Anda di halaman 1dari 13

SULIT 011

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Semalam _____________pergi ke rumah datuk di Kampung Badukan,” kata pasangan


kembar itu kepada rakan mereka.
A saya
B kita
C kami
D kalian

2 “____________mohon ampun, tuanku,” sembah petani tua itu kepada Sultan Mansor
Syah.
A Hamba
B Beta
C Patik
D Saya

3 Setiap anggota keluarga harus saling ______________untuk mewujudkan suasana yang


harmoni dalam institusi kekeluargaan.
A menemani
B menyaingi
C melengkapi
D menghormati

4 Setelah berlatih dengan tekun, Sanizah berasa ___________bahawa dia akan berjaya
mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita itu.
A yakin
B selesa
C bangga
D tenteram

2
SULIT 011

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

5 Pak Dollah sedang memasang ____________kawat mata punai di sekeliling reban


ayamnya.
A secebis
B segulung
C selembar
D segelung

6 Sambutan masyarakat di kawasan taman perumahan itu terhadap kegiatan gotong-royong


yang diadakan sangat _________________.
A tawar
B hambar
C sejuk
D lesu

7 Kumpulan pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _________wakil syarikat


pelancongan yang mengurus percutian mereka.
A dari
B pada
C daripada
D kepada

8 Makanan yang sangat masin itu tidak ______________olehnya.


A tertelan
B terusik
C terteguk
D tersedut

3
SULIT 011

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9 Ibu Midah sedang memakirkan keretanya di ____________sebuah kedai buku.


A tepi
B bucu
C hadapan
D belakang

10 Kumar menggunakan wang tabungnya ________membeli beberapa naskah majalah


akademik yang dijual di tapak pesta buku itu.
A agar
B lalu
C demi
D untuk

11 Semasa melawat di Taman Kinabalu,Anis dan rakan-rakannya dapat mendengar bunyi


unggas _______________.
A berlari-larian
B bersahut-sahutan
C beriring-iringan
D bercakar-cakaran

12 Abang Imran membersihkan sarang __________ di syiling ruang tamu rumahnya dengan
menggunakan penyapu.
A pepijat
B lelabah
C rerama
D lelabi

4
SULIT 011

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13 Jamilah memerhatikan neneknya yang sedang _________daun pisang itu dengan tekun.
A menjerang
B membakar
C menyalai
D melayur

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 “Maria,tolong kira jumlah bola yang terdapat di dalam kotak itu, kemudian rekodkan di
dalam borang ini,” kata Puan Nora kepada Maria.

A Maria diminta oleh Puan Nora untuk mengira jumlah bola yang terdapat di dalam
kotak itu selepas merekodkannya dalam borang.
B Puan Nora meminta Maria agar menghitung jumlah bola yang terdapat di dalam kotak
itu dan merekodkannya ke dalam borang.
C Maria dan Puan Nora diminta untuk menghitung dan merekodkan jumlah bola yang
terdapat di dalam kotak itu ke dalam borang.
D Puan Nora meminta Maria menghitung jumlah bola yang terdapat di dalam kotak itu
dan memaklumkannya kepada beliau.

15 Cikgu Hisyam mengarahkan para peserta perkhemahan supaya berbaris dalam kumpulan
masing-masing.

A Para peserta perkhemahan berbaris dalam kumpulan masing-masing setelah diarahkan


oleh cikgu Hisyam.
B Cikgu Hisyam mengagihkan para peserta perkhemahan yang sedang berbaris kepada
beberapa kumpulan.
C Semua peserta perkhemahan diarahkan oleh Cikgu Hisyam agar beratur dalam
kumpulan masing-masing.
D Cikgu Hisyam diarahkan oleh para peserta perkhemahan agar berbaris bersama-sama
dengan mereka.

5
SULIT 011

Pilih ayat yang betul.

