Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN :

RINGKASAN TASAWUF ISLAM

OLEH:
ABD RAHMAN BIN ISNIN
680924015109
(NO.MATRIK: )

SEMESTER 3:
TASAUF ISLAM
(WJ015)
KANDUNGAN
1. MANUSIA DAN TASAWUF .............................................................................................. 5
1.1. Pengenalan ......................................................................................................................... 5

1.2. Kesimpulan .......................................................................................................................... 6

2. SUMBER, PRINSIP ILMU DAN AMALAN TASAWUF ................................................. 7


2.1. Pengenalan ......................................................................................................................... 7

2.2. Sumber Al-Quran ................................................................................................................ 8

2.3. Prinsip Ilmu Tasawuf .......................................................................................................... 8

2.4. Kesimpulan ........................................................................................................................ 12

3. TAREKAT DAN SULUK .................................................................................................. 12


3.1. Pengertian Tarekat ........................................................................................................... 12

3.2. Tarekat menurut Tasawuf ............................................................................................... 12

3.3. Kepentingan Tarekat ........................................................................................................ 14

3.4. Suluk / Khalwat ................................................................................................................. 14

3.5. Kesimpulan ........................................................................................................................ 15

Rujukan :.................................................................................................................................... 16
1. MANUSIA DAN TASAWUF
1.1. Pengenalan
Islam adalah agama tauhid. Amalan ilmu tasawuf merupakan aspek yang paling
mendalam dari segi dimensinya yang batin terhadap wahyu keislaman yang telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Tasawuf adalah kaedah yang terbaik
untuk merealisasikan prinsip tauhid yang terkandung dalam ajaran Islam.

Surah Al-Ankabut ayat 69: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-
sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan
memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah beserta
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Surah Al-Syam ayat 9-10: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan


dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amalan
kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang
sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran
maksiat).

Surah Al-Bayyinah ayat 5: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan


supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap
teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.

Sabda Rasulullah SAW: Apakah yang dimaksudkan dengan ihsan? Ihsan itu
ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya.

Riwayat Al-Tirmizi: Telah berkata Umar al-Khattab, pada suatu hari kami sedang
duduk di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki putih
melepak pakaian, hitam rambutnya tiada kelihatan padanya tanda seorang
musafir sedangkan di kalangan kami tiada yang mengenalinya. Sehingga ia
duduk mengadap Nabi SAW dengan menemukan kedua lututnya dengan lutut
Nabi SAW dan meletak kedua belah tangannya atas kedua belah peha Nabi
SAW seraya berkata: Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang iman. Nabi

5
bersabda, bahawa iman itu ialah kamu percaya kepada Allah, malaikat-
malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan percaya kepada
qada’ dan qadar daripada Allah SWT. Seterusnya ia bertanya lagi: Apakah
Islam? Baginda menjawab: Bersaksi bahawa tiada tuhan disembah melainkan
Allah dan bahawa Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Baitillah dan berpuasa di bulan
Ramadhan. Seterusnya ia bertanya lagi: Apakah ihsan? Nabi menjawab: Jika
kamu menyembah Allah maka hendaklah kamu menyembahNya seolah-olah
kamu melihatNya. Jika sekiranya kamu tidak dapat melihatNya maka yakinlah
bahawa Dia melihat kamu.

Dihujung hadis tersebut: Berkata Rasulullah SAW: Wahai Umar adakah kamu
menyedari siapakah yang bertanya itu? Itulah Jibril. Dia datang kepada kamu
untuk mengajarkan kamu urusan agama kamu.

Menurut Al-Kandhlawiy: Ihsan itulah juga disebut dengan istilah tasawuf atau
suluk, atau namakan sahaja ihsan itu dengan apa juga nama sekalipun. Nama-
nama tersebut merupakan perkataan yang berlainan tetapi mempunyai maksud
yang sama.

1.2. Kesimpulan
Manusia telah diajar oleh Islam tentang bagaimana mengatur kehidupan
rohaniyah semasa di dunia ini, telah banyak diperjelaskan dalam Al-Quran dan
As-Sunah Rasulullah SAW. Disiplin ilmu Taswuf telah menghuraikannya.

Surah Al-Fajr ayat 27-30: Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak
menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman
dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang
mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
dengan segala nikmat yang diberikan lagi diredhai di sisi Tuhanmu! Serta
masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan
masuklah ke dalam SyurgaKu!

6
2. SUMBER, PRINSIP ILMU DAN AMALAN TASAWUF

2.1. Pengenalan
Fitrah semulajadi manusia ialah beragama. Manusia perlu menyembah kepada
pencipta.

Ibn ‘Ata’illah al-Iskandari: Ada nur-nur yang diizinkan oleh Allah sekadar sampai
pada hati, ada nur yang diizinkan Allah untuk masuk ke dalam hati, kadang kala
muncullah cahaya-cahaya (anwar) kepada kamu, lantas cahaya-cahaya (anwar)
mendapatkan hati kamu dipenuhi dengan gambaran-gambaran alam maya,
maka pergilah cahaya-cahaya (anwar) itu dari tempat (hati) di mana ia telah turun
tadi.

Allah menurunkan wahyu disamping para Rasul bagi menerangkan kepada umat
manusia. Allah telah menetapkan prinsip pengabdian dari sudut keyakinan dan
perlakuan yang sebenarnya dalam 3 prinsip umum yang bersumberkan Al-Quran
dan As-Sunah, iaitu: iman, Islam dan ihsan.

Di sini akan dibincangkan satu sahaja iaitu ihsan, yang menjadi asas kepada ilmu
dan amalan tasawuf itu sendiri. Sabda Nabi:

“Ihsan ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Jika


engkau tidak dapat melihatNya, maka yakinlah bahawa Dia melihat kamu”.

Tarekat tasawuf dan suluk adalah nama kedua bagi ihsan.

Pengertian tasawuf sebenar membawa maksud pembersihan dan penyucian


hati, hingga manusia boleh mencapai ke tahap ihsan dengan penuh
kesempurnaan berupaya melaksanakan ‘ubudiyyah sebagai seorang makhluk
kepada Allah SWT yang bersifat Khalik.

Sumber utama tasawuf yang berkaitan dengan al-tasfiyyah adalah al-Quran.

7
2.2. Sumber Al-Quran
Dalam Al-Quran: al-Tasfiyyah dan tazkiyyah merupakan dasar dan inspirasi
kepada ilmu dan amalan tasawuf. Banyak ayat menggalakkan bersifat takwa,
siddiq, ikhlas, tawakal, yakin, penyerahan diri, dan pengabdian yang mutlak
hanya kepada Allah SWT.

Hampir separuh isi kandungan al-Quran menyentuh tentang soal kejiwaan dan
akhlak, keimanan dan keinsanan serta ketinggian dan kesempurnaan insan di
sisi Allah SWT. Sebahagian lain isi kandungan unsur-unsur ibadah, muamalah
dan kisah-kisah umat terdahulu untuk dijadikan peringatan dan pengajaran.

Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa Allah tidak dapat diserupakan


dengan sesuatu. Al-Quran menganjurkan agar hidup jangan terlalu mencintai
dunia kerana akan mengotorkan roh yang sifatnya suci. Lalu diajarkan supaya
bersifat zuhud.

2.3. Prinsip Ilmu Tasawuf


Istilah Tasawuf belum wujud di zaman Rasulullah, tetapi hakikatnya ada. Namun
kini namanya ada tetapi hakikatnya tiada.

Tasawuf mampu berdiri tegak bila mempunyai prinsip-prinsip berikut:

i.Takwa: kalimah qaf, waw, ya membawa 3 pengertian;

-quwwah bersifat maddi atau ma’nawiyyah, bermaksud bersungguh-sungguh.

-wiqayah bersifat al-hasanah dan al-amn, bermaksud terpelihara, aman dan


sejahtera.

-al-itqa’ (al-taba’ud dan al-ijtinab) bermaksud menjauhkan dan menghindarkan


dari perkara yang samar-samar.

Istiqamah dalam takwa = karamah al-ma’nawiyyah / karamah al-haqiqiyyah /


karamah kubra.

