Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 8

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Shahir memasukkan majalah lama itu ke ______________ kotak yang besar.


A atas
B luar
C bawah
D dalam

2. Kanak-kanak itu masih _____________________ bermain di halaman rumah walaupun hari sudah
senja.
A leka
B lalai
C cuai
D rajin

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3.

Adik menunggu ayah pulang hingga _____________ di ruang tamu.


A tertidur
B meniduri
C ditidurkan
D menidurkan

4. _______________________ itu sedang menemu ramah salah seorang mangsa bot karam.
A Jelitawan
B Wartawan
C Dermawan
D Budayawan

5 Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.


.
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

Sukri ______________ kesakitan kerana kepalanya terhantuk pada kayu.


A mengadu
B melaung
C mengerang
D menjerkah
6. _______________________ majlis itu dimulakan dengan ucapan guru besar.
A Atur cara
B Urus setia
C Reka cipta
D Kertas kerja

7. Mayat seorang lelaki yang telah ________________ ditemukan di dalam sebuah lori yang hangus
terbakar.
A reput
B hangit
C garing
D rentung

8. Buah kelapa itu jatuh ______________ pada lantai kebun yang landai itu.
A meleret-leret
B perlahan-lahan
C bergolek-golek
D melantun-lantun

Tidak elok kita bersikap memikirkan kepentingan diri sendiri


sahaja.

9. Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah


A aur dengan tebing.
B enau dalam belukar.
C kacang lupakan kulit.
D katak di bawah tempurung.

10. Kemahiran pemain itu menggelecek bola begitu menonjol.


Pilih perkataan sinonim bagi menonjol.
A terpuji
B terserlah
C berharga
D mendadak

11. Pak Cik Nordin menanam pokok ubi kayu di belakang rumahnya.
Pilih perkataan antonim bagi menanam.
A menimbus
B mencabut
C menggali

2
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

D mengalih

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Wang gajinya tinggal sedikit sahaja.
II Yang lain sudah makan, tinggal dia sahaja yang belum.
III Dia tinggal di belakang kerana kakinya terseliuh.
IV Dia tinggal kampung ini untuk mencari rezeki di negara orang.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Saya dapati kedua-dua budak itu comot sekali dan sedang merayau-rayau di kebun saya.
A Di manakah kamu temui kedua-dua orang budak yang comot itu?
B Bagaimanakah keadaan kedua-dua orang budak yang kamu temui itu?
C Apakah yang dilakukan oleh kedua-dua orang budak itu di kebun kamu?
D Bilakah kamu dapati kedua-dua orang budak itu merayau-rayau di kebun kamu?

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


14. “Mona, tolong siram bunga-bunga kekwa di halaman rumah,”pinta ibu.
A Ibu memaksa Mona menyiram bunga-bunga kekwa di halaman rumah.
B Ibu meminta Mona menyiram bunga-bunga kekwa di halaman rumah.
C Mona menyuruh ibunya menyiram bunga-bunga kekwa di halaman rumah.
D Mona menggesa ibunya menyiram bunga-bunga kekwa di halaman rumah.

15. Pilih ayat yang betul.


A Semua murid-murid diminta beratur semasa membeli makanan dan minuman di kantin.
B Kamu belajar bersungguh-sungguh mesti demi masa hadapan yang gemilang.
C Ashikin tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya.
D Di waktu pagi, kawasan peranginan ini sungguh sejuk.