16 A Saiful menunggang basikalnya dengan hati-hati semasa melalui jalan yang berlekak-
lekuk itu.
B Sudah dua kali berturut-turut Chen Ho mendapat markah yang paling tertinggi sekali
di dalam kelasnya.
C Rosiah terpaksa memanggil-manggil nama Rosli berulang kali kerana adiknya itu
tidak mendengar panggilannya.
D Diana gemar menyimpan koleksi sampul-sampul hari raya yang unik dan menarik.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Fenomena jerebu sering kali berlaku di Malaysia. Biasanya, jerebu berpunca daripada
pembakaran secara terbuka dan asap daripada kilang serta kenderaan. Fenomena ini memberikan
kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Hal ini demikian kerana jerebu mengandungi
beberapa jenis gas yang menjejaskan kesihatan kita seperti karbon monoksida,sulfur dioksida,
dan nitrogen dioksida.
Gas-gas tersebut beracun dan tidak berwarna.Apabila kita terdedah kepada gas-gas
tersebut, kita akan mengalami sesak nafas dan sakit dada.Selain itu, mata juga terasa pedih dan
berair. Malahan, kita akan batuk-batuk dan terasa gatal-gatal pada bahagian kerongkong.
Kualiti udara akibat jerebu dapat dinilai melalui Indeks Pencemaran Udara
(IPU).Terdapat beberapa bacaan yang dapat dijadikan panduan untuk mengetahui status kualiti
udara. Sekiranya nilai IPU dari 0 hingga 50, status kualiti udara adalah baik. Jika nilai IPU dari
51 hingga 100 pula, kualiti udara berada pada tahap sederhana.
Manakala nilai IPU dari 101 hingga 200 dan 201 hingga 300 masing-masing
menunjukkan tahap yang tidak sihat dan sangat tidak sihat. Status kualiti udara tahap bahaya
pula dapat dikesan jika nilai IPU adalah anrara 310 hingga 500.
Dalam situasi ini, orang ramai hendaklah sentiasa memakai penutup hidung apabila
keluar dari rumah. Di samping itu, mereka dinasihatkan supaya sentiasa minum air yang banyak.
Hal ini demikian kerana keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan bahaya kepada
masyarakat terutama sekali kepada golongan kanak-kanak,orang tua,pesakit asma, radang paru-
paru, jantung,dan bronchitis serta perokok.
Dipetik dan diubah suai daripada infosihat.gov.my

17 Apakah faktor utama terjadinya fenomena jerebu?


A Pembebasan gas-gas beracun di udara.
B Asap daripada rokok,kilang, dan kenderaan.
C Pembakaran secara terbuka dan asap daripada rokok.
D Pembakaran secara terbuka, asap daripada kilang, dan kenderaan.

6
SULIT 011

18 Pendedahan kepada jerebu akan menyebabkan….


A sesak nafas, mata berair, dan batuk-batuk.
B sakit dada, hidung berair, dan batuk-batuk.
C mata pedih, sakit dada,dan gatal-gatal di bahagian mata.
D batuk-batuk, sesak nafas, dan gatal-gatal di bahagian hidung.

19 Bagaimanakah kita hendak melindungi diri daripada bahaya jerebu?


A Sentiasa minum air dengan kerap.
B Tidak menghidu gas-gas beracun.
C Memakai penutup hidung apabila keluar dari rumah.
D Mengelakkan diri daripada golongan yang berisiko tinggi.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Nilai IPU dari 201 hingga 300 menunjukkan kualiti udara yang tidak sihat.
B Orang ramai yang minum air dengan banyak tidak akan terdedah kepada bahaya
jerebu.
C Gas karbon monoksida, sulfur dioksida, dan nitrogen dioksida ialah gas tidak
beracun.
D Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan bahaya kepada pesakit
asma.

KERTAS SOALAN TAMAT

7
SULIT 011

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

dengan pada atau oleh

dan untuk daripada di

Koko merupakan produk yang dihasilkan daripada biji buah koko. Koko bukan sahaja
enak tetapi juga baik untuk kesihatan. Koko berupaya mengawal kerosakan sel ______________
tisu badan. Koko kaya ______________________ flavanvoinds, iaitu sejenis bahan antioksidan
yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan. Selain itu, koko juga mampu
menurunkan tekanan darah. Justeru, tidak hairanlah banyak orang menggemari produk yang
dihasilkan ____________________ koko. Tambahan pula, koko dapat dinikmati dalam pelbagai
cara, sama ada berbentuk cecair ____________________ berbentuk pepejal.

(4 markah)

Soalan 22

a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

(2 markah)

Jawapan : Saya membeli Buku Rampaian Bahasa Melayu ini di Kedai Buku Popular.

8
SULIT 011

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(2 markah)

9
SULIT 011

Soalan 23

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah

Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah. Bagaimanakah


murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di sekolah.

Pertama sekali, murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah. Peraturan ini
dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu menghindarkan diri daripada berlari,
bertolak-tolakan, atau bergaduh di dalam bilik darjah.

Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan peralatan semasa
mengikuti pembelajaran di bilik khas atau di makmal. Mereka tidak sepatutnya bermain
peralatan yang membahayakan diri sendiri dan rakan-rakan.

