasa masih belum cukup bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan. Setiap nikmat yang Allah berikan pasti akan ditanya semula kemana ianya telah digunakan. Oleh itu kita perlu menjadi hamba yang besyukur. Suatu hari Nabi SAW bertemu Muaz dan mengajarkan doa berikut (untuk diamalkan setiap kali selepas solat). Doa ini Allah beri pada sahabat yang disayanginya, moga-moga kita juga menjadi orang yang disayangi Rasulullah SAW.

Amalkanlah doa ini setiap kali selepas solat. Ajarkan dan kongsi dengan rakan-rakan lain juga. Inilah MLM ilmu ;)

S: Ada orang celik di dunia, tetapi buta di akhirat. Adakah kerana dosanya di dunia? Bagi yang seperti saya yang buta di dunia pula, adakah akan celik di akhirat nanti? J: Alhamdulillah, walaupun tidak dapat melihat, pemanggil menggunakan nikmat telinganya untuk tetap mendengar majlis ilmu. Dalam surah Taha, ayat 124-126, Allah berfirman:

Dalam ayat 124, dinyatakan bahawa walaupun mata seseorang itu celik di dunia, jika dia mengambil selain Allah ketika di dunia, maka dia akan dilupakan dan dibangkitkan dalam keadaan buta di akhirat. Ada ramai orang yang buta matanya di dunia, tetapi hati mereka celik. Ada juga yang boleh menghafal Quran dan rajin menghadiri majlis ilmu. Ulamaulama juga ramai yang buta penglihatannya. Bukan sekar itu, para sahabat Nabi SAW juga ada yang buta. Salah seorangnya ialah Abdullah bin Abu Maktum. Dia datang dan berkata kepada Nabi SAW, Ajarkan kepadaku apa yang Allah ajarkan kepada kamu. Nabi SAW yang ketika itu juga sedang berdakwah kepada pembesar berpaling sedikit kerana merasa sedikit terganggu. Abdullah tidak tahu yang Nabi SAW sedang berdakwah kerada dia tidak dapat melihat, tetapi dia sangat berminat untuk mencari ilmu. Allah SAW menurunkan wahyu dan menegur perbuatan Nabi SAW itu agar turut menjaga akhlak walaupun dengan orang yang tidak dapat melihat. Amanahnya Nabi SAW, baginda tetap menyampaikan ayat ini walaupun ayat ini menegur akan kesilapan diri baginda. Kalau kitalah, pastilah bahagian tersebut akan dijadikan off-record.

S: Bagaimana dengan dosa orang berzina dengan mahramnya walaupun orang tidak tahu di dunia ini? Apakah yang perlu dilakukan untuk menghapuskan dosanya? J: Mahram ialah orang yang tak boleh dikahwini. Jika berlaku, taubatlah sungguh-sungguh dan jangan cerita dengan orang. Jika ditangkap, dan dia sudah kahwin, maka hukumannya ialah rejam sehingga mati. Jika belum kahwin, maka perlu disebat 100 kali. Selain itu, ada juga berlaku kes perkosa dalam rumahtangga. Oleh sebab itulah Islam mengajarkan paling kurang rumah mesti ada 3 bilik anak lelaki dan perempuan perlu diasingkan. Oleh itu, mereka yang membina rumah kosa rendah juga akan dipersoalkan jika membuat rumah hanya1 atau 2 bilik sahaja. Dalam peristiwa israk dan mikraj, Nabi SAW melihat segolongan manusia yang memakan daging busuk sedangkan ada daging elok dihadapan mereka. Jibril memberitahu itu adalah hukuman kepada orang yang ada isteri tetapi masih berzina. Sepatutnya, mahram ialah orang yang patut dilindungi. Inilah antara kesan hiburan berlebihan dan tidak terkawal. Kita risau kita sudah terikut orang Yahudi dan Israel kerana Nabi SAW mengatakan yang kita akan mengikuti mereka setapak demi setapak, sehinggakan jika mereka masuk ke lubanga biawak pun kita ikut sama. Perbuatan ini akan meruntuhkan institusi kekeluargaan. Oleh itu, jika ada yang telibat, bertaubat segera sebelum nyawa sampai ke halkum. Ada orang lain yang berbuat dosa yang lebih besar lagi tetapi Allah terima taubat mereka.