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

3
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

Pasar malam biasanya akan dibuka seawal jam lima petang. Laluan yang dijadikan lokasi pasar
malam akan ditutup lebih awal bagi memberi peluang kepada para peniaga menyusun atur barangan
mereka. Fenomena ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk yang tinggal berhampiran tapak pasar
malam.
Pada pukuk 7.00 malam, kelihatan deretan gerai yang disinari cahaya lampu neon memulakan
operasi perniagaan. Para pengunjung juga berpusu-pusu datang untuk membeli barangan yang diingini.
Suasana akan bertukar riuh dengan suara para peniaga dan para pembeli yang tawar-menawar harga
barangan. Bunyi tangisan kanak-kanak yang tidak dapat barang yang diingini juga kedengaran.
Pelbagai jenis barang yang dijual di pasar malam seperti makanan dan minuman, buah-buahan,
sayur-sayuran, barangan basah dan perkakas dapur termasuklah pakaian dan aksesori. Pendek kata,
semua barang keperluan terdapat di pasar malam. Harganya pula murah dan berpatutan. Maka, tidak
hairanlah, jika pasar malam menjadi tumpuan bagi golongan suri rumah untuk membeli barangan
keperluan.
Para peniaga akan menarik perhatian para pengunjung dengan cara yang tersendiri. Keadaan ini
menjadikan pasar malam bertambah gamat dan meriah. Para pengunjung yang tertarik akan membeli di
gerai mereka.
Keadaan di pasar malam akan beransur lengang selepas jam sebelas malam apabila para
pengunjung beredar pulang. Barangan jualan juga kebanyakannya sudah habis dijual. Para peniaga akan
mengemas barangan jualan tidak habis dijual dan membersihkan tapak gerai agar kembali seperti
sediakala.

16. Pada pukul berapakah para pengunjung semakin banyak datang ke pasar malam?
A Lima petang
B Tujuh malam
C Lapan malam
D Sebelas malam

17. Suasana bertukar riuh dengan …….


A kehadiran para pengunjung.
B Suara peniaga memanggil pengunjung.
C Suara tawar-menawar antara peniaga dengan pengunjung.
D Bilangan pengunjung yang pulang ke rumah bertambah banyak.

18. Mengapakah para peniaga menarik perhatian pengunjung dengan cara yang tensendiri?
A Bagi melariskan jualan mereka
B Memeriahkan suasana di pasar malam
C Membersihkan barangan percuma kepada para pengunjung
D Meminta pertolongan para pengunjung mengemas barang jualan mereka.

19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Barang-barang jualan di pasar malam murah dan berpatutan.
B Para peniaga pulang tanpa mengemas dan membersihkan tapak gerai.
C Suasana di pasar malam menjadi riuh-rendah selepas pukul sebelas malam.
D Barangan yang dijual di pasar malam termasuklah perabot, perkakas dapur, alat ganti
kenderaan dan pakaian.
4
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

20. Maksud perkataan lengang dalam petikan ialah


A sangat sunyi.
B terlalu bising.
C tidak ramai orang.
D keadaan menjadi sesak.

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

memeriahkan menjalankan memajukan melaksanakan

mengukuhkan melahirkan menggunakan menghasilkan

5
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

Penduduk Kampung Sinurai _________________________ masa yang terluang untuk

membuat kerja-kerja berfaedah. Ada yang bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka

tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, ada juga penduduk yang

_______________ perusahaan secara kecil-kecilan seperti memproses ubi kayu dan

___________________ kraf tangan daripada bahan terbuang. Penduduk Kampung Sinurai

sentiasa berusaha _______________________ kampung mereka. Di samping itu, mereka

dapat ______________________ lagi hubungan.

[5 markah]
(b) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Ada (keluh-kesah, desas-desus, dolak-dalik) yang mengatakan bahawa dia akan
dinaikkan pangkat.

(ii) Api lilin yang diletakkan di ruang tamu itu (berulang-alik, berselang-seli, berliang-liuk)
ditiup angin.

[2 markah]

Soalan 22
(a) Tandakan (√) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai.
(i)

buah

batang

bentuk

6
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

(ii)

[2 markah]
(b) Nyatakan peribahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar dan pernyataan di bawah.

Kita hendaklah menolong orang dengan ikhlas, janganlah seperti kata peribahasa
_________________________________________________________________________.
[2 markah]

Soalan 23
(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk melengkapkan dialog di
bawah.

Encik Ahmad :

Mira : Saya sedih sebab gagal mendapat tempat pertama dalam pertandingan
itu.
[2 markah]
(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

7
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

(i) Siapakah yang mengamalkan gaya hidup sihat?