Selain itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak ansur semasa
berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap tersebut, sudah tentu sesuatu perkara
yang tidak diingini akan dapat dihindari.

Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di kawasan yang sunyi.
Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid sepatutnya berada di kawasan yang lebih
terbuka seperti pondok bacaan tapak perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak
diingini berlaku.

Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan diri masing-


masing. Jika perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu murid dan warga sekolah akan sentiasa
berada dalam keadaan selamat.

a) Murid mesti mengikuti peraturan sekolah kerana__________________________________

___________________________________________________________________________
( 1 markah)

10
SULIT 011

b) Apakah perkara yang perlu dijauhi oleh murid semasa berada di dalam bilik darjah?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah)

c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan


sebagai contoh.

Murid-murid perlu menitikberatkan


keselamatan diri di sekolah.

Peraturan yang diikuti oleh murid di dalam


bilik darjah menyebabkan murid tidak
Betul
berdisiplin.

Sikap sopan dan bertolak ansur semasa di


kantin dapat menghindarkan murid daripada
melakukan perkara yang tidak diingini.
Salah

Kawasan yang sunyi seperti di belakang


bangunan sesuai sebagai tempat pembacaan
untuk murid-murid.

( 2 markah)

11
SULIT 011

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : Shahrul Amin bin Razif


Kepada : Effendi Azhar bin Khusni
Perkara : Masalah Jerebu

Apa khabar saudara? Saya berharap agar saudara sekeluarga sihat sejahtera. Saya
di sini kurang sihat kerana mengalami batuk dan sakit tekak. Masalah kesihatan saya ini
berpunca daripada keadaan jerebu yang melanda kawasan tempat tinggal saya.

Saudara,
Bagaimanakah keadaan cuaca di Sibu, Sarawak? Adakah cuaca di sana berjerebu
seperti di tempat saya? Untuk makluman saudara, Bacaan Indeks Pencermaran Udara
(IPU) di tempat saya ialah 137. Keadaan ini tidak sihat kepada penduduk di sini.
Tahukah saudara akan punca masalah jerebu di negara kita? Sebenarnya, masalah
ini berpunca daripada kebakaran hutan yang luas di negara jiran. Selain itu, faktor
pencemaran udara seperti pelepasan asap kilang dan kenderaan turut menjadi
penyumbang kepada masalah ini.
Jerebu mendatangkan kesan yang buruk kepada kita. Keadaan jerebu yang
berterusan akan menjejaskan kesihatan kita. Sebagai contoh, kita akan menjadi sukar
bernafas, pedih mata, gatal-gatal kulit, dan sakit dada. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
berwaspada.

a. Perkataan makluman dalam petikan dapat juga diganti dengan perkataan ________________.

( 1 markah )

b. Mengapakah pengirim e-mel ini kurang sihat?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada masalah yang berlaku ini?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah )
12
SULIT 011

d. Apakah yang kamu akan lakukan untuk menjaga kesihatan sekiranya masalah jerebu melanda
kawasan tempat tinggal kamu? Jelaskan.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah )

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bunga seroja bunga dahlia,


Sering dipuja tuan dan puan;
Marilah kita rakyat Malaysia,
Bersama-sama pupuk perpaduan.

Daun kesum di dalam raga,


Buah bidara di dalam guni;
Perpaduan kaum perlulah dijaga,
Supaya negara aman harmoni.

Tumbuh pegaga di dalam paya,


Mekar kenanga di bawah titi;
Negara kita pasti berjaya,
Jika rakyatnya bersatu hati.

Buah nangka buah delima,


Mari dibawa ke rumah Pak Haji;
Kejayaan dibina tak kekal lama,
Andai kita saling mengeji.

a) Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah )

13
SULIT 011

b) Mengapakah perpaduan kaum perlu dijaga?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 2 markah )

c) Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Rakyat perlu bersatu hati jika negara berjaya.

Untuk mengecapi kejayaan, rakyat perlu bersatu


( 1 markah )

Kejayaan dibina tak kekal lama,

Andai kita saling mengeji.

d) Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

( 3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan,

..................................................... ...................................................................
(MAZYUANI BINTI AHMAD) (EN. MOHD RIZAL BIN ASBULLAH)
Guru Bahasa Melayu 2017 GPK Tadbir dan Kurikulum
SK (P) Jalan Batu. SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur.

14

Anda mungkin juga menyukai