Tiada Rahsia Lagi (3) Tanyalah Ustaz 10.03.2013


Ustaz Syed Mohd Norhisyam

Bacaan ayat 13, surah Al-Haddid:

Ayat ini menerangkan tentang sifat orang munafik yang berpura-pura beriman di dunia. Di hari kiamat, orang beriman akan mendapat cahaya, antaranya adalah kerana kesan wudhuk mereka. Di dunia, jika tiada elektrik, masih ada handphone, atau lilin. Tetapi tidak di akhirat nanti. Orang munafik akan meminta orang beriman menunggu mereka tetapi Allah akan jadikan dinding pemisah antara orang beriman dan orang munafik. Senarai soalan dan jawapan S: Harta yang diperolehi akan disoalkan juga ke mana telah dibelanjakan. Adakah harta boleh menjadi mudarat kepada manusia? J: Harta boleh jadi mudarat atau beri manfaat. Islam bukanlah agama yang tertutup. Islam tidak menghalang umatnya mencari harta. Harta perlu diuruskan dengan baik dan dijadikan wasilah (alat) dan bukannya matlamat dalam kehidupan. Harta yang diperolehi digunakan untuk membayar zakat, mencari ilmu, bersedekah dan seumpamanya. Saya ada kenal ramai ahli perniagaan yang banyak menyumbang kepada masjid, dan membantu orang susah. Perlu juga diingatkan agar tidak mencari harta melalui jalan rasuah. Walaupun niat baik ingin membantu

masjid dan orang susah, tetapi Islam tidak menghalalkan cara demi matlamat yang baik. S: Adakah haiwan berbisa atau serangga yang dibunuh seperti nyamuk, lipan, cick akan menjadi saksi kepada kita juga? Bagaimana pula dengan haiwan yang disembelih kerana aqiqah dan korban, dan kucing yang dibela? J: Tiada masalah bahkan disunatkan membunuh cicak. Nabi SAW ada menyebut jika seseorang membunuh cicak dengan sekali pukul dan terus mati akan mendapat pahala yang besar. Tetapi jika cicak itu mati dengan 2 pukulan, maka pahalanya berkurang. Jika cicak itu mati dengan 3 pukulan, maka pahalanya semakin berkurang. Kesimpulannya, Islam mengajar agar haiwan itu tidak disiksa. Berkenaan haiwan aqiqah atau korban ianya akan menjadi pahala sekiranya niat aqiqah / korban itu kerana Allah Taala. Begitu juga dengan haiwan peliharaan mesti dijaga hak mereka. S: Jika seseorang pernah melakukan perbuatan terkutuk di belakang suami, tetapi telah bertaubat. Adakah perlu memohon maaf dengan suami dan menceritakan kerana ditakuti akan berlaku perceraian. J: Ada banyak tafsiran perbuatan terkutuk tetapi isarat yang diberi menjurus kepada perbuatan zina. Kita perlu faham yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat. Allah akan menerima taubat sebelum nyawa sampai ke halkum. Syarat taubat ada 3: 1. Tinggalkan perbuatan maksiat 2. 3. Menyesal atas perbuatan maksiat yang telah dilakukan Berazam tidak akan mengulangi maksiat tersebut.