8
ii.Zikrullah dan Muraqabah:

Zikrullah: amalan zikrullah (bertasbih, solat, zakat, takut dan bimbang hari
kiamat, sentiasa kecintaan hati dengan masjid) antara beberapa rangkaian
amalan yang menyinari hati seorang mukmin. Empat kelompok zikrullah:

-Al-Waasolun/Al-Mariidun/Al-Majzuubun: Nur Ilahiyyah telah berada pada roh


sejak azaliy dengan mengakui hakikat rububiyyah dan uluhiyyah Allah SWT.
Dengan nur yang diturunkan dalam hati, manusia boleh mencapai tauhid
peringkat tertinggi (ma’rifah).

-Al-Mariduun Al-Saalkun: sukar mencapai martabat wusul ila Allah disebabkan


berbagai hijab pada seorang yang salik. Dia terpaksa melalui proses
mujahadah al-nafs.

-nur seimbang dengan zikir. Kelompok ini berada antara kelompok pertama
dan kelompok kedua.

-golongan yang tidak pernah mengingati Allah SWT zahir dan batin. Tiada zikir
dan tiada nur.

Zikir al-darajat = mempunyai kaifiyat dan adab sebelum dan selepas zikrullah,
dibai’ahkan dari seorang mursyid kepada muridnya.

Muraqabah: berbagai-bagai mengikut kesesuaian bentuk wazan dan perbezaan


dalam penggunaannya. Muqarabah dilihat dari beberapa sudut:

- Akhlak: mengawasi diri daripada aspek perbuatan, perkataan, pergerakan


dan lintasan hati bagi memperbaiki kepincangan untuk menuju jalan yang
lurus.
- Tasawuf: keadaan hal bagi hati hasil dari ma’rifah kepada Allah SWT yang
akan membuahkan sifat mahmudah zahir dan batin.
- Konsep: kesedaran rohaniyyah seorang salik yang berterusan dengan satu
keyakinan bahawa Allah SWT melihat dan mengetahui semua hal keadaan
dirinya.

Muqarabah biasanya dilakukan seiring dengan zikrullah.

9
iii.Mursyid: guru yang mengajar, mendidik serta mengasuh zahir dan batin
seorang salik. Syarat penting yang mesti ada dalam tasawuf ialah ‘kesan rohani’
(barakah) melalui perantaraan seorang yang bergelar syeikh.

iv.Raf’ al-Himmah: bersungguh-sungguh (cita-cita, tekad dan keazaman yang


kuat, bermujahadah melawan nafsu) menjalani akan jalan Allah seumur hidup.
Jangan lalai/lupa supaya sampai kepada martabat yang tinggi dan maqam yang
tertinggi. Ulama tasawuf sangat menekankan pentingnya mujahadah untuk
mencapai martabat wusul. Himmah (kegigihan) faktor yang mendorong
bermujahadah, adalah niat (qasad) yang benar, tiada tujuan lain selain kerana
Allah (taqarrub kepada Allah).

v.Menuntut ilmu: wajib menuntut ilmu dari ketiga-tiga cabang ilmu (tauhid, feqah
serta tasawuf dan tarekat). Sekurang-kurangnya melepasi fardhu ain. Hanya
dengan ilmu sahaja seorang salik akan berjaya melaksanakan ubudiyahnya
terhadap Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu menjadi orang alim, atau orang yang
belajar, atau orang yang mendengar, atau orang yang cintakan ilmu, dan jangan
kamu jadi orang yang kelima, jika kamu jadi orang kelima itu maka kamu akan
binasa.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap lelaki
Islam dan perempuan Islam.

10
vi.Khalwat, ‘Uzlah dan Suluk:

Khalwat: melazimkan diri berada di tempat sunyi. Pengasingan dalam beberapa


waktu dari terlibat dengan aktiviti bersifat kemasyarakatan. Khalwat, ‘uzlah dan
suluk terbahagi 2 bahagian:

Golongan Tasawuf al-Muridun (golongan riyadat al-nafs): mengasingkan diri


zahir di tempat sunyi untuk melakukan zikrullah, muraqabah dan tafakkur kepada
Allah SWT.

