Anda di halaman 1dari 9

LATIHAN 1

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan
di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada
di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “
Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:

1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan
sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan
Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam
rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan
bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah
kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 2

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.


“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]

Jawapan

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.


2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan
rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari
Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN2

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”


“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak
itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas
anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ]

Jawapan

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan


2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu
bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di
rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah
tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 5

ukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.


“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum
saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut
untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang
dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan
perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Jawapan

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.


2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan
tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum
menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan
rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan
seorang yang sangat garang.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 6

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?


FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ]

Jawapan

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya
kepada Felix.
1. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
2. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian
3. namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-
6. mata makan Mi Pedas.
7. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi
makan dahulu.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 7

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ]

Jawapan

1. Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan
menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia
menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama
menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 8

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam
keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa
dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya
makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa
lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai
pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan
pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 9

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke


bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu
Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun
tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan
hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan
Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang
sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman
sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap
mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu
lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala
dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?


Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.
Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.
Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.
Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN 10

Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat
rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah
dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga
rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/
sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu
Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau
tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum
berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Jawapan:

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan
di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan
ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “
Kamarul memberikan alasan.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai