Anda di halaman 1dari 20

SULIT

Bahagian A - Objektif Aneka Pilihan

(Soalan 1 - 20)

Soalan 1 - 10
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Ibu sedang __________ kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang rumah.

A memerah C memutar
B membilas D mengilas

2 Akibat terbatuk, air yang sedang diminum oleh adik _________ ke lantai. A
bertaburan
B berserakan
C berderaian
D bersemburan

3 Setelah beberapa bulan berada di luar negara, Fatimah amat rindu __________
keluarganya di tanah air.
A tentang C akan
B pada D dengan

4 Pemuda tersebut __________ ke tempat kerjanya kerana sudah lewat.

A tercungap-cungap
B terkocoh-kocoh C
terketar-ketar
D terkial-kial

1
SULIT

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Farhan tersepak batu lalu jatuh _______ .
A tersembam C tercampak
B terpelanting D terguling

6 Barang-barang yang menjadi bahan bukti pihak pendakwa ada _________ pihak
mahkamah.
A di C kepada
B pada D dengan

7 Dia berasa _________ ketika berasa dalam majlis yang penuh adat istiadat yang dihadiri
oleh orang kenamaan.
A kekok
B ganjil
C gerun
D pelik

8 Murid cemerlang itu telah menghadiri __________ untuk mendapatkan biasiswa bagi
melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
A temu bual
B temu duga C
soal jawab D
soal balas

9 Beberapa hari sebelum keputusan peperiksaan diumumkan, hati saya mula

__________ .

A berdegar-degar C berdebar-debar
B berkobar-kobar D berdenyut-denyut

2
SULIT

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Afizah gemar __________ bunga untuk dijadikan hiasan di ruang tamu rumahnya.
A menggubah
B mencucuk
C mengubah
D menyulam

Soalan 11 dan 12
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

11 Pemilihan peserta ke pertandingan kuiz peringkat daerah dibuat adalah berdasarkan

kepada keputusan kuiz di peringkat sekolah.

A berdasarkan keputusan
B adalah berdasarkan keputusan
C berdasarkan kepada keputusan
D adalah berdasarkan kepada keputusan

12 Pekerja-pekerja itu sibuk mengecati semua bangunan-bangunan sekolah

sebelum tibanya hari perasmian oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
A mengecat semua bangunan sekolah
B mengecatkan semua bangunan sekolah
C mengecat semua bangunan-bangunan sekolah
D mengecati semua bangunan-bangunan sekolah

3
SULIT

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Sekarang jugakah mereka akan membasuh pakaian?

II Telah berlepaskah mereka pagi tadi?
III Ahmad tidak menghantar surat hari ini?
IV Harga seikat buah rambutan itu berapakah?
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14 I Majlis itu disudahi dengan bacaan doa.

II Saya telah belikan kasut sukan sempena hari jadi yang ke-15.
III Buku yang baru dibelinya itu dia baca beberapa halaman sehari.
IV Kegagalan saya dalam ujian itu menyebabkan saya kena marah.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15 Peribahasa bagai bulan dengan matahari bermaksud sudah sepadan atau sejodoh. Pilih
peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas.
A Bagai cincin dengan permata
B Bagai dakwat dengan kertas
C Bagai pahat dengan penukul
D Bagai isi dengan kuku