Golongan ‘Arifin (martabat wusul ila ma’rifatullah): khalwat tidak melibatkan


tubuh yang zahir, tetapi hanya memadai dengan hati sahaja, walaupun terjadi
pergaulan dengan masyarakat.

vii.Rakan/kawan seperjuangan: rakan ketika melaksanakan ibadah (berjemaah


solat lima waktu, ratib dan zikir beramai-ramai dan sentiasa ingat mengingati
daripada berbuat dosa dan maksiat) untuk merealisasikan tuntutan Allah SWT
seperti firmanNya;

Surah Al-Maidah ayat 3: Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk berbuat


kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam kerja-kerja
dosa dan permusuhan.

viii.Menjaga Adab: merangkumi adab kepada Allah SWT, Rasulullah SAW,


mursyid/syeikh/guru, rakan seperjuangan, sesama manusia, dan makhluk
seluruhnya.

Adab dengan Allah = memelihara segala perintahNya dan menjauhi segala


laranganNya.

Antara adab dalam disiplin ilmu tasawuf adalah adab al-tafwid, adab al-talab,
adab al-a’mal wa al-‘ibadah dan lain lagi.

11
2.4. Kesimpulan
Seorang insan mestilah berusaha mentarbiyah dan mendisiplinkan hakikat
dirinya tunduk kepada Allah SWT untuk menjalani kehidupan seorang sufi,
bertujuan mencapai martabat ihsan. Dengan prinsip-prinsip yang telah
diterangkan sebelum ini.

3. TAREKAT DAN SULUK

3.1. Pengertian Tarekat


Tarekat menurut bahasa = jalan, cara, garis, kedudukan, keyakinan dan agama.

Dalam Al-Quran disebut sembilan kali dalam lima surah. Ada yang bermaksud
jalan, ada yang membawa maksud keyakinan agama atau al-sunnah
(peraturan/ketetapan dan ikutan). Ada juga yang menerangkan tentang tokoh-
tokoh terkemuka. Juga ada yang membawa maksud menetapkan garisan pada
sesuatu. Ada juga membawa maksud mereka yang lebih baik pemikirannya dan
lebih lurus dan betul percakapannya. Dan ada tarekat yang bermakna agama
Islam dan kepercayaan.

3.2. Tarekat menurut Tasawuf


Menurut disiplin ilmu Tasawuf, pelbagai definisi Tarekat:

Ahmad Khatib: Jalan kepada Allah Ta’ala dengan mengamalkan ilmu yang tiga
iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf; (Iman, Islam dan Ihsan).

Al-Jurjainy: Tarekat adalah perjalanan kerohanian yang khusus bagi orang-orang


yang berjalan menuju kepada Allah yang pasti akan mengharungi berberapa
rintangan dan melalui peningkatan rohani dalam pelbagai maqamat.

12
Syeikh Najm al-Din Kubra: Tarekat ialah melakukan taqwa dan perkara-perkara
yang dapat mendekatkan dan menghampirkan diri kepada Allah dengan melalui
pelbagai rintangan dan pelbagai maqamat.

Dalam menghububgkan syariah, tarekat dan hakikat, Syeikh Najm al-Din Kubra
menjelaskan: Syariah seperti kapal, tarekat seperti lautan, dan haqiqat seperti
mutiara. Sesiapa yang mahukan mutiara itu, ia mesti menaiki kapal kemudian ia
belayar mengharungi lautan itu. Kemudian barulah ia sampai kepada mutiara
tersebut. Sesiapa yang meninggalkan urutan perjalanan ini, maka ia tidak akan
sampai ke mutiara itu.

Contoh makna “bersuci” menurut ketiga-tiga bahagian


syariah tarekat hakikat
Menggunakan air Berusaha membuang Bersihkan hati daripada
mengikut syarat dan segala dorongan hawa apa jua selain daripada
rukun tertentu nafsu (takhalliy) Allah SWT (tahalliy)

Penjelasan: seorang yang hendak sampai kepada hakikat tauhid yang sebenar
(uluhiyyah atau rububiyyah hingga memperoleh musyahadah hendaklah:
Bersih secara zahir dan Bermujahadah untuk Menghias hati dengan
batin daripada segala bersihkan hati dari sifat-sifat terpuji
najis, hadas kecil dan perlbagai sifat tercela (mahmudah)
besar. (mazmumah)

Definisi Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawiy: Tarekat = ihsan


(Istilah Tasawuf = Suluk). (Tarekat adalah satu jalan yang dengannya
membolehkan seseorang insan mencapai martabat/sifat ihsan).

Umat Islam perlu mempertingkatkan ihsan ke tahap paling sempurna hingga


mencapai martabat muhsin.

13
3.3. Kepentingan Tarekat
Dari hadis Jibril AS tentang Iman, Islam dan ihsan, Rasulullah SAW menyebut
pengertian ihsan : Ihsan ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu
melihatNya, jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Allah melihat kamu.

Ihsan ialah peningkatan iman dan Islam dalam penghayatan kedua-duanya


hingga mencapai tahap hakikat paling sempurna. Tarekat merupakan wasilah
(jalan) menyampaikan iman dan Islam ke tingkat ihsan /hakikat tersebut.

Surah Al-Hadid ayat 16 membayangkan bahawa amalan tarekat yang


berasaskan kepada khusyu’ hati mengingati Allah SWT telah menjadi ilmu dan
amalan yang mula-mula dihapuskan oleh Allah SWT.

3.4. Suluk / Khalwat


Ibn ‘Ata’llah al-Iskandari: Khalwat/Suluk = perbualan sir dengan Allah SWT.

Al-Jurjaniy: Khalwat/Suluk = perbualan sir dengan Allah SWT tanpa ada


seseorang dan malaikat bersamanya.

Secara khas beliau mendifinisikan Khalwat/Suluk = seorang lelaki menutup pintu


biliknya supaya tidak ada gangguan untuk melakukan persetubuhan.

Tujuan Khalwat/Suluk dalam disiplin ilmu dan amalan tasawuf = menetapkan hati
supaya sentiasa berkekalan ingat Allah SWT di samping berpanjangan
memperhambakan diri kepadaNya. Seorang sentiasa dilatih supaya
bermuraqabahterhadap diri serta mengawasi fikirannya daripada gangguan dan
kesibukan bersifat duniawiyyah. Mereka juga harus berusaha menjaga lahiriyyah
daripada bergantung pada manusia (beramal bukan kerana hawa nafsu atau
kerana selain daripada mematuhi perintah Allah SWT).

Surah Al-Bayinnah ayat 51: Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan


supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya lagi
teguh tetap di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.

14
Tanpa khalwat/suluk sukar seorang salik mencapai martabat wusul ila Allah.
Surah Al-Muzammil ayat 8: Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama
Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadat)
kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Perintah agar sentiasa ingat kepada Allah SWT dan memutuskan hubungan
selain daripada Allah SWT bagi tujuan beribadah kepadaNya.

Ibn ‘Ata’illah : Bagaimana seorang itu boleh menuju kepada Allah sedangkan dia
diselubungi oleh syahwatnya.

Pendapat Abi Jamrah: jika khalwat Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ itu
membuahkan kurnia Nubuwwah daripada Allah SWT, maka seseorang yang
mengikuti jejak langkahnya dengan melakukan khalwat/suluk itu akan
dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat kewalian atau wilayah.

Amalan khalwat/suluk sebenarnya latihan dalam melaksanakan disiplin


tarekat/tasawuf untuk seorang salik mencapai martabat wusul ila Allah.

Kejayaan mencapai martabat wusul mestilah melalui medan perjuangan


melawan hawa nafsu.

3.5. Kesimpulan
Amalan berkhalwat dan bersuluk yang terdapat dalam disiplin ilmu dan amalan
tasawuf itu merupakan kesinambungan daripada amalan para Nabi dan Rasul
yang terdahulu. Amalan tersebut sebenarnya mempunyai kesan yang sangat
positif kepada jiwa orang salik ketika menjalani mujahadat al-nafs. Oleh yang
demikian, usaha-usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk meneruskan
amalan ini bagi mencapai matlamat mendekatkan diri kepada Allah SWT

15
Rujukan :

Modul Semestar 3. TASAUF ISLAM. Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah


Malaysia (KPTI).

16
17
18

Anda mungkin juga menyukai