Sekiranya dosa berkaitan manusia, maka perlu ditambah lagi satu syarat iaitu: Menyelesaikan dengan manusia juga. Contohnya jika terambil yang bukan hak, perlu dikembalikan, jika pernah memfitnah, perlu minta maaf pada orang yang difitnah. Dalam hal ini, pada pandangan saya, jika salah, mohon orang yang lebih arif di luar sana membetulkan, tak perlulah diceritakan kerana ditakuti mudaratnya lebih besar dan bukanlah berniat tidak jujur. Setiap

orang ada zaman jahiliyyah tersendiri oleh itu, delete dan bertaubat pada Allah. S: Bagaimanakah kita nak mengawal nafsu jahat supaya kita benarbenar bertaqwa kepada Allah? J: Kita perlu kenal nafsu dahulu. Bagaimana? Kena belajar dengan mencari ilmu. Antara kitab yang baik ialah: Kitab Ihya Ulumididin karya Hujjatul Islam al-Imam Al-Ghazali yang mengkaji perihal jiwa manusia, dan mengkaji bagaimana untuk mengawal hati manusia supaya kita dapat melihat roh dalam amalan yang dilakukan, dan membawa kita mengawal kepada nafsu. Kitab Tablisul Iblis menceritakan tipu daya iblis, membocorkan cara Iblis menipu daya kita.

Hasil daripada berjayanya majlis ilmu yang ditonton di TV ialah kita rajin mencari ilmu di masjid-masjid pula. Disamping itu, cari sahabat yang dapat mengajak kepada kebaikan juga. S: Mohon pendapat bagaimana untuk mengajak rakan berubah kepada kebaikan, sedangkan ada yang memperlekeh ajakan saya kerana saya dulu juga pernah buat perkaran yang sia-sia. J: Memang kebanyakan orang pernah terlibat dengan perkara yang siasia. Tiada orang yang lahir-lahit terus baik. Contohnya Sy. Umar, Khaled Al-Walid. Antara nikmat paling hebat apabila kita ingin berubah ialah mendapat rakan-rakan yang mengajak dan mendorong kepada kebaikan. Sifat orang berjaya, seperti firman Allah dalam Al-Quran ialah yang menasihati kepada kebaikan dan bersabar. Oleh itu, walaupun diejek rakan lama, teruskan juga. Tak perlu tunggu sempurna, baru nak nak berdakwah. Imam Hassan Al-Banna menyebut, Baiki diri kamu, dan pada masa yang sama, dakwah orang lain. Saya sendiri pun belum sempurna, begitu juga dengan ustaz-ustaz lain. Kami sekadar berkongsi sedikit ilmu yang lebih yang dimiliki. Contoh mudah untuk kita berfikir jika tangan kita kotor, adakah kita tak boleh basuh pinggan yang kotor? Tentulah boleh kerana dengan itu pinggan bersih, tangan pun bersih. Oleh itu, teruskan usaha berdakwah. Amalkan doa yang Nabi SAW ajar kepada Muaz dan kenangkan bahawa usaha Nabi SAW dahulu lebih susah lagi. Usah rungsing, In sha Allah akan ada orang yang sudi terima dakwah itu.

S: Bagaimana dengan lintasan hati yang tidak baik tapi tak dilakukan? J: Dalam satu hadis, Nabi SAW mengatakan bahawa jika ada 1 lintasan baik di dalam hati manusia, maka Allah memerintahkan malaikat mencatit 1 pahala. Jika lintasan itu betul-be.tul dilakukan, maka digandakan dengan 10 pahala. Sebaliknya,jika ada 1 lintasan tidak baik di dalam hati manusia, maka Allah memerintahkan malaikat supaya tidak mencatit lagi. Jika lintasan itu ditingglakan, maka akan ditulis 1 pahala kepadanya. Jika lintasan itu betul-betul dilakukan pula, maka hanya ditulis 1 dosa. Itulah rahmat-Nya Allah SWT kepada kita. Tapi jangan ambil mudah dan ingin kejar pahala niat sahaja pula.
http://keranakasihnabi.blogspot.com/search/label/Ustaz%20Sharhan%20Safie

Anda mungkin juga menyukai