[1 markah]
(ii) Pada pendapat kamu, apakah kesan yang akan berlaku kepada Murid B? KBAT

[3 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
yang lengkap.

Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan bebunga sepanjang tahun yang sering ditanam sebagai
pokok hiasan. Bunga yang terdiri daripada 200 hingga 220 spesies ini ditanam secara meluas
sebagai pokok hiasan di seluruh Kawasan tropika dan separa tropika.
Pada akhir tahun 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga
kebangsaan. Bunga-bunga yang dicadangkan ialah kenanga, melur, terati, mawar, cempaka, bunga
tanjung dan bunga raya. Setelah satu proses pemilihan yang rapi, bunga raya telah diisytiharkan
sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Untuk memilih bunga yang akan diangkat sebagai bunga kebangsaan, satu kajian telah
dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai. Bunga raya dipilih
berdasarkan kriteria tertentu. Antaranya, bunga raya sudah terkenal di seluruh negara, warna dan
bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh Malaysia dan
paling penting bunga ini tidak menjadi bunga kebangsaan negara-negara lain di dunia ketika itu.
Pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada
8
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara. Bunga ini juga dilambangkan
sebagai bunga perpaduan.
Oleh itu, rakyat Malaysia harus berbangga dengan bunga kebangsaan kita. Bunga raya telah
diangkat suatu tahap yang lebih tinggi.

(a) Mengapakah pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan dikatakan begitu tepat?

[2 markah]

b) Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah.

Lapan jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga


kebangsaan.

Satu kajian telah dijalankan untuk mendapatkan reaksi masyarakat


tentang pemilihan bunga kebangsaan.

[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memupuk rasa cinta akan bunga kebangsaan
dalam kalangan murid-murid? KBAT

[3 markah]

9
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mangkapoh Ranau,
guru-guru dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah
syarahan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Kepentingan Tidur”.
Soalan
Hadirin25yang dihormati,
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
Sebagai
menggunakan ayatmurid, kita haruslah mempunyai masa tidur yang cukup. Tidur merupakan salah
yang lengkap.
satu cara untuk merehatkan badan. Semasa tidur, keletihan dan ketegangan perasaan dapat
dikurangkan. Semua anggota badan juga dapat berehat.
Badan kita memerlukan rehat yang cukup. Sama ada kita bekerja sebagai petani yang
membanting tulang empat kerat, bomba, guru ataupun doktor, tidur merupakan cara yang berkesan
untuk menghilangkan kepenatan. Badan kita akan lebih segar dan bertenaga pada keesokan harinya
apabila mendapat rehat dan tidur yang cukup.
Hadirin yang Budiman,
Tidur yang cukup bermakna rehat yang cukup. Hal ini penting kepada kita selaku murid
yang menghadapi tekanan belajar setiap hari. Keadaan ini akan memudahkan kita menerima
pembelajaran yang diajar. Kebiasaannya, kita memerlukan tidur selama lapan jam sehari. Hal ini
penting untuk meningkatkan sistem imun tubuh agar menjadi kuat. Kita juga tidak akan berasa
mengantuk ketika belajar.
Jelaslah bahawa tidur yang cukup amat penting kepada semua orang terutamanya murid.
Hal ini bagi memastikan setiap aktiviti harian dapat berjalan dengan teratur. Oleh itu, kita tidak
boleh memandang ringan dengan masa tidur agar aktiviti harian tidak terganggu.
Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

(a) Perkataan kepenatan dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan


_______________________________________________________________
__________________________________________________________________________
___
[1 markah]

(b) Mengapakah tidur yang cukup penting bagi seorang murid?

10
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN | 011 - BAHASA MELAYU TAHUN 6

[1 markah]

(c) Kebiasaannya, berapa lamakah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk tidur dalam
sehari?

[1 markah]

(d) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita hendak mendapatkan tidur yang berkualiti? KBAT

[3 markah]

11

Anda mungkin juga menyukai