Anda di halaman 1dari 4

Ifādah daripada kupasan hadith #2 daripada kitab Arba’un An-Nawawiyyah.

Tajuk: Hadith Jibrīl.

1) Faedah daripada perkataan,

“..sedang kami duduk di sisi Rasulullah ‫ ﷺ‬..”

Rasulullah ‫ ﷺ‬, seorang pemimpin, tokoh ulama’ hatta seorang utusan Allah ‫ ﷻ‬sekalipun,
tetap suka bermajlis dengan sahābat dan bergaul dengan masyarakat.

Jarang sekali untuk kita dengar sahabat/kawan baik kepada Nabi terdahulu, akan tetapi
Baginda ‫ ﷺ‬, ramai sahabatnya terkenal kerana Baginda ‫ ﷺ‬tidak bergerak secara solo
semata, akan tetapi bergerak secara berkumpulan/bersahabat.

Impaknya, agama Islam tersebar ke seluruh dunia.

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

“Seorang mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar atas kejahatan mereka
lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak
bersabar atas kejahatan mereka.”

Menzahirkan sifat tawādhu’ dan merendah dirinya Nabi ‫ ﷺ‬.

Baginda tidak menjadikan dirinya eksklusif.

Pengajaran?

Jangan disebabkan kita ni orang berpengaruh, jawatan tinggi, kita lupa sahabat dan orang
sekeliling kita.

“Barangsiapa merendah diri, Allah ‫ ﷻ‬angkat darjat.”

2) Faedah daripda ciri-ciri lelaki yang datang bertemu Baginda ‫ﷺ‬.

Putih bajunya.

Antara adab sebagai seorang penuntut ‘ilmu, memakai pakaian yang bersih, suci dan kemas.

Bahkan diceritakan, Imam Mālik Bin Anas ‫ رحمه هللا‬sebelum mengajar hadith Nabi ‫ ﷺ‬di
Masjid Nabawi, beliau akan;

i) Mandi.

ii) Ambil wudhu’.

iii) Pakai pakaian putih.

iv) Memakai wangi-wangian.


v) Solat 2 rakaat.

Betapa menjaga adabnya dengan hadith Baginda ‫ ﷺ‬.

Hitam rambutnya.

Tuntutlah ilmu pada waktu muda, masih remaja kerana ilmu akan lebih mudah masuk.

3) Faedah daripada peristiwa lelaki itu menyandarkan kedua lututnya kepada lutut Nabi ‫ﷺ‬
dan meletakkan kedua tapak tangan keatas peha.

Menunjukkan adab seorang murid ketika menuntut ilmu daripada gurunya.

4) Lelaki tersebut bertanya tentang islam , Nabi ‫ ﷺ‬menjawab dengan menyatakan kelima-
lima rukun islām.

Seseorang individu secara automatiknya dikira memeluk islam selepas mengucapkan


syahādatain.

Syahādatain membawa dua implikasi yang utama,

“Tiada tuhan melainkan Allah ‫“ ﷻ‬, menuntut kita untuk ikhlas dalam beramal.

“Muhammad ‫ ﷺ‬itu pesuruh Allah ‫“ ﷻ‬, menuntut kita untuk mengikut sunnah Baginda ‫ ﷺ‬.

Syarat penerimaan amal sālih?

Terkandung dalam syahādatain.

Round pushpinBagaimana suatu amalan itu tidak diterima kerana tidak ikhlas, begitu juga
suatu amalan tidak diterima jika tidak mengikuti sunnah Baginda ‫ ﷺ‬.

Round pushpinSolat diletakkan, tempat yang kedua adalah kerana ianya tiang/asas

5) Faedah daripada lelaki itu bertanya tentang ihsān.

Round pushpinMenunjukkan step dalam menuntut ilmu, tanya perkara yang ringan dan
mudah terlebih dahulu sebelum bertanya perkara yang berat dan kompleks.

Round pushpinIman lebih berat dan tinggi berbanding islām.

Orang yang beriman (mu’min) berhajat kepada amal sālih.

Round pushpinPada harini, ramai dalam kalangan manusia yang boleh mengaku muslim.

Tapi tak ramai manusia yang muslim dan mu’min.

“Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi
meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '..” |49:14|
6) Faedah lelaki itu bertanya tentang iman.

Round pushpinIman itu ada 5 ‫ن‬,

- Mengucapkan dengan lidah.

- Dibukti dengan amalan anggota badan.

- Beri’tikad didalam hati.

- Iman bertambah dengan ketaatan kepada Allah ‫ ﷻ‬.

- Iman berkurang dengan ketaatan kepada syaitan.

Apa bukti?

Nabi ‫ ﷺ‬menyebutkan didalam hadith sahih,

- ‫ال إله إال هللا‬, cabang iman tertinggi; menunjukkan ucapan.

- Mengalihkan benda menyakiti dijalan, cabang iman terendah; menunjukkan perbuatan.

- Malu sebahagian daripada iman; menunjukkan didalam hati.

Beriman kepada malaikat.

Meyakini dan mempercayai ada malaikat yang menjaga, mencatat amalan baik dan buruk.

Round pushpinBeriman kepada kitab.

Beriman dengan kitab Allah ‫ ﷻ‬, beramal, menyebar dan mengajarkannya.

Beriman kepada rasul.

Beriman sepenuhnya bahawa adanya Rasul walaupun tidak disebutkan didalam Al-Qur’an
mahupun hadith.

Round pushpinBeriman kepada hari akhirat.

Meyakini bahawa akan adanya kehidupan selepas kehidupan dunia.

“(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan
kehidupan dunia.” |87:16|

Beriman kepada taqdir.

Menerima dan redha terhadap setiap spa yang berlaku, jangan mempertikai.

Hakikatnya, semua takdir Allah ‫ ﷻ‬semuanya baik, akan tetapi jalan hendak menuju
kebaikan itu berbeza, ada yang diuji dengan kemalangan,
6) Faedah daripada soalan lelaki itu berkenaan ihsan.

Round pushpinTimbulkan rasa kesedaran dan perasaan dimana seolah-olah melihat kita.

Nescaya kita akan sentiasa fokus dan khusyuk didalam solat.

7) Faedah daripada seorang lelaki itu berkenaan qiamat.

Secara zahirnya, kita nampak seolah-olah Jibril tahu akan bilanya qiamat.

Hakikatnya, tiada siapa yang mengetahui tarikh tentang bilanya berlaku qiamat.

That’s why lah, kalau kita jumpa mana-mana tarikh specific mengenai qiamat, ia hanyalah
penipuan semata.

8) Faedah daripada tanda-tanda qiamat yang dinyatakan oleh Baginda ‫ ﷺ‬.

Kesemua yang dinyatakan adalah tanda kecik kerana tanda besar semuanya sudah jelas dan
sebati.

Ibu melahirkan tuan, terlalu banyak anak derhaka, menyakiti serta menzalimi ibu bapa.

9) Faedah terakhir, seusai beredarnya lelaki tersebut.

Adab sahabat; takkan mula tanya melainkan Baginda ‫ ﷺ‬sendiri buka isu, lebih-lebih lagi
melibatkan perkara ghaib.

Kerana bagi mereka, tiada manfaat pada ‘ilmu dan ‘amal sālih jika mereka mengetahui
siapakah lelaki tersebut.Bahkan jawapan daripada Baginda ‫ ﷺ‬lah yang terlebih penting dan
utama.

Jibril boleh berubah menjadi manusia yang begitu kacak.

Seperti sahabat, Dihyah Al-Kalb R.a.

Anda mungkin juga menyukai