4
SULIT

Soalan 16 - 20
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pelbagai kempen antirokok melalui media massa telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun
lamanya. Begitu juga dengan penguatkuasaan undang-undang melarang penjualan rokok
kepada pembeli berumur di bawah 16 tahun serta pelaksanaan cukai yang tinggi terhadap harga
jualan rokok. Namun begitu bilangan perokok terus meningkat setiap tahun. Rentetan
kegagalan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan larangan
merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa pada 1 Januari
2019.
Amalan merokok turut menular dalam kalangan murid sekolah. Amalan ini terang-
terang melanggar disiplin sekolah bahkan juga boleh menyebabkan keruntuhan akhlak. Perkara
yang lebih membimbangkan ialah prestasi pelajaran murid akan merosot dan seterusnya
menjejaskan masa hadapan murid. Sebaliknya, bagi segelintir murid, amalan merokok ini
dianggap sebagai gaya hidup yang bergaya dan dijadikan ukuran status kedewasaan. Pada
mulanya, amalan merokok hanyalah untuk suka-suka. Lama-kelamaan, tabiat merokok ini
semakin parah apabila murid-murid mula ketagih untuk merokok. Murid-murid yang ketagihan
ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka akan mendatangkan kemudaratan kepada diri
mereka sendiri.
Situasi ini amat menyedihkan. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan merokok
banyak keburukannya. Selain memudaratkan kesihatan si perokok, asap rokok juga
membahayakan orang di sekeliling dan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, merokok
merupakan suatu pembaziran. Kebanyakan murid menghabiskan wang saku yang diberikan
oleh ibu bapa untuk membeli rokok. Ada kalanya murid-murid ini rela berlapar semata-mata
untuk mendapatkan sebatang rokok. Mereka tidak sedar bahawa rokok mempunyai pelbagai
jenis bahan beracun iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida yang berbahaya. Hasil daripada
kajian yang dilakukan, sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 jenis
bahan kimia beracun. Malah, bahan tersebiut dapat mengancam nyawa orang lain yang
menghidu asap rokok.
Berdasarkan maklumat ini, amalan ini perlu dielakkan bagi menghindarkan masalah
yang lebih serius. Bak kata peribahasa, “ ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Dalam hal
ini, ibu bapa perlu bersikap tegas dalam mendidik mereka. Pihak sekolah perlu diharapkan
memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha menghalang penularan amalan merokok
dalam kalangan murid.

16 Apakah masalah utama yang diperkatakan dalam petikan.

A Amalan merokok di sekolah
B Amalan merokok dalam kalangan murid
C Amalan merokok dalam kalangan orang tua
D Amalan merokok di restoran dan di premis makanan
17 Murid yang merokok secara suka-suka akhirnya
A Ketagihan untuk merokok
B Menjadi umpatan masyarakat
C Akan didenda oleh guru disiplin
D Setanding dengan golongan dewasa
18 Mengapakah amalan merokok dikatakan mengancam nyawa orang lain?
A Asap rokok terlalu tebal dan berbau
B Asap rokok mengandungi bahan kimia yang beracun
C Orang ramai diberikan pendedahan tentang kempen antirokok
D Perokok sengaja menghembuskan asap kepada orang di sekelilingnya
19 Pilih penyataan yang tidak benar tentang keburukan merokok
A Mencemarkan alam sekitar
B Memudaratkan kesihatan si perokok
C Prestasi pelajaran akan merosot
D Mengurangkan perbelanjaan untuk membeli makanan
5
20 Frasa keruntuhan akhlak dalam petikan bermaksud
A Kejatuhan imej
B Kehilangan tabiat
C Kehancuran moral
D Kemusnahan sahsiah

Bahagian B

1. Tukarkan semula ayat susunan biasa di bawah supaya menjadi ayat susunan songsang
dengan pendepanan seluruh predikat. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang
diberikan dan tidak boleh menambah perkataan lain.

i) Puan Salmah menghadiahkan sebentuk cincin kepada anaknya.

ii) Adik saya suka membaca komik pada waktu lapang.

iii) Pemberita itu melaporkan kejadian tanah runtuh dari Cameron Highlands.

iv) Sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu” bertemakan kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya.

v) Sekumpulan Pengakap perlu melalui denai untuk sampai ke kawasan air terjun di
tengah-tengah hutan itu.

(5 markah)

2. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Bahan 1

6
Bahan 2 Bahan 3

“Mari kita makan!”

Saya mengajak cepat dan dia juga pantas menyoal.
“Nana masak semua ni? Dia minta tolong cik hantarkan kepada Mak
Piah?
Ya Allah, banjir kebahagiaan di mata tuanya meruntun sukma, sampai
mendorong kepala ini tergoyang spontan, mengangguk-angguk dalam
senyum. Jika ini suatu dosa, ampunkan saya Ya Allah kerana bahagia
menjadikan pendusta.
Selesai makan dan menolong mencuci dan menyimpan daging,
ayam, ikan, sayur, dan buah-buahan ke dalam peti sejuknya, saya
meminta diri dengan janji akan mengunjunginya lagi. Mak Piah
mengirim salam kasihnya kepada Nana yang tidak saya kenali.
i) Bahan 1, Bahan 2 (Dipetik daripada cerpen “Banjir di Mata Emak”,
Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2)
dan Bahan 3
berkaitan dengan
pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. Berdasarkan bahan-bahan tersebut,
mengapakah kita perlu menghargai jasa ibu?

(3 Markah)
ii) Bahan 3 menggambarkan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.
Mengapakah seorang ibu sentiasa mengingati anaknya?

(3 Markah)
iii) Bahan 2 sebagai cara untuk menghargai jasa ibu.
Nyatakan cara lain untuk menghargai jasa ibu.

(4 Markah)

7
3. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
3.
i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah
Pengajaran merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil
karya mereka bagi tujuan mendidik para pembaca. Pengajaran ini digambarkan menerusi
sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan pengajaran yang sesuai
dengan contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian, kemukakakan dua contoh peristiwa
lain yang bersesuaian dengan pengajaran tersebut. Peristiwa yang dikemukakan mestilah
berkait dengan watak utama yang dinyatakan.

NOVEL WATAK UTAMA CONTOH PERISTIWA

JUSTERU SYAHIR Syahir tabah menghadapi cabaran
IMPIAN DI sehinggalah dia berjaya muncul sebagai
JARING juara badminton dunia.
HEMPASAN FARID Farid sanggup menghadapi pelbagai
OMBAK cabaran demi mempertahankan
perniagaan syarikat arwah ayahnya.
TAWANAN FARHANI Farhani berani berhujah dengan
KOMANDER Komander Caucasus demi
CAUCASUS memrpertahankan tindakan amnusia
memusnahkan kumbang.
CHOT ALIAS Alias menjaga kebersihan Chot dan dia
juga memandikan Chot di sungai.
(10 markah)
____________________________________________________________________________

_______________________________________________________________-
8
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
_____________

9
BAHAGIAN C – Pemindahan Maklumat
(15 markah)
(Masa dicadangkan : 15 minit )

SOALAN 1

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 80 patah
perkataan.

Punca-punca Kemurungan

Masalah keluarga

Tekanan hidup

Faktor persekitaran

SOALAN 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
tanggungjawab pengusaha pelancongan pada masa ini. Panjang ringkasan anda hendaklah antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

KUALA LUMPUR, 1 November- Pemain industri perlu memainkan peranan bagi mendakap produk
pelancongan berinovatif supaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, kata
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, pengusaha
pelancongan mesti bertanya sama ada mereka mempunyai rancangan strategik bagi menarik pelancong
ke negara ini dan bersedia untuk menawarkan yang terbaik bagi memenuhi cita rasa pelancong dari
pelbagai negara.
Beliau menjelaskan pentingnya pengusaha pelancongan menambah nilai dan memberi
kelainan kepada tawaran produk masing-masing di samping meningkatkan promosi agar lebih
menarik, komprehensif, dan berdaya saing. Beliau menegaskan, dalam era digital ini, Malaysia tidak
dapat mempromosikan potensi bidang pelancongan negara menerusi kaedah konvensional lagi.
Dr. Wan Azizah berkata, pengusaha pelancongan perlu mengamalkan kaedah yang lebih
kreatif dan proaktif dengan menggunakan media sosial, laman perkongsian penginapan, dan aplikasi
mudah alih sepenuhnya bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing. Industri
pelancongan menjadi penyumbang pertukaran asing kedua terbesar kepada negara dengan
mencatatkan ketibaan 25.9 juta orang pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM82.2 bilion
tahun lepas.
Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, juga
berharap agar lebih ramai wanita akan menceburi industri pelancongan memandangkan trend tenaga
kerja dalam bidang itu berubah pada tahun 2016 apabila lebih separuh daripada pekerja dalam industri
tersebut terdiri daripada golongan wanita.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana dalam
Utusan Malaysia, 1 November 2018

10
_______________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________

11
SULIT

12
SULIT

13
SULIT

14
SULIT

15
SULIT

Bahagian B - Soalan 3

(Novel)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di

Jawapan :

____________________________________________________________________

16

[10 markah]

17
SULIT
Bahagian C

(Pemindahan Maklumat)
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

18
SULIT

19
SULIT

Jawapan :

_________________________________________________________________

[15 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

20

Anda mungkin juga